Time to bully Hweji
OUR LOVE STORYHari ni Hweji berjalan biasa pergi ke sekolah , tapi kali ni dia pergi ke sekolah bersama Nc.a , ntah ape-ape lah yang di rancang oleh Nc.a dan Shinyeong , hari itu sungguh cerah , nampak macam takde hujan je , tapi yang Hweji pelik , Nc.a membawa payung , besar pula tu
Mereka pun berjalan masuk ke kawasan sekolah , Nc.a mendongak ke atas bangunan sekolah itu , dia tersenyum sinis sambil menarik Hweji yang berada di sebelahnya , sampai sahaja di pintu masuk bangunan itu , Nc.a terus membuka payungnya , rupa-rupanya ada hujan , bukan hujan apa , air itu busuk sangat , macam air longkang
Hweji pun berfikir mesti ada pelajar yang ingin menyiramnya tadi , nasib baik ada Nc.a di sisinya
Dalam perjalanan pergi ke loker mereka sebelum ke kelas , semua pelajar melihat ke arah Hweji dengan pandangan yang pelik dan menjijikkan , Hweji tunduk
Nc.a berjalan ke arah lokernya , jarak lokernya jauh daripada Hweji
Hweji baru nak membuka lokernya , tiba-tiba Bora , senior mereka datang dan menghalang Hweji daripada membuka lokernya
"Hweji , bagi aku kunci loker kau , Somi suruh" Bora mengunyah gula-gula getahnya
Hweji tahu siapa Somi , itu nickname Shinyeong yang selalu di gunakan oleh senior mereka , nickname lain Shinyeong ialah Haru , ShinShin , dan Bunny
"Apa bukti awak?" Tanya Hweji
Bora menunjukkan pergelengan tangannya, di tangannya terdapat gelang yang bertulis ' SISTAR BORA ~ GOSSIP ' , Hweji mengangguk , dia tahu , semua geng yang nak bergossip dengan Shinyeong mesti ada gelang tangan itu , dia dan Nc.a pun ada , tapi mereka berdua tidak memakainya
Hweji pun menyerahkan kunci lokernya
"Berdiri ke tepi" arah Bora , Hweji hanya menurut
Bora berdiri ke tepi loker itu sambil membuka loker Hweji perlahan-lahan , Bora membuka pintu loker itu , tiba-tiba setimbun sampah-sarap , buah-buahan yang busuk dan berkulat jatuh terkeluar dari loker itu
Hweji terkejut , dia hampir pengsan tapi di tahannya
"Boraaa!!!" Hyorin dan Dasom berlari anak ke arah mereka sambil menarik seorang makcik cleaner , makcik cleaner itu kelihatan tercunggap-cunggap kerana ditarik oleh mereka berdua
"Makcik , nilah lokernya , tolong bersihkan ye" Dasom berkata sambil tercunggap-cunggap mengambil nafas
"Nah , ni ganjarannya" Hyorin menghulurkan beberapa not seratus won , makcik cleaner itu teragak-agak mengambil wang itu
"O.. . Ok ci.. . Cik muda" kata makcik cleaner itu tergagap-gagap
"Hweji , buat sementara waktu ni , bawa aje beg kau ni , nah kami dah ambil sedia buku teks, latihan dan buku rujukan kau" tiba-tiba So you datang sambil membawa setimbun buku-buku , penat doh angkat buku tu , maklumlah pelajar genius lah katakan
"Gomawo-eo unnie , Shinyeong di mana sekarang? " Hweji mengambil buku-bukunya
"Itu kitorang tak boleh nak bagitahu , just a little secret , jangan risau , Somi selamat , cuma dia tak nak bagitahu di mana lokasi dia sekarang ni" kata Bora ringkas , mereka pun berlalu pergi meninggalkan Hweji yang terkebil-kebil mengangkat bukunya
Di suatu sudut.. .
"Hish!! Tak guna punya Shinyeong!!! Kau dah rancang semua rupanya!! Kau nak main sorok-sorok ye ? Takpe aku akan buli Hweji habis-habisan hari ni!!" Jungroo menumbuk dinding putih sekolah itu, tak sakit ke kak tumbuk dinding tu ?
Setelah masuk ke kelas , Hweji pun duduk di tempat duduknya , sekali lagi Hweji berasa pelik kerana meja dan kerusinya bersih dan nampak seperti baru , dia pun duduk ke kerusinya
Nc.a pula terus menghilang tadi , mungkin ada kerja pengawas kot yang harus di selesaikan
Hweji melihat ke arah meja di sebelahnya iaitu meja Shinyeong , meja itu kosong , dia mengeluh seketika
Tiba-tiba Park Soo Yeon teriak dengan kuatnya , Hyun Bi Hyul , tomboy kelas itu ketawa terbahak-bahak , pelajar yang lain yang melihat Soo Yeon pun tur
Comments