Chapter 2

Awak Jangan Naughty!!!
Please Subscribe to read the full chapter

Suzy menaiki anak tangga dengan laju sekali, tanpa menoleh kanan dan kiri. Ish! jatuh satgi baru tau kot.... Arh... pedulikan semua itu kerana dia sudah terlewat masuk ke kelas lagi hari ini. Habis lah!!!
 

Kalut Suzy pagi ini... Macam mana lah tidak kelam kabut… Pagi-pagi lagi dia sudah terlewat bangun. Semua ini gara-gara Kookie tukar waktu jam loceng milik Suzy. Tak guna betul! Nak mati tau mamat tu...
Selalunya Suzy sudah tetapkan 6 pagi untuk jam berbunyi. Alih-alih pagi tadi jam berbunyi pukul 7 pagi. Apa lagi kelam kabutlah dia mandi, pakai baju, makan segala bagai.
Tu pun belum habis lagi... Masa dia mencari kasut sekolah, boleh pula dia jumpa kasut sekolah milik Suzy dibuatnya pasu dan tanam rumput. Hai lah!!!! Memang bengang habis lah Suzy pagi tadi dengan si mamat bernama Kookie.  

 

“Aduh!!”jerit Suzy apabila ada yang melanggar bahunya semasa dia menaiki tangga.

 

“Oppsss!! Mian…”Kata seorang pemuda lelaki yang yang melanggar bahu Suzy sebelum dia berpaling semula menaiki tangga tidak menghiaraukan Suzy yang berdiri disitu. Suzy yang tidak puas hati kerana bahunya dilanggar terus menghemburkan kemarahan. Sudah pagi tadi Kookie cari pasal, nie lagi sorang budak nak cari pasal dengan dia.
Mmm… tengok dari nametag nama lelaki ni macam muda setahun dari Suzy sebab nametagnya berwarna coklat. Di sekolah Suzy kalu ingin membezakan senior atau junior lihat dari warna nametag. Kira sama umurlah dengan saeng Suzy kiranya.


“Oi… buta ka… mata letak dekat mana…”Hembur Suzy. Wah dia ni kalau marah muka sekali imbas Nampak macam Pontianak kehilangan batu nisan. Memang seram!!


“Mian….”Lelaki itu tidak jadi melangkah dia berpaling semula dan menundukkan kepalanya dan meminta maaf. Haiya! Tersilap orang pulak dia terlanggar pagi ni. Terlanggar pontianak pulak.


“Mian… mian… Tak Nampak ke aku lalu tadi. Langgar-langgar pulak… Mata kau tertinggal dekat rumah ka… Hai aku heran betul lahhhh…”Marah Suzy lagi sambil tangannya dicekakkan ke pinggang.

Lelaki  yang melanggar bahu Suzy turun semula dari tangga dan mendekati Suzy. Apabila sudah berada dihadapan Suzy, dia dengan selambanya memegang bahu Suzy lalu memandang tepat anak mata Suzy.


“Noona…. Nanti rehat kita jumpa di kantin okey!!!”Kata lelaki itu, setelah itu dia terus berpaling dan menaiki tangga semula. Dia meninggal Suzy yang yang terpinga-pinga di tangga sendirian. Malas nak layan dah lambat ni!!


Suzy kaku ditangga.  Wajahnya blurrr….


“Apahal pulak budak ni pegang bahu aku ni. Haish! Nasib baik aku tak kuntau tangan kau tadi…”
“ Ha lagi satu apasal pulak lah budak ni nak jumpa masa rehat ni???”Soal Suzy aneh. 
“Aneh betul lah sekolah ni!!!!!”
Dia termenung seketika, tidak sedar yang dia sudah benar benar benar terlewat.
1 minit….. 2 minit…..
Seketika kemudian Suzy bagaikan tersedar. Hayoyo! Dia dah lambat………………..


. . . .


“Nana sini!!!”Panggil Chorong apabila melihat Nana berjalan mencari tempat duduk bersama dulang yang berisi makanan. Nana tersenyum kearah Chorong. Suzy disebelah hanya menundukkan kepalanya menikmati makanan. Tidak sedar situasi sekeliling. Wah, pompuan ni memang kalau jumpa makanan raksasa sepak kerusi pun tak sedar.


“Annyeong…. Chorong!!! Mmmm…Suzy seperti biasanya khusyuk betul dia…”Kata Nana sambil tersengih. Kepalanya digelengkan.


Sedang mereka menikmati makanan waktu rehat. Datang seorang lelaki mendekati meja mereka.
 

“Annyeong Noona!!!”Tegur lelaki itu dan mengambil tempat disebelah Suzy rapat. Suzy yang memberi tumpuan sepenuhnya kepada makanan terkejut apabila melihat wajah lelaki yang duduk disebelahnya adalah lelaki yang melanggar bahunya pagi tadi.


“Mmmm…. Apa kau nak??”Soal Suzy garang.


“Tadi bukan Noona kata nak jumpa saya ke pagi tadi.”Soal lelaki itu.


Suzy berfikir sejenak. Bila pulak dia nak jumpa budak ni. Bukan budak ni ke yang kata nak jumpa dia.???


“Eh, kau baik-baik sikit bukan kau ke yang nak jumpa aku??”Kata Suzy.


“Hehehe… Yaka…. Saya ingat lah Noona yang kata nak jumpa saya waktu rehat sebabnya nak Noona dah tergoda dengan kecomelan saya.”Kata lelaki itu lagi sambil tersengih menayang giginya.


Nana dan Chorong yang dari tadi diam yang hanya melihat Suzy dan lelaki itu. Berpandangan seketika. Chorong tengok Nana. Nana tengok Chorong.  Apa bendalah yang dua manusia ni duduk bergaduh. Mereka berdua yang tercongok dekat sebelah macam langsung tidak wujud.


“Ye ke??? Ehhh, kau jangan nak merapu meraban dekat sini… Aku ingat lah aku tak pernah kata pun”Balas Suzy. Dia masih ingat lagi kejadian pagi tadi. Tak pernah pun

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Tasha16
#1
Chapter 4: Aahahahaha xD bam bam nie lawak lah xD wow! Kookie ganas gile! Terbaik lah!!

Btw,DAEBAKK!! Keep Update author-nim^^
xkesah #2
Chapter 4: Update soon