-J-HOPE-

The Game

"Aaapa kau ni? Ka- kapak tu untuk apa? Bb- baik kau simpan," J-Hope perlahan-lahan berjalan menjauhi pintu dan pada masa yang sama dia menjauhi Luhan.

"Kau tak nak tahu ke apa aku nakbuat dengan kapak ni?" satu tapak J-Hope melangkah ke belakang, satu tapak Luhan melangkah mendekatinya.

"Aa... apa kau nak b- buat? Kau bukan nak bunuh aku kan?" J-hope kini sudah terperangkap di antara dinding dan Luhan.

Luhan tersenyum mendengar soalan yang dilontarkan J-Hope. Kepalanya dianggukkan.

"Yup. Aku nak bunuh kau,"

 

*

 

Beberapa kali mencuba, akhirnya pintu rahsia yang berada di atas halaman rumah itu berjaya dibuka. Bukannya susah. Sudah berkali-kali mereka melakukan perkara sebegitu sebelum ini. Jadi, untuk membuka pintu lama seperti ini bukan masalah buat mereka.

"Jom masuk,"

 

 

Mereka bertiga melangkah masuk dan menutup kembali pintu. Keadaan yang agak sempit membuatkan mereka perlu membongkok ketika berjalan. Bau yang menerpa hidung usah di kata, busuk! Seperti bau bangkai. Bangkai yang amat besar.

"Kita berpecah. Pakaifon korang suluh dah cari pintu keluar," arah N. Leo dan Ken akur dengan arahan itu.

Mereka bertiga membuka flashlight dari telefon pintar masing-masing dan mula mencari pintu untuk mereka keluar. Lagi cepat lagi bagus kerana bau di dalam ini seakan-akan boleh membunuh mereka kerana terlalu busuk. Semakin lama mereka berada di dalam bilik itu,semakin kuat bau itu.

 

*

 

"Lamanya J-Hope pergi tandas dan kenapa Luhan tak naik lagi ni? Aku dah mula bosan," rungut Jungkook. Kerusinya yang berkaki empat ditukar menjadi kaki dua.

"Sabarlah. Luhan pergi buat air kot. Yang J-Hope pula sesat kot. Rumah nikan besar," RapMoncuba menenangkan Jungkook yang mula cemas.

Jungkook sekadar mengangguk perlahan dan terus bermain dengan kerusi yang di dudukinya. Suasana di dalam bilik itu kembali sunyi. Masing-masing sibuk menghadap telefon pintar milik mereka. 

Jin satu-satunya insan yang tidak menghadap telefon miliknya. Matanya ralit memerhati pemandangan dari luar tingkap bilik itu.

 

*

 

"Kk- kau main-main aje kan?"

"Kenapa pula kau cakap macam tu? Kau tak percayakan aku ke?" soal Luhan sinis. Bibir keringnya dijilat. Mangsa sedang menunggu di depan.

"Kau... kau tak akan buat macam tu. Kita kan kawan," 

"Kawan? Aku tak ada kawan! Kawan aku dah lama mati!" Luhan mendekati J-Hope. Tubuh J-Hope dihidunya.

"Fresh,"

"Ja- jauh!" J-Hope cuba menolak Luhan jauh darinya. Namun, disebabkan ketakutan tenaganya telah hilang. Luhan langsung tidak berganjak dari tempat dia berdiri.

"Jauh! Jauh dari aku!"

"Kau ni bising ajelah!"

SRAPPP!!!

 

*

 

"Aku dah jumpa jalan keluar! Sini!" kata N sepera berbisik. 

Leo mematikan flashlight miliknya dan segera mendapatkan N yang sedang menyuluh pintu yang dijumpai olehnya. 

"Tepi," arah Leo. N akur kerana dia tahu itu sememangnya kerja Leo untuk membuka pintu yang berkunci itu.Itu adalah salah satu dari kelebihan yang dia ada. N hanya duduk di tepi dan memerhati manakala Ken masih lagi bermain flashlight miliknya.

Dia menyuluh seluruh ruangan bilik itu dan tiba-tiba sahaja terhenti apabila dia menangkap satu figura. Figura itu adalah jawapan bagi bau busuk yang mereka hidu ketika itu. Ianya bukannya bangkai tetapi mayat manusia tanpa kaki tangan dan kepala.

Darahnya mula menyerau ke muka. Bulu romanya mula meremang. Dia dapat rasakan yang perkara buruk akan berlaku nanti di rumah ini. Tapi apakan daya, mereka sudah memulakan langkah dan tak mungkin mereka akan berpatah balik.

 

*

 

"Wey, korang. Aku rasa tak sedap hatilah. Aku keluar dululah," V bangun dan terus berjalan keluar dari bilik bacaan itu. 

"V, Luhan suruh kita tunggu kat sini," ujar Jimin. Lengan V dipautnya. 

"Aku betul-betul tak rasa sedap hati duduk dalam rumah ni. Kalau kau tak nak keluar sudah, lepaskan aku," V memandang Jimin dengan wajah serius.

"V!"
"Biarkan saja dia pergi," kata Suga tanpa memandang Jimin. Bosan dengan drama yang ditanyangkan oleh mereka berdua. Cawan dihadapannya ditenung.

"Tak. Korang duduk sini. Aku pergi pujuk dia," Jimin turut keluar dari biliik bacaan itu dan membuntuti V.

 

*

 

"Hahaha... kan dah senyap," Luhan mengampuh kapak di bahunya dan tunduk mengutip kepala J-Hope yang jatuh bergolek ke kakinya.

"Sorry bro. Aku rancang nak mulakan sesi pemburuan ini lewat sikit, tapi kau dah mulakan langkah kau. Aku tak boleh buat apa-apa," Luhan hanya melihat tubuh kaku J-Hope jatuh menghempas ke lantai.

"Dan kawan aku mati sebab dibunuh ayah aku sendiri. Di depan mata aku," Luhan meletakkan kepala J-Hope di sebelah tubuhnya dan menyimpan kapak itu di tempat yang disediakan tanpa membersihkannya. Kemudian, jejaka itu terus melangkah keluar dari biilik itu dengan senyuman bahagia di bibirnya.

 

*

 

"V, jomlah masuk balik bilik tu. Kau nak keluar pun kau tak tahu jalan. Jomlah," pujuk Jimin. V yang berjalan di hadapan berhenti seketika dan menghadap Jimin.

"Aku tak nak,"

"Bagi aku tiga sebab kenapa?"

"Satu, aku tak suka Luhan. Dua, aku tak suka rumah ni. Tiga, aku tak sedap hati," seusai berbcara, V meneruskan langkahnya ke balkoni yang terbuka di penghujung koridor itu.

"Jimin, sini cepat," panggilnya melihatkan Jimin yang masih berjalan di koridor.

"Kenapa?" V meletakkan tangannya di bibirnya menendakan senyap kemudian mengalihakan jadinya ke telinga. Jimin berlar anak mendekati V.

"Kenapa?" soalnya sekali lagi.

"Tengok tu," V menyunding ke arah Luhan yang sedang menaiki tangga. Melihat Luhan yang semakin menghampiri bilik bacaan, mereka berdua menyorok di sebalik dinding koridor.

 

*

 

"Hari dah mula mendung," gumam Jin. Dia berpaling ke dalam melihat sahabat-sahabatnya. Mereka masih leka dengan gajet masing-masing.

"Bosannya..."' rungutnya. Jari-jemarinya diletupkan.

"Sorry lambat. Aku buat air," Luhan merjalan memasuki bilik bacaan dengan menatang sedulang air untuk tetamunya.

Mereka berempat hanya melihat Luhan melangkah memasuki bilik itu tanpa berkata apa-apa. Geram dengan sikap Luhan yang kurang endahkan tetamunya. Hampir 15 minit dia menghilang. Pergi buat air apa lama macam tu.

"Korang minumlah. Ni je yang aku mampu buat untuk korang," jamunya bersama sekuntum senyuman di bibir. Matanya meliar ke arah satu per satu penghuni bilik itu.

"Empat aje? Mana lagi tiga?" soalnya.

"J-Hope pergi tandas tadi tapi sampai sekarang dia tak balik-balik lagi. V dengan Jimin keluar cari J-Hope. Kau tak nampak diorang ke naik tadi?" ujar RapMon. Dahi Luhan berkerut.

"J-Hope hyung cirit-birit kot sebab dari pagi lagi dia asyik ulang pergi toilet aje," terang Jungkook. Luhan hanya mengangguk dan tersenyum.

"Tak apalah. Aku pergi cari diorang kejap. Korang minumlah dulu, ok?" tanpa menunggu balasan dari mereka, Luhan sudah menapak keluar. Mereka berenam terdiam lagi.

"Ada yang tak kena ke dengan dia tu? Dia tak tahu ke kita dah tunggu dia lama kat dalam ni?" soal Jungkook bengang.

 

 

 

 

 

Updated! Selamat berpuasa semua! Lama tak update.

Dalam chap ni ada menyatakan punca Luhan mula obses pada darah. Cuba korang cari!

-starlight_miss-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
starlight_miss
Finally! An update!

Comments

You must be logged in to comment
khaisara #1
Chapter 8: update soon...best cite ni....kesian ahli bts
Ifahzira
#2
Chapter 6: Nice chapter.. kesian kat J-Hope.. jahatnya Luhan! update soon!
TeeyaNeox
#3
Chapter 9: jin tu psycho jgk ek... ataupon luhan bagi dia mkn ubat psycho... tengok author-nim... biskut gula saya dah mati dah! jin dgn luhan punye psl la ni *merajuk kat corner*
btw. citer ni best la... update soon
park__ashh #4
Chapter 9: serious kejam sgt but its really BESSTTTT ! I like it! boleh jd nightmare laaaa nmpknyeee ..
farzanasyuhada #5
Chapter 9: TvT Huwaaaa... Jimin! Taehyung!
JIn.. kenapa kau kejam sangat sangat ah?
Lulu.. tak baik tau bunuh org.. berdosa...
haha..
Ppali update Best! (y) ^^
hanistar99 #6
wow!! mendebarkan!! x sabar tunggu next chap...
kalo b'kesempatan, update segera
tqvm ^_^
teen_girl #7
Chapter 9: Kenapa jin bunuh suga pulak ????
Jimin keep survive! !!!
btw update soon authornim.....