Chapter 3

Awak Jangan Naughty!!!
Please Subscribe to read the full chapter

Cuti musim panas sudah bermula!!! Hurayyy!!!

 

“Perkenalkan ini… pekerja baru dekat cafe… Suzy!!!”Pengurus Window Love Kim Jong Kook  yang berwajah serius memperkenalkan Suzy sebagai pekerja baru kepada yang lain. Suzy kelihatan kemas dengan baju kemeja putih dan berseluar jean hitam. Apron berwarna hitam yang terlilit dipinggangnya dikemaskan sedikit. Suzy juga turut memakai topi berwarna hitam yang bertulis perkataan Window Love sempena dengan nama café itu.

 

“Annyeong haseyo…Sila beri tunjuk ajar…”Suzy menundukkan kepalanya tanda hormat dia juga turut memberikan sedikit senyuman kepada semua senior-seniornya. Alahai, kena jadi junior pula Suzy dekat café ni…

 

“Annyeong….”Semua senior-seniornya membalas dengan senyuman girang. Bagi mereka semua mendapat pekerja baru seperti mendapat keluarga baru dan bersedialah untuk dibuli…. Hua hua hua…
 

Friendly betul café ni kan!!!

 

“Noona!!!”Kookie melambai tangannya sambil memanggil Noonanya perlahan.  Gembira sungguh budak ni apabila Noonanya diterima kerja disitu. Ye lah!! Dekat sini je dia boleh buli Noonanya. Almaklumlah dia kan senior dekat café ni… Hahaha

 

“Okey semua boleh sambung kerja….”Kata pengurus  café Kim Jong Kook tegas seperti mengarah askar-askar berperang. Semua pekerja kembali dengan kerja masing-masing.Kookie yang turut ingin melangkah pergi, terhenti apabila Kim Joong Kook memanggil namanya.

 

“Kookie tunggu….! Kamu Suzy ikut Kookie saeng kamu. Dia akan ajar apa yang perlu kamu lakukan.…Kookie kamu ajar Noona kamu apa yang perlu dilakukan… ” Pesan Kim Joong Kook sebelum  melangkah beredar dari situ. Tidak sampai berapa langkah Kim Jonng Kook berhenti, dia melihat pintu café dibuka.Seorang budak lelaki masuk dengan tergesa-gesa kerana dia sudah terlewat masuk kerja.Korang tahu siapa?? Hmm siapa lagi kalau bukan Bambam….. 

 

Si Bambam ni langsung tidak perasan yang Joong Kook, pengurusnya berada di hadapan sambil mencekak pinggang. Dia masuk dengan selamba sekali, bahu Bambam juga turut melanggar bahu Jong Kook.Tanpa meminta maaf Bambam berjalan kehadapan tanpa menoleh.Jong Kook melepaskan keluhan berat dan tangannya masih seperti tadi mencekak pinggang. Nak mati budak ni!!

 

“Hello Broooo bagi kopi dekat aku secawan..”Bambam mengangkat tangan kepada Kookie.Kookieyang berdiri  disitu membeliakkan matanya sambil memuncungkan mulutnya kearah pengurus mereka yang membelakangi  Bambam. Dia cuba member isyarat bahawa pengurus mereka berada disitu. Wah Bambam ni sudah lah datang lewat boleh pulak nak pekena kopi secawan.

 

Bambam pula tidak faham dengan isyarat Kookie, lalu mendekati Kookie dan mencium pipi kanan Kookie. Hai yeeeee!!!

 

“Woi kau ni apahal???”Marah Kookie.Dia mengelap pipinya yang dicium oleh Bambam.Terkejut Kookie dengan tindakan Bambam.Dah buang tabiat apa Khupimuk Buwakul ni…..

 

Suzy yang disebelah hanya membuat muka blurrr sejak dari tadi turut terkejut dan membeliakkan matanya. Saeng aku ni gay ke??? Fikir Suzy

 

“Laaa… tadi kau yang muncungkan mulut kau… Bukan ke tu tanda kau minta kiss aku…”Jelas Bambam yang salah menafsir maksud Kookie memuncungkan mulutnya tadi. Bambam! Bambam!

 

“Eeeee… Kau ni…!!! Tu ha…”Kookie menunding jarinya perlahan-lahan kearah Kim Jong Kook yang membelakangi mereka.Bambam membeliakkan matanya. Besar dari biasa!!  Wah mampus dia….

 

“Oh my God…….”Bambam berkata perlahan.Dia membetulkan baju dan rambutnya lalu duduk melutut sambil tangannya digenggam di belakang pengurus mereka.Jong Kook mengalihkan pandangannya dan mula membuka mulut untuk memarahi Bambam.Tidak sempat dia membuka mulut.Bambam berkata dahulu.

 

“Hyung……. Maafkan Bambam…….. Mian…..Bambam bukan sengaja lambat….. Ada kesulitan di jalan tadi…….”Bambam bergerak kehadapan sedikit mendekati Joong Kook.Dia masih seperti tadi melutut sambil tangan kedua-duanya digenggam.

 

“Hyung… tahu tak tadi bas yang yang Bambam naik disamun oleh perompak…. Nasib baik Bambam sempat melarikan diri… Tengok tangan Bambam ni masih bergetar sebab takut…”Bambam masih meminta simpati tangannya mengenggam pula tangan Joong Kook. Hai lah!! Ingat Joong Kok percaya kot dengan cerita dia tu… Memang tak lah!!! Okey mari kita tengok reaksi  Jong Kook, si pengurus café….

 

“Hahhhhhh… betul ke… kesiannya…. Sudah bangun…. Kamu dah tulis ke sur

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Tasha16
#1
Chapter 4: Aahahahaha xD bam bam nie lawak lah xD wow! Kookie ganas gile! Terbaik lah!!

Btw,DAEBAKK!! Keep Update author-nim^^
xkesah #2
Chapter 4: Update soon