Time to bully Hweji 2

OUR LOVE STORY
Please Subscribe to read the full chapter

"Mari ikut kami!!" Bae jae hui menarik tangan Hweji ,Hweji hanya mampu menurut , tangannya sakit digenggam sebegitu

 

Hweji di bawa ke atas bumbung sekolah itu , dia di seret oleh Jae hui, setelah naik ke atas , Jae hui terus menolak Hweji le dinding sekolah itu dengan kuat sekali

 

"Kau fikir kau ni cuma menumpang dekat sekolah ni!! Huh!! Sekarang kau nak minta tolong dengan siapa?! Huh?! Shinyeong kami dah ikat dia masuk stor sekolah, kami dah kendadu pintu tu, Nc.a? Kitorang tipu Nc.a yang hari ni ada meeting untuk pengawas , lepas tu kitorang kunci juga pintu bilik Pengawas tu, sekarang tak de siapa yang boleh protect kau ,hahahahaha" Jungroo berkata sambil menunjal-nunjal kepala Hweji sambil mereka menendang-nendang kaki Hweji

 

"Yena keluarkan 'hadiah' untuk Hweji" tambah Jungroo

 

Yena pun mengeluarkan buah-buahan,sayur-sayuran dan telur yang busuk dan berkulat , mereka pun membaling semua buah,sayuran dan telur busuk itu

 

"Eeiii , jijiknya kau Hweji , busuklah kau ni , kau tak de mandi ke? Eiuwww , Yena present kedua untuk Hweji" Jungroo mengarahkan Yena

 

Yena mengeluarkan sebaldi air busuk , baunya macam air longkang

 

"Tadi masa kau datang sekolah , kitorang nak beri hadiah ni , tapi Nc.a protect kau pula , jadi tak dapatlah kau perfeum ni , aku rasa perfeum ni wangi sangat untuk orang miskin macam kau ni" Jungroo terus menuang air longkang itu ke kepala Hweji

 

"Lepas ni , Xiumin oppa pun takkan nak datang dekat dengan kau lagi , kau ni terlebih jijik , pakai contact lens konon" Jungroo kembali menunjal-nunjal kepala Hweji

 

"Ok present ke tiga" arah Jungroo kepada Jae hui pula

 

Jaehui mengeluarkan tiga bilah pisau yang sangat tajam

 

Hweji terkejut , dia mengengsot badannya ke sudut , dia sangat takut

 

"Ni balasan sebab kau tak pandai serik-serik!!" Jungroo menampar pipi Hweji sekuat hatinya

 

Jungroo menarik tangan Hweji, dia baru sahaja hendak mencederakan Hweji menggunakan pisau , tiba-tiba seseorang menahan tangan Jungroo , Hweji pula dari tadi menutup matanya kerana takut di apa-apakan oleh Jungroo

 

"Xi.. .xi.. xiu.. .xiumin oppa.. ." Jawab Jungroo tergagap-gagap

 

"Turun sekarang , kalau tak aku lapor kat polis , ni kesalahan berat bagi seorang pelajar" Xiumin cuba mengawal dirinya untuk tidak menengking Jungroo

 

Tadi, sebaik sahaja dia terjumpa Shinyeong yang berada di bilik stor , Shinyeong terus meminta pertolongan daripada  Xiumin , Shinyeong nampak sangat lemah , lagipun di dalam stor itu ruangannya sempit , jadi Shinyeong tidak mendapat lebih oksigen untuk bernafas

 

"Tapi.. .ni bukan seperti yang oppa nampak, tadi.." Jungroo masih nak berdolak-dalih

 

"Huh?! Kau cakap ni bukan seperti yang aku nampak?!! Kau nak bukti ke?!!" Xiumin terus menunjukkan Samsung galaxy tab mini kepunyaan Shinyeong , dia pun memainkan video yang dirakam daripada CCTV

 

Sebelum Shinyeong di kurung di dalam stor sukan itu , dia telah memasang kamera CCTV di seluruh sudut sekolah yang tersorok , dia menyambungkan bluetooth ke tabnya

 

"Ta.. tap.. tapi.. op.. oppa.." jawab Jungroo tergagap-gagap

 

"Pergi" balas Xiumin sepatah

 

"Jomlah Jungroo , kau nak masuk jail ke?" Kata Jae hui perlahan

 

Mereka pun berlalu pergi , muka Jungroo merah akibat marah plus malu dengan Xiumin

 

Setelah memastikan geng Vouge itu pergi , Xiumin terus menerpa ke arah Hweji , Hweji duduk memeluk lututnya , badannya mengigil

 

"Awak tak apa-apa?" Tanya Xiumin , Hweji hanya mengangguk

 

"Awak basah ni , jom kita pergi bilik persalinan , awak perlu tukar baju awak tu , nanti awak demam" kata Xiumin dengan nada yang prihatin , dia menanggalkan blazernya dan membalut tubuh Hweji dengan blazer itu

 

"Tak apa , nanti blazer sunbae kotor" kata Hweji seraya menolak blazer Xiumin

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
cute_korean_girl
yo!author-nim dah edit fanfic ni,jadi sekali lagi patik inigin membuang masa reader utk baca semula fanfic ni,^^♡♥

Comments

You must be logged in to comment
sehunloversuho #1
Chapter 9: Sweet arr shinyeong ngn daehyun ni..