Get in

The Game

“Kejap! Korang yakin ke nak pergi rumah Luhan?” soal V yang kelihatan gusar. Mereka memandang sesama sendiri; ragu-ragu untuk menjawab. Mereka sendiri tidak pasti.

“Dah janji, tak kan tak pergi kot,” RapMon berkata. Yang lain hanya mengangguk.

Mereka meneruskan kembali perjalanan yang terhenti akibat pertanyaan V sebentar tadi.

‘Aku tahulah tu tapi kenapa aku rasa tak sedap hati?’ getus V. Kepalanya menggeleng; cuba mengusir perkara-perkara negatif dari fikirannya. V membiarkan sahabat-sahabatnya berjalan di hadapan meninggalkan dia sendirian di belakang.

“Kau okey?” tegur Jimin. Bahu sahabatnya ditumbuk perlahan.

“Uh? Aku okey je,” V mengangguk.

“Kau jangan tipu aku,” wajah gusar sahabatnya dilihat.

“Kau risau pasal budak baru tukan?” soal Jimin. V mengangguk perlahan.

“Aku rasa dia ada sorokkan something,”

“Aku pun rasa macam tu,” kata Jimin.

“Kau rasa di-“

“VMin! Cepatlah! Nak jalan pun terhegeh-hegeh. Korang tak cukup makan ke!? Dahlah dua-dua kecik,” jerit Jungkook menghentikan kata-kata V.

Mereka berdua saling berpandangan sebelum tersenyum nakal dan berlari mendekati Jungkook. Sekejap sahaja mereka sudah lupa apa yang mereka risaukan.

“Kau cakap apa tadi?” soal V sambil menayangkan buku limanya.

 

*

 

“Weh, betul ke ni rumah dia? Kenapa seram sangat?” soal Suga. Jin menjungkit bahu. Kini, mereka berenam sudah berdiri di hadapan pagar rumah Luhan.

Ding dong! Loceng rumah ditekan.

“Dia ada kat rumah ke?” soal Suga lagi dan sekali lagi Jin menjungkit bahu.

“Masuklah,” kata Luhan yang tiba-tiba datang dari arah belakang.

“Kk- Kau dari mana?” ujar RapMon sambil mengurut dadanya. Luhan tersenyum.

“Aku pergi kedai kejap,” katanya sambil membuka pagar rumahnya.

‘Bukan ke kedai belah sana?’ dahi Jin berkerut mendengar jawapan Luhan.

Mereka semua membuntuti Luhan melangkah ke dalam rumahnya yang besar itu.

 

 

“Wah, cantiknya rumah kau. Kau duduk sorang ke? Mana parents kau,” soal Jungkook. Matanya ralit meneliti hiasan dalaman rumah itu. Tidak seperti yang mereka lihat dari luar. Luarnya kelihatan amat menyeramkan manakala bahagain dalam sungguh cantik.

“Korang pergilah naik atas dulu. Bilik bacaan dekat tepi tangga belah kiri. Pintu nombor 2. Aku nak uruskan sesuatu kejap,” Luhan tidak menjawab soalan yang diajukan sebaliknya mengarahkan mereka untuk naik dahulu. 

“Dan jangan cuba merayau kalau tak nak masalah,” kata Luhan lagi tetapi kali ini seperti memberi amaran. Dan sekali lagi mereka mengangguk seperti anak kecil.

Jejaka berambut hitam pekat itu berjalan meninggalkan sahabat-sahabatnya. Mereka semua melangkah ke tingkat atas tanpa berkata apa-apa.

 

*

 

“Ni ke bilik bacaan dia?” Suga menyoal. Jarinya bermain-main di muka pintu kayu yang berwarna kelabu itu.

“Aku rasalah,” jawab J-Hope. Matanya meliar ke sekitar kawasan koridor. Mendengar jawapan J-Hope, Suga terus memulas tombol pintu. Mereka semua membuntuti Suga melangkah masuk ke bilik bacaan itu.

“Korang duduk dulu. Aku nak pergi tandas,” kata J-Hope cemas sebelum menutup pintu.

“Kenapa J-Hope hyng nampak pelik harini?” soal Jimin. Mereka memandang Jimin lalu menjungkit bahu.

“Entah,”

“Aku rasa dia sakit perut,” kata RapMon yang cuba menenangkan suasana yang tiba-tiba tegang.

“Weh, aku nak duduk dekat situ,” Jimin bersuara. V menggeleng.

“Aku duduk dulu,”

“Tak aci,” Jimin menarik muncung.

“Ada aku kisah?”

“Kau ni kan…”

 

*

 

“Mana toilet ni?” rungut J-Hope sendirian. Jejaka itu memegang perutnya yang dari tadi lagi asyik memulas. Dia berjalan sehingga ke hujung koridor itu.

“Tak ada? Dekat bawahlah kot,” J-Hope membuat keputusan untuk mencari tandas di tingkat bawah.

Suasana di tingkat bawah berubah suram. Sewaktu mereka masuk tadi tidaklah sesuram ini. J-Hope tidak mengendahkan suasana yang berubah di tingkat bawah itu sebaliknya dia terus mencari tandas.

“Ni kot,” J-Hope memulas tombol pintu itu.

Jejaka itu tiba-tiba menjadi kaku. Bilik itu bukanlah tandas tetapi ianya seperti sebuah bilik simpanan. Apa yang anehnya, itu bukan bilik simpanan biasa. Pelbagai senjata merbahaya dan tajam digantung di dalam bilik itu.

“Bb- bilik apa ni?” J-Hope melangkah perlahan masuk ke dalam bilik itu. Hidung J-Hope disapa dengan bau yang kurang menyenangkan.

“Bau apa ni?” hidungnya ditutup rapat.

DUM!!! Pintu bilik itu tiba-tiba tertutup dengan sendirinya. J-Hope cuak. Tombol pintu dipulas. Namun, dia tetap tidak boleh membuka pintu itu. Pintu itu diketuk perlahan.

“Hello, ada orang tak dekat luar?”

“Kau dah masuk salah bilik,” satu suara bergema di dalam bilik itu. J-Hope berpaling ke belakang. Seseorang muncul dari satu sudut gelap dengan kapak ditangannya.

“Hai, kawan,”

 

*

 

“Leader, betul ke diorang ada dekat sini?” soal Ken.

Apa mereka buat? Semestinya membuntuti BTS.

“Betullah,”

“Lepas tu. Kita nak buat apa dekat sini?” Leo pula menyoal.

“Masuk,” balas N sepatah. Mereka semua memandang N dengan mata membulat.

“Biar betik!?” jerit Hyuk dan N hanya mengangguk.

“Hyung gila ke? Rumah ni dah macam rumah hantu. Entah-entah rumah pembunuh,” ujar Hongbin. Hyuk dan Ravi mengangguk, cuba mengiakan apa yang Hongbin katakan.

“Kalau korang tak nak masuk, bukan masalah aku,” N menapak meninggalkan Hongbin, Ravi dan Hyuk. Leo dan Ken masih setia mengikut N.

Mereka bertiga terus memanjat pagar rumah itu dan berlegar di sekitar kawasan rumah untuk mencari jalan masuk yang lain selain pintu utama. Kerana kalau masuk melalui pintu utama, sama saja seperti menggali lubang kubur untuk diri sendiri.

 

 

“Aku nak baliklah,” Ravi bersuara. Sejak tadi, mereka bertiga bersembunyi di sebalik tiang elektrik yang bertentangan dengan rumah itu.

“Aku pun,” sokong Hyuk. Sudah 15 minit mereka bersembunyi di situ. Namun, sahabat-sahabat mereka masih lagi belum memasuki rumah itu. Daripada menunggu sesuatu yang tak pasti, lebih baik mereka bertiga balik.

“Jomlah,”

 

*

 

“Aku dah jumpa pintu masuk,” gumam Leo. Tangannya dilambai.

N dan Ken terus berjalan mendekati Leo apabila ternampak lambaiannya.

Apa yang Leo jumpai ialah sebuah pintu masuk yang berada di atas tanah. Daun-daun yang gugur dan mati berjaya menyembunyikannya. Namun, Leo seorang peka dan teliti. Perkara seperti itu sudah menjadi benda biasa kepadanya.

 

 

 

 

 

Updated!!! Kalau tak faham boleh tanya^^ Susah jugak nak tulis cerita ni. Saya pun pening. Lol!

Kalau korang free, bolehlah baca cerita Don't Be Scared 

-starlight_miss-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
starlight_miss
Finally! An update!

Comments

You must be logged in to comment
khaisara #1
Chapter 8: update soon...best cite ni....kesian ahli bts
Ifahzira
#2
Chapter 6: Nice chapter.. kesian kat J-Hope.. jahatnya Luhan! update soon!
TeeyaNeox
#3
Chapter 9: jin tu psycho jgk ek... ataupon luhan bagi dia mkn ubat psycho... tengok author-nim... biskut gula saya dah mati dah! jin dgn luhan punye psl la ni *merajuk kat corner*
btw. citer ni best la... update soon
park__ashh #4
Chapter 9: serious kejam sgt but its really BESSTTTT ! I like it! boleh jd nightmare laaaa nmpknyeee ..
farzanasyuhada #5
Chapter 9: TvT Huwaaaa... Jimin! Taehyung!
JIn.. kenapa kau kejam sangat sangat ah?
Lulu.. tak baik tau bunuh org.. berdosa...
haha..
Ppali update Best! (y) ^^
hanistar99 #6
wow!! mendebarkan!! x sabar tunggu next chap...
kalo b'kesempatan, update segera
tqvm ^_^
teen_girl #7
Chapter 9: Kenapa jin bunuh suga pulak ????
Jimin keep survive! !!!
btw update soon authornim.....