Chapter 4

Awak Jangan Naughty!!!
Please Subscribe to read the full chapter

Hari yang memenatkan bagi Suzy hari ini, mana tidaknya sudahlah hari ini hari pertama dia bekerja… Dari café dibuka sehinggalah café ditutup pukul 12 malam punya lah ramai pelanggan yang datang tidak menang tangan dia dan pekerja yang lain…
 


Suzy membuka pintu café dan melangkah keluar setelah selesai kerjanya untuk hari ini. Suzy mengeliat sedikit bagi membetulkan segala urat saraf yang berselirat.
 


Kriuk!!! Tu dia erhhhhh… perut Suzy berbunyi tanda minta diisi... Huh, patutlah lapar seharian dia tidak menjamah apa-apa kerana terlalu sibuk… Suzy mengusap perutnya dan melangkah perlahan meninggalkan café Window Love menuju ke bus stop… Rumah Suzy dan café Window Love tidaklah berapa jauh Cuma dalam 20 minit jika menaiki bas… Jikalau berjalan dalam 1 jam sampai lah dan dalam perjalanan berjalan tu mungkin sempat jugak lah tulang tercabut… Kan!!

 

Setibanya di bus stop Suzy duduk di tempat yang disediakan untuk menunggu. Angin bertiup, daun-daun kering juga berterbangan….. Seorang pun tiada di bus stop itu hanya Suzy seorang sahaja yang menunggu.

 

“Lambat betul lah bas ni”Omel Suzy lalu dia mengepam mulutnya, Hai lah rasanya seminit tidak sampai lagi dia duduk disitu. Suzy yang tidak senang duduk bingkas bangun apabila merasa sesuatu yang pelik… Dia bersa bagai ada seseorang yang memerhatikan dirinya. Dia berdiri, tangannya membetulkan beg galasnya… Seram pulak dia berseorangan di sini… Ni semua sebab Kookie lah ni…. Balik awal sangat!!! Kalau tidak tadi dia memang akan pulang dengan Kookie tapi oleh disebabkan Kookie ada latihan bersama BTS dia pulang pada pukul 5 petang tadi lagi… Jangan korang tak tahu yang Kookie ni ahli kumpulan BTS. Alah mesti korang semua tahu lah kan!!!

 

Sedang Suzy menunggu, memang betul firasat Suzy bahawa memang ada seorang lelaki yang menaiki motor skuter sedang memerhati tindak tanduknya. Setelah pasti yang tiada sesiapa yang disitu yang boleh membantu Suzy, lelaki itu mendekati Suzy dengan menaiki motornya… Habis lah Suzy…..

 

“Hai seorang je… Jom saya hantar awak balik”Tegur lelaki itu setelah motornya berhenti betul-betul dihadapan Suzy berdiri.

 

Suzy berpaling melihat siapa yang menegurnya. Namun dia tidak dapat mengenal siapa lelaki itu kerana wajahnya bersembunyi disebalik helmet berwarna pink. Jambu betul lelaki ni…. Lelaki itu tahu bahawa Suzy ingin melihat wajahnya terus saja dia membuka helmet dan mengejitkan matanya. Tadaaaaa!!!

 

“Ish kau ni…. Naughty erk….”Marah Suzy lalu tangannya laju saja mencubit lengan lelaki itu.

 

“Hadoi…. Chagiii sakit lah tangan Bambam… Ish, macam ketam betul tangan tu…”Laaaaa… rupa-rupanya lelaki itu Bambam….

 

“Kau ni… Aku geli kau panggil aku Chagiii…. Chagiii… Kau tak geli ke?? Ha nak apa datang sini??”Soal Suzy garang. Pontianak ni memang garang betul… Tapi hairan Pontianak pun takut duduk sorang-sorang… Kan!!!

 

“Tak… tak geli sebab Chagii kan memang Chagii Bambam… Kookie suruh Bambam hantar Chagiii balik rumah dengan sejahtera dan selamatnya…”Kata Bambam sambil tangannya menepuk-nepuk tempat duduk dibelakangnya.

 

“Kau nak aku balik dengan kuda jadian kau yang warna pink ni…”Tanya Suzy tangannya ditundingkan ke motor skuter warna pink itu.

 

“Ha ark… Tapi Chagii ni bukan kuda jadian Bambam… Ni kuda Younji… Bambam pinjam sebab nak hantar Chagiii balik… Palli… dia tunggu tu dekat cafe…, nanti keras pulak dia…”Jelas Bambam yang skuter itu bukan motor miliknya sebenarnya… Young ji??? Suzy berfikir sejenak… Dia sudah ingat siapa Young ji… Young ji itu rakan sekerjanya di café. Dia baru mengenali Young ji tapi Young ji sudah baik hati memberi Bambam meminjam skuternya untuk membawa dia pulang. Sebak rasanya…. Choi betul pompuan ni!!

 

“Tak pe lah… Aku tunggu bas je…”Suzy cuba menolak.

 

“Chagiii… Palli sebelum Bambam kena rimbuk dengan Kookie…”Bambam cuba memujuk dengan ayat mengugut.

 

Suzy berfikir sejenak…. Setelah itu dia terus membonceng motor skuter pink itu tanpa banyak soal…

 

“Okey… Bambam Go!!!!!!!!!!!!!!!”Jerit Suzy gembira. Ha ha… sebenarnya memang sudah lama dia teringin menaiki motor. Maklumlah dia kan tidak mampu membelinya…  

 <

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Tasha16
#1
Chapter 4: Aahahahaha xD bam bam nie lawak lah xD wow! Kookie ganas gile! Terbaik lah!!

Btw,DAEBAKK!! Keep Update author-nim^^
xkesah #2
Chapter 4: Update soon