Jumpa Awak...

Our Different World

“Kita harus bersyukur kepada Tuhan kerana dikurniakan keindahan yang ada pada bumi ini. Janganlah takbur pada wang sahaja. Nilai wang bukan ukuran kebahagiaan. Cuba kau lihat tempat ini, sungguh cantik bukan? Sungguh cantik sekali seperti diriku ini. Ah…cuba kau lihat diriku ini, tidakkah kau seharusnya bersyukur kerana aku dilahirkan mempunyai paras rupa yang indah wahai si photographer.” Hujah yang panjang lebar daripada si gadis yang bermulut murai. Kata-katanya sungguh indah umpama puitis yang bisa mengalahkan para pemuitis dunia. Akan tetapi, percayalah sebaik sahaja si gadis bermulut murai ini memulakan puitisnya yang tidak berbayar itu, pasti akan ada orang yang ingin memuntahkan segala isi perut, kahak, anak tekak dan sewaktu dengannya.

 “Apalah yang kau melalut ini wahai si mulut murai. Apa yang telah merasuk dalam badan kau ini? Aku rasa kita bercakap tentang tempat ini bukan bercakap pasal kecantikan kau. ” jelas Baekhyun sambil memutarkan bola matanya. Menyesal sungguh rasanya membawa gadis di sebelahnya ini ikut bersama. Tujuannya mengajak gadis ini, bolehlah menghilangkan tekanan tetapi rasanya dia yang tertekan. Kusut! Itulah yang menggambarkan keadaan dirinya. Kerjaya sebagai seorang photographer bukanlah mudah lebih-lebih lagi bekerja di bawah syarikat ternama. Dihantar ke bandar terpecil ini juga bukan kehendaknya tetapi kehendak syarikatnya.

”Hello! Kau panggil aku mulut murai. Kata-kata kau ini tajam menusuk di kalbu tahu tak?”ujar Hana seraya menutup kedua-kedua kelopak matanya sambil tangannya menekap tangan ke dada. Barangkali orang-orang yang melihatnya pasti memikirkan gadis ini mempunyai serangan jantung yang kronik.

 “Hoi, sudah-sudahlah! Orang tengok kaulah.” Malunya! Hana seolah-olah tidak berperasaan. Ramai yang memerhatikan mereka berdua tetapi Hana masih dengan lakonannya.

“Encik, isteri okay tak?” tanya seorang lelaki yang prihatin. Isteri? Baekhyun seraya menoleh Hana yang sedang tersenyum manja.Dah kenapa minah ini senyum gedik pulak. Tidak! Kalau menjadi suami kepada mulut si murai ini memang meranalah jawabnya.

“Eh, bukanlah! Dia ini bukan isteri saya. Dia sekarang tengah bersedih maklumlah baru dibuang jadi model.” Jelas Baekhyun lembut.

Lelaki itu tersenyum mengangguk sebelum pergi. Hana merenung tajam dengan kelopak matanya dibesarkan sambil menunjukkan genggaman penumbuk ke arah Baekhyun. Baekhyun hanya menjongketkan bahu seolah-olah dia tidak melakukan kesalahan.

“Cis, kata-katamu ini mahu sahaja aku sumbat dengan pelocok tandas di rumah aku. Kau memang tak habis-habis nak menyakitkan hati akukan.” Marah Hana sambil bercekak pinggang. Semestinya dia sekali lagi menjadi bahan tontonan kepada orang-orang yang lalu-lalang.

“Hoi mulut murai! Kalau nak bercakap pun, tak payahlah sampai satu pasar dengar suara kau.” Ujar Baekyun separuh berbisik. Hana memberhentikan langkahnya sambil mencebik geram apabila dirinya dilabel sebagai ‘Si mulut murai’. Baekhyun pantas menoleh ke belakang apabila Hana tidak bergerak.

”Sudah cepatlah! Jangan nak buat perangai. Sekarang tengah sesak. Jangan nak jadi traffic light di situ.” Baekhyun menggeleng-gelengkan kepalanya apabila Hana masih lagi statik pada kedudukan asal. Ishh..Dia ini. Dahlah pasar ini ramai orang, boleh pulak buat perangai. Nak dipujuklah itu! Baekhyun hanya meneruskan langkah tanpa menghiraukan

Hana yang sedang menghentakkan kaki melihat Baekhyun pergi. Sabar Hana. Lelaki memang macam ini. Bukan nak memujuk tapi aku yang harus memujuk. Tak sangka selama ini dia boleh jatuh suka kepada orang seperti Baekhyun.


Hana menulis sesuatu di atas helaian kertas A4 berwarna merah. Dia menggigit bibir sambil bola matanya dipalingkan ke atas. “Apa lagi yang aku kena tulis ni?”. Dia lantas meletakkan pen dan memegang helaian kertas untuk dibaca.

Hai awak!

Awak mesti dah bosankan dengan surat saya ini.

Tapi saya takkan berhenti tulis surat untuk awak.

Setiap hari, saya akan hantar surat untuk awak walaupun awak tak suka.

Awak selama ini saya dekat depan mata awak cuma awak sahaja yang tidak memandang saya.

Yang Terindah

Peminat Sejati

Hana mengelengkan-gelengkan kepalanya sambil menggosok matanya. Sakit matanya melihat tulisan berwarna merah. Entah-entah dia tak sempat nak baca sebab mata dah melilau tengok warna merah. Bisik hati kecil Hana. Hana lantas merenyukkan kertas sebelum dibaling ke dalam tong sampah kecil berhampiran meja belajarnya. Pening…pening! Hampir dua jam memikirkan tentang apa yang harus dituliskan untuk diberi kepada crushnya. Hana mengambil lagi kertas berwarna yang masih banyak. Demi lelaki itu, dia sanggup menggunakan wang tabungnya untuk membeli peralatan tulis dan kertas berwarna hanya untuk membuat surat cinta kepada Baekhyun. Sudah tiga bulan menjadi penghantar surat cinta kepada Baekhyun tanpa pengetahuan lelaki itu. Mana mungkin dia akan memberitahu Baekhyun tentang perasaannya pada lelaki itu. Dia tahu Baekhyun hanya menganggapnya sebagai sahabat dan tidak lebih daripada itu. Sebab itulah Hana mengambil keputusan untuk menjadi peminat Baekhyun dalam diam.

Kelas

Baekhyun menuju ke mejanya. “Urghh! Surat lagi.” Baekhyun mengeluh perlahan namun keluhannya dapat didengari Hana.

Hana lantas menoleh ke belakang dan meletakkan siku diatas meja Baekhyun. “Kenapa kau ni?” Hana bertanya seolah-olah tiada apa yang berlaku sedangkan dia tahu sekali punca sahabatnya aka crushnya mengeluh.

“Surat cinta lagi. Aku bosan dengan orang macam ini.” Kata-kata Baekhyun membuatkan Hana malu sendiri. Mana mungkin dia tidak malu jika ayat pedas itu ditujukan kepadanya.

“Eh…Kenapa pulak kau bosan? Seronok apa ada secret admirer. Kalau akulah, aku mesti happy gila.” Ujar Hana berseloroh.

Baekhyun hanya menjeling Hana seraya mencampakkan note cinta ke arah Hana. Hana terkedu melihat tindakan Baekhyun. Hatinya sakit dengan perlakuan Baekhyun. Surat cinta yang ditulis indah dengan pen berwarna hanya untuk lelaki dihadapannya ini.

“Kau sedar tak kalau orang ini tahu kau baling surat dia, dia akan menangis sebab perbuatan kau.” Hana cuba menahan air mata daripada jatuh.

“Biarlah kalau dia tahu. Aku boring dengan ayat-ayat jiwang minah ini. So ! Cuba kau baca ayat minah ini. Kalau kata dia suka dekat aku, jumpa aku, habis cerita.” Baekhyun menjeling sambil memeluk tubuh.

“Aku harap dan minta sangat orang ini takkan hantar lagi surat cinta macam ini. Aku benci tahu tak.” Ujar Baekhyun sebelum bangun meninggalkannya.

 


 

Hana tersentak apabila seseorang melanggar bahunya. “Aduh! Sakitnya.” Hana memicit bahunya yang sakit akibat dilanggar dengan orang yang tidak dikenali. Salahnya juga berdiri tengah-tengah ramai orang. Dia baru tersedar yang Baekhyun telah berjalan meninggalkannya jauh ke belakang. Sabar jelah.

Baekhyun berjalan sambil melihat gerai-gerai disitu. Pelbagai jenis barangan antic yang boleh didapati di pasar ini. Harga makanan di sini juga murah, sememangnya tidak dinafikan jika ramai orang yang berkunjung di situ.

“Yah! Kau tinggalkan aku dekat belakang. Sampainya hati kau, tak pujuk aku pun.” Baekhyun tidak menoleh ke arah Hana sebaliknya matanya tertancap pada belakang seorang gadis yang memakai dress putih paras lutut. Baju gadis itu kelihatan kotor sekali. Gadis berambut panjang itu menyinggah di sebuah gerai yang menjual roti yang dikelilingi ramai pelanggan.

“Baekhyun aku nak singgah gerai air kejap. Haus pulak. Kau nak beli apa-apa tak?” Tanya Hana.

“Hmm..” Hanya itu sahaja jawapan yang keluar daripada mulut lelaki di hadapannya.

Hana melepaskan keluhan kecil melihat Baekhyun. Entah kenapa pulak mamat ini. Bisik hati kecil Hana sebelum berjalan ke gerai air. Baekhyun khusyuk sekali memerhatikan perbuatan gadis bergaun putih tersebut. Secara spontan, mata Baekhyun membulat dengan apa yang berlaku di depan matanya. Dia tidak salah melihat bukan. Gadis itu telah mengambil atau lebih tepatnya mencuri sepeket roti tanpa disedari penjual di situ. Baekhyun ingin menghalang perbuatan gadis itu namun sebaik sahaja gadis itu memandang ke arahnya, kakinya bagaikan digam supaya tidak bergerak, matanya terpaku melihat wajah gadis itu. Mata gadis bagaikan meminta belasan ihsan kepadanya agar mengasihani dirinya. Barangkali gadis itu mengetahui Baekhyun melihat perbuatannya. Gadis itu kemudiannya terus berlari pergi meninggalkan gerai itu. Baekhyun tersentak apabila Hana memukul perlahan bahunya.

 “Kenapa muka macam orang kena sampuk ini?” ujar Hana separuh menyindir.

“T...tak ada apa-apalah. Kau dah beli ke belum?” Hana seraya menggengam tangannya lalu mengetuk kepala Baekhyun. Baekhyun mengaduh kesakitan sambil menggosok kepalanya.

“Kau dah kenapa pukul aku pulak ini?” marah Baekhyun.

“Kau itu yang kenapa. Kau nampak tak dekat tangan aku ini ada air. Masih mahu tanya lagi.” Hana mencebik geram. Dalam hatinya sudah ketawa kegelian melihat Baekhyun mengaduh kesakitan. Comel. Baekhyun menjeling tajam ke arah Hana. Geram dengan perangai gadis itu. Baekhyun mengeluh perlahan apabila bayang gadis itu hilang daripda pandangannya. Manalah gadis itu?  

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
luckyfree
saya harap awak akan berikan comment....

Comments

You must be logged in to comment
chacha_ieyra
#1
ah...me pnh baca cite ni..lama dh..hehehehexD..
nursyamimivip
#2
Chapter 5: cerita ni sedih T^T good job authornim!
parkyura98
#3
Chapter 5: so sad...T-T
choco_chim
#4
Chapter 5: i'm crying.....
DarlingLove
#5
Chapter 5: sad ending... T︵T
but cerita kau mmg daebak!!! ^^
amiramuliyadi
#6
Chapter 5: Sedihlah cerita InI Amy... Kenapa citer ini Agak tergantung? Saera I should kill her... Evil laugh..