part IV

Haunted Castle

 

 

 

D.O tersedar dari lamunannya sementelah kakinya tersepak sesuatu yang keras.

“Ouch!” D.O memegang kakinya yang kesakitan sebelum dia mula perasan sesuatu.

“Huh? Macam mana aku boleh berada dalam ni?” D.O memandang sekeliling dengan rasa keliru, hairan, dan 1001 macam perasaan. Namun hanya kedengaran bunyi suara cengkerik yang memecah kesunyian dalam keadaan yang samar2 cahayanya serta berdebu dan bersawang.

“Chen~ Chanyeol~ Baekhyun~” jerit D.O memanggil temannya.

……………………………..

Tiada sahutan. Lalu D.O terus melangkah, cuba mencari jalan keluar dan langkahnya terhenti apabila dia terpandang tangga yang berada hampir di depannya. Lama D.O merenung sebelum kakinya mula mengatur langkah menuju ke arah anak tangga tersebut dan dia seolah dapat merasakan bahawa bagaikan ada satu kuasa yang menariknya untuk ke atas.

“Ke manakah tangga ini akan membawa ku?”  desis hati D.O.

Dalam diam, sepasang mata bundar berwarna hijau dihiasi dengan seraut senyuman manis di bibir tidak lepas dari memandang D.O yang ketika itu sedang menaiki anak tangga satu persatu dengan penuh berhati. Setelah usai melangkah anak tangga terakhir, D.O terus berjalan dan berjalan mengikut langkah kaki yang tidak diketahui destinasinya hinggalah kakinya berhenti di satu pintu besar.

 

Sementara itu…

“Aku tak setuju!” bentak Tao dengan mata yang berair.

“Aigoo come on Tao, relax. Takde apelah, kitaorang kan ada.” Pujuk Luhan.

“Semua orang dah bersedia tunggu kau sorang je. Takkan kau nak tinggal seseorang kat sini pulak? Apa bezanya?” tambah Sehun.

“Ak-aku… hmm kalau ada hantu macam mana?” soal Tao bagaikan anak kecil.

Kai menjegilkan matanya. “Bertuah punya budak. Cakap takde pakai penapis langsung, choy!”

“Tak apa biar aku cakap dengan dia.” Kris menawarkan diri lalu dia terus menghampiri Tao dan membisikkan sesuatu.

“Agak2 kau apa yang dorang bisikkan tu?” soal Chen pada Xiumin yang berdiri di sebelahnya. Xiumin memandang Chen lalu menjungkitkan bahunya tanda dia sendiri pun tidak tahu.

Tao memandang Kris untuk beberapa detik sebelum mengangguk perlahan. Kris tersenyum lebar kerana perangkapnya telah mengena lalu memaling memandang kawan-kawannya sambil membuat thumbs up. “Beres.”

“Tapi dengan syarat.” Semua menanti Tao meneruskan ayatnya. “Aku taknak masuk dulu.”

Semua senyap. Hanya mata yang berbicara selama seminit.

 “Siapa yang nak merasmikan diri jadi orang pertama yang melangkah masuk dalam ni sila angkat tangan?” Chanyeol mengajukan soalan setelah tiada sesiapa yang bersuara walaupun untuk melepaskan batuk kecil.

“Kaulah Chanyeol. Tadi kau yang beriya-iya sangat.” Balas Baekhyun selamba.

“Ish! Tak mahulah aku.” Chanyeol menggeleng laju kepalanya. “Itu tadi lainlah.”

Masing2 kembali menatap muka satu sama lain walaupun tidak sehandsome mana xD. Untuk mencapai keputusan yang adil, mereka bermain permainan kertas, gunting, batu termaksud Tao yang tiada pengecualian. Dua minit kemudian, keputusan pun keluar jadi orang bertuah itu… /drumroll/ hehehe

“Langkah mula dengan kaki kanan ye.” Pesan Chen sambil tersengih mengalahkan kambing.

“Iye, aku tahulah!” marah Tao sambil cuba control macho kerana dia adalah orang bertuah itu. Kekeke.

Tao mula membuat mata puss in the boot. “Errr teman aku Kris. Jebal.” Mahu tidak mahu, terpaksalah juga Kris ikutkan kehendak temannya itu demi kepentingan semua.

Setelah Tao masuk ke dalam barulah yang lain2 mengikutinya dari belakang.

*****

 

Dengan penuh tanda tanya, D.O menolak perlahan daun pintu yang setinggi 9 kaki itu.

“Ruang apakah ini? Luasnya.” D.O memerhati dengan penuh takjub. Keadaan di ruang itu seolah terpelihara kerana segalanya kelihatan terjaga dan tersusun walaupun istana itu tidak berpenghuni lagi. D.O mengambil peluang itu untuk meneroka segenap ruang tersebut. Dia memerhati, menyentuh dan membelek setiap khazanah yang terdapat di situ. Langkahnya terhenti seketika di satu sudut.

“Eh? Apa benda ni?” Bulat mata D.O memandang sebuah tembikar berwarna keemasan yang berbentuk burung merak. Hatinya benar-benar tertarik dengan perhiasan itu lalu perlahan D.O menggerakkan tangannya ingin menyentuh tembikar tersebut dan apabila tangannya hampir menyentuh tiba-tiba pandangan D.O terganggu dengan silauan cahaya lantas tanpa sengaja matanya tertangkap pada satu susuk tubuh yang melintas laju berdekatan dengan pintu.

“Si-siapa tu?” D.O memberanikan diri menyoal sambil memandang tepat ke arah pintu namun hanya suasana sepi yang menyapa.

“Siapa tu? Ada sesiapa di sanakah?” soal D.O lagi dengan suara yang lebih kuat tapi keadaan masih lagi sama.

KREKKK…

Jantung D.O mula berdegup laju. Apabila daun pintu itu terkuak perlahan dengan sendirinya. Melihat pintu yang semakin terbuka luas, D.O menelan air liur lantas dengan perasaan cemas, kakinya mula melangkah mengundur ke belakang dan tanpa disedarinya bahawa tubuhnya itu semakin hampir dengan…

PRANGGG!!!

*****

 

“D.O-ah~” jerit teman-temannya hingga bergema segenap ruang istana.

“Betul kau yakin dia ada dalam ni?” Suho menanya soalan yang sama buat kali kedua.

“Ia aku yakin sebab…” belum sempat Baekhyun menghabiskan ayatnya, “Guys, tengok apa yang aku jumpa.” Kai menunjukkan handphone kepunyaan D.O yang telah tercicir. Semua datang berkumpul ke arah Kai kecuali…

Sedang kawan-kawan yang lain sibuk berkumpul dan berbincang, ada sesuatu yang lebih menarik perhatian Luhan hingga tanpa sedar dirinya sedang melangkah menuju ke arah benda tersebut.

“Wah cantiknya.” Bersinar mata Luhan melihat tembikar yang berukir corak purba dan mempunyai penutup di atasnya. Luhan yang sememangnya minat dengan barang-barang peninggalan sejarah itu, hatinya mula dilanda rasa ingin tahu apa isi kandungan di dalam tembikar tersebut.

“Hei Luhan! Apa kau buat tu? Mari sinilah bincang, aiguu.” Jerit Sehun tetiba hingga menyentak lamunan Luhan.

“Huh? Ar-arasso.” Luhan langsung berlari anak menuju ke mereka. Tanpa pengetahuan Luhan dan mereka semua, ada sesuatu yang tidak sepatutnya telah terjadi.

“Teruskan mencari.” Arah Suho serius sebelum mereka ingin berpecah.

Tetapi sebaik sahaja mereka ingin bergerak, tiba2 masa seakan berhenti hingga membuatkan mereka menjadi kaku dan dalam sedetik segala-galanya berubah keadaaan sekeliling mereka sebelum kembali biasa beberapa saat kemudian.

“Pengawal???”

Ya! Mereka telah kembali ke masa lampau iaitu 100 tahun yang lalu.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
alya_yy
#1
Chapter 3: Best. Update soon ^^
izatizatixoxo88 #2
Chapter 2: Update soon....DAEBAK giler....
dokyungsoo___ #3
Chapter 2: update soon authornim!!
dokyungsoo___ #4
Chapter 2: update soon authornim!!
KUROBARAHIME
#5
Chapter 2: ISH CHANNIE NI KAN,MEMANDAI-MANDAI JER!
TENGOK,KAN YANG LAIN DAH RISAU!
mpreggoland
#6
Chapter 2: ish Yeol ni kan! hurm dia mmg camtu...ish3