part II

Haunted Castle

 

 

 

Mereka semua menjenguk ke luar tingkap kereta melihat sekeliling sambil Xiumin memandu kereta jenis MPV dengan perlahan-lahan.

“Ini ke tempatnya? Macam pelik je.” Ujar Lay.

“Jangan2 kita dah salah jalan tak?” kata Kai pula.

“Apa pulak?! Betullah… cuba kau tengok peta ni.” Tao yang duduk di bahagian tengah menunjukkan peta yang dipegangnya kepada yang lain2 namun tiba2 Kris menyekeh kepala Tao dan memarahinya. “Ngok! Yang kau pergi tengok peta daerah lain tu kenapa?!”

“Aduh! sakitlah alien.” Tao mencebik dan melihat semula peta tersebut. Gulp! “Errr... a’ah la. Mi-mian mana aku tahu, huhu… kalau ye pun jangan la ketuk kepala aku yang comel ni. Lagipun, nama tempat lebih kurang sama je tu yang aku konpius.” Jelas Tao dengan muka seposennya.

“Aishhh… tak boleh pakai langsung juruarah tak bertauliah ni.” perli Sehun.

“Ke mana kita sekarang? Teruskan ke apa?” Soal Xiumin yang sudah pening dari tadi asyik dok memusing-musing mencari jalan.

“Aku rasa baik kita berhenti tanya orang. Dah jauh sangat ni kita menyimpang.” cadang Luhan.

Sedang mereka berbincang, tiba-tiba ada sesuatu melintas di hadapan kereta mereka.

“Xiumin! Watch out!” jerit Chen yang duduk di bahagian penumpang hadapan dan Xiumin serta-merta membrek kecemasan.

Bam!!!

“Omo!” mereka semua cepat2 keluar daripada kereta menuju ke hadapan MPV melihat apa yang telah berlaku.

Chanyeol menepuk dahinya. “Alamak! Terlanggar ayamlah pulak. Aduhhh!”

“Apa kita nak buat sekarang ni? Blah?” soal Kai.

“Jangan! Kita ni dahlah masuk kawasan orang, langgar haiwan dia pastu nak larikan diri pulak. Itu bukan cara yang bagus.” Nasihat Suho.

“Dah tu kita nak buat apa? Tunggu je kat sini sampai tuan dia datang and then serang kita, macam tu?” jawap Sehun pula seakan tidak berpuas hati.

“Aigoo.. takdelah sampai macam tu sekali but at least kita patut jumpa tuan dia minta maaf or bayar ganti rugi ke apa.” Suho cuba menenangkan keadaan yang tegang.

“Aku setuju dengan Suho.” Sokong Lay.

“Tapi sampai bila kita nak tunggu? dahlah kita ni dah jauh tersesat.” Soal Baekhyun yang berasa kurang yakin dengan cadangan Suho.

"Kita tunggu dalam sejam. kalau takde, kita blah ok."  Suho memberi kata putus kepada rakan-rakannya.

“Relax ah… sekarang baru pukul 12 lebih, mesti tuan dia datang cari sebab nak balik makan.” balas Kris selamba.

Tao yang mendengarnya terus bertanya dengan dungunya. “Ayam pun ada lunch time ek?”

“Of cozlah, kau ingat tuan dia je ke ada? kalau tak wujudlah peribahasa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.” Jelas Kris yang cuba berlagak pandai.

“Tapi ni kan tengahari. Dia tak sebut pun tengahari dalam peribahasa tu.” Kedunguan Tao berterusan hingga menguji kesabaran Kris. “Ada juga yang makan penampar buaya kang.” Yang lain hanya mampu menggeleng melihat tingkah laku mereka berdua yang mengalahkan budak.

Sementara menunggu mereka pun berehat di dalam MPV milik Suho itu sambil membuat hal masing2.

Dengan  perlahan-lahan, Chanyeol merapati Baekhyun lalu membisikkan sesuatu. “Bakkie-ah, jom kita pergi jalan2 nak tak? Aku bosanlah…” ajak Chanyeol yang sememangnya tak reti duduk diam.

Terkelip-kelip mata Baekhyun memandang Chanyeol. “Jalan2? Pergi mana? Karang sesat kang.”

“Ala… handphone kan ada, apa guna.” Balas Chanyeol.

Chen yang terdengar perbualan mereka terus menyampuk. “Aku nak ikut, hihi…”

“Tu Chen pun nak ikut sekali. Jomlah Baek~” pujuk Chanyeol lagi.

Baekhyun berfikir-fikir sejenak sebelum melihat D.O yang berada di sebelahnya. “D.O–ah, nak ikut kitaorang pergi jalan2 tak? Aku tahu kau bosan.”

“Aku ikut je.” Jawap D.O yang sememangnya jarang membantah.

“Great!” ujar Chanyeol excited. “Suho, kitaorang keluar jalan2 ambik angin jap tau. Apa2 hal contact ok?” beritahu Chanyeol sebelum keempat-empat mereka keluar dari MPV.

“Jangan lama sangat. Jalan dekat2 sini je tau. Take care.” Pesan Suho yang sentiasa mengambil berat tentang kawan-kawannya.

 

*******

-35 minit sudah berlalu-

“Chanyeol-ah, aku rasa dah jauh sangatlah kita pergi ni.” Baekhyun mula kerisauan kerana sudah terlalu jauh jarak mereka dengan rakan2 yang lain.

“Kita patah balik jelah. Nanti member2 yang lain risau pulak.” Ujar D.O yang turut berasakan hal yang sama.

“Alaaa… kejap lagilah. Aku belum jumpa tempat yang sesuai untuk ber-selfie ni. Dah alang2 ada kat sini, takkan nak lepaskan peluang kot buat kenangan.” Jawap Chanyeol yang masih belum puas berjalan.

“Kalau macam tu, biar aku dengan D.O balik dululah. Chen, kau nak ikut kitaorang atau stay dengan Chanyeol?” soal Baekhyun.

“Errr…” Chen memandang Baekhyun dan Chanyeol silih ganti. “Korang nak tinggal aku sesorang kat sini? Janganlah macam tu, temanlah aku kejap je lagi. Aku janji, lepas dapat je tempat yang sesuai kita terus balik ok? jebal~” rayu Chanyeol. “Please~”

D.O dan Baekyun menatap muka antara satu sama lain. “Baekkie-ah, kita teman dialah kejap. kesian pulak aku tengok.” Ujar D.O. “Hmm… yelah2.” Balas Baekhyun mengalah.

“Hehe… sayang korang.” Ucap Chanyeol gembira. Mereka meneruskan perjalanan lagi dan seketika kemudian langkah mereka terhenti. Terpegun mereka berempat melihatnya.

“Weh… tempat apa ni? Bapak punya besar.” Luah Chen yang kekaguman.

“Bentuk dia macam…” “Istana.” belum sempat Baekhyun habis berkata, D.O sudah memotong. Mereka semua memandang D.O.

“Macam mana kau tahu?” soal Chanyeol.

"Tu ada tulis." D.O menunjuk tulisan yang tertera pada dinding yang berketinggian 5 kaki itu.

Chen menggaru-garu kepalanya bagaikan ada kutu. "Himera... Castle? tak pernah dengar pun!"

“Bangunan ni nampak macam dah lama, macam dah berpuluh tahun. Tapi, rekabentuk dia masih kelihatan elok dbagaikan dijaga.” ujar D.O yang sedari tadi tidak lepas memandang istana. yang berada di depan matanya itu.

Aku curiouslah pasal istana ni. Cuba kau search kat google kejap.” arah Baekhyun lalu Chen pun mengeluarkan handphone dari poket seluar jeansnya.

Aishhh… takde line la kat sini.”  Rungut Chen. 

Sedang mereka bertiga sibuk bercakap, dalam senyap Chanyeol menghampiri pintu pagar istana.

KREKKK…

‘Eh? Tak berkuncilah. Peluang ni.’ Bisik hati Chanyeol. Tanpa mempedulikan mereka, Chanyeol melangkah masuk ke kawasan istana tersebut.

“Korang! Mana Yeol?” Soal Chen dan mereka mula berpandang sesama sendiri.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
alya_yy
#1
Chapter 3: Best. Update soon ^^
izatizatixoxo88 #2
Chapter 2: Update soon....DAEBAK giler....
dokyungsoo___ #3
Chapter 2: update soon authornim!!
dokyungsoo___ #4
Chapter 2: update soon authornim!!
KUROBARAHIME
#5
Chapter 2: ISH CHANNIE NI KAN,MEMANDAI-MANDAI JER!
TENGOK,KAN YANG LAIN DAH RISAU!
mpreggoland
#6
Chapter 2: ish Yeol ni kan! hurm dia mmg camtu...ish3