Prank?!

All for you
Please Subscribe to read the full chapter

"Eh kau!?" nampaknya bukan aku sahaja yang terkejut beruk,macha ni pun terkejut beruk.Eh tak, dia terkejut babun.Aku tak nak sama dengan dia.

Aku mengambil langkah selamat dengan melarikan diri terlebih dahulu.Risau juga mulut laser aku ni berfungsi tetiba.Tak memasal aku kena berhenti kerja atas alasan kurang ajar dengan anak majikan.Heol!

Aku memalingkan badan dan mahu pergi tapi tanganku terlebih dahulu ditarik oleh dia.

"Eh mana kau nak lari.Jangan harap kau boleh terlepas." ujar nya dengan nada sindiran.Aku memandangnya tidak puas hati.

"Kau nak apa? Boleh kot kau cakap tanpa pegang lengan aku lama-lama." Balas aku.Bang! Terkena sebijik dekat muka dia. Terus merah mukanya menahan malu.Lenganku dilepasnya.Aku menggosok-gosok lenganku yang terasa kebas.Boleh tahan kuat dia genggam.

"Aku nak kau minta maaf sekarang! Kau dah malukan aku hari tu! Ingat aku tak ada imej ke nak jaga." bentaknya tak puas hati lagi tentang kejadian semalam.Aku tidak memberi respons.

"Dah habis?" ujarku sambil buat muka sememeh.

"Kurang ajar budak kecik ni!" marahnya.

"Ada nampak muka aku kisah? Aku ada kerja nak buat, so aku gerak dulu.Kau jangan nak sesuka hati tarik tangan aku lagi kalau kau sayang muka kau yang tak berapa nak cun tu." balas aku sedas. Amik kau! Macha ni terdiam.

 

"So kau kerja sini? Ingat sikit ea kau tu pekerja mummy aku.Jangan nak kurang ajar!" perlinya mengingatkan aku pada status aku disitu.Aku menjengkilkan mata.

"Aku hormat auntie Junmi tapi bukan dengan kau " Aku terus beredar.Nampaknya macha ni tak bergerak langsung dari tempatnya berdiri.Marah kot.Ah biarlah.

"Siap kau budak kecik, aku balas nanti!" ujarnya geram.

 

"Mummy!" Seongwoo mendapatkan mummynya yang baru memasuki butik.Datin Junmi berasa pelik dengan kehadiran tetiba anak terunanya.Pasti ada sesuatu yang ingin dimintanya.

"Eh kamu tak kerja ke? Buat apa dekat sini? Ni mesti ada benda nak minta dekat mummy kan." teka Datin Junmi.Seongwoo sudah tersengih macam kerang busuk.

"Seongwoo rehat kejap.Actually, Seongwoo nak pergi vacation dekat Hawaii minggu depan dengan kawan Seongwoo.Boleh tak mummy?" ujar Seongwoo sambil membuat muka comel.Mahu membodek mummynya.

"Tengok tu, mummy dah agak! Why not you ask daddy?" 

"Daddy told me to ask you.So you will say yes right?" Datin Junmi sudah menggelengkan kepalanya.Mana boleh dia kata tidak pada satu-satunya anaknya ini.Memang confirm merajuk seminggu.

"Okay, i will say yes.But mummy tak nak dengar lagi macam kes dulu.Kalau mummy dengar lagi, mummy akan tahan semua kad kredit,kereta dan passport Seongwoo,okay?" Seongwoo sudah bersorak gembira.Kata-kata mummynya dibiarkan tergantung sepi.Bukan kali pertama mummynya berkata begitu.Rasanya sudah beratus juta kali.Tapi mummynya sekadar cakap je atau orang kata "sembang".

 

"Oh ya mummy. Ada pekerja baru ea selain kak Hanna?" Datin Junmi mengangkat keningnya.Pelik.Sejak bila anak terunanya ni mengambil berat tentang butiknya.

"Ye.Ada.Nama dia Park Rahee.Baru masuk kerja hari ni." ujar Datin Junmi. "Oh nama dia Rahee.Aku ada rancangan.Muahahahaha" bisik hatinya.

"Kenapa?" Datin Junmi menggoncang tubuh Seongwoo yang tengah mengelamun.Seongwoo tersengih.

"Nothing,just want to know.Tadi ada nampak dia." Dalam diam Datin Junmi dapat membaca fikiran anaknya.Mesti ada benda ni.Tapi okey juga kalau Rahee jadi menantunyauLawa pun lawa,sopan pun sopan,baik pun baik.Dah sesuai sangat tu.Tidak lah dia kempunan nak mendapat menantu.

"Okay la mummy. Woo balik dulu.See you at home." Lantas Seongwoo mencium pipi mummyya lalu terus beredar pergi bersama kereta audinya.

 

Aku kembali membuat kerja selepas aktiviti skodeng dari belakang pintu.Aku sudah mencemikkan muka melihat cara macha ni membodek mummynya. "Semoga aku dijauhkan dari berlaki macam macha tu." 

 

 

"Rahee!" Kak Hanna menghimpit sebelah aku yang sedang duduk.

"Ye kak !Kenapa ni dekat-dekat.Aku tengah panaslah." Aku menolak Kak Hanna ke tepi sedikit.Rimas.

"Panas kejadahnya.Kau duduk dalam aircond kot.Btw tu tak penting.Hah,kau tahu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
HbHniKON
#1
Chapter 2: Wow jinjja daebak real heol