Chapter 19

The Only Way To say I Love You (Reactivated)
Please Subscribe to read the full chapter

Hampir setiap hari Chorong tidak jemuh-jemuh melawat Eunji di hosipital. Dia tahu Eunji berasa sunyi tinggal bersendirian di dalam bilik. Lagi pun, dia faham perasaan Eunji saat ini. Dia memerlukan seseorang untuk membantu memulihkan hatinya. Dan setiap kali Chorong melawat Eunji, hampir setiap hari dia terserempak dengan lelaki yang bernama Taehyung duduk termenguh di bangku tempat menunggu luar bilik Eunji.

"How pathetic!"

"Eunji-ah?" Chorong menolak perlahan pintu bilik tersebut dan mengintai di celah pintu. Dia terpandang susuk tubuh Eunji sedang terbaring membelakanginya dan menghadap ke jendela(?) Chorong melangkah perlahan mendekati Eunji agar tidak mengejutkan Eunji dari tidurnya. Namun Eunji dapat merasakan kehadiran seseorang. Lantas dia menoleh ke belakang.

"Chorong-ah?"

Chorong tersenyum."Kau tidur ke tadi? Sorrylah kalau aku ganggu kau." Chorong meletakkan buah tangan diatas meja bersebelahan dengan Eunji dan melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Eunji membalas senyuman rakannya. Perlahan-lahan Eunji bangun dibantu Chorong lalu bersandar di kepala katil.

"Taklah. Aku cuma lelapkan mata. Aku bosanlah duduk sini sorang-sorang. Boleh tak kau temankan aku tidur sini? Malam ni buat kali terakhir?"

Kali terakhir?Chorong faham apa yang dimaksudkan Eunji. "Nurse yang jaga kau tu dah inform kat aku tadi. Jadi betullah yang kau akan dihantar ke US? Untuk menjalani rawatan kat sana?" Ada nada sedih pada suara itu.

"Ya. Aku akan menjalani rawatan kat sana, dan mungkin akan menetap kat sana terus..apa pendapat kau?"

Chorong merenung anak mata Eunji untuk melihat sejauh mana Eunji maksudkan ayatnya untuk 'menetap di US'

"Kau nak menetap kat sana terus? Jadi kau nak tinggalkan aku sorang-sorang kat sini?"

Eunji mengangguk."Kau jangan salah faham pula. Kau tetap sahabat aku yang paling aku sayang dalam dunia ni. Aku dah fikir-fikir masak, aku nak tinggalkan Korea..nak pulihkan hati aku..nak tenangkan fikiran aku dari segala masalah yang aku alami selama ni."

"Well..aku tak boleh lah nak halang kau. Aku faham. Asalkan kau bahagia, semua keputusan yang kau buat, aku akan sentiasa sokong. Mungkin dengan cara keluar dari tempat ni, kau akan lebih maju kehadapan lagi." Walaupun Chorong rasa sedih bila mengetahui Eunji akan meninggalkan Korea dalam jangka yang agak panjang, Chorong redha asalkan rakannya menemui sinar kebahagian.

"Tapi..ada satu masalah lagi." Ujar Eunji perlahan. Chorong ternanti-nanti ayat yang seterusnya. "Kos untuk rawatan tu..aku.."

Chorong tersenyum kemudian menggenggam erat tangan Eunji. "Soal duit kau tak payah risau. Aku ada. Aku akan bantu kau. Lagi pun omma dan appa aku dah anggap kau sebagai anak diorang. Mereka akan sedia bantu kau bila-bila masa. Kau tahu kan kami sayang kau sangat-sangat?"

Tidak dinafikan, segala kos rawatan Eunji sekarang ini adalah dibayar oleh V sendiri. Namun kali ini, biarlah dia yang membantu Eunji memandangkan mereka tidak lama lagi akan bercerai. Terus terang, Chorong tidak pernah menghargai pertolongan V.

Rasa terharu menyelebungi diri Eunji. Dia tidak sangka keluarga Chorong begitu baik sekali dengannya. Dia telah banyak berhutang budi kepada Chorong. Tiba-tiba Eunji rasa bersalah kerana telah menyusahkan keluarga itu. Eunji menarik Chorong didalam dakapannya dan memeluknya dengan erat. Matanya ditutup rapat, terasa masa berlalu terlalu singkat. "Aku tak tahu nak cakap apa lagi. Kau dah banyak bantu aku selama ni. Kadang-kadang aku rasa malu dekat kau sebab aku dah banyak kali libatkan kau dalam masalah aku. Terima kasih sangat-sangat sebab sudi terima aku jadi kawan kau. Kalau bukan sebab kau, mungkin aku dah lama give up dengan hidup aku." Ucap Eunji ikhlas dari hatinya.

"Janganlah cakap macam tu..nanti aku nangis. Apasal sedih sangat bunyi dia?..isk..isk.." Chorong mula mengeluarkan bunyi tangisan menyebabkan Eunji tergelak.

"Yah, Chorong-ah? Kau nangis ke?" Eunji melepaskan pelukkannya dan memegang kedua belah pipi Chorong. Kelihatan hidung dan mata Chorong mula merah. Kini dia sedang menangis tersedu.

"Eee, buruklah muka kau nangis macam tu. Dah, tak payah nangis." Sekali lagi Eunji tergelak. Bertambah kuat tangisan Chorong. Entah mengapa dia harus tergelak? Dia cuma tidak ingin menunjukkan kesedihannya di hadapan gadis itu. Dia telah banyak menyusahkan Chorong. Biarlah kali ini dia memendam perasaannya sendiri.

"Kau sukalah kan tengok aku nangis macam ni. Aku tahulah rupa aku hodoh bila menangis." Chorong merajuk kerana Eunji mengejeknya, namun jauh disudut hatinya, dia gembira apabila melihat Eunji tergelak.

"Nah tisu." Eunji menyerahkan kotak tisu ke arah Chorong. Chorong tanpa segan silu menarik hingusnya dihadapan Eunji membuatkan Eunji mengerutkan dahinya.

"Ish, pengotor!"

"Biarlah!"

"Aigoo.."

 V teragak-agak ingin meneruskan niatnya untuk melawat Eunji. Pasti Eunji akan menghalaunya keluar seperti hari-hari yang sebelumnya. Tapi..dia merindui Eunji.

"Mungkin aku cuma tengok dia dari pintu. Ya, tak salah kalau aku tengok dia sekejap kat celah pintu." Detik hatinya.

Setelah V semakin menghampiri, kedengaran suara seseorang sedang berborak di dalam bilik tersebut. V menjadi ragu-ragu. Patutkah dia mencuri dengar? Kebetulan pintu itu tidak ditutup rapat. Dia dapat melihat Chorong dan Eunji sedang berborak. Hanya wajah Eunji sahaja yang yang kelihatan kerana Chorong duduk membelakanginya.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
12Werewolf_88
Huwaaa T.T banyak sangat typo..

Comments

You must be logged in to comment
BalRina_
#1
Chapter 20: Pls smbg lagi!!
BalRina_
#2
Wow tak sangka sy dpt jumpa ff eunji dan v *lompat ribena jap*
Joha_Exo12 #3
Chapter 20: anyway FIGHTING!!!hope author update nnti....
Joha_Exo12 #4
Chapter 20: Please jngan delete ff ni sob...sob..:'(
arpieyzone #5
Chapter 20: la...please hbiskan crita ni. ; - ;
jngn delete ff ni huwaaa
Galaxy_fanfan96 #6
Chapter 19: apa maksud eunji 5 bulan lagi? cepat update ok :)
Hnayunni #7
Chapter 19: update soon ^^
Galaxy_fanfan96 #8
Chapter 17: kesiannya eunji..hampir mnangis aku bace ff ni..
Galaxy_fanfan96 #9
Chapter 5: adoi, kejam nak mampus v ni.
Galaxy_fanfan96 #10
Chapter 4: ish jahatnya v. geram!