chap 2

Our Different World

Baekhyun menatap lama kepingan foto yang merupakan gambar seorang gadis yang berambut panjang dan berbaju compang-camping. Ahh! Keluhan kecil dilepaskan. Entah mengapa sejak pertama kali bertemu dengan gadis itu, satu perasaan aneh timbul di dalam hatinya.

Mungkin orang yang mendengarnya pasti memikirkan dia gila atau cuma mainan perasaan sahaja. Dia yakin sekali dengan apa yang dirasakannya. Sejak itu juga dia sering kali mengikuti gadis itu tanpa disedari gadis misteri itu. Gelaran 'misteri' kerana perwatakannya yang dirasakan misteri dan aneh.

Pada mulanya dia ingin sekali bersemuka dengan gadis itu secara berdepan tetapi setiap kali dia mendekati, gadis itu melarikan diri daripadanya. Barangkali gadis misteri takut dan mungkin gadis itu menganggapnya orang jahat.

Oleh sebab itulah dia hanya memerhatikan gadis itu dari jauh dan sesekali pasti Baekhyun menangkap gambar menggunakan kamera Canonnya yang sentiasa yang berada disisinya. Kerjaya sebagai seorang photographer pasti memerlukan kamera jadi kerana itulah kamera Canonnya selalu ada disisi. Siapa kau sebenarnya? Keluhan yang tiada jawapannya.

Baekhyun berjalan melewati lorong gelap yang menempatkan golongan gelandangan berteduh atau lebih kepada tempat tinggal mereka. Tangannya menggenggam sepeket roti berinti sardin dan sebotol air.

Matanya sekejap berkalih ke kiri dan ke kanan untuk mencari seseuatu atau sebenarnya mencari seseorang. Bau busuk yang menusuk di sepanjang jalan terpaksa ditahannya. Langkahnya terhenti apabila matanya tertancap pada susuk tubuh seorang gadis berambut panjang sedang bercangkung did sebelah tong sampah besar. Dia tidak pasti apa yang gadis itu lakukan kerana gadis itu membelakanginya.

Satu senyuman menghiasi bibirnya sebaik melihat gadis itu. Dia pasti itu si gadis misteri. Walaupun gadis itu membelakanginya, Baekhyun amat mengenali susuk tubuh gadis itu. Ya, kerana gadis inilah dia sanggup memasuki lorong yang amat asing baginya. Baekhyun mendekati gadis itu seraya menepuk perlahan bahu gadis itu. Gadis itu kelihatan terkejut lantas bangun dan berundur ke belakang. Dia memeluk tubuhnya ketakutan. Jelas kelihatan wajahnya yang comot barangkali bukan kerana bermandikan air bersih tetapi lumpur.

"Awak jangan takut. Saya tak akan buat apa-apa dekat awak. Saya cuma nak bagi makanan ini dekat awak. Ambillah." Baekhyun menghulurkan roti dan sebotol air kepada gadis itu. Memang makanan itu dibeli untuk diberi kepada gadis itu walaupun sebenarnya tujuannya lebih sekadar itu. 

Gadis itu diam membisu. Huluran makanan juga tidak disambut oleh gadis itu. Mungkin masih sangsi dengannya. Siapa sahaja yang tidak pelik jika seseorang yang tidak dikenali tiba-tiba datang memberikan makanan. Baekhyun tersengih dengan kelakuannya sendiri. 

"Awak, makanlah. Saya tahu awak lapar. Makanlah, saya baru beli ini." Ujar Baekhyun separuh memujuk. 

Perlahan-lahan tangan gadis itu mula menyambut huluran roti daripada Baekhyun. Mungkin termakan kata-katanya. Sebaik sahaja makanan bertukar tangan, gadis itu terus mengambil tempat duduk bersebelahan dengan tong sampah. Agak meloyakan tekak Baekhyun apabila melihat cara gadis itu makan. Pasti gadis ini terlalu lapar. Timbul rasa kasihan dan insaf melihat gadis itu. Apabila difikir balik, dia sendiri selalu membazirkan makanan yang tidak habis dan membuangnya tanpa sedikit rasa bersalah sedangkan gadis dihadapannya ini... Ah. Sungguh hati lelakinya nangis melihat gadis ini.

Deringan telefon mematikan lamunannya. Dia lantas mengeluarkan telefonnya daripada kocek seluarnya. Dahi Baekhyun sedikit berkerut melihat nama pemanggil seraya menekan punat hijau menjawab panggilan.

"Kau nak apa ini telefon malam-malam?" Tanya Baekhyun sambil anak matanya memerhatikan gadis dihadapannya. 

"Wei, temankan aku makan. Nanti aku beritahu kau satu restoran ini." Ujar Hana selamba apabila dengan tiba-tiba mengajaknya tanpa persetujuannya daripada Baekhyun. 

"Kau dah kenapa? Malam-malam macam ini nak ajak aku makan. Aku penatlah. Esokkan kerja. Dekat rumah kau tak masak ke? Pemalasnya kau ini." Sungguh dia geram dengan Hana. Alasan penat hanyalah untuk mengelakkan Hana tahu keberadaannya. Banyak perkara yang ingin dia tanya kepada gadis misteri dihadapannya dan kini Hana ingin mengajaknya makan.

"Kau dah kenapa panggil aku pemalas? Kata-kata kau bagai pisau menusuk di lubuk hatiku. Sudahlah, kalau kau tak nak temankan aku. Biarlah aku diganggu oleh lelaki-lelaki keparat di luar sana. Biarkan aku." Kata-kata yang diucapkan bagai Hana berjauh hati dengannya. Sudah! Kalau gadis mulut murai ini merajuk memang susah nak dipujuk.

"Ya, aku temankan kau." Baekhyun terus mematikan taliannya dan memasukkan telefonnya kembali di dalam poket seluarnya. Malas mahu mendengar leteran gadis mulut murai itu. Walau apapun keselamatan Hana penting. Terpaksa juga diturutkan kemahuan Hana. Baekhyun memandang kembali gadis dihadapannya. Bukan senang dia mahu bertemu dengan gadis itu.

"Awak saya pergi dulu ya!" Ujar Baekhyun sambil tersenyum sebelum meninggalkan gadis misteri. Gadis itu hanya menghantar Baekhyun dengan pandangannya.

Baekhyun menghentak stereng keretannya mengikut rentak lagu yang dimainkan di radio. Sesekali mulutnya juga menyanyi menghilangkan suasana bosan ketika memandu. Baekhyun menoleh ke arah jam dinding keretanya yang menunjukkan jam 1100 malam. Memang agak memenatkan kerana dia memandu hampir 3 jam. Kursus yang dihadirinya sebenarnya tidaklah sampai larut petang cuma dia sahaja melambatkan masa dengan berjalan-jalan di bandar itu. Sesekali timbul rasa seram sejuk apabila waktu-waktu begini tiada kenderaan yang lalu lalang. Sabar lagi beberapa minit kau sampailah. Bisik Baekhyun cuba menteramkan hati. Sedang dia membelok ke selekoh, ada seseorang yang melintas di hadapannya keretanya. Baekhyun pantas menekan brek kecemasan. Fuh! Nasib baik tak kena. 

Siapa pulak yang main lintas ini. Ujar Baekhyun marah. Mana dia tak naik angin kalau dia tidak menekan brek tadi mungkin akan dilanggarnya orang itu. Baekhyun keluar dari kereta dan menuju ke bahagian depan keretanya. 

"Hei, kau tahu tak ba.." Kata-katanya terhenti apabila melihat orang dihadapannya. Gadis misteri. Gadis itu sedang bercangkung sambil tangannya memegang kepalanya yang tertunduk merenung jalan. 

"Arghh...!" Suara gadis itu kedengaran menangis. Mungkin ketakutan apabila hampir dilanggar. Baekhyun sebersalah melihat gadis itu.

"Awak, saya minta maaf ya.". Ujar Baekhyun separuh memujuk. Gadis itu masih berkeadaan seperti tadi malah tangisannya semakin kuat. Baekhyun mati akal melihat perlakuan gadis itu. Sudahlah tiada orang disitu, dengan siapa lagi dia mahu meminta pertolongan untuk meredakan tangisan gadis itu. Saat itu, dia terfikirkan seseorang yang boleh membantunya. Baekhyun mendail nombor di telefonnya.

"Hello Hana! Tolong aku. Emergency ini." Ujar Baekhyun 

Hana menyelimutkan gadis misteri itu setelah sudah memandi dan menukarkan pakaian kepada gadis itu. Baekhyun yang berada di pintu hanya memerhatikan Hana. Hana menuju ke arah Baekhyun sambil membuat isyarat supaya keluar dari bilik itu. 

"Thanks tolong aku. Kalau tak aku tak tahu nak minta tolong siapa." Ujar Baekhyun kepada Hana. Sememangnya dia teramat bersyukur kerana Hana sanggup datang membantunya sedangkan waktu sudah larut malam dan jarak rumah Hana yang agak jauh dari jalan itu.

"Tak apa. Kawan mestilah kena tolong." Hana tersenyum ke arah Baekhyun. Selamanya aku akan tolong kau.

"Kalau boleh aku nak minta kau tolong jaga dia. Aku akan bayar dekat kau." Hana terkejut mendengar kata-kata lelaki dihadapannya. Nampaknya lelaki itu tidak bergurau dengan APA yang dikatakannya. Entah mengapa hatinya agak terkilan, bukan kerana dipaksa menjaga gadis itu. Tidak sama sekali cuma dia rasakan Baekhyun mungkin akan jauh meninggalkannya. 

"Boleh. Aku tak kisah pun. Kau tak payah bayarlah." Ujar Hana seraya tersenyum menampakkan barisan gigi putihnya.

"Thanks sangat-sangat. Ini yang buat aku sayang gila dekat kau." Baekhyun seraya memegang erat tangan Hana. 

Kalau ini yang buat kau gembira, aku pun gembira untuk kau

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
luckyfree
saya harap awak akan berikan comment....

Comments

You must be logged in to comment
chacha_ieyra
#1
ah...me pnh baca cite ni..lama dh..hehehehexD..
nursyamimivip
#2
Chapter 5: cerita ni sedih T^T good job authornim!
parkyura98
#3
Chapter 5: so sad...T-T
choco_chim
#4
Chapter 5: i'm crying.....
DarlingLove
#5
Chapter 5: sad ending... T︵T
but cerita kau mmg daebak!!! ^^
amiramuliyadi
#6
Chapter 5: Sedihlah cerita InI Amy... Kenapa citer ini Agak tergantung? Saera I should kill her... Evil laugh..