check up with him

we're just married!

AKhirnya, apa yang diharap oleh kai selama berjam-jam tercapai jua! Taemin sudah masuk tidur akibat jetlag! Perlahan-lahan Kai keluar dari biliknya dan berjalan kearah laman rumah. Tanpa mengeluarkan sebarang bunyi, Kai menghampiri Deana yang sedang menyiram pokok yang terdapat dilaman mereka. Pada awalnya hanya hendak mengingatkan Deana akan temu janji bersama doctor pada tengahari namun tiba-tiba idea gila terpancar bersinar.

           “Boo!” satu ayat sahaja berjaya mengejutkan Deana. Tanpa amaran, terus wajah Kai  pula  yang disiram oleh Deana.

          “Ya! Apa ni?! Habis basah baju I?!” rungut kai sambil mengesat wajahnya yang basah dengan tapak tangannya.

           “you tak mandi lagi kan pagi ni?” Deana tersenyum jahat sambil paip yang terbuka masih lagi berada ditangannya.

            “No,no,no! jangan! Nana…I kata jangan, jangan. Jeab…”

SPLASHH!!!Tanpa belas kasihan, terus tubuh Kai yang cuba melarikan diri disimbahnya. Deana tertawa jahat melihat Kai yang kelam-kabut berlari menyelamatkan dirinya.

             “nak pergi mana tempang? Ambik ni! Hah, sapa suruh gertak I macam tu?” jerit Deana sambil terkekek-kekek tertawa mengejar Kai.

             “Nana, stoplah!” jerit Kai kuat sebelum berpatah balik kearah Deana dengan laju dan merentap paip getah dari tangan Deana. Kedudukan mereka berdua amatnya dekat sehingga Deana dapat merasakan nafas Kai yang berat akibat kepenatan.

Tiba-tiba pandangan Deana menjadi perlahan. Setiap gerak-geri Kai yang berada 30 cm darinya menjadi perlahan malah bertukar HD! (high devision). Sambil tangan kirinya memengang tangan Deana erat, tangan kanan digunakan untuk meraup wajahnya yang basah. Rambut yang teruari kehadapan akibat basah diraup kebelakang. Tiba-tiba saja terdapat pelbagai bunga ros yang dibelakang Kai. Bersinar-sinar Kai pada waktu itu.

              “puas tatap wajah aku? Meh sini aku kerjakan kau pula!” tanpa amaran Kai terus menarik paip getah dari tangan Deana dengan kuat, menyebabkan Kai hilang pertimbangan dan hampir jatuh. Slowmotion berlaku lagi! Deana terus memengang baju Kai namun dengan dirinya turut tertarik kebawah sebelum,

BUKK!! Sesedap rasa saja penyelamat (Deana)mendarat diatas mangsa(Kai)! Deana mengeluh bernasib baik kerana terjatuh diatas Kai. Sekurang-kurangnya taklah sakit sangat! And yang paling penting, berjaya buat Kai blushing!

             “Woi! Bertuah punya laki bini ni! Kalau ye pun janganlah nak tiru style Hindustan yang bergolek sana sini. Bangun sekarang, tak malu ke dengan tetamu ni?! Teruklah korang ni~” rungut Chorong dari beranda biliknya.  Tapi dalam hati, bukan main seronok lagi dapat lihat drama Hindustan depan mata.

Segera Deana bergolek ketepi sebelum meloncat bangun, menunjukkan skill yang terpendam. Kai terpampam melihat Deana yang sudah berdiri dihadapannya. Deana menundukkan tubuhnya sedikit sebelum menghulurkan tangannya.

          “ nak I tolong tak?”

Kai mencebik sebelum bangun dengan sendiri. Tapi 2 kali ganda lebih menyeksakanlah untuk bangun.

          “Hhmmphh! Orang nak tolong tapi dia refuse. Tak reti nak bersyukur!” Deana menarik muncung masam sebelum berlari masuk kedalam rumah tanpa menghiraukan Kai yang sudah mati akal.

          “Nana..help me!!”

 

Tanpa sebarang arahan, Deana terus masuk kedalam keretanya dan enjin dihidupkan. Terkedek-kedek Kai berjalan untuk mengejar Deana yang gayanya macam nak pergi dah! Sebaik saja Kai masuk kedalam kereta, terus Deana memecut laju walaupun Kai masih belum menutup pintunya terlebih dahulu. APa lagi, cepat-cepatlah Kai menutupnya sebelum tiba di pintu pagar.

            “So sekarang kita nak pergi hospital mana?” soal Deana sambil membelokkan keretanya kekiri.

            “La..you tak tahu ke I selalu buat pemeriksaan dengan doctor mana? Haish…dengan Luhanlah! Tu lah asyik sangat dengan bakery dia sampai suami sendiri pun…”

            “suami apa macam ni kerenahnya? Waste my time!” pintas Deana dingin. Sememangnya, dengar saja nama Luhan terus moodnya yang ‘fluffy’ bertukar ‘fire’. Menyampah!

            “aik, marah nampak? Chilllah. I tahu you nak ikut Chorong dan Taemin ronda-ronda Bandar Seoul kan? Tak payahlah, baik jadi isteri yang taat. Lagi bagus!” bentak Kai dingin sebelum memandang keluar tingkap. Perlahan-lahan Kai memandang Deana yang tekun memandu.

           ‘sepatutnya aku yang kena buat reaksi dingin macam tu. Tapi kenapa hari ni terbalik pula?’

 

Gear P ditukar sebelum kunci kereta dibuka. Deana tetap memandang kehadapan dengan pandangan tajam. Gaya macam tak nak turun je…

            “turunlah! Nak suruh I bukakan pintu untuk you? Hhmm…” bentak Deana geram lalu terus keluar dari keretanya dan berjalan kearah pintu Kai. Pintu dibuka dengan laju sebelum Deana menunduk hormat.

            “Kita sudah sampai tuan. Nak saya buat apa lagi?” soalnya dengan nada yang lembut.

            “tak payah! Just teman I je…” jawab Kai acuh tak acuh sambil keluar dari kereta. Pintu ditutup sebelum Kai berlalu pergi.

           “tak nak! Orang nak pergi Kingsbay dengan Chorong and Taemin. Penatlah I nak teman you. Setakat nak tengok doctor buka simen, check and then pasang simen baru…To bored~” mulutnya segaja ditakup. Nak berlakon kononnya.

          “manal boleh! You kena juga teman I tak kir apa pun!” bentak Kai geram. Deana mengeluh kasar.

         “Huh! Manja terlebih!”

Kai tersenyum bangga kerana berjaya juga memujuk Deana.

 

Deana melangkah berat mengekori Kai dari belakang. Perlahan-lahan pintu bilik Luhan dikatupnya sebelum Deana mengikut kai untuk duduk dihadapan Luhan. Seperti jangkaannya, Luhan kelihatan terkejut dengan kehadiran Deana pada hari itu.

           “AIk, jangan nak tengok isteri aku lama-lama ok! Nak makan penumbuk ke?” perli Kai dengan nada mengejek. Luhan tersenyum sebelum memulakan tugasnya.

          “mana ada aku usya bini kau…bini aku pun ada…”

Kai mengetap bibirnya kuat tatkala mendengar ayat yang keluar dari mulut Luhan. 10 minit berlalu dan akhirnya pemeriksaan terhadap kaki Kai selesai.

          “Ok. AKu ada good news untuk kau. No needs to simen your leg. Baguslah, tapi beringat juga. Jangan nak pergi main bola terus petang ni! Dalam jangkaan aku, kau dah boleh jalan macam biasa minggu depan. Maybe akan lebih lama atau lebih cepat dari jangkaan aku. So, congrate!” Luhan tersenyum manis sebelum memandang Deana. Segera Deana menundukkan wajahnya sebelum kembali menatap Luhan.

          “Good. Oklah Luhan, kami balik dulu! Jom cepat..” bentak Deana kelam kabut bangun.

         “Kejaplah..takkan nak balik dah. Tak nak borak-borak dulu ke?” Kai menarik tangan Deana dengan lembut supaya Deana duduk semula. Perlahan-lahan Deana akur lalu duduk semula dengan berat hati. Malas nak bertentang mata dengan Luhan!

          “Haishh…aku ada banyak kerja ni. Lain kali ye?” pinta Luhan lembut.

         “Laa…serious tak nak? Aku bagi korang peluang untuk berborak tapi korang refuse? Tak pelah, aku faham tugas seorang doctor. Jomlah balik.” Kai bangun dari duduknya lalu dengan cepat Deana turut bangun.

          “kejap Kai. Aku tak faham maksud kau tadi…”

Kai berpaling kebelakang sambil tersenyum.

           “tak faham atau buat-buat tak faham? Hhmm..nanti-nantilah aku TERANGKAN kat kau ye. Kau kan busy dengan kerja sekarang. Apa boleh aku buat?” jawab Kai dengan nada menjengkelkan. Satu jelingan maut dihadiahkan buat Luhan sebelum Kai berlalu pergi. Tanpa berpaling kebelakang atau mengucap selamat tinggal, Deana terus mengekori Kai keluar dari bilik Luhan.

           “Nana! Ada masa free tak hari ni?” soal Luhan kelam-kabut lalu berlari kearah Deana yang masih dimuka pintu.

            “Dia busy nak jaga aku! Jom balik!” pintas Kai sambil berjalan laju. Deana terus mengekori Kai dari belakang tanpa memberikan jawapan kepada Luhan.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
syasyabilly
update di chap 22! continue read from it~

Comments

You must be logged in to comment
tyra-99
#1
Chapter 43: sweet sweet sweeet. suka suka sgt suka. best best best gilos. tahniah kai dan nana krna dpt baby yg comel. mesti comel macam kai. hahaha sequel klau boleh
nurulaqilah #2
Chapter 43: Chapter 43: yeahhhhhhhh... Happpy endingggg... Ff ni jjangggg...
b2utyxoxo #3
Chapter 43: best la ff ni...sequel please!!!
minion27
212 streak #4
Chapter 43: Yehet happily ever after ♥
b2utyxoxo #5
Chapter 31: bestnyer ff ni.. good job.. keep update...
JeonAra #6
Chapter 31: Update soon !!
thedreamer_ #7
Chapter 22: Waaaa sweetnyaaaaa update soon
JeonAra #8
Chapter 12: Update soon !! Im waiting!!
JeonAra #9
Chapter 11: Update soon!
thedreamer_ #10
Omg best best update lagi ,!!!