Permulaan

Pengakhiran Cerita Kita
Please Subscribe to read the full chapter
NOTE!: JANGAN LUPA PERHATIKAN SETIAP TAHUN YANG ADA KALAU TAK NAK KELIRU!

 

PENGAKHIRAN CERITA KITA
-PERMULAAN

 

 

 

Kehidupan ini penuh dengan dugaan. Tidak pernah seseorang itu meminta dugaan itu datang dalam kehidupan mereka. Siapalah manusia jika dugaan itu tidak menimpa kehidupan seseorang? Tidakkah kehidupan mereka akan sempurna?  Seperti yang mereka diluar sana sering katakan, tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Manusia hanyalah insan biasa yang memiliki kelebihan dan kekurangan mereka tersendiri. Semua orang menginginkan kebahagia dalam hidup begitu juga dengan seorang gadis yang bernama Ryu Eunmi. Impian setiap gadis muda untuk menyayangi dan mengahwini lelaki yang mereka cintai. Mendapat cahaya mata petanda cinta mereka, tapi apa yang dilalui oleh Eunmi sekarang bukanlah seperti angan-angan mahupun impian yang tertulis dalam buku hidupnya.

 

Oh Sehun. Eunmi mengenali Sehun sebaik sahaja menjejakkan kaki di bangku sekolah lagi. Kini, Sehun telah bergelar kekasih dan cinta hatinya setelah melafazkan kata-kata cinta antara satu sama lain. Cinta zaman remaja atau lebih dikenali sebagai cinta monyet sememangnya yang paling sukar untuk dijangka. Lazimnya percintaan di usia muda ini sering berubah dan tidak akan kekal lama. Kerana ia hanya hadir buat selang masa yang singkat sahaja. Tapi bukan bagi Eunmi dan Sehun. Mereka sudah menjalinkan hubungan bertahun lamanya, sehinggalah ke hari ini.

 

Mei, 1966.

 

Eunmi membelai lembut rambut kepunyaan kekasihnya yang sedang berbaring di atas paha. Sesekali mereka akan menikmati udara segar dan meluangkan masa bersama di taman. Sehun yang sedang selesa berbaring di atas paha Eunmi sempat meneliti wajah yang berada di hadapannya. Kulit putih bersih seakan-akan pucat, hidung mancung dan berbibir nipis. Mungkin wajah ini tidak cukup cantik bagi sesetengah orang, tapi ia sudah cukup untuk membuatkan Sehun jatuh cinta terhadap gadis ini. Sehun menarik nafas panjang sebelum bersuara.

 

"Sayang," Eunmi berhenti membelai lembut rambut Sehun dan menatap wajah lelaki itu. Menanti Sehun untuk menyambung kata-katanya. "Awak tak rasa ke apa yang kita buat ni salah?" Keluhan lembut Eunmi lepaskan. Dia cuba memandang ke tempat lain untuk mengelak dari bertentang mata dengan Sehun.

 

"Kenapa awak suka ungkit perkara yang sama sedangkan kita dah bincang pasal ni banyak kali, Sehun?" Sehun yang tadi selesa berbaring di atas paha Eunmi, sepantas kilat dia bangkit membangunkan dirinya dan memegang kedua belah tangan Eunmi, menyuruh gadis itu untuk menatap wajahnya.

 

"Sayang, pandang saya." Eunmi hanya menggelengkan kepala dan menundukkan wajahnya. Masih tidak menoleh dan memandang wajah kekasihnya itu.

 

"Eunmi, pandang saya." Kali ni suara Sehun lebih tegas, tapi Eunmi yang masih angkuh tidak menoleh sedikit pun wajah Sehun. Sehun memandang Eunmi sebelum tangan kanannya mula menarik dagu gadis itu agar dapat dia menatap wajah cantik kepunyaan Eunmi. Dilihatnya mata Eunmi yang berkaca menahan pedih yang berada di dalam lubuk hati, segera dia membawa gadis itu ke dalam dakapannya.

 

"Saya minta maaf, okay? Saya tahu apa yang saya cakap salah-" Belum sempat Sehun menghabis kata-katanya, Eunmi membebaskan diri dari dakapan Sehun dan memandang sepasang mata milik kekasihnya itu. Tidak boleh menerima setiap butir bicara yang keluar dari mulut Sehun.

 

"Tak. Apa yang awak cakap tu semua betul. Saya yang patut minta maaf. Disebabkan saya awak terpaksa tanggung malu." Sehun memandang Eunmi dengan sayu. Lantas Sehun melepaskan tangannya yang tadi memegang tangan Eunmi dan kini memegang wajah gadis itu. Mengusap kedua belah pipi gebunya.

 

"Jangan cakap macam tu. Saya tak pernah rasa malu atau ambil kisah pun tentang apa yang orang lain katakan," kata Sehun lembut sambil memandang anak mata Eunmi, cuba meyakinkan gadis itu.

 

"Tapi semua orang kata yang awak ni perampas isteri orang, Sehun. Saya isteri orang!" Kata-kata Eunmi sememangnya membuatkan hati Sehun terasa pedihnya. Tapi apa dia boleh buat? Sememangnya itu kebenarannya. Eunmi isteri orang. Dia menjalinkan hubungan dengan isteri orang dan itu sememangnya bukanlah sesuatu yang mudah atau boleh dipandang remeh. Baginya, itu bukan salah Eunmi mahupun salah dirinya sendiri. Mereka tidak pernah meminta untuk jadi begini. Suami Eunmi yang merampas Eunmi darinya.

 

Sehun hanyalah lelaki biasa jika nak dibandingkan dengan suami Eunmi, Byun Baekhyun. Lelaki pilihan kedua orang tua Eunmi untuk dijadikan suami. Meski pun mereka sudah menjadi suami isteri, Eunmi tidak akan pernah selesa dengan nama Byun Eunmi. Jadi dia akan terus menggunakan nama asalnya. Sehun yang merupakan kekasihnya hanyalah lelaki yang tergolong dalam keluarga yang biasa. Manakala Eunmi tergolong dalam keluarga yang berkejaya, begitu juga dengan suaminya. Tidak hairanlah Baekhyun menjadi pilihan kedua orang tua Eunmi. Sememangnya orang berkejaya ditakdirkan untuk hidup bersama. Sehun terima jika itu takdir mereka. Tapi sampai bila mereka akan hidup sebegini rupa?

 

Sebaliknya, Eunmi yang tidak mahu melepaskan Sehun. Bagi Eunmi pula, Sehun adalah segalanya bagi dirinya. Mencintai lelaki itu adalah sebahagian dari hidupnya. Pernah dia mengajak Sehun untuk melarikan diri bersamanya sebelum majlis perkahwinan antara dirinya dan Baekhyun dilancarkan. Tapi niat itu terhenti apabila Sehun berkata yang semuanya akan baik-baik sahaja. Entah bagaimana lelaki itu berjaya melembutkan hati si gadis yang dicintai untuk mengikut setiap butir katanya. Akhirnya Eunmi berakhir dengan mengahwini lelaki yang bernama Byun Baekhyun.

 

Perkahwinan setahun lebih lamanya tidaklah berjalan dengan begitu baik diantara Eunmi dan Baekhyun. Sukar bagi mereka untuk berasa selesa setiap kali bersama. Sebaik sahaja Eunmi menjejakkan kakinya ke dalam rumah serba mewah yang merupakan kepunyaan mereka berdua, kedengaran suara seseorang menyambutnya pulang.

 

"Dari mana?" Eunmi memandang lelaki yang bergelar suami yang sedang berdiri di hadapan pintu rumah.

 

"Saya jumpa Sehun." Eunmi membalas tanpa berfikir panjang. Baekhyun hanya mendiamkan diri setelah mendengar apa yang keluar dari mulut isterinya itu. Dia tidak terkejut sama sekali. Tetapi hanya sekali di sudut hatinya, dia menginginkan jawapan yang berlainan keluar dari mulut isteriya. Hanya  untuk sekali, itu yang dia harapkan. Eunmi menundukkan muka. Rasa bersalah terpancar di wajahnya. Dengan mukanya yang masih tertunduk Eunmi menyambung kata-katanya.

 

"Saya masuk bilik dulu." Eunmi berjalan melepasi Baekhyun dan menaiki tangga. Langkahnya terhenti bila terdengar Baekhyun bersuara lagi.

 

"Saya ni suami awak, kalau awak keluar sebab nak jumpa boyfriend awak tu pun sekurang-kurangnya bagitaulah saya dulu. Saya pun ada perasaan juga." Eunmi memejamkan matanya serapat yang mungkin, cuba menahan rasa bersalah yang terbelenggu di dalam diri. Tanpa menoleh dia melangkah dan terus menuju ke bilik, meninggalkan Baekhyun tanpa sepatah dua kata.

 

"Kenapa awak tak pernah bagi saya peluang, Eunmi?" Baekhyun hanya mengukirkan senyuman mengabaikan sakit yang ada di sudut hatinya.

 

Sememangnya Baekhyun tahu Eunmi sudah lama menjalinkan hubungan bersama Sehun sebelum mereka berdua diijabkabulkan sebagai suami isteri lagi. Tapi bukankah perkahwinan yang dirancang oleh kedua ibu bapa adalah yang terbaik? Pada mulanya, bagi mereka berdua ia hanyalah ikatan suami isteri yang tertulis di atas kertas sahaja. Atau lebih tepat lagi, Eunmi yang beranggapan sebegitu. Tapi sudah setahun lamanya mereka hidup bersama, tak mungkin kehidupan seperti ini akan berkekalan selamanya. Atau mungkinkah itu hakikatnya? Pasti ada jalan penyelesaian bagi mereka bedua.

 

Salah satu contohnya, cerai. Tapi itu bagi Eunmi. Jalan penyelesaian yang mudah dan terlintas dalam benak fikirannya. Tapi apa pula bagi Baekhyun? Apa jalan penyelesaian bagi dirinya? Alangkah baiknya jika Eunmi tahu isi hati suaminya itu. Perasaan sayang yang telah lama terisi, mustahillah perasaan cemburu tidak ada dalam diri Baekhyun yang telah bergelar sebagai seorang suami kepada Eunmi. Kenapa tidak Eunmi merasakan perkara yang sama terhadap dirinya? Bagi Baekhyun, betapa bertuahnya Sehun kerana berjaya menawan dan memiliki hati Eunmi.

 

Alangkah indahnya jika dia berada di tempat Sehun sekarang ni. Sememangnya diibaratkan berada di syurga bagi dirinya. Bagaimana lagi cara untuk dia memberi tahu Eunmi tentang perasaannya yang semakin terasa pedih ini? Sememangnya dia tidak akan berjaya untuk menawan hati Eunmi yang bergelar isterinya itu. Sememangnya dia tidak akan pernah dapat mengalahkan Sehun. Sememangnya tidak.

 

 

Hari demi hari berlalu, kesakitan dan keperitan dalam hati Baekhyun semakin membara. Apatah lagi dengan tidak sengaja matanya tertancap pada pasangan kekasih yang sedang bercumbuan di bawah pohon nan rendang semasa berada di dalam kereta menuju ke tempat kerja. Betapa sakitnya bagai dihiris-hiris hati ini melihat orang yang dicintai berada dalam dakapan orang lain. Sememangnya ia merupakan sesuatu yang tidak boleh dibanggakan. Betapa sakit dirinya melihat kebahagiaan mereka berdua. Tiadakah kebahagiaan bagi dirinya juga?

 

Air mata yang tertakung di tubir mata akhirnya jatuh tidak tertahan. Begitu ramai orang mengatakan bahawa cinta merupakan sesuatu yang indah. Bukankah cinta juga membuatkan seseorang itu bertindak kejam? Kenapa tidak Baekhyun bertindak kejam dan mendapatkan cinta hatinya? Tidak layakkah dirinya untuk dicintai? Adakah hina dirinya ini di pandangan mata gadis yang dicintai? Apa kekurangan dirinya jika nak dibandingkan dengan Sehun yang bergelar kekasih isterinya itu? Sungguh hati ini tidak tertahan sakit. Baekhyun yang tidak mahu kesakitan itu berterusan, dia pun mengesat air mata yang mengalir deras dan menarik nafas dalam. Secepat mungkin dia ingin segera beredar dari situ.

 

Sehun meleraikan kucupan dan memandang sepasang mata yang memandangnya dengan penuh kasih. Entah kenapa perasaan takut terbuku di hati sebaik sahaja dia menatap wajah gadis yang berada di hadapannya ini. Dia takut. Perasaan takut yang sememangnya tidak dapat diungkap. Tapi saatnya sudah tiba. Sudah tiba masanya untuk akhiri semua ini. Dia menarik nafas panjang.

 

"Eunmi, saya rasa saya kena bagi tahu awak sesuatu," kata Sehun sebaik sahaja dia memegang wajah Eunmi dengan kedua telapak tangannya dan mengusap lembut pipi gebu gadis itu. Kening Eunmi sudah terangkat tinggi, mungkin tertanya-tanya soalan apa yang bakal dilemparkan oleh Sehun.

 

"Saya rasa... kita patut putus." Senyuman manis yang tadi terukir dibibir hilang serta merta. Untuk seketika Eunmi terdiam lalu tertawa kecil memandang kekasihnya yang hanya mendiamkan diri setelah melafaskan kata-kata yang menampar hati kecilnya.

 

"A-awak berguraukan?" Sehun menundukkan wajah dan mengeluh perlahan. Sememangnya dia tahu Eunmi akan bertindak begini sebaik sahaja dia berkata sedemikian. Sehun memandang Eunmi sambil memegang kedua belah bahunya tetapi sepantas kilat tangannya ditepis oleh  Eunmi. Sudah pasti perasaan marah menguasai diri gadis itu.

 

"Awak berguraukan, Sehun?" Soalan yang sama diulang. Keningnya semakin berkerut cuba menahan marah sambil menatap wajah Sehun yang masih tidak membalas setiap butir kata-katanya. Eunmi seorang yang lembut hati. Entah bagaimana gadis yang berhati lembut itu berubah menjadi seorang yang beremosi sebaik sahaja menjalani kehidupan berumah tangga bersama Baekhyun yang bukanlah atas dasar cinta tapi atas dasar paksaan dan desakan keluarga semata-mata. Gadis yang riang dulu semakin berubah dimata Sehun. Dia tercari-cari dimana gadis itu seolah-olah gadis itu telah hilang menyembunyikan dirinya sendiri. Kenapa dia berubah menjadi seorang yang begitu berbeza?

 

"Tolong cakap yang awak bergurau, Sehun." Eunmi semakin serius dengan apa yang dikatakan. Sehun cuba menenangkan Eunmi tapi tiada gunanya. Gadis itu bagaikan hilang arah tanpa cuba untuk menenangkan dirinya sendiri.

 

"Eunmi, dengar cakap saya dulu-"

 

"Awak ingat benda ni lawak ke, Sehun!?" Nada tinggi mula dilemparkan. "Awak ingat saya ni apa!? Senang-senang boleh dipermainkan!? Senang boleh diperbodohkan!? Macam tu ke!? Awak ingat saya ni apa!? Tunggul!?" Dengan tangan yang mengigil, kedua belah tangan Sehun memegang dan menarik-narik rambutnya sendiri cuba mengawal perasaan marah yang sememangnya berbeza dengan perasaan marah Eunmi. Sedaya upaya dia cuba menahan diri untuk tidak memarahi gadis itu.

 

"Jawab soalan saya-"

 

"Macam mana jawab kalau awak selalu potong bila saya nak cakap!" Eunmi terkedu bila mendengar Sehun yang sudah pun meninggikan suara. Ya. Kesabaran kekasihnya itu tidak boleh dikawal lagi. Tapi Sehun bukan jenis yang bertidak kasar terhadap seorang gadis terutama bila gadis itu ialah Eunmi. Betapa dia mencuba untuk mengawal perasaannya itu bila setiap kali berhadapan dengan Eunmi yang semakin hari semakin angkuh dengan semua perkara yang berlaku di sekelilingnya. Sudah tiba masanya Sehun bertidak dan melawan keras kepala Eunmi.

 

"Untuk sekali ni Eunmi, dengar cakap saya. Cuba kawal diri awak sikit. Buang perasaan ego awak tu, orang dah mula pandang awak tahu tak-"

 

"Biarkan dia orang pandang! Biar semua orang pandang!" Eunmi memandang Sehun dengan mata yang kini berkaca. Beberapa orang yang berada di taman pun mula beredar. Memahami apa yang sedang berlaku mereka segera membawa anak-anak mereka beredar dan pergi ke tempat lain.

 

"Awak suruh saya kawal diri saya? Tapi awak yang cium saya lepas tu awak minta putus!? I mean, what the ing hell was that for, Oh Sehun!?" Keluhan lembut Sehun lepaskan. Hanya ini satu-satunya jalan yang dia ada. Dia berbisik di dasar hati. Untuk kebaikan Eunmi juga.

 

"Saya tak akan tinggal kat sini lagi." Secara tiba-tiba Eunmi terdiam seribu bahasa. Seolah-olah bumi berhenti berputar dan masa turut dihentikan. "Saya akan pergi London minggu depan, Eunmi." Sehun memandang Eunmi yang masih kaku, jadi Sehun meneruskan kata-katanya.

 

"Dulu masa kita kecil saya pernah bagitahu awak yang saya nak sambung belajar dekat sana, kan?" Air mata Eunmi mula bertakung di tubur mata. Dia memejamkan matanya. Kedua belah ibu jari Sehun mengesat sisa-sisa air mata sebelum ia sempat jatuh dan membasahi bumi. Eunmi me

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
lugege_
#1
Chapter 2: Daebak! I'm cry so hard. Part paling sedih bila Baekhyun dgn Eunmi accident tuuu. Keep it up! Awak memang pakar buat angst. Buat lah genre ni lagi xD
hanbinhaera #2
Chapter 1: omfg author nimm bestttttttt. update soon pelissssss ㅠㅠ
Baek_Uaena #3
Update soon~ :)
Hwaiting!! ^.^
bbyKkamjong
#4
Chapter 1: Apa kena dengan sehun? dia nampak macam mengelak. Baekie don be sad,, im here for you ;P
Bila dah baca habis dapat agak ada yang mati ni. ugh don't lah. kan diorang baru nak rapat. sob sob
Happy ending juseyo~ saya tak suka sad ending TT^TT