DUA.

Pengganti.

DUA.


 

Aku lalui hari persekolahan aku macam biasa. Tak teruja langsung.

 

Sampai je dekat kelas, aku duduk dekat tempat aku. Aku tak cakap sepatah pun. Tapi tiba-tiba aku jadi sebak.

Hari ni Chen tak pergi sekolah dengan aku pon. Chen tak tegur aku pon sebelum masuk kelas tadi. Chen tak duduk sebelah aku pon dekat kelas ni hah.

Dah seminggu dah Chen pergi tinggalkan dunia ni. Hmm.

 

Cikgu Heo masuk kelas and terus cakap,

“Guys, hari ni kita akan ada murid baru”

 

Semua pelajar fokus pandang depat. Aku pon tengok je la depan. Seorang budak lelaki masuk. Dia pandang dekat kitaorang and senyum. Gila comel budak tu.

“Sila kenalkan diri kamu” kata Cikgu Heo.

“Nama saya Luhan. Sila beri tunjuk ajar” kata budak tu and tunduk sikit.

“Baiklah semua, cikgu ada mesyuarat. Sila beri Luhan tempat duduk. Bye..” kata Cikgu Heo dan pergi tinggalkan kelas.

 

Krikk .. krikk ..

 

Tak ada sesiapa pun bersuara nak suruh Luhan duduk mana.

Luhan lagi laa. Budak tu mesti blank nak buat apa.

 

“Luhan, duduk laa sini” aku cakap sambil tunjuk dekat tempat kosong sebelah aku. Aku senyum sikit.

“Yunhi, tak apa ke?” tanya someone dalam nada risau.

“Tak apa..” aku jawab. Lagipun kat sebelah aku ni je tempat kosong.

 

Luhan pun duduk sebelah aku. Dia kaku je. Aku tergelak kecil.

“Kau dah kenapa?” aku tanya. Luhan pandang aku.

“Aku .. tak tahu nak buat apa” Luhan cakap. Aku tengok sekeliling. Semua tengah busy dengan aktiviti masing-masing.

“Aku pon..” aku cakap and bersandar dekat kerusi.

 

Chen, sekarang nak buat apa?

 

Aku mengeluh and letak kepala atas meja aku.

Tiba-tiba rasa nak nangis. Aku pun menangis. Lepas tu, aku dengar dengan jelas yang budak-budak ni semua senyap. Aku nangis kuat sangat ke?

Aku angkat muka aku and tanya,

“Aku nangis ku .. at sangat ke?”

 

Semua geleng kepala. So, aku letak kepala aku balik and sambung nangis.

 

“Kau rindukan Chen ke?” tiba-tiba Luhan tanya. Aku terus pandang Luhan. Luhan tengah menongkat dagu pandang aku.

“Apa?” aku tanya. Macam tak percaya dengan apa yang aku dengar. Luhan tersenyum. Lepas tu, dia tarik tangan aku keluar kelas sampailah ke mesin air dekat kantin.

 

Dia beli air tin buah mangga.

Lepas tu dia tarik aku ke kerusi. Aku duduk and dia duduk depan aku. Luhan bukakan air tin tu and bagi aku.

“Apa ni?” aku tanya sebab Chen je yang akan buat macam ni bila aku sedih or marah.

“Chen suruh” Luhan cakap.

 

Berderau darah aku.

 


 

Aku berjalan balik rumah. Aku pandang awan yang mendung.

 

Chen, hari ni ada seorang budak baru duduk tempat kau. Nama dia Luhan. Dia buat something yang kau selalu buat dekat aku. Hmm.

Aku takutlah Chen.

 

“Yunhi!” someone panggil aku. Aku toleh belakang.

“Apa?” aku tanya. Lepas tu aku nampak  Luhan berlari-lari anak mendekati aku sambil tersenyum.

“Kau ni, petang-petang pun bengis. Macam mana nak ada pakwe kalau macam ni” Luhan cakap. Aku terkedu.

 

“Kau ni, pagi-pagi dah bengis. Macam mana nak ada pakwe kalau macam ni”

 

Aku terus teringat ayat yang Chen selalu cakap dekat aku setiap pagi.

Kenapa ayat diaorang macam sama?

 

Aku diam je. Aku tak tahu nak buat apa.

Apa yang tengah berlaku pun aku tak tahu.

 

Luhan ni siapa?

 

“Jom balik sama” Luhan cakap. Dia pun jalan. Luhan toleh kebelakang bila ku tak gerak pun.

“Yunhi, jom balik laa” Luhan cakap. Aku macam confiuse. Pelik pun ada. Aku tak pernah balik rumah dengan orang lain. Selama tujuh tahun aku balik rumah dengan Chen. Lepas Chen pergi, someone yang aku tak kenal ni nak buat benda yang sama.

 

Chen, apa semua ni? Aku tak bersedia nak gantikan kau dengan orang lain..

 

“Jom..” Luhan cakap and tolak berlakang aku. Aku pun jalan. Luhan jalan sebelah aku.

Tak lama lepas tu, Luhan tanya,

“Petang ni nak lepak dekat bawah pokok tak?”

Aku terus pandang Luhan. Luhan yang dah pun pandang aku tersenyum.

 

“Pokok apa?” aku tanya.

“Alaa, pokok yang rendang and ukur lilit batang kayu yang besar tu” Luhan jawab. Aku berhenti berjalan. Luhan pun berhenti berjalan. Dia pandang aku and tanya,

“Kenapa?”

 

Aku melangkah kebelakang beberapa tapak and tanya dengan serius,

“Kau ni siapa?”

Aku tak pernah seserius ni.

 

Luhan tergelak.

“Aku Luhan, budak baru kelas kau yang duduk dekat tempat Chen”

Pergh, bila dia jawab macam tu aku tersentak gila.

 

“Chen?” aku tanya. Macam mana dia boleh tahu? Aku tak ada cerita dekat dia pun.

“Yup, Chen. Dah tujuh tahun kauorang kawankan?”

“Kau ni siapa?!”

“Aku Luhan..” Luhan jawab dengan tenang.

“Tak, maksud aku, macam mana kau boleh kenal Chen?”

“Ouh..itu, rahsia”

 

Aku terdiam.

What that supposed to mean?

Haaaaa, dah keluar dah Bahasa Inggeris aku.

 

“Dah, jom balik” Luhan cakap.

“Kau pergilah. Aku tak nak jalan dengan kau” aku cakap.

“Jommmm..” Luhan cakap and tarik jari telunjuk aku dengan lembut. Sebiji macam yang Chen selalu buat.

 

“Lepaskan!” aku cakap. Pegangan Luhan pun terlepas.

“Tak ada siapa yang akan gantikan tempat Chen!” aku cakap. Air mata aku dah bergenang.

“Yunhi, aku..”

“PERGI!” aku bertegas.

Luhan pandang aku. Lepas tu, dia mengeluh dan berlalu pergi.

 

Air mata aku berguguran.

Tiba-tiba, hujan turun.

 

Chen, kau pun menangis dengan aku ke?

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
turquoisecyan
dah ada posterrr ! >

Comments

You must be logged in to comment
pikahbajet #1
Chapter 12: sedihnyeee..........update soon........
turquoisecyan
#2
Kalau olah bg panjang sikit pon okay ni. Muahaha.
xtikxx #3
Mengharapkan sambungan...
Nak sangat yang Yunhi sedar tu actually Luhan
parkyura98
#4
Chapter 11: happy ending!!!! omo! i really-really like it! ^o^
Haruyamaahara #5
Chapter 12: sob...sob....sedih nyerr...update soon
amisya #6
Chapter 7: Update soon
SeHuNYeHeT94
#7
Chapter 6: Mcm mane luhan banyaknya berganti ganti
SeHuNYeHeT94
#8
Chapter 5: Why luhan kena pukul ke org yg pukul luhan lelaki yg nk ke yunhi...?