My Heart

Kafe EXO (Malay)
Please Subscribe to read the full chapter

“kalau awak mati sekarang, tiada siapa perasan mayat awak”

Sulli menoleh lihat seorang lelaki muda turut bersamanya di atas bumbung hospital itu. Dia tidak sedar akan kehadiran lelaki itu. Sulli tidak mempedulikannya. Dia berdiri di atas pagar konkrit yang  tinggi paras pinggang itu pada bumbung bangunan hospital. Jika dia terjun, pasti dia akan mati dari ketinggian bangunan 24 tingkat itu. Sulli tekad nak bunuh diri.

“saya rasa lebih baik awak bunuh diri pagi esok, sekarang ni lengang, tiada ramai jururawat atau doktor bertugas, tapi kalau esok awak bunuh diri, mesti ramai perasan mayat awak nanti”, lelaki itu berdiri dekat dengan tempat Sulli berdiri, Cuma Sulli berada di atas pagar, manakala dia di bawah.

“yah! Awak siapa? Jangan sibuk hal saya”, Sulli cuba mengusirnya. Lelaki itu turut memakai baju yang sama seperti Sulli. Salah seorang pesakit Hospital Myungwoo.

“saya cakap je, kalau awak terjun mati sekarang, tak pasal-pasal saya yang dituduh tolak awak. Nanti mesti muka hensem saya ni popular satu korea.. haish”,ujar lelaki itu memasukkan tangannya dalam poket baju. Dirasakan sejuk angin malam. Mukanya sedikit pucat,rambutnya menutup separuh dahinya. Dia hanya memakai selipar biasa.

“Yah! Kan saya cakap jangan sibuk hal saya, awak ni siapa?”, Sulli berasa sedikit menyampah dengan lelaki itu.

“eh, jangan risau, saya bukan hantu”, ujar lelaki itu ketawa. “saya Sehun. Nama saya Oh Sehun”, dia memperkenalkan namanya.

“Sehun ah~ baik awak tinggalkan saya sendirian. Jangan gangu saya”, ujar Sulli, dia memegang dadanya. Dirasakan mengilu.

“awak sakit apa? Kenapa nak bunuh diri?”, Sehun bertanya. Dia lihat gadis itu seolah menahan sakit.

“komplikasi jantung. Jantung saya berlubang”, Sulli berkata sambil bergerak ke depan. Kakinya berada di hujung. Dia lihat ke bawah. Angin malam meniup lembut. Matanya mula berair. “saya patut mati. Saya hanya bebanan semua orang. Semua orang nak saya mati”

“ouh~ patut lah awak nak bunuh diri. Teruk juga sakit awak tu. Awak tak buat pembedahan ke?”

“keluarga saya langsung tak carikan penderma untuk saya, dn hospital pula tiada penderma yang sesuai dengan saya. Keluarga saya tidak mempedulikan saya, mereka hanya terus membayar kos hospital dan ubat tahan sakit. Tiada siapa yang mahu saya terus hidup”, ujar Sulli. Setiap perkataan yang diceritakan adalah benar. Tiada siapa dalam keluarganya yang menyayangi Sulli selepas ibu bapanya mati. Ibu tirinya pula langsung tidak ambil berat terhadapnya. Sulli yakin jika dia bun

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chnylvrus #1
Chapter 11: Update soon author nim ;)
krisalisa #2
Chapter 9: omo sweetnya...hahaha...CHOHAN COUPLE
-FATISHA
#3
Chapter 2: Sweet! Sweet!!
Alahai, kenapa Luhan si PATI ni sweet sangat??? Cair saya dibuatnya. Hohoho
-FATISHA
#4
Chapter 1: First time baca Kai x Sulli ^^
ALolo cute lah Kai.. tapi memang betullah dia ni pakai topi sebab nak nampak cool. Hohoho
ArienaYehet
#5
Chapter 4: pendek nyaa. tpi best!!
ChanBaekLu #6
Chapter 6: Chapter 6: wahhhh...saya hari hari baca ff kak Ainaa best! Tapi ff Kerana Cinta tu tak puaslah....nk sehun jumpa soojung...nk tgk happy ending...nnti akak update lagi ff one shot ni dgn ff Kerana Cinta tu ye?
ekanorsyafiqah
#7
Chapter 6: buat la Sehun Sulli ff lagi ya
nurulizzahramanlee
#8
Chapter 6: Daebak!!!!! Buat agi!!!!
nurulizzahramanlee
#9
Chapter 2: Arghhhhhh!!!!! Sweetnya!!!!