L Penyelamat!

Banglo Misteri (Re-write + Updated )

Jam menunjukkan pukul 9 malam. Hari ini sudah masuk hari ke-5 Pn Lee dan En Lee tiada di rumah. Dan apa yang menyedihkan.. mereka langsung tak menelefon Hayi mahupun Sungyeol. Sebenarnya Hayi terkilan, tapi dia simpan sahaja di dalam hati. Sungyeol pula tidak kisah. Hatinya agak keras apabila masuk tajuk ibubapa.

Sungyeol sedang merehatkan diri dengan menonton drama kegemarannya, To The Beautiful You. Hayi pula sedang masak. Hayi berjalan keluar dari dapur. Langkahnya terhenti apabila... Yuck! Apa yang melekit ni?! Kaki Hayi melekit. Dia segera mengambil mop.

Pelik. Hayi pelik kerana cecair yang melekit itu ada di banyak tempat. Dia mengemop dan mengemop. Kepala diangkat. "Eh, bilik apa ni? Tak tau pulak bilik ni wujud." Hayi tak pernah perasan ada bilik bawah tangga. Bilik ni tersorok. Hayi membuka pintu bilik tersebut dan masuk ke dalamnya.

"Wowwh! Ini bilik permainan! Banyaknya anak patung! Teddy bear pun ada!" Hayi mencapai anak patung. Macam Barbie! Tapi diperbuat daripada kain. 

Play with me Hayi ... Play with me .. 

Anak patung yang dipegang jatuh dari tangan Hayi dek kerana bunyi yang datang daripada anak patung tersebut. Tiba tiba lampu bilik itu berkelip kelip. Pintu bilik tertutup perlahan. Hayi ketakutan. Berpeluh sudah tangannya. "Abang .. Tolong Hayi !"

Hayi .. Hayi .. Hayi berlari ke arah penjuru dinding. Airmatanya mengalir ketakutan. Dia duduk bersila sambil menutup muka. Hayi .. Kenapa tutup muka? Jom lah kita main .. Hayi membuka mata. Seorang budak kecil perempuan bersama rambut panjang mengurai dan muka yang pucat sedang memegang anak patung Hayi tadi. 
 

"Abangg ! Tolong Hayi abangg ! Abanggg !" makin kuat jeritannya. Sungyeol terkejut mendengar jeritan tersebut. "Hayi ! Hayi dalam tu ke?" diam. Bilik itu menjadi sunyi. "LEE HAYI ! ABANG TANYA NI ! HAYI DALAM TU KE?" sunyi. Namun, Sungyeol yakin ada sesuatu berlaku. Lagi lagi dia baru perasan bilik itu wujud. 

Kena buat sesuatu ni. Tapi, aku tak boleh buat seorang. Aku tak larat. Dengan pantas, Sungyeol mendail nombor telefon L. Buat masa sekarang, L sahaja yang boleh bantu !

 




L sampai di rumah banglo itu. Pada mulanya dia agak takut. Tapi, dia beranikan jugak hatinya. L masuk ke perkarangan banglo. Matanya tertancap pada susuk tubuh yang sedang berdiri menghadap kubur. Susuk tubuh Hayi. L tersenyum.

"Kau bukan Hayi kan? Apa yang kau nak dari keluarga Hayi? Apa yang kau nak dari Hayi?" L berpeluk tubuh. Menyandarkan dirinya pada dinding. Entah dari mana keberaniannya datang, dia pun tak tahu.

Kau tak payah sibuk! Ini hal aku dengan keluarga dia! Sampai masa, aku akan ambil Hayi buat selama- lamanya! 

L kaku. Ambil Hayi? "Kenapa kau nak ambil Hayi?" soalan yang tiada jawapan. Hilang. Benda tersebut hilang. Lantas L berlari masuk ke dalam banglo.

"Kim Myungsoo! Sini cepat !" L berlari ke arah Sungyeol. "Abang, apa dah jadi?" "Abang rasa Hayi kat dalam bilik ni. Ada sesuatu jadi kat dia." L terkejut. Sesuatu? "Lee Hayi ~ L datang ni ! Hayi dengar tak?" L menjerit. PERGI KAU DARI SINI .... 

Suara itu datang dari dalam bilik. Tapi bukan suara Hayi ! Sungyeol makin risau. Sungguh ! Dia rasa nak nangis waktu tu jugak. "L, abang pecahkan pintu ni, nanti L tolong abang okay?" suara Sungyeol bergetar. L menepuk bahu Sungyeol. Bersetuju.

BAM ! Pintu pecah. 

5 saat ..
4 saat ..
3 saat .. 
2 saat ..
1 ! 

Yeah ! Hayi berlari ke arah pintu. Dia berlari dengan laju sambil menangis. Dia memeluk L. L terkejut yang amat. Tersedu sedu Hayi bahu L. Sungyeol memerhati. Membiarkan sahaja walaupun dia cemburu. Patutnya Hayi peluk dia ! Bukan L ! L menghantar isyarat mata yang membawa maksud 'macam mana ni?' Sungyeol membalas isyarat mata L yang bermaksud 'peluk balik'

Dengan tangan yang menggigil L memeluk Hayi. "Hayi ... kenapa Hayi nangis?" diam. Tiada jawapan dan tangisan. Muka L berubah. "L, kenapa? Macam sakit je?" Sungyeol risau. L terbatuk batuk. Sakit ... L mengerang. Darah kelihatan mengalir dari .. bahu L ! Hayi mangangkat kepala. Senyuman sinis diberikan kepada L. Bahu L berdarah tak berhenti ! 

Yeah, Hayi gigit bahu dia. "Hayi ! Apa Hayi buat?!" Sungyeol menggoncang bahu adiknya. KAU AKAN HANCURKAN RANCANGAN AKU UNTUK AMBIL HAYI !  "KAU BUKAN HAYI !" L menampar 'Hayi' . Hayi telah dirasuk. Yeah.

"KELUAR KAU DARI BADAN ADIK AKU !" Sungyeol menggoncang badan Hayi. HAYI MILIK AKU ! Hayi berlari keluar dari rumah. L mengejar Hayi sambil mengerang. Sungyeol turut mengejar. Yeah. Hayi menuju ke arah kubur. L berlari laju lalu menerkam Hayi.

L berada di atas badan Hayi.Hayi sekali lagi menggigit. Leher L menjadi mangsa. "SAKIT BODOH ! KAU KELUAR DARI BADAN HAYI !" L menjerit. Gigi Hayi tajam. "Sungyeol menerpa lalu menampar Hayi sekuat mungkin. Walaupun tak sampai hati, tapi dia sedar. Dia mesti buat jugak.

Hahaha. Aku akan ambill Hayi. Tunggu masanya nanti.. Serentak itu, wajah ganas Hayi hilang. Yang tinggal hanya wajah tenang Hayi. Dia pengsan. L dan Sungyeol melepaskan nafas lega. Setelah memastikan Hayi betul betul pengsan, L bergerak ke tepi. Baju T-shirt yang dipakai penuh darah. L mula mengerang. 

"L, L okay tak?" Sungyeol melihat luka L. Besar gila luka L ! L mengangguk sahaja. Menipu ! Nampak dia tak okay ! "L tidur sini je lahh. Rumah ada siapa?" "Mama dengan papa saya holiday. Kat rumah tak ada sesiapa." 

"Tidur sini je okay?" L mengangguk. Bukan nak ambil kesempatan. Cuma dia memang tak larat nak balik rumah. 

Sungyeol membantu L bangun. Dia mendukung Hayi. Sungyeol dan  L berjalan beriringan. "L suka Hayi kan?" Sungyeol tersenyum. "Eh, macam mana abang tahu?" L tersipu malu. "Abang tahulah. Abang suka kalau L dengan Hayi. L boleh jaga Hayi kan?" L speechless.

Aku suka budak ni. Kalau dia dengan Hayi pun aku tak kisah. Dia boleh jaga Hayi... getus Sungyeol.


 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ExoLover01 #1
Chapter 15: wah bestnye....happy ending♡♡♡
Khairina1004
#2
Chapter 15: Omo~ Bestnya cerita ni ><
Chapter 14 tdi mse mle2 bce perenggan atas sy tgk mcm sad ending je..
Then,ble bce smpai bwh,happy ending terus! Daebak!! Thumbs up (y) (y)
riqa_kpoperz #3
Chapter 15: Jjang best gila... xD
maisarahluhan #4
Chapter 15: Jjang!!!happy ending!!!
starlight_miss
#5
Chapter 15: jjang!!! the best ending ever *thumb up*
Army1705 #6
Chapter 15: HUWAAAAA DAEBAKKK GILA BEB . TAK SIA SIA AKU SURUH KAU REWRITE :'D gashhhhhhhhhhhhhhhhh best gilaaaaaaaaaa . happy ending teheee . btw , the girl is me right ? MUAHAHAHA
Ayien_yen #7
Chapter 15: Happy ending....DAEBAK!!!
Army1705 #8
Chapter 14: ZATIIIII WHAT YOU HAVE DONEEEEEEE . YOU MADE ME CRIED AGAIN SERIOUSLY ARHHHHHH HAYI HIDUP BALIK ;-; HUWAAAAAA