Pengakhiran

Pengakhiran Cerita Kita
Please Subscribe to read the full chapter
 

 

PENGAKHIRAN CERITA KITA
-Pengakhiran

 

 

 

 

Kereta yang berada dalam keadaan terbalik pula terseret di permukaan jalan. Kenderaan berat yang tadi dirempuh akhirnya tersasar di tepi jalan. Serpihan kaca kereta bertaburan di serata tempat. Sakit yang dialami sememangnya tidak dapat diungkap sama sekali. Apakah semua yang berlaku kini merupakan pengakhiran hidup pasangan suami isteri ini? Adakah ini cara mereka akan meninggalkan dunia nyata? Tapi ini bukan apa yang Eunmi inginkan. Dia tidak mahu pergi dengan cara begini. Dia perlu lawan. Dia mesti lawan rasa sakit yang dialami ini.

 

Dirasakan dirinya yang masih boleh bernafas membuatkannya sedar bahawa dirinya masih lagi bernyawa. Dengan paksaan dia cuba membuka kelopak matanya dengan perlahan. Untuk seketika hanya kabur yang dapat dilihat. Untuk beberapa kali dia memejamkan matanya, kini dia mendapati kereta yang berada di hadapannya dalam keadaan tebalik dan api yang berada berhampiran ada di sekelilingnya. Baekhyun masih lagi berada di dalam kereta yang dinaiki tadi. Eunmi merasakan yang dia perlu melihat keadaan suaminya yang berada di dalam kenderaan itu.


Kedua belah tangan Eunmi menggigil cuba membangunkan dirinya sendiri. Sememangnya mengambil masa kerana kakinya yang tidak kuat membuatkan dia jatuh dan terduduk semula. Sekali lagi dia tekad memaksa diri dan akhirnya dia berjaya. Kaki kirinya luka dengan teruk membuatkanya terpaksa jalan berjengket menghampiri kereta Baekhyun. Sambil berjalan dengan kakinya yang berjengket, matanya liar melihat sekeliling dengan tangannya memegang bahagian kepala yang terasa sakit.

 

Sebaik sahaja berada di pintu kereta, Eunmi menundukkan diri dan merangkak masuk melalui cermin pintu yang sudah pun pecah tanpa berfikir panjang. Eunmi menjerit kesakitan setelah merasakan serpihan kaca terkena di telapak tangannya. Dilihatnya Baekhyun yang masih lagi berada di tempat duduk pemandu dan dalam masih tidak menyedarkan diri membuat Eunmi segera menghampiri suaminya tanpa mempeduli akan kesakitan yang dialami sakitnya sebentar tadi. Dalam keadaan terbalik Eunmi menyetuh lembut muka Baekhyun sambil memanggil perlahan namanya.


"Baekhyun... Baekhyun bangunlah." Eunmi juga tidak memperdulikan dirinya yang teresak-esak memanggil nama Baekhyun kerana dia tahu yang dia perlu kuat buat masa ini. Apa dia inginkan masa ini cuma memastikan yang suaminya masih lagi bernyawa sepertinya. Bahu Baekhyun digoncang dengan perlahan, takut menyakitkan mana-mana bahagian badan yang terdapat luka tapi Baekhyun masih lagi tidak menyadarkan diri. Eunmi teresak lagi. Mindanya masih ligat memikirkan soal telefon bimbit, dengn segera dia mencari beg tangan yang berada dalam kenderaan. Nasib baik menyebelahinya setelah menjumpai beg tangan yang masih ada dalam kenderaan. Dengan keadaan tergesa, dia membuka zip dan menterbalikkan beg tanggannya lalu mengeluarkan semua isi yang berada di dalam. Sepantas kilat dia mengambil telefon bimbit dan mendail nombor kecemasan.


Setelah selesai menerangkan apa yang terjadi, Eunmi memberi lokasi kejadian melalui talian dan terus mematikannya sebaik sahaja orang yang berada dalam talian mengatakan mereka akan datang dengan secepat yang mungkin. Eunmi meletakkan telefon dan terus memerhatikan wajah suaminya. Sekali lagi dia cuba mengejut suaminya tetapi masih berakhir dengan perkara yang sama. Dia tidak mengalah dan terus mengejut suaminya itu. Akhirnya Baekhyun tersedak lalu menyadarkan diri dan menatap sayu wajah isteri yang berada di hadapannya. Eunmi berasa sangat gembira tidak terkira. Senyuman yang pedih terukir di bibir.


"Oppa..." Baekhyun mendongak dan meneliti wajah isterinya. "Eunmi..." Dilihat wajah isterinya yang risau akan diri ini, jari Baekhyun mengusap lembut air mata yang mengalir di pipi Eunmi. Senyuman Eunmi lekang serta merta sebaik sahaja mendapati api yang semakin membara menghampiri kereta. Tangan Baekhyun yang tadi memegang wajah Eunmi kini cuba menarik sesuatu. Eunmi memandang apa yang sedang dilakukan suaminya dan dia  mendapati bahawa Baekhyun cuba membuka tali pinggang tempat duduknya tetapi tidak berhasil.

 

Eunmi cuba menolong dengan menarik tali pinggang itu sekuat hati sambil menjerit melepaskan marah dan geram dalam masa yang sama tapi hasilnya sama juga. Kini Baekhyun pula menjerit kesakitan. Eunmi mendapati semasa dia menarik tali pinggang itu, terkena luka yang terdapat pada badan Baekhyun. Nampaknya tali pinggang itu sudah pun rosak. Ada sesuatu yang tersangkut dibahagian dalam tempat pembuka tali pinggang itu. Mungkin juga akibat hentakkan pelanggaran sebentar tadi. Eunmi melihat sekeliling dan mula membuka laci kereta mencari untuk mencari sesuatu, dan Baekhyun yang hanya memerhati setiap pergerakkan isterinya mula bertanya.

 

"Awak c-cari apa tu?" Tanpa memandang wajah suaminya Eunmi menjawab, "Gunting... Awak tak ada simpan gunting ke dalam kereta ni?" Eunmi pula bertanya. Tapi malangnya jawapan yang diberikan cumalah 'tak ada' dan itu sememangnya membuatkan Eunmi semakin bertidak tanpa kawalan. Mereka tiada banyak masa lagi. Tanpa berfikir panjang Eunmi mengambil sepihan kaca yang berada berhampiran dan menghalakannya ke arah tali pinggang yang rosak itu. Baekhyun terkejut melihat kelakuan isterinya. Dengan wajah yang yang menahan pedih, sakit dan risau dalam masa yang sama terpancar pada wajah isterinya.

 

Tidakkah Eunmi tahu yang tangannya berdarah dengan semakin teruk sebaik sahaja dia memegang serpihan kaca yang memakan tangan kecilnya itu. Baekhyun terus memegang kedua pergelangan tangan Eunmi menyuruh isterinya melepaskan kaca yang berada di dalam genggaman. "Tak! Tak! Janganlah! Lepaskan saya!" Tangisan Eunmi semakin kuat didengari. Kini Baekhyun sendiri yang membuka genggaman Eunmi yang memegang kaca itu dan mencampakkan serpihan itu jauh.

 

"Apa yang awak fikir awak cuba buat, Eunmi!" Eunmi memejamkan mata menahan sebak. Apa yang dia cuba buat hanyalah ingin menyelamatkan suaminya ini. Dia tidak boleh menipu dirinya sendiri bahawa dia sememangnya takut akan kehilangan Baekhyun. Dia takut kehilangan suaminya ini. Baekhyun mengusap lembut pipi gebu Eunmi, cuba menenangkan isterinya yang teresak-esak menangis. "Eunmi, saya nak awak dengar cakap saya." Seolah-olah Eunmi tahu apa yang bakal keluar dari mulut Baekhyun dia terus menggelengkan kepalanya. Tak. Dia tak mahu dengar apa yang ingin dikatakan kepadanya. Tidak.

 

"Dengar cakap saya, Eunmi. Pandang saya." Eunmi mula terbatuk akibat tanggisannya. Eunmi tidak berkata 'ya' mahupun menganggukkan kepala tapi Baekhyun masih meneruskan kata-katanya.

 

"Saya cuma nak tahu satu perkara saja, Eunmi." Eunmi masih tidak membuka matanya hanya terus menangis ketakutan. Baekhyun hanya ingin memastikan sesuatu. "Awak cintakan saya atau pun tak?" Eunmi sememangnya tidak mahu mendengar kata-kata yang dilempar keluar dari mulut suaminya ini tapi Baekhyun terus mengulang soalan yang sama, dan akhirnya Eunmi mengalah dan menganggukkan kepalanya. Ya. Sejujurnya dia sudah pun mula mencintai lelaki yang bergelar suaminya ini. Sudah terdapat nama Baekhyun di sudut hatinya. Dia tidak boleh menafikan semua ini lagi. Walaupun perasaan itu tak sekuat dia mencintai bekas kekasihnya, dia tetap dapat merasakan perasaan yang sama terhadapa suaminya. Dengan perlahan dia membuka mata dan menatap wajah suaminya.

 

"Y-ya. Saya cintakan awak, Baekhyun... s-sangat." Soalan Baekhyun kini telah pun terjawab, dan dia sangat berpuas hati dengan jawapan yang diterima. Air mata Baekhyun jatuh membasahi pipi Eunmi. Sekurang-kurangnya dia tahu bahawa isterinya juga mencintai dirinya. Baekhyun melekatkan dahinya pada dahi isterinya. "Dan saya pun nak awak tahu yang saya cintakan awak, Eunmi."

 

Eunmi juga turut mengesatkan air mata suaminya sambil tersenyum menahan sakit di sudut hati. "Dah lama saya cintakan awak," sambung Baekhyun lagi. "Perasaan tu tak pernah berubah walau sedikit pun." Eunmi tidak sanggup lagi mendengar semua penjelasan ini. Ia membuatkan hatinya rasa bersalah. Rasa gundah dengan perlakuannya selama ini. Dia sememangnya tidak layak memiliki suami yang mempunyai hati yang tulus seperti Baekhyun. Baekhyun terlalu baik untuk dirinya tapi dia tidak pernah menyedari perkara ini.

 

Dengan perlahan Baekhyun mendekatkan wajahnya dengan Eunmi. Eunmi tidak mengelak dan hanya mendiamkan diri. Malah dia terus memejamkan matanya, seolah-olah dia tahu apa yang Baekhyun ingin lakukan. Terasa bibirnya dikucup lembut suaminya sendiri. Ini merupakan kucupan kedua mereka kongsi bersama. Yang pertama sudah semestinya semasa perkahwinan. Tetapi kucupan ini berbeza sama sekali. Dan ia 1uga tidak mengambil masa yang begitu lama sebaik sahaja bunyi kenderaan lain datang menghampiri untuk menyelamatkan mereka. Kedengaran pintu kereta dihempas kuat membuatkan Eunmi menggenggam erat tangan suaminya.


Penyelamat menghampiri kawasan kemalangan akhirnya menyuruh Eunmi keluar dari kereta dan meninggalkan Baekhyun tapi dia memberontak dan itu membuatkan penyelamat yang lain tiada pilihan selain menarik Eunmi keluar dari situ. Genggam Eunmi semakin erat tidak mahu melepaskan tangan Baekhyun tapi Baekhyun dari sudut lain hanya menyuruh Eunmi untuk melepaskan tangannya juga. Tetapi Eunmi yang keras kepala terus mendekatkan dirinya dengan Baehyun sebab dia tahu apa akan terjadi jika dia meninggalkan suaminya ini dan dia sememangnya tak mahu perkara itu terjadi.

 

Dengan bantuan dua orang lagi ahli penyelamat akhirnya genggaman tangan Eunmi terlepas dari Baekhyun. Eunmi menjerit sekuat hati. Dirinya ditarik semakin jauh dari kereta yang masih terdapat Baekhyun di dalamnya. Eunmi yang masih berdegil hanya terus menjerit memanggil suaminya. Baekhyun yang berada di dalam hanya memerhatikan isterinya bertindak gila menjerit namanya berulang kali. Baekhyun sempat melemparkan senyuman terakhir dan membuat pergerakan mulut mengatakan yang dia cintakan Eunmi sebelum letupan besar berlaku didepan mata isterinya sendiri. Eunmi terdiam dengan apa yang dilihat. Dia terduduk mengabaikan luka yang dirasakan dan melihat kereta yang berada dihadapanya ini. Baekhyun... Baekhyun... Nama suaminya terus diseru berkali-kali, tapi tiada gunanya. Apa yang cuba dielakkan telah pun berlaku di depan mata.

 

 

Apa yang baru sahaja terjadi? Adakah Baekhyun baru pergi dan meninggalkan dirinya? Ya, memang benar yang Baekhyun sudah pun pergi meninggalkan isterinya ini. Selepas seorang, seorang lagi pergi meninggalkan dirinya yang tidak lagi berdaya bersendirian di muka bumi yang penuh dengan kekejaman ini. Tidak terduga besar sungguh dugaan menimpa dirinya. Apa yang harus Eunmi lakukan dengan kehidupannya sekarang? Baru sahaja dia sedar perasaan cinta mula terputik terhadap Baekhyun, dia pula pergi meninggalkan dirinya yang kini tersepit menanggung seksa sendiri. Air mata mengalir tanpa henti. Dan kini dia tahu, jikalau dia sedar terlebih awal lagi tentang perasaannya, semua ini tidak akan belaku. Tapi tiada gunanya dia menangis sekarang. Tiada guna untuk menyalahkan diri sendiri atas apa yang terjadi. Inilah realiti, inilah yang terjadi. Tiada apa yang boleh diundur lagi. 

 

 

Jun, 2018.

 

Seorang gadis yang berusia 17 ke 18 tahun duduk di bangku panjang berhadapan stesen subway itu mula mengesat air mata yang berbaki menggunakan sapu tangan sambil memegang buku yang dibacanya kini. Gegaran di dalam beg membuatkannya mengalihkan perhatian dari buku dan  memandang beg yang diletakkan di atas paha. Buku yang tadi dipegang ditandakan dengan penanda buku dan diletakkan di bahagian kanan bersebelahan dirinya. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan dalam masa yang sama dia menyedari ada seorang lelaki yang baru melabuhkan punggung di bangku yang sama diduduki dengan jarak yang agak jauh sedikit dari dirinya.

 

Untuk seketika dia menoleh dan memandang lelaki yang berada di sebelahnya. Dia dapat meneka bahawa umur lelaki itu lebih kurang 2 ke 3 tahun lebih tua darinya. Seseorang yang mempunyai kaki yang panjang dan sideprofile yang agak... menawan? Lelaki itu meletakkan buku disebelahnya seolah-olah mengulang apa yang baru sahaja gadis itu lakukan dan mengeluarkan air isotonik yang berada di dalam beg kemudian diteguk. Tanpa sebarang reaksi, gadis itu menoleh dan  memandang telefon bimbitnya semula. Dengan menekan butang tengah, dia  mendapati yang dia baru saja menerima mesej ringkas daripada ibunya. 'Aerri, jangan lupa basuh baju kotor yang dah guna tu. Jangan biar berlonggok memandangkan ibu tak ada kat sana nak marah sebab ibu tak dapat nak tengok apa Aerri buat.' Gadis itu membaca mesej yang diterima dalam hati. 

 

Dia mengeluh. Ini merupakan masej yang ke 5 untuk hari ini daripada ibunya. Aerri segera menutup zip dan menggalas begnya. Dia menoleh ke arah buku yang diletaknya tadi, tapi reaksi mukanya sudah cukup memberi makna apa yang terjadi. Aerri yang sudah pun gelisah kini menyedari lelaki yang sebentar tadi berada di kerusi yang sama dengannya tidak lagi kelihatan. Aerri mengerutkan kening sebaik sahaja dia ternampak buku yang berada di hujung bangku. Bergegas dia bangkit menghampiri buku itu dan mengambilnya. Pengakhiran Cerita Kita. Terpampang tajuknya dimuka hadapan. Dia meneliti setiap butiran muka hadapan dan belakang, perasaan tidak puas hati semakin mengambil alih dirinya. 'Kenapa buku ni nampak baru!?'

 

Dia menanyakan soalan bodoh itu kepada dirinya sendiri. Sememangnya buku itu baru. Aerrin yang masih tidak berpuas hati kini menyelak helaian buku, mencari sesuatu yang berada di dalamnya. Setiap helaian  yang diselak membuatkan mukanya semakin berkerut dari sebelumnya.  'Tak ada...? Tak ada!?' Secara tiba-tiba dia menutup buku itu dengan kuat sehingga mereka yang berada berhampiran memandangnya dengan reaksi wajah yang pelik. Dia mendengus geram. Matanya melilau melihat sekeliling, mencari kelibat lelaki tadi. Pasti dia berada berhampiran. Tak mungkin lelaki itu sudah berada begitu jauh darinya.

 

Kedengaran bunyi yang dibuat menandakan subway sudah pun tiba di platform yang ditetapkan membuatkan Aerri semakin gelisah. Sejurus pintu dibuka luas, mereka yang menunggu dibelakang garisan kuning akhirnya menaiki gerabak setelah beberapa orang keluar dari situ. Sebaik sahaja Aerri memandang cermin tingkap subway yang berada dihadapannya, ada seseorang yang menarik perhatiannya. Lelaki itu. Dia sudah pun berada di dalam. Tanpa berfikir panjang, Aerri menghampiri subway dan memboloskan diri ke dalam gerabak yang sama.

 

Dipandang lelaki yang baru sahaja memakai fon kepala yang dikeluarkan dari begnya dan kini ingin memasukkan buku yang dipegang. Tanpa sempat lelaki itu melakukan sedemikian, sepantas kilat Aerri berlari dan merampas buku itu ke dalam genggaman. Berkerut muka lelaki itu memandang gadis yang baru saja merampas buku yang dipegangnya tadi. "Sopannya," bisik lelaki itu perlahan. Aerri yang tidak menoleh sedikit pun akhirnya melabuhkan punggung disebelah lelaki yang tidak dikenalinya ini.

 

Fon kepala yang terletak kemas dikepala diturunkan ke leher. Setiap pergerakan gadis itu turut diperhatikan. Lelaki itu berpura-pura batuk untuk mengambil perhati gadis yang berada di sebelahnya kerana dia mendapati mata gadis itu tidak lekang meneliti buku yang berada di tangan. Mata gadis itu kini melirik melihatnya. Sedar akan apa yang baru sahaja terjadi, gadis it tersenyum simpul atas perlakuannya sebentar tadi lalu meminta maaf. Janggal sungguh. Lelaki itu tersenyum nakal.

 

"Sebenanrnya buku ni saya punya," kata Aerri sambil menunjukkan buku yang baru saja dirampasnya. Kening lelaki itu terangkat tinggi agak tidak percaya apa yang baru saja didengari. "Tapi saya baru beli buku tu tadi." Aerri tersenyum lalu menunjukkan buku lagi satu yang sama dengan yang baru dikatakan sebentar tadi.

 

"Maksud awak buku ni?" Lelaki itu memandangnya keliru. Dia mengambil buku itu setelah gadis itu m

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
lugege_
#1
Chapter 2: Daebak! I'm cry so hard. Part paling sedih bila Baekhyun dgn Eunmi accident tuuu. Keep it up! Awak memang pakar buat angst. Buat lah genre ni lagi xD
hanbinhaera #2
Chapter 1: omfg author nimm bestttttttt. update soon pelissssss ㅠㅠ
Baek_Uaena #3
Update soon~ :)
Hwaiting!! ^.^
bbyKkamjong
#4
Chapter 1: Apa kena dengan sehun? dia nampak macam mengelak. Baekie don be sad,, im here for you ;P
Bila dah baca habis dapat agak ada yang mati ni. ugh don't lah. kan diorang baru nak rapat. sob sob
Happy ending juseyo~ saya tak suka sad ending TT^TT