Chap 10

The Only Way To say I Love You (Reactivated)
Please Subscribe to read the full chapter

"Kamu keluar dulu. Kamu tak payah risau, saya tahu tugas saya dan saya tahu apa yg saya buat."

"Tapi saya yg bawa dia kat sini. Saya patut tahu keadaan dia. Saya patut berada disisi dia sekarang." Bentak V apabila dia disuruh keluar oleh guru yg menjaga Eunji ketika mereka berada di bilik rehat.

"Tolong jangan buat bising dekat sini. Jadi, dipersilakan keluar sekarang." Pintah Mr. Do Minjoon tegas. Dia adalah guru kesihatan di sekolah itu.

V terpaksa akur. Dia melangkah lemah meninggalkan Eunji yg sedang terbaring kaku di atas katil. Pintu ditutup dan V menekup mukanya lalu menyandar dipintu. Dia betul2 tengah risau dan runsing tentang keadaan Eunji yg tiba2 pengsan sebentar tadi.

Mr. Do Minjoon mendekati Eunji yg sedang terlantar dikatil. Dia memandang wajah Eunji yg pucat itu lalu menggeleng2.

"Pelajar perempuan ni lagi? Hari tu, dia ada masuk bilik ni juga kan?" Soal seorang guru perempuan yg bernama Chun Song Yi.

"Yup, hari tu saya yg bawa dia kat sini."

"Kenapa tak bawa kat hospital terus. Mungkin dia ada alahan. Bahaya kalau dibiarkan." Ujar Song yi yg risau melihat keadaan Eunji.

Do Minjoon terdiam sebentar. Dia cuba mencari ayat yg sesuai. "Hari tu saya dah suruh dia pergi hospital. Mungkin penyakit dia datang balik."

Song yi hanya mengangguk tanda faham. Lalu dia berjalan kearah almari perubatan dan mengambil sebotol ubat dan segelas air. Kemudian dia mendapatkan Eunji dan membuka baju sejuk yg dipakai Eunji.

"Awak nak buat apa tu?" Soal Do Minjoon sambil memerhatikan Song yi.

"Nak bagi dia makan ubat lah. Takkan nak biarkan dia macam ni." Ujar Song yi lalu mengangkat kepala Eunji dan ingin memasukkan sebiji pil ke mulutnya.

"Chamkan!" Jerit Do Minjoon tiba2 membuatkan Song yi terperanjat.

"Err..jangan bagi dia makan ubat tu. Erm, awak keluar dulu, biar saya yg uruskan dia." Do Minjoon kelihatan resah lalu dia menarik tangan Song yi dan menolaknya ke luar dari bilik.

"Yaa! Yaa!. Apasal awak ni? Yaa! Do Minjoon!" Jerit Song yi kehairanan apabila dia dipaksa keluar. Pintu telah dikunci dari dalam.

"Songseng-nim, macam mana keadaan Eunji?" Soal V panik apabila melihat cikgunya keluar dari bilik tersebut.

"Err..dia belum sedar lagi. Tapi kamu tak payah risau, dia okay."

Do Minjoon menghelah nafas lega. Lalu dia membasahkan sehelai kain dan dilapkan ke muka Eunji.

"Songseng-nim.."Panggil Eunji perlahan.Dia mula sedar dari pengsan. Eunji memegang kepalanya yg masih berdenyut2.

"Baguslah kamu dah sedar." Do Min joon tersenyum lega lalu dia membantu Eunji menyandar di bantal.

"Apa yg dah berlaku? Apa saya buat kat sini?"

"Kamu pengsan tadi."

"Pengsan?"

Do Minjoon terdiam. Dia tidak menjawab soalan Eunji malah wajahnya tiba2 bertukar serius."Kim Eunji, kamu dah buat ke apa yg saya suruh tempoh hari?"

Eunji memandang wajah cikgunya apabila dia dipanggil dengan gelaran 'Kim'.

"Sudah.." Jawab Eunji perlahan dengan pandangan matanya yg redup dan tidak bermaya.

"Jadi, apa yg awak dapat? Keputusannya?"

"Keputusannya..."

"Yaa! Kim Taehyung!" Jerit Chorong lalu berlari kearah V. Sebaik sahaja Namjoo menelefon Chorong tentang hal Eunji, Chorong segera bergegas ke sekolah.

"Apa yg kau dah buat dekat Eunji? Dia kat mana sekarang?"

"Apa yg aku dah buat? Aku tak buat apa2 pun. Dia tiba2 pengsan tadi." V cuba mempertahankan dirinya.

Tiba2 pintu bilik dikuak. Kelihatan Mr. Do Min joon sedang memapah Eunji keluar pintu.

"Eunji-ah!" Serentak Chorong dan V memanggil Eunji.

Eunji agak terkejut apabila melihat V dihadapannya.

"Apa dah jadi? Kau tak apa2 ke?" Risau Chorong.

Eunji tidak menjawab. Reaksi wajahnya sukar ditafsirkan. Melihatkan Eunji yg hanya membisu, Mr.Do Minjoon akhirnya bersuara.

"Dah dah, Eunji tak apa2. Korang tak payah risau. Sekarang ni dia hanya perlu rehat yg cukup. Chorong-ah, saya rasa elok kamu bawa dia pulang."

Chorong mengangguk lalu mendapatkan Eunji drpd Mr.Do Minjoon. Mereka segera meninggalkan kawasan tersebut.

"Eunji-ah!" Jerit V lalu cepat2 memegang kedua2 tangan Eunji dan memandang tepat matanya

"Biar aku temankan kau sekali. Aku merayu dekat kau. Tolong benarkan aku jaga kau. Jaebal.." Rayu V. Matanya mula berair.

"Yaa! Lepaslah." Chorong menepis kedua2 tangan V drpd memegang tangan Eunji. Matanya tajam memandang mata V.

"Dah Chorong, bawa aku pergi sekarang." Eunji tidak sanggup melihat muka V yg sedang merayu padanya.

"Eunji-ah!" V cuba mengejar Eunji tetapi dihalang oleh Mr. Do Minjoon.

"Kim Taehyung! Jaga perangai kamu." Tegas Do Minjoon sambil memandang mata anak muridnya.

"No Jin! Aku tak setuju dia kembali semula pada V lelaki tak guna tu. Kau jangan nak suruh aku pujuk Eunji." Bentak Chorong tidak puas hati apabila Jin meminta pertolongannya untuk memujuk Eunji menerima semula V.

"Chorong-ah, kau tak kesian ke tengok V. Dia betul2 dah berubah sekarang. Aku harap kau faham. Jaebal.." Pujuk Jin. Dia segera menggenggam kedua2 tangan Chorong cuba meraih simpati.

"Cukup Jin. Aku dah serik sebab dah serahkan Eunji pada V. Dengan apa yg dia dah buat pada Eunji selama ni, aku tak akan maafkan V dan aku tak akan biarkan Eunji kembali ke pangkuan dia. Aku sanggup buat apa saja asalkan Eunji jauh2 dari lelaki tak guna tu, walaupun aku terpaksa guna cara kotor." Bentak Chorong. Hatinya benar2 sedang panas. Chorong segera melepaskan tangannya drpd Jin.

"Miann..kalau permintaan aku dah melebih2. Aku faham perasaan kau. Memang patut pun kau buat macam tu sebab kau dah anggap Eunji macam adik kau sendiri. Kalau aku jadi kau pun, aku takkan hasut Eunji untuk kembali dekat V." Ujar Jin perlahan dengan muka sedihnya. Lalu dia meninggalkan Chorong yg ketika itu berada di belakang bangunan sekolah.

"Jin! Please lah, jangan buat perangai budak2." Marah Chorong apabila melihat Jin sedang merajuk.

Jin berhenti melangkah lalu tersenyum nakal. Dia segera memalingkan badannya semula kearah Chorong.

"Jadi kau setuju nak tolong aku?"

"Shireo!" Jerit Chorong geram. Kini gilirannya meninggalkan Jin.

"Yaa!Park Chorong!"

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
12Werewolf_88
Huwaaa T.T banyak sangat typo..

Comments

You must be logged in to comment
BalRina_
#1
Chapter 20: Pls smbg lagi!!
BalRina_
#2
Wow tak sangka sy dpt jumpa ff eunji dan v *lompat ribena jap*
Joha_Exo12 #3
Chapter 20: anyway FIGHTING!!!hope author update nnti....
Joha_Exo12 #4
Chapter 20: Please jngan delete ff ni sob...sob..:'(
arpieyzone #5
Chapter 20: la...please hbiskan crita ni. ; - ;
jngn delete ff ni huwaaa
Galaxy_fanfan96 #6
Chapter 19: apa maksud eunji 5 bulan lagi? cepat update ok :)
Hnayunni #7
Chapter 19: update soon ^^
Galaxy_fanfan96 #8
Chapter 17: kesiannya eunji..hampir mnangis aku bace ff ni..
Galaxy_fanfan96 #9
Chapter 5: adoi, kejam nak mampus v ni.
Galaxy_fanfan96 #10
Chapter 4: ish jahatnya v. geram!