Curi perhatian 1/2

Kafe EXO (Malay)
Please Subscribe to read the full chapter

Rutinku bermula seperti biasa. Dari rumah aku mengayuh basikal ke sekolah. Aku bersekolah di sekolah pelajar-pelajar lelaki. Jujur cakap, muak aku tengok muka budak-budak yang sama jantina dengan aku ni. Ha! Sebab tu kalau aku nampak perempuan, hati aku akan berbunga-bunga. Takpe! Itu buktinya aku ni normal! Haha. Tapi dia berbeza. Bukannya apa, semenjak nampak dia, aku rasa lain macam, muncul satu perasaan yang sukar aku jelaskan.

Semuanya bermula minggu lepas, semasa aku mengayuh basikal ke sekolah, aku nampak dia. Dia berada dalam bas yang lalu di sebelahku. Dia duduk baris hadapan sekali berdekatan pintu masuk. Rambutnya panjang lurus dan hitam lebat. Masa bas berhenti di lampu isyarat merah, aku dapat lihat dengan jelas. Masa tu aku rasa lain, perasaan yang aku cakap tadi muncul. Kemudian, bas tersebut terus bergerak melalui jalan sehala manakala aku harus membelok ke kanan. Ye la, dah sekolah aku kena lalu jalan tu. Aku cam baju seragam yang budak perempuan tu pakai, rasanya dia pelajar sekolah khas perempuan. Aku selalu curi masuk sekolah tu, lepak di dalam bilik piano. Eh, lupa pulak nak cakap, aku ni suka main piano sejak dari kecil lagi. Kat sekolah aku tu, tiada kursus muzik atau kemudahan piano disediakan. Jadi untuk melepaskan gian, aku main piano kat sekolah orang lain.

Tapi, aku tak pernah nampak pula dia kat sekolah tu sebelum ni..

>>>>>>>>>>>>>> 

Hari baru, sekolah baru, baju seragam baru, cikgu baru, kawan baru. Semuanya bermula dengan perkara baru yang membuatkan aku teruja kecuali satu perkara. Mulai hari ni, aku terpaksa naik bas untuk pergi dan pulang dari sekolah. Tempat kerja baru ayah aku terletak bertentangan dengan arah ke sekolah. Aku pula jenis tak suka menyusahkan ibu ayah, jadi aku turuti saja cadangan mereka supaya naik bas. Bukan apa, aku ni jarang naik bas di sekolah lama dan aku jenis mabuk kenderaaan seperti bas. Mahunya aku muntah dalam bas nanti? Tak ke malu? Pergi sekolah dalam keadaan pening mual-mual? Oh tidak! Aku tak ingin bayangkan.

Mahu tidak mahu, aku k

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chnylvrus #1
Chapter 11: Update soon author nim ;)
krisalisa #2
Chapter 9: omo sweetnya...hahaha...CHOHAN COUPLE
-FATISHA
#3
Chapter 2: Sweet! Sweet!!
Alahai, kenapa Luhan si PATI ni sweet sangat??? Cair saya dibuatnya. Hohoho
-FATISHA
#4
Chapter 1: First time baca Kai x Sulli ^^
ALolo cute lah Kai.. tapi memang betullah dia ni pakai topi sebab nak nampak cool. Hohoho
ArienaYehet
#5
Chapter 4: pendek nyaa. tpi best!!
ChanBaekLu #6
Chapter 6: Chapter 6: wahhhh...saya hari hari baca ff kak Ainaa best! Tapi ff Kerana Cinta tu tak puaslah....nk sehun jumpa soojung...nk tgk happy ending...nnti akak update lagi ff one shot ni dgn ff Kerana Cinta tu ye?
ekanorsyafiqah
#7
Chapter 6: buat la Sehun Sulli ff lagi ya
nurulizzahramanlee
#8
Chapter 6: Daebak!!!!! Buat agi!!!!
nurulizzahramanlee
#9
Chapter 2: Arghhhhhh!!!!! Sweetnya!!!!