Kisah silam

All for you
Please Subscribe to read the full chapter

Seongwoo merebahkan badannya di atas katil.Bantal dicapai lantas dibaling bantal itu kearah pintu sliding ke balkoni biliknya.Dia menjerit melepaskan marah.Marah melihat kemesraan Rahee dan lelaki yang tidak dikenalinya itu.Niatnya ke butik mahu mengajak Rahee lunch bersama namun lain pula yang jadi.Ketiadaannya di Korea selama beberapa hari kerana melancong ke Hawaii betul-betul mendesak dirinya untuk melepaskan rindu pada Rahee.Dia sendiri tak faham akan dirinya.Tapi dia akur akan kehendak hatinya.

 

"Nampak sangat lelaki tu ada perasaan pada Rahee." Bentak Seongwoo sendirian.

"Aku kene buat sesuatu! Rahee kena jadi milik aku juga! Tapi...kalau kejadian dulu jadi lagi macam mana?" Sejak kejadian itu berlaku, dia sudah tidak menaruh hati pada mana-mana perempuan.Dia tidak percaya pada perempuan.Namun lain pula pada Rahee.

 

Seongwoo memegang kepalanya yang terasa sakit.Kejadian dua tahun lalu kembali di ingatannya.Kejadian yang hampir meragut nyawanya.

 

"Seongwoo! Tunggu I lah!" jerit Bomi yang sudah terkocoh-kocoh menyarung kasut di kaki.Seongwoo tidak mempedulikan jeritan Bomi.Dia terus menuju ke keretanya dengan hati yang berang.Bomi berlari sepantas kilat mendapatkan Seongwoo.Tangan Seongwoo dicapai.

"Seongwoo! Wait! Dengar dulu apa I nak cakap ni!" ujar Bomi separuh merayu.Seongwoo merentap tangannya dari genggaman Bomi.

"Apa masalah kau! Pergi jahanam sana dengan lelaki simpanan kau! Jangan cari aku lagi." Tengking Seongwoo melepaskan marah.Bomi terkejut dengan tengkingan Seongwoo.Selama ini Seongwoo tidak pernah sedikit pun meninggikan suara padanya.

"Sayang, please.Ini bukan yang you sangka.I tak bersalah." Rayu Bomi lagi.

 

Seongwoo ketawa sinis. " Bukan yang aku sangka? Kau tak bersalah? Habis yang aku nampak tadi siapa? Jasad kau je?" ujar Seongwoo menyindir.

"Okay okay macam ni, Daniel ajak I keluar semalam, ya I salah sebab I setuju untuk ikut dia.I ingat you ada sekali......" belum sempat Bomi habis memberi penjelasan, Daniel yang baru keluar dari rumah menegur mereka berdua.

"Apa kecoh-kecoh ni?" Daniel kelihatan masih mamai dengan rambutnya yang serabut.

"Daniel! Baik you jelaskan pada Seongwoo apa yang jadi!" bentak Bomi.

"Apa yang jadi? Macam yang kau nampak, tu je la penjelasan nya." ujar Daniel selamba mahu menambahkan api kemarahan Seongwoo.Ya Seongwoo kawan baiknya sejak sekolah menengah namun tindakan Seongwoo merampas Bomi daripanya menyebabkan persahabatan mereka putus.Daniel menyimpan dendam pada Seongwoo.Berita Seongwoo dan Bomi akan bertunang benar-benar menguji kesabarannya.

"KANG DANIEL!" jerit Bomi lalu menampar mukanya.

"Baguslah secocok sangat kau berdua." Seongwoo terus masuk ke dalam kereta tanpa mempedulikan mereka berdua.Melihat Seongwoo yang mahu pergi,tergesa-gesa Bomi berlari masuk ke tempat duduk penumpang hadapan.

 

"Yah! Kim Bomi! Kau keluar sekarang!" tengking Seongwoo.Namun Bomi tidak mempedulikan Seongwoo.Dia memekakkan diri di sebelah Seongwoo.

"Jangan menyesal!" Seongwoo terus menekan minyak dan memecut pergi.

 

"Yah! KIM BOMI!" jerit Daniel yang masih geram dengan tindakan Bomi melarikan diri bersama Seongwoo.

 

"Sayang please jangan buat I macam ni, kita dah nak tunang minggu depan....apa I nak kata pada daddy I.Please sayang.." 

"Diam!" ujar Seongwoo sepatah.Wajah Bomi langsung tidak dipandang.

"No, selagi you tak maafkan I , I tak nak diam...please maafkan I..." Rayu Bomi lagi.

"Aku kata diam, diam la! Kau nak mati ke?" tengking Seongwoo.Kali ini egonya benar-benar tercabar.Dia terus menekan minyak menyebabkan keretanya terus memecut laju di atas jalan.

"Mati? Jom kita mati sama-sama." Bomi bertindak gila dengan cubaan memegang stereng kereta menyebabkan berlaku pergelutan.

 

"Eh kau duduk diam la!"

"Tak nak! You kata nak mati kan, jom kita mati!" Bomi masih bertindak gila.Seongwoo sedaya upaya menolak Bomi ke tepi.Tapi...

 

"Seongwoo! Watch out!" jerit Bomi apabila sebuah treler menuju kearah mereka.Seongwoo turut terkejut.Dia terus mengelak ke tepi menyebabkan keretanya merempuh penghadang jalan.

Segalanya terjadi sekelip mata.Seongwoo dan Bomi tidak menyedarkan diri.

"Anak puan mungkin tidak akan menyedarkan diri untuk beberapa hari.Kami akan memantau keadaannya." ujar Dr yang bertugas merawat Seongwoo.

Datin Junmi hampir rebah apabila melihat keadaan anak tunggalnya yang sedang terlantar tidak sedarkan diri sejak s

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
HbHniKON
#1
Chapter 2: Wow jinjja daebak real heol