Chapter 5

A Bloody White Blouse
Please log in to read the full chapter

Beberapa orang pegawai polis sedang melakukan kerja-kerja mereka disekitar kereta Hummer milik kumpulan Suho itu. Pita kuning bertulis ’Dilarang Masuk’ itu di lilitkan berhampiran kereta tersebut.

 

Dua orang pegawai polis mengeluarkan satu mayat dari kereta tersebut. Susuk tubuhnya sudah reput, dan ianya dipercayai milik lelaki. Pegawai itu memasukkan mayat tadi kedalam plastik hitam. Kemudian, mereka mengeluarkan pula mayat seorang gadis. Tubuhnya turut reput, sehingga menampakkan tengkorak.

 

Suho, Krystal, Chanhyuk sedang berbincang dengan Song Sunsaengnim tidak jauh dari situ. Melihat tubuh mayat Sulli dikeluarkan, Krystal makin mengeratkan pelukannya dengan Suho. Suho turut cuba menenangkan Krystal. Dia tahu, sekuat mana pun Krystal, dia tetap tidak boleh melihat mayat-mayat yang mati dalam keadaan mengerikan sebegitu.

 

"bagaimana ini, Song sunsaengnim... Kami sudahpun kehilangan dua orang ahli, adakah tugas kami mencari barang itu masih diteruskan?" soal Chanhyuk.

 

"semestinya. Tidak mungkin hanya kerana kamu kehilangan dua ahli, kamu sudah mahu berhenti?" ujar Song sunsaengnim dengan nada tegas.

 

"tapi sunsaengnim... Jika kami ialah mangsa seterusnya bagaimana?" soal Suho pula.

 

"apa maksud kamu ’mangsa’? Kamu fikir kawan kamu itu dimakan bintang buaskah? Ataupun kerana perbuatan hantu? Nonsense! Binatang buas jika mahu makan, dia pasti akan ngap terus. Hantu? Hantu tak wujud, lah wahai ank muridku..." kata Song Sunsaengnim seraya ketawa terbahak-bahak.

 

Krystal melepaskan pelukannya, dengan mata yang berair kesan daripada menangis sebantar tadi, dia menatap Song sunsaengnim. "jadi sunsaengnim fikir kematian Chanyeol dan Sulli ini hanyalah main-main sahaja?" soalnya dalam nada separuh menjerit.

 

"tidak. Tetapi saya berpendapat, mereka mati akibat tidak cukup oksigen. Jangan risau... siasatan akan dilanjutkan lagi... Kamu bertiga wajib selesaikan tugas kamu secepat mungkin. Ingat, hadiah pertandingan ini sangat lumayan... Oh, ya! Kereta kamu semua disitu," Song sunsaengnim menunjuk kearah satu kereta Waja. "selamat maju jaya~" Song sunsaengnim sempat melambai kearah mereka sebelum melangkah pergi dengan selamba.

 

"Isy! Geram betul dengan Song sunsaengnim tu!" Krystal yang mahu mengejar Song sunsaengnim dihalang oleh Suho.

 

"tidak usah... Kita lakukan perkara ini secepat yang mungkin. Cincai sahaja. Asalkan kita dapat pulang cepat~ Hadiah tidak penting... Yang penting, nyawa kita bertiga." bisik Suho agak perlahan kepada dua rakannya itu. 

 

 

Atas berkat peluru pistol Chanyeol yang telah ditaburkan Krystal malam tadi, kini Suho, Chanhyuk dan Krystal sudah sampai di rumah yang ditemui Krystal. Mereka hanya menatap rumah tersebut dengan emosi yang bercampur.

 

Rasa seram, kerana melihat rumah ini yang kelihatan sungguh uzur.. Rasa bingung, kerana memikirkan bagaimana hendak menyelesaikan misi.. Rasa hiba pun ada kerana teringatkan dua rakan mereka yang telah pergi meninggalkan mereka selamanya.

 

"Jja, mari kita lakukan misi ini secepat yang mungkin. Aku dah tak sanggup tinggal kat hutan ni lama-lama..," ujar Suho, risau akan keselamatan mereka bertiga.

 

"kajja," Chanhyuk memandang Suho dan Krystal sambil mengetap bibir. Sebuah pamdangan semangat diberikan.

 

Perlahan-lahan, mereka mendekati rumah usang tersebut. Suho dan Chanhyuk sedang berada dihadapan pintu, masih teragak-agak untuk membuka pintu. Manakala Krystal pula memandang sekeliling rumah itu sambil memasukkan kedua belah tangannya kedalam poket jaket yang dipakainya akibat cuaca yang agak sejuk. Entah mengapa tiba-tiba dia merasakan bagai tidak sedap hati sahaja.

 

Sedang mata Krystal melilau memerhatikan keadaan sekeliling rumah tersebut, matanya tertangkap sebuah figura gadis bepakaian serba putih sedang memerhatikan mereka bertiga. Wajah gadis itu putih mulus dan kelihatan naif, r

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Emmy_Kpopers
Thank you to all of you that subscribes this fanfic. I’m sorry, cuz I don’t have enough time to thanks to each of you at your wall..

Comments

You must be logged in to comment
Soofany_Lover #1
Chapter 5: Mesti tahon nie author-shi ambil UPSR atau PT3 kan?
Anyway, cerite nie best~
Hwaiting untuk masok SBP
ksscka #2
Chapter 5: wah...akhirnye..author-nim update jugak..it's okay..if you want to focus to your study just do it..I'ill wait for next chapter..author-nim fighting! ^^
KairaLavender
#3
Chapter 4: Daebak!! Waiting for the next update XD
hopeyaralove #4
Chapter 1: uwa..daebakyo!!
rp_pcy
#5
Chapter 3: best siott xD! tsk updte update xD
nurulizzahramanlee
#6
Chapter 2: Faster update!!!!