part I

Haunted Castle

 

 

 

Dengan tangan yang terikat, dia diheret masuk ke dalam penjara bawah tanah oleh dua orang pengawal.

“Lepaskan aku! lepaskan! Aku taknak masuk sinilah!”

“Maaf, tapi kami terpaksa kurung tuan supaya tuan tidak lari. Kalau tidak kami yang akan dihukum kerana tidak melaksanakan perintah tuan kami.” jelas pengawal 1.

“Siapa tuan kau huh?! Aku nak jumpa dia sekarang jugak!”

“Tuan tak boleh! Tuan kena ikut pantang larang di sini.” giliran pengawal 2 pula bersuara.

“Kenapa aku tak boleh jumpa dia? Kenapa?! Adakah sebab dia hodoh? Lagi satu, pantang larang apa yang korang mengarut ni?”

“Tuan! Tuan tak boleh berkata sedemikian. Itu boleh dianggap sebagai satu penghinaan.” tegur pengawal 1.

“Kata2 tuan itu boleh membawa kepada hukuman mati.” sambung pengawal 2 pula.

“Aku tak peduli! Aku nak jumpa dia jugak! Aku nak tahu kenapa dia suruh korang kurung aku kat sini. Apa salah aku?”

“Tuan dah lakukan kesalahan yang sangat besar dan hanya ada satu hukuman saja yang layak tuan terima.” jelas pengawal 2 lagi.

“Kesalahan besar? Hukuman? Arghhh… aku tak faham dan taknak faham! Aku takde kaitan dengan semua ini. Aku tak kenal korang semua so please let me go!”

“Tuan… please kami merayu. Tolong jangan buat bising.” rayu kedua-dua pengawal tersebut padanya kerana bimbang jika pekikan itu didengari lalu mengganggu tuan mereka.

“Aku takkan diam selagi aku tak dilepaskan dan berjumpa dengan tuan korang.” tanpa mengendahkan rayuan pengawal2 tersebut, dia terus-terusan menjerit minta dibebaskan. Tiba2 kedua-dua lengannya dicengkam erat hingga menimbulkan rasa sakit.

"Eh! apa ni? lepaskan akulah. Hei! sakit tau tak?!" rontanya namun cengkaman itu makin kuat dan dia mula merasa tubuhnya digoncang kasar.

“Kyungsoo-ah~”

D.O terasa namanya dipanggil. Dia diam seketika.

"Kyungsoo-ah!!!" namanya dipanggil lagi tetapi kali ini ia berulang kali dan semakin kuat beserta dengan tubuhnya yang digoncang tiada henti. Perlahan-lahan dia membuka matanya.

“Omma?” bulat mata D.O memandang wajah ommanya. ‘Laaa mimpi rupanya. Fuhhh… nasib baik.’

Puan Do menampar paha anak tunggalnya itu. “Apa yang kamu menungkan lagi tu?! Aigoo kamu ni… palli ireona! Kawan2 kamu semua ada kat bawah tengah tunggu kamu, tapi kamu bukan main asyik lagi dok membuta. Aishhh…”

“Mwo?! Jinjja?!” D.O bingkas bangun daripada tempat tidurnya dan tuala segera dicapai.

“Kenapa omma tak kejutkan Kyungsoo lebih awal?” rungut D.O sambil berlalu menuju ke bilik air.

“Amboi! Bertuah punya anak. Kita ni daripada tadi terjerit pekik, siap goncang lagi sampai nak runtuh rumah ni kejutkan dia tapi dia bergerak bangun pun tak. Sekeh kang baru tau.” Bebel Puan Do sambil mengemas katil anaknya.

 

-10 minit kemudian-

“Yo! Dah lama korang sampai?” D.O menegur kawan-kawannya yang sedang menjamu selera di ruang makan.

“Boleh tahanlah… kira persamaan dengan sepinggan mee goreng dan secawan teh panas ni habis, hihi…” jawap Chen.

"Ah! jangan lupa, termasuk kueh 4 ketul." sampuk Sehun.

“Sorry2… aku tak sengaja nak buat korang tunggu lama, huhu…”

"Uh! nasib baiklah ada santapan daripada omma kau ni. Kalau tak, mahu berjeman kitaorang tunggu kau. Dahlah cacing dalam perut masing2 tengah kelaparan, kan? kan?" ujar Tao dengan memandang Kris yang duduk disebelahnya agar menyokongnya.

“Kira ada untung jugaklah kau lambat.” balas Kai.

“Kitaorang dapat makan free, hehe…” sambung Xiumin pula.

“Kamu semua dah kenyang? Kalau belum ni ahh… banyak lagi. Makanlah, jangan malu. Alaaa kamu ni macam tak biasa pulak ngan makcik.” pelawa Puan DO sambil meletak sepinggan lagi karipap panas yang masih baru digoreng atas meja.

“Ehhh… takpe makcik, takpe. Kitaorang dah kenyang sangat ni sampai dah takde ruang nak sumbat dah. Nak bangun ni pun, belum tentu mampu.” kata Luhan dengan mesra.

“Ehem! Untunglah dah kenyang tapi aku belum.” D.O membuat muka seposen.

“Ops! Sapa suruh kau lambat, kitaorang bedal la dulu semua makanan ni.Rasanya tinggal sisa-sisa je kot untuk kau.” Chanyeol sengaja mengusik D.O.

Baekhyun menyiku lengan Chanyeol. "Ish kau ni! agak2 ah... kita sekarang kat rumah dia tau. karang dia report kat omma dia, tak dapat kita merasa air tangan omma dia dah tau." Bisik Baekhyun perlahan. Chanyeol mambalas dengan cebikan.

"D.O-ah" "Yes Suho?" “Kau makanlah dulu D.O, takpe kitaorang tunggu. Bertolak lewat sikit pun takpe. Kau jangan peduli sangat kat alien2 ni.”

“Betul ni? Wahhh sayang korang.” ucap D.O dengan gembiranya lantas dia pun mengambil tempat duduk. Lay membantu mencedok mee goreng untuk D.O.

"Gomawo Lay-ah." Lay balas dengan senyuman manis.

Dua bungkus plastik besar diletakkan atas meja. “Ni makcik ada bungkuskan makanan lebih untuk korang semua. Dalam perjalanan nanti bolehlah makan buat lapik perut sementara nak sampai, jauh jugak tempat kamu nak pergi tu.”

“Terima kasih makcik, buat susah2 jer.” ucap Kris penuh sopan.

"Ish kamu ni! mana ada susahlah. kamu semua mak cik dah anggap macam anak sendiri pun, arra?" Pn Do memandang mereka semua.

"Arraseo makcik~" balas mereka semua dengan ceria.

 

 

 

 

 


/bow/ mianhei~ atas kelewatan yang tida disengajakan ini... huhu... mesti korang dh lama tunggu kan? /perasan/ /kicked/ hope korang enjoy first chap ni^^

Hmm? nk komen? amat-amatlahhh dipersilakan... hehe

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
alya_yy
#1
Chapter 3: Best. Update soon ^^
izatizatixoxo88 #2
Chapter 2: Update soon....DAEBAK giler....
dokyungsoo___ #3
Chapter 2: update soon authornim!!
dokyungsoo___ #4
Chapter 2: update soon authornim!!
KUROBARAHIME
#5
Chapter 2: ISH CHANNIE NI KAN,MEMANDAI-MANDAI JER!
TENGOK,KAN YANG LAIN DAH RISAU!
mpreggoland
#6
Chapter 2: ish Yeol ni kan! hurm dia mmg camtu...ish3