Bab 3

What Is Love ?
Please Subscribe to read the full chapter

Pada waktu malam, di Cafe Mouse Rabbit...

 

 

 

"Hmm... kenapa Taeri tak datang ?" tanya Keyra sendirian. Dia merungut sendirian di kaunter pembayaran. Kai hanya memerhati segala gelagat Keyra. "Argh !!! Dah lah aku dengan Kai je yang kerja hari ni." jerit Keyra dalam hatinya. Dia terasa seperti ingin menumbuk dinding di sebelahnya dengan kuat sebagai tanda melepaskan geram.

 

 

 

"Awak marah Taeri ke ?" tanya Kai.

 

"Eh, tak lah." cover Keyra.

 

"Saya tahu awak tengah marah. Lagipun, Taeri tak dapat datang sebab tangan dia luka." jelas Kai.

 

 

 

Keyra memandang Kai. "Saya tahu tu, cuma saya tak dapat terima sebab tangan yang luka takkan sampai tak datang kerja." balas Keyra. "Cara awak cakap tu... awak macam tahu je yang luka Taeri tu kecil atau besar." Kai bersuara. Keyra terdiam. Betul juga apa yang Kai cakap tu.

 

 

 

"Aku ni, macam tahu je luka Taeri tu serious ke tak." kata Keyra pada dirinya lagi. Dia dah mula merisaukan kawan baiknya itu. "Macam manalah keadaan Taeri sekarang ni." fikir Keyra.

 

Di rumah Taeri,

 

"Huh ? Aku tertidur pula. Macam mana agaknya keadaan Luhan sekarang ?" kata Taeri. Dia turun dari katilnya dan terus keluar dari bilik. Kelihatan Luhan sedang khusyuk bermain cube rubik yang berada di atas meja di ruang tamu. "Awak dah bangun ?" tanya Luhan.

 

 

 

"Nae."

 

"Mianhei, saya tak patut tanya soalan macam tu."

 

"Oh, gwenchana. Lagipun awak tak tahu apa-apa."

 

Luhan hanya mengangguk. Taeri mengambil tempat duduk di sebelah Luhan. "Awak memang suka main cube rubik ke ?" tanya Taeri. "Nae." balas Luhan pendek. Suasana tegang seketika.

 

"YEA !!! DAH SIAP !!!" jerit Luhan secara tiba-tiba sambil melompat dari sofa kerana berjaya menyelesaikan cube setelah 2 minit bermain. Taeri yang berada di sebelah Luhan terkejut. Dia menolak Luhan yang mengakibatkan Luhan terjatuh dari sofa.

 

 

 

"Wae ?"

 

"Janganlah jerit macam tu secara tiba-tiba. Terkejut saya."

 

"Kalau ya pun terkejut, janganlah tolak saya sampai jatuh dari sofa."

 

"Hmm... awak yang mulakan dulu."

 

 

Luhan hanya membuat muka. Sewaktu dia ingin berdiri semula, dia terpandang bulan penuh di luar tingkap. Matanya mula bertukar merah. "Luhan ?" panggil Taeri. Luhan memandang Taeri. "Eh, mata awak merah. Awak ok ke ?" tanya Taeri. Luhan hanya mengangguk. Dia terpandang luka yang terdapat pada lengan kiri Taeri.

 

"Siapa yang buat tu ?" tanya Luhan sambil menunjukkan kearah kesan luka tersebut. "Oh, awaklah." balas Taeri ringkas. "Saya ?" tanya Luhan semula yang inginkan kepastian. "Yup." jawab Taeri lagi. Luhan duduk di sebelah Taeri semula. Dia memegang tangan Taeri dan memerhatikan luka tersebut dengan penuh teliti.

 

 

"Mianhei." ucap Luhan sambil menundukkan mukanya.

 

"Gwenchana. Sikit je." balas Taeri.

 

"Tak. Ini memang salah saya. Saya tak sepatutnya cakar awak."

 

"Hey, janganlah macam ni." pujuk Taeri.

 

 

Dia mengangkat muka Luhan yang serba salah tadi. "Janganlah risau, saya tahu awak tak sengaja. Lagipun, awak buat macam tu sebab nak lindungi diri awak kan ?" jelas Taeri lagi. Luhan tidak bersuara dan dia masih diselubungi rasa bersalah yang teramat sangat. Taeri mengambil keputusan untuk biarkan Luhan bersendirian sebe

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
XiuChen99 #1
Chapter 1: Finally... end of part 1. I will continue with part 2 next.