Chapter 1

Awak Jangan Naughty!!!
Please Subscribe to read the full chapter

“Wey, cuti musim panas ni kau nak pergi mana?”Soal Nana kepada dua sahabat karibnya sambil tangannya sibuk mengeringkan rambut dengan menggunakan tuala di hadapan cermin meja solek biliknya. Biliknya yang berkonsepkan warna pink menjadi tempat melepak untuk petang itu..... Huh.... segar rasanya selepas mandi.

 

“Entahlah aku tak pasti lagilah… Tapi yang pastinya cuti ni aku nak enjoy… ” Jawab Chorong sambil bersorak riang seperti monyet menang piala dunia.
(Boleh pulak monyet masuk piala dunia??)
Memang sudah lama Chorong menantikan cuti musim panas. Berkurun rasanya dia menunggu..
(Nampak sangat menipunye!!)
Tinggal tiga minggu saja lagi cuti musim panas akan tiba. Oh hoi, tak sabarnya rasa!!

 

“Kau pulak Suzy? Apa rancangan kau?” Soal Nana kepada Suzy yang sedang sibuk meneliti buku majalah miliknya. Apa yang khusyuk sangat pun tak tahu lah... kan... Tadi Nana sedah mendengar rancangan Chorong tetapi  rancangan Suzy belum lagi. Jadi sebab itulah dia menyoal Suzy semula.

 

Suzy mengangkat kepalanya, dia yang dari tadi sibuk meneliti majalah dan cuma menjadi pendengar membuat muka blurrr… Suzy melempar majalah di atas katil,setelah itu dia memegang rambutnya dan membetulkan ikatan getah... Cuti musim panas… ? Dia memang sudah ada rancangan.... Jeng jeng jeng…

 

“Aku ingat cuti ni, aku nak kerjalah cari duit lebih… “ Jawab Suzy. Dia sudah merancang untuk bekerja sejak bulan lepas lagi. Dia fikir kalau dia bekerja sambilan selain dapat menambah duit poket dapat juga dia mengurangkan bebanan Ommanya. 

 

“Wah, kau nak kerja dekat mana?” Tanya Chorong teruja.  Hmm, nanti boleh la dia  datang melawat Suzy masa waktu kerja… Melawat la kononnya kan!!! Tapi sebenarnya bukan datang melawat, datang mengacau aja…

 

“Aku tak tahu lagi, tapi nantilah aku cari… Mmm.. Selain aku dapat tambah duit poket aku boleh jugak kurangkan sikit beban Omma aku… Semester depan, dia dah tak payah susah-susah kasi aku duit belanja..” Jelas Suzy sebab mengapa dia ingin bekerja cuti ini... Mmmm... orang lain gembira dia bekerja... Huk aloh!!! tidak mengapa... Dapat juga dia pengalaman jikalau bekerja...

 

“Kenapa wey...? Tak cukup ke duit belanja kau setiap bulan Suzy?”Tanya Chorong.

 

“Mmmmm… Cukup tapi korang tahu-tahulah… ”

 

“Mmmm... Kami tahu… kau kuatkan semangat yeee… ”Chorong memeluk Suzy erat setelah dia ingat mengapa Suzy ingin bekerja mencari duit lebih.... Oih, sesak nafas Suzy dibuatnya… Oksigen oksigen…

 

“Tapikan aku ingat kalau aku tak dapat kerja, aku nak kerja dengan saeng aku Kookie dekat café Window Love” Kata Suzy sambil memegang tangan Chorong yang memeluknya. Walaupun sesak nafas tapi member punya pasal tak apa…

 

“Kookie kerja lagi ke dekat situ… Aku ingat tak kerja dah sebab hari tu aku pergi tak Nampak dia pun.” Kata Nana. Masih dia ingat minggu lepas dia mengunjungi café itu, tapi tidak kelihatan pula Kookie saeng kepada Suzy yang bekerja sambilan disitu.

 

“Kerja lagi…. Minggu lepas dia shift petang…”Jawab Suzy. Dia bangun dari duduknya selepas Chorong melepaskan pelukan, Suzy melangkah mendapatkan Nana yang masih dihadapan cermin. Suzy mencapai sikat dan monolong Nana menyikat rambut. Nana hanya tersenyum.

 

“Owh…  Hwaiting chingu!! Semoga kau dapat kerja..”Kata Nana memberi semangat. Sungguh dia kagum dengan sahabatnya yang bernama Suzy ini, nasib Suzy tidak seperti dia yang mempunyai segala-galanya. Kemewahan, kasih sayang dan segalanya.

 

Suzy anak yatim tidak mempunyai Appa sebagai ketua keluarga. Appanya sudah lama meninggal dunia sejak Suzy di sekolah rendah lagi. Selepas Appa  Suzy meninggal, dia hanya meninggalkan bebanan hutang along kerana Appa Suzy seorang pemabuk dan kaki judi. Sungguh menderita kehidupan Suzy dan keluarganya. Selama ini Omma Suzylah yang bekerja mengambil upah mencuci pinggan direstoran-restoran berdekatan dengan rumah mereka. Oleh sebab kasihankan Ommanya, Kookie saeng kepada  Suzy mencari kerja sambilan untuk menampung dirinya dan membantu Ommanya sedikit. Ye lah, walaupun tidak sebanyak mana yang dia bantu tapi sekurang-kurangnya ringan sikit bebanan Omma Suzy.

Bagi Chorong pula, walaupun dia bukan datang dari keluarga kaya seperti Nana namun dia masih mempunyai Appa yang mencari rezeki untuk keluarganya. Dia turut kagum dengan Suzy kerana Suzy tidak pernah tunjuk yang dia dalam keadaan sedih dan selama dia berkawan dengan Suzy tidak pernah sekali pun dia melihat Suzy menangis. Pernah sekali Suzy jatuh tangga disekolah akibat kakinya tersadung,  kepalanya berdarah dan dimasukkan ke hospital dan dikenakan 4 jahitan namun Suzy langsung tidak menangis. Sungguh cekal sahabatnya itu. (Memang depan orang cekal korang tak tengok lagi bila dia dengan Omma dan saengnya dirumah.)  Ish ish ish...

Mereka bertiga masing-masing berumur 18 tahun. Di sekolah Suzy dan Chorong sekelas tetapi Nana kelas sebelah. Walaupun Suzy dan Chorong tidak sekelas dengan Nana, namun mereka bertiga tetap rapat bagai isi dengan kuku. (Wah, Nampak peribahasa tu!!!!). Kookie saeng kepada Suzy pula, berumur 17 tahun muda setahun dari Suzy. Dia bersekolah di sekolah yang sama dengan Suzy dan yang lain.

 

“Nana!!Kau pulak apa rancangan kau cuti musim panas ni?” Tanya Chorong kepada Nana.

 

Nana tersentak dari lamunannya. Dia memandang wajah Chorong dari bias cermin. Dia berfikir sejenak… Kemudian Nana tersengih seperti kerang busuk. Ingat lawa kot!!!

 

“Cuti ini!! Aku nak melawat kaulah… Kalau kau kerja dekat café Window Love”Kata Nana sa

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Tasha16
#1
Chapter 4: Aahahahaha xD bam bam nie lawak lah xD wow! Kookie ganas gile! Terbaik lah!!

Btw,DAEBAKK!! Keep Update author-nim^^
xkesah #2
Chapter 4: Update soon