Bayangan

Kafe EXO (Malay)
Please Subscribe to read the full chapter

D.O melihat wajah dirinya sendiri di cermin. Kelihatan sedikit kusam walaupun diselaputi make-up yang tebal. Dia berasa sangat letih. Jadual yang padat dengan rancangan hiburan, persembahan secara langsung dan lakonan menyebabkan artis baru itu kurang rehat. Dia menepuk-nepuk bahunya, cuba mengurut, mengurangkan sengal.

“Hyung.. da selesai belum?”

Dia menjeling lihat pintu tandas yang terakhir itu msih lagi belum terbuka.

“Cepat sikit. Saya nak balik ni, penat la” keluhnya. Dia berasa aneh, pengurusnya itu mengambil masa yang agak lama untuk melakukan ‘business’ di tandas.

“Hyung?” D.O menolak pintu tandas. Tiada orang. Hanya mangkuk tandas yang ditutup bersih.

“Eh? Mana dia pergi?” mata D.O melilau mencari kelibat pengurusnya.

“Hyung?”

D.O melangkah keluar dari tandas. Gelap di sekitar. Aneh. Tadi masa dia naik ke tingkat itu, semua lampu terpasang. Kenapa dah tutup? D.O merenung kegelapan di depannya. Dia mencapai telefon bimbit. Tiada isyarat yang diterima, dia tidak dapat menghubungi pengurunya. Dia berasa sangat pelik. Tiada line di Seoul?! Biar betul?!

“Hyung?” D.O memanggil sambil berjalan dalam gelap bersuluhkan cahaya skrin telefonnya. Dia berjalan perlahan, bimbang terlangar sesuatu atau seseorang.

Baby Don’t Cry…. tonight…eodumi geochigo namyon

Baby Don’t Cry… tonight… eobseotdeon iri deol geoya

D.O terdengar suara orang menyanyi. Suara dia sendiri. Sangkanya mungkin ada peminat Exo yang memain pasang lagu artis itu. Dia terus berjalan dan berhenti di depan seorang lelaki, di tepi tingkap.  Cahaya bulan penuh yang membiasi di sebalik kaca tingkap membolehkan D.O melihat wajah lelaki itu dengan jelas.

“Kyungsoo ahh~” lelaki itu bersuara. Suaranya sama seperti D.O. Malah kedengaran seperti D.O memanggil namanya sendiri.

Tangan D.O yang memegang telefon ketar. Jantungnya bedegup kencang. Ketakutan. Dia mengetap bibirnya. Kemudian dia terus berlari, menjauhi lelaki tadi.

Ilusi. Ilusi. Itu semua hanya bayangan mata. D.O memujuk diri sendiri. Dia berlari ke arah tangga kecemasan dalam keadaan samar-samar itu. Dia perlu keluar dari bangunan itu segera.

<
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chnylvrus #1
Chapter 11: Update soon author nim ;)
krisalisa #2
Chapter 9: omo sweetnya...hahaha...CHOHAN COUPLE
-FATISHA
#3
Chapter 2: Sweet! Sweet!!
Alahai, kenapa Luhan si PATI ni sweet sangat??? Cair saya dibuatnya. Hohoho
-FATISHA
#4
Chapter 1: First time baca Kai x Sulli ^^
ALolo cute lah Kai.. tapi memang betullah dia ni pakai topi sebab nak nampak cool. Hohoho
ArienaYehet
#5
Chapter 4: pendek nyaa. tpi best!!
ChanBaekLu #6
Chapter 6: Chapter 6: wahhhh...saya hari hari baca ff kak Ainaa best! Tapi ff Kerana Cinta tu tak puaslah....nk sehun jumpa soojung...nk tgk happy ending...nnti akak update lagi ff one shot ni dgn ff Kerana Cinta tu ye?
ekanorsyafiqah
#7
Chapter 6: buat la Sehun Sulli ff lagi ya
nurulizzahramanlee
#8
Chapter 6: Daebak!!!!! Buat agi!!!!
nurulizzahramanlee
#9
Chapter 2: Arghhhhhh!!!!! Sweetnya!!!!