Salah Siapa
Banglo Misteri (Re-write + Updated )Kelas malam yang membosankan. Hayi mengatur langkah ke tandas. Hayi masuk ke dalam tandas. Kelihatan, dua orang pelajar turut ada dalam tandas itu. Hayi kenal sangat dengan mereka.
"Hmm.. Macam aku kenal minah ni. Makin hot nampaknyaa." Hyuna bersandar pada dinding.
"Kau lah yang couple dengan L tu kann? Kau tau tak yang L tu sebenarnya aku punya?" Sunhwa menolak bahu Hayi dengan kuat. Hayi senyum sinis.
"Maaf? L tu akak yang punya? Akak kan senior kitorang. Sejak bila pula L ada hubungan dengan akak?" Hayi menyindir, Memang dia sengaja tekankan perkataan 'akak' bila dia cakap dengan Sunhwa. Actually, dia tak tau dari mana kekuatan datang masa dia cakap dengan Sunhwa.
Mungkin Hayi masih teringat time Sunhwa tinggalkan Sungyeol terkontang kanting dulu? Mungkin Hayi teringat masa Sungyeol masuk wad seminggu sebab demam panas lepas clash dengan Sunhwa? Hayi ingat semua tu. Betapa deritanya Sungyeol. . . Hanya dia yang tahu. Hanya dia yang faham.
Tubuh Hayi ditolak kuat menghentam dinding. Sakitnya kepala dia, Tuhan sahaja tahu.
"Kau memang saja nak uji kesabaran aku kannn?" Sunhwa menyepak kepala Hayi yang lemah itu. Sunhwa ada black belt taekwando. No wonder lah dia boleh belasah Hayi sampai mati.
"Kau jangan ingat kau hot, famous amous... Kitorang tak boleh lenyapkan kau okay?" Hyuna lempang muka Hayi sekuat mungkin.
"Kau dengar sini.Tinggalkan L, sebab aku suka dia. . ." Sunhwa berbisik.
"Kalau aku tak dapat L, kau yang akan aku gantung dekat kipas kelas nanti.." tepat tumbukan mengenai perut Hayi. Mata Hayi terpejam. Tak larat.
"Dah mati ke apa minah tu?" Hyuna dan Sunhwa gelak. Tetiba lampu tandas berkelip kelip. Hayi hilang !
"M- ma- mana H- Hayiii?! " Hyuna cuakk. Muka Sunhwa pucat. Lampu menyala seperti biasa. Kelihatan Hayi sedang bersandar pada pintu tandas.
Tapi.
Keadaan dia lain macam sangat . . .
------------------------------------------------------------
Senyuman sinis terukir. Rambut kusut masai. Matanya kemerahan.
"SIAPA BAGI KAU HAK UNTUK PEGANG HAYI?! HAYI AKU PUNYAAAA !" suara keras keluar dari mulut Hayi.
Sunhwa dan Hyuna menggigil ketakutan.
"Siapa nak mati dulu?" suara lembut tapi menakutkan.
"Tolong maafkan kami . . ." suara Hyuna perlahan.
"Maaf? Apa kata yang minta maaf tu mati dulu?"
Badan Hyuna terhempas jatuh. Kakinya bagai ditarik masuk ke dalam salah satu tandas.
"Sunhwa .. tolong aku ... tolong aku ..." Sunhwa tak mampu berbuat apa apa. Dia tergamam.
BAM ! bunyi pintu tandas tertutup.
"HWA !!! SAKIT HWA !! TOLONG AKU SUNHWA ... TOLONGG !!!" Sunhwa terduduk... Dia tak mampu berbuat apa apa. Hanya penyesalan yang berbaki di dalam hati.
"Hwa .. Lari .. Sakit Hwa .."
Sunyi. Itu lah ayat terakhir Hyuna. Darah mengalir dari tandas yang mengurung Hyuna. Tandas itu banjir dengan darah.
"KAU DAH SEDIA, SUNHWA?" senyum sinis.
"Tolong Hayi, jangan.. " Sunhwa terduduk di tepi sinki. Bersama darah Hyuna. Tiba tiba ...
Bam ! Sinki itu pecah dan menghentam kepala Sunhwa.
"GAME OVER.." Hayi tergelak. Dia keluar dari tandas. Benda yang merasuk tadi keluar dari badannya. Hayi jadi lemah. Badannya terhuyung hayang.. Pandangannya kabur..
"Hayi !" L terus berlari mendapatkan Hayi yang rebah.
"Awak dari mana ni? Kenapa ni?" L terus mendukung Hayi gaya bridal style lalu berlari ke arah keretanya.
Comments