chap 3

Our Different World

Sudah hampir sebulan lamanya, gadis itu menetap di rumah Hana. Selama itu jugalah Baekhyun datang melawat gadis itu. Melihat gadis itu tersenyum dan berbicara amat membuatkan hatinya gembira. Tidak pasti apakah ini cuma perasaan cinta atau perasaan simpati terhadap gadis itu. Sungguh dia keliru dengan dirinya. Walaupun hubungan mereka agak baik akan tetapi nama gadis itu belum diketahuinya apatah lagi asal-usul gadis misteri itu. Hanya ‘awak-saya’ menjadi penghubung mereka untuk berbual.

Hari ini, Baekhyun datang membawa harapan kepada dirinya sendiri agar dia mengetahui nama gadis itu. Entah mengapa Baekhyun begitu terdesak untuk mengetahui kisah gadis misteri itu. Semakin lama dia memendam, semakin lama hatinya semakin memberontak untuk meluahkannya.

“Siapa nama awak? Mana keluarga awak? Kenapa awak tidur di lorong? Maaf kalau saya banyak bertanya…”

Gadis itu menghentikan hirupan kopi, perlahan-lahan meletakkan cawan yang berisi kopi panas itu di atas meja. Anak matanya masih lagi merenung langit dengan pandangan sayu.

“Park Saera. Nama yang ibu bapa saya pilih untuk diri saya. Semua keluarga saya dah mati. Saya terpaksa tidur di lorong sebab saya dihalau.” Bicara gadis itu perlahan. Kata-kata gadis itu membuatkan Baekhyun terkejut mendengarnya seraya perasaan bersalahnya meresap ke dalam hati, menyesal kerana membangkitkan soal itu.

“Saya minta maaf kalau saya mungkin buat awak tersinggung. Tapi siapa dan kenapa dia menghalau awak? Boleh tak awak ceritakan kisah awak.” Kelihatan gadis itu merenungnya dengan wajah sedih seraya mengangguk.

“Saya lahir dalam sebuah keluarga yang lengkap. Kehidupan saya yang asalnya bukanlah hidup dalam kemiskinan. Ayah mempunyai syarikat sendiri dan ibu menguruskan butik sendiri. Apa yang saya mahukan semuanya saya dapat termasuk…”Kata-kata gadis itu berhenti, menyedut udara sebelum menyambung bicaranya.

“Menuruti permintaan saya ingin berkahwin pada usia muda.” Hampir jatuh rahang Baekhyun mendengarnya. Memang dia tidak salah dengar, gadis ini sudah berkahwin.

“Awak dah kahwin? Suami awak dimana?” Kelihatan di tubir mata gadis itu sudah sarat dengar air mata membuatkan Baekhyun sebersalah.

“Awak, saya minta maaf.” Makin menggunung rasa bersalahnya apabila gadis itu tidak menyambut huluran maaf daripadanya.

Secara tiba-tiba gadis itu terus memeluk erat tubuh Baekhyun. Baekhyun terpana melihat tindakan gadis dihadapannya ini. Wajah gadis itu melekap pada dadanya. Terasa basah pada bajunya barangkali gadis itu sedang menangis. Dia agak ragu-ragu untuk membalas pelukan gadis itu.

“Saya tak tahu. Dia menghilang begitu saja tanpa khabar berita. Yang pasti saya tidak mahu kembali ke dunia kejam itu. Saya terseksa sangat apabila hidup dengannya.” Gadis itu merintih perlahan.


“Mana kau pergi? “Park Saera tersentak apabila mendengar jerkahan daripada suaminya Kim Jonghyun.

“Saya baru balik dari rumah mama. Kenapa abang?” Ujar Saera lembut sambil menghadiahkan senyuman kepada suaminya. Kim Jonghyun terus meluru ke arahnya seraya menampar pipi Saera kuat.

“Baguskan sekarang kau dah pandai menipu aku.” Jerit Kim Jonghyun lantang. Entah apa yang merasuknya berbuat begitu. Saera mengaduh kesakitan sambil tangannya memegang pipinya yang terasa pijar akibat ditampar.

“Abang cakap apa ini? Saera tipu abang?” Dia tak faham mengapa suaminya menuduhnya penipu.

“Sudahlah kau perempuan, kau ingat aku tak tahu yang kau nak cari jantan lain sebab aku tak mampukan. Aku tahu yang aku ini miskin, tapi kau tak patut buat aku macam ini. Aku suami kau tahu tak.” Kim Jonghyun membaling cawan kecil yang berada ditangannya.

Pecah berderai dan serpihannya tepat mengenai pada kakinya. Darah yang mengalir pada ibu jarinya tidak diendahkan. Saera terus memeluk erat kaki suaminya.

“Abang, tolonglah hentikan semua ini. Saera takut tengok abang macam ini. Saera cintakan abang. Tak pernah terlintas Saera untuk mengkhianati cinta kita. Hampir empat tahun kita kahwin, kenapa abang masih meragui Saera?” Ujar Saera dengan suara serak-serak basah. Dia sayangkan suaminya, tapi mengapa jadi begini?

“Arghhh! Tepilah bodoh!” Kim Jonghyun menolak badan Saera yang masih terpaut pada kakinya.

Libasan tali pinggang kena tepat pada badan Seara membuatkan dia mengerang kesakitan.

“Arghh! Sakit!” Tangisan Saera yang tidak diendahkan langsung oleh lelaki yang memukulnya.

 “Kau tahu sakit! Habis selama ini, hati aku sakit tengok kau dengan jantan lain , kau tak fikir pulak.” Kim Jonghyun terus-terusan melibas tanpa mengendahkan kesakitan isterinya.

“Jangan abang! Abang, saya tak pernah curang dengan abang!” Saera yang menangis teresak-esak cuba menjelaskan hal sebenar kepada Kim namun suaminya hanya meneruskan perbuatan kejamnya.

Baginya isteri seperti Saera mesti diberikan pengajaran setimpal kerana berlaku curang. Tidak cukup dengan itu, dia menampar dan menarik kuat rambut Seara. Seara cuba melepaskan dirinya daripada suaminya namun kudratnya sebagai seorang perempuan tidak mampu melawan kudrat lelaki. Dia hanya mampu membiarkan suaminya bertindak seperti binatang. Jelas riak puas pada wajah suaminya apabila melihatnya sedemikian rupa. Kenapa abang sanggup buat begini pada Saera.


Baekhyun terkedu mendengar cerita daripada gadis itu. Sungguh hati lelakinya sedih apabila membayangkan betapa peritnya kehidupan gadis itu. Timbul rasa geram yang amat terhadap suami gadis itu.

 “Saya tak nak kembali dengan dunia kejam itu. Saya takut!” Saera memegang erat tangan Baekhyun mengharapkan pegangan itu dapat meredakan perasaan takutnya.

“Saya janji dengan awak yang saya akan melindungi awak dan saya akan pastikan awak takkan berada dalam kesengsaraan lagi.” ujar Baekhyun memberi sinar harapan kepada gadis dihadapannya itu.

Tanpa mereka sedari, Hana bersandar di sebalik dinding memegang pinggan yang berisi makanan dengan air mata yang membasahi pipi mulusnya. Tergendala niatnya untuk menghantar makanan kepada Baekhyun dan gadis misteri apabila melihat lelaki yang disukai sedang berpelukan dengan gadis lain. Semakin dia menahan tangisan, semakin banyak air mata membanjiri. Adegan itu dilihat dengan matanya sendiri dan semestinya itu menyakitkan. Mungkin kebanyakan orang yang melihatnya seperti gadis yang kuat dan lasak, tapi itu bukan sifatnya. Dia hanyalah seorang gadis berperasaan yang mudah menangis hanya kerana cinta.

Hana bingkas menuju ke dapur semula, meletakkan makanan di atas meja makan. Dia berjalan ke hulu-hilir dapur sambil mengibas-ngibas air matanya supaya tidak jatuh menitis lagi. Dia tidak mahu mereka bertanya sebabnya dia menangis.

“Tolonglah berhenti!” bisiknya perlahan seraya mengesat air matanya. Usaha kelihatan sia-sia apabila air masih laju mengalir di pipi.

 Hana terus ke singki, membasuh muka berkali-kali cuba menghilangkan bukti bahawa dirinya menangis. Seseorang memegang lembut bahunya, membuatkan dia tersentak seraya menoleh ke belakang.

“Hana, kau kenapa ini?” Baekhyun melihat air mata pada gadis dan wajah gadis itu merah akibat menangis. Hana seraya menundukkan wajahnya menghadap ke lantai kerana tidak mahu bertentang mata dengan lelaki itu.

“Hana, kenapa ini? Pandang aku.” Baekhyun makin mendekati sehingga jarak diantara mereka hanya beberapa inci membuatkan Hana tidak cukup nafas. Hana merasakan dagunya diangkat lembut oleh lelaki dihadapannya sehingga mereka bertentang mata.

Pinggangnya dipegang erat sebelum berada dalam dakapan lelaki itu membuatkannya tenang. Inilah kali pertamanya merasakan pelukan hangat dari sahabat yang juga cinta hatinya. Air mata sudah tidak lagi mengalir lagi pipinya.

Mereka berpelukan agak lama dan hanya kedengaran desah nafas masing-masing. Apabila Hana merasakan dirinya diperhatikan lantas matanya tertancap pada gadis misteri. Dia pantas menolak tubuh Baekhyun daripada memeluknya. Baekhyun terkejut dengan reaksi Hana terus menoleh ke belakang. Baekhyun memandang ke arah Saera yang tersenyum lemah sebelum meninggalkan mereka berdua.

“Saera!” ucap Baekhyun perlahan. Dia berjalan laju meninggalkan Hana seorang diri di dapur. Baekhyun seperti menyayangi gadis itu lebih dari dirinya sendiri.

 Tapi bukan itu yang bermain difikirannya sekarang. Kenapa Hana merasakan ada sesuatu yang menakutkan pada wajah gadis itu. Jelas sekali menunjukkan matanya menunjukkan amarah dan kebencian buat dirinya. Yang peliknya gadis itu terus berubah riak apabila Baekhyun memandangnya. Adakah ini cuma khayalan?

Sebaik sahaja sampai dirumahnya, Baekhyun melabuhkan punggung di atas sofa di ruang tamu. Satu keluhan panjang dilepaskannya. Fikirannnya ligat memikirkan kejadian petang tadi.

 

Baekhyun pov

Wajahnya yang merah kerana menangis membuatkan aku tertanya-tanya. Bukan itu punca utamanya. Kenapa hati aku berdegup kencang saat memandang anak matanya. Sesuatu perasaan aneh terus menjalar di dalam hati. Perasaan apakah ini? Perlahan-lahan tanganku erat memeluk pinggangnya, mendakap tubuhnya erat sebelum dia melepaskannya. Dia kelihatan terkejut membuatkan aku menoleh ke belakang. Ya, kelihatan Saera sedang melihatku dengan senyuman yang jelas disebalik senyumannya kelihatan kecewa.

Saera terus berlari ke ruang tamu mungkin tanpa aku tahu sebabnya. “Saera!” ujarku perlahan sebelum memandang wajah Hana. Aku ingin memujuk Hana akan tetapi hatiku kasihan melihat Saera dan akhirnya aku juga berlari meninggalkan Hana seorang diri di dapur.

Tidak! Baekhyun kembali ke alam nyata. Aku tidak harus mempunyai perasaan apa-apa terhadap Hana. Dia sahabat aku dan aku sudah berjanji pada Saera untuk sentiasa melindunginya. Bisik hatinya sebelum bangun menuju ke bilik.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
luckyfree
saya harap awak akan berikan comment....

Comments

You must be logged in to comment
chacha_ieyra
#1
ah...me pnh baca cite ni..lama dh..hehehehexD..
nursyamimivip
#2
Chapter 5: cerita ni sedih T^T good job authornim!
parkyura98
#3
Chapter 5: so sad...T-T
choco_chim
#4
Chapter 5: i'm crying.....
DarlingLove
#5
Chapter 5: sad ending... T︵T
but cerita kau mmg daebak!!! ^^
amiramuliyadi
#6
Chapter 5: Sedihlah cerita InI Amy... Kenapa citer ini Agak tergantung? Saera I should kill her... Evil laugh..