Minta maaf

All for you
Please Subscribe to read the full chapter

 

"Ah pabo! Pabo lah aku ni." Seongwoo menumbuk stereng kereta berulang kali.Entah kenapa dia rasa bersalah pada Rahee. "Lek lah dah banyak kali kot aku kenekan orang,lagi teruk pun ada tapi.. susah nak terangkan apa aku rasa sekarang ni." Seongwoo bermonolog sendiri.Dia meraup wajahnya.

Dia menutup mata dan memikirkan cara untuk meminta maaf. Yeah lampu menyala!

"Tapi kalau dia marah tengking aku macam tadi ? Jatuh la maruah aku! Macam mana ni?"

"Tak apa, yang penting aku tenang." tekad Seongwoo.

 

 

Aku meneruskan kerja seperti biasa.Kejadian tadi bermain dalam fikiranku.Naik uban kepalaku memikirkan si macha tak guna tu. Ah, aku masih geram dengan sifat childish dia.

Tanpa aku sedari baju yang sedang aku seterika hampir berlubang kerana terlalu panas.

"Rahee!" Kak Hanna segera merampas seterika dari tanganku.Aku tersedar dari lamunan dan terpinga-pinga memandang muka Kak Hanna.

"Rahee! Kau ni mengelamun pula. Nasib baik baju ni tak berlubang." Marahnya sambil menayangkan baju tadi.Aku menepuk dahi.

"Ah mianhei kak." ujarku berulang kali.Matilah aku kalau baju tu rosak.

"Dah pergi duduk sana.Biar akak sambung buat.Dah macam orang ada masalah besar je." Kak Hanna hanya mampu menggeleng kepala.Aku mengangguk dan beredar ke kerusi.

 

Baru aku nak lelapkan mata ,Kak Hanna menjerit memanggil namaku.Ni silap hari bulan,naik pekak telinga aku.Aku dengan malas bangun dari katil.Aku melihat jam loceng di sebelah katil.Sudah pukul 10 malam.

"Ye kak! Orang datang ni." Aku membalas dengan jeritan juga.

 

Aku menuruni tangga tanpa ada syak apa-apa.Mungkin Kak Hanna perlukan bantuan aku.Fikirku.Sampai di tangga paling bawah, hampir terjatuh rahangku.Aku meneliti susuk tubuh seseorang yang membelakangiku.Aku dapat rasa aura macha tu. Ish apa lagi dia nak, sampai ke sini dia ikut aku.

"Rahee,sini lah.Buat apa kat tangga tu." Panggil Kak Hanna.Aku mengeluh kecil.Aku mengambil keputusan untuk naik atas.

"Tak apa lah kak.Rahee naik atas dulu.Nak tidur.Lagi bagus!" Sengaja aku menekan perkataan "LAGI BAGUS".Pandangan maut aku hadiahkan  pada Seongwoo yang tak berkelip perhatikan aku.Tapi yang aku pelik kenapa dia pandang aku macam tak pernah nampak aku? 

 

"Er Rahee,baju kau tu. emmmm." Kak Hanna sudah menggaru kepalanya.Aku memandangnya pelik.Apa kena dengan baju aku? Aku terus membulatkan mata.Berderau darah aku.Patutlah sejuk semacam.

 

Tanpa fikir apa, aku terus membuka langkah seribu naik tangga.Kalah Usain Bolt.

 

Seongwoo dan Kak Hanna diam tanpa kata-kata sambil berpandangan sesama sendiri.Seongwoo rasa seperti tidak patut dia datang waktu sekarang.

"Kak Hanna, nampaknya saya balik dulu la.Macam tak kene timing je.Saya risau yang dekat atas tu." ujar Seongwoo memecahkan kesunyian.

"Eh tadi kata hal penting sangat nak jumpa Rahee sampai tak boleh tunggu esok.Kejap tunggu sini.Kak Hanna tengokkan Rahee." Seongwoo hanya mengangguk perlahan.Memang betul hal penting dia nak berjumpa Rahee malam ni juga.Kak Hanna terus beredar naik atas.

 

"KAK HANNAAAAAA!" suara Rahee kedengaran satu rumah sebaik sahaja Hanna masuk biliknya.

 

Seongwoo di bawah sudah meremang bulu roma. "Ah sudah, suara dia kalah ku

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
HbHniKON
#1
Chapter 2: Wow jinjja daebak real heol