Chapter 1

A Bloody White Blouse
Please log in to read the full chapter

KRYSTAL'S POV

 

Aku berjalan dengan perlahan, menuju ke kelas ku. Loceng belum berbunyi lagi, jadi aku masih boleh berjalan lenggang lenggok seperti model ternama. Untung saja waktu ini tiada sesiapa yang lalu-lalang, kalau tidak.. malu aku! Yelah, pelajar dekat Highschool ni semua ingat yang aku ni tomboy. Padahal, aku sendiri tak pernah pun nak jadi macam lelaki.. Hmm.. Mungkin mereka berfikiran yang aku ni lelaki sebab gaya penampilan dan baju aku kut! Ni semua salah eomma dan appa aku. Dulu, mereka terlalu teringin mahu anak lelaki. Belum tahu lagi jantina aku, mereka sudah beli pelbagai barangan dan baju bayi lelaki. Apabila aku sudah lahir, mereka begitu kecewa sekali kerana tanggapan mereka tidak betul. Tetapi mereka tetap melayan aku seperti anak kandung sendiri. Dan, terpaksa jugalah aku memakai dan mengguna kesemua barangan yang mereka beli sewaktu dahulu. Sejak dari itu, aku lebih gemar memakai pakaian seperti lelaki. Tetapi tiada siapa yang tahu yang sebenarnya aku juga teringin memakai pakaian yang lawa-lawa seperti wanita sejati ataupun gaun kembang seperti puteri raja yang hanya tahu goyang kaki didalam Istana.

 

Sedang aku mengelamun jauh, tanpa diundang, satu sergahan menghiasi gegendang telingaku.

 

"BARGH!"

 

Aku rasakan ada sesuatu yang mendarat dibahu kiriku. Cepa-cepat aku menoleh kearah punca suara tersebut. Haish.. Dia ni lagi~ Bila lah lelaki lain yang muncul depan mata aku waktu pagi-pagi aku masuk sekolah? Hm~ Siapa lagi kalau bukan Suho, bestfriend aku dari kecil..

 

"Amboi, amboi, amboi~ Jalan lenggang-lenggok nampak! Dah macam diva dah aku tengok! Apalah agaknya tanggapan students di Seoul Highschool ni bila diaorang nampak kau jalan macam perempuan, hah,?" Suho memandang atas, berfikir mungkin.

 

"Eleh, ikut suka hati aku lah aku nak jalan gaya macam mana pun! Yang kau tu sibuk sangat apahal?" nada suara aku sewaktu ini sudah mencecah 49/50. Diakhir ayat, aku menjulingkan mataku keatas.

 

"Eh, ei~ Yang kau ni pagi-pagi lagi nak marah apahal? Biasanya kau tak macam ni... pun. Hmm.. Kau sekarang tengah angkat bendera putih,ke?" makna soalan Suho itu hanya aku yang tahu.

 

"Gila! Takdelah, aku tengah angkat bendera merah sekarang ni~" kata Krystal menyindir.

 

"Bendera merah? Apa pulak maksudnya tu,?" Suho menggaru kepalanya yang tidak gatal.

 

"Kau takyah nak ambik tahu. Lagipun, maksudnya bukannya wujud, pun.." kata Krystal selamba, kemudian dia terus berlalu pergi meninggalkan Suho yang masih terkebil-kebil disitu.

 

"Yah! Krystal! Chakkaman!!" Suho cuba mengejar Krystal apabila dia sudah tidak termenung.

 

 

 

"Okay, harini kita akan belajar tentang.... *blablabla*... Now, cikgu akan terangkan, bagaimana ianya terbentuk... *blablabla*" kata-kata Lee Sunsaengnim itu hanya masuk telinga kiriku kemudian keluar telinga kanan.

 

Aku malas nak dengar apa yang Lee Sunsaengnim itu ajar apa, kerana kalau aku dengar sekali pun, sia-sia je semua tu.. Hm~ aku ni sebenarnya memang dari dulu lagi benci Sejarah dan selalu gagal dalam matapelajaran tu.. Lainlah pula dengan bestfriend aku yang sorang ni, Suho. Dia selalu lulus dalam ujian Sejarah. Tapi.. entahla, aku pun tak faham kenapa dia tak suka Sejarah macam aku sedangkan dia selalu lulus Sejarah. Weird, right? Aku selalu tanya dia tentang hal ni, tapi dia selalu cepat-cepat nak ubah topik. Hm~

 

"Okay semua.. faham??" Soal Lee Sunsaengnim kepada kami semua. Semuanya menjawab 'faham' bersama, kecuali aku. Aku buat apa? Aku dah pergi 'belayar' dah.. Hehe, faham-faham je lah~

 

Lee Sunsaengnim memandang kami semua. Lalu, matanya tertangkap aku yang sedang lena tidur. Cepat-cepat dia pergi ke mejaku dan mengetuknya kuat, menyebabkan aku terjaga dari tidur-tidur ayam ku.

 

"Sunsaengnim.. Sunsaengnim nak apa..??" Soal aku dalam keadaan sedikit mamai. Aku menggosok mataku berkali-kali supaya dapat melihat dengan lebih jelas.

 

"Jung Krystal! Kamu ni datang sekolah nak belajar ke nak tidur!? Kalau nak tidur dekat rumah, bukan dekat sekolah!" Bentakan Lee Sunsaengnim itu hanya bagaikanangin yang berlalu dipepan ku saja waktu ini. (bagiku)

 

"Belajar, Sunsaengnim!" Jawab ku.

 

"Dah, tu.. kenapa tidur!? Dah, saya tak nak dengar apa-apa lagi, petang ni kamu jumpa saya dekat bilik disiplin. Sekarang pula, kamu berdiri dengan sebelah kaki dekat luar kelas! SEKARANG!" bentak Lee Sunsaengnim lagi. Disebabkan aku tak nak dengar dia membebel lagi, aku terus keluar kelas dan berdiri dengan sebelah kaki didepan kelas. Huh~ nasib badan~

 

 

 

Waktu rehat.. 

Semua orang mungkin sekarang sedang berada di kantin. Tapi aku tidak, aku sekarang ini sedang berada dibumbung sekolah. Tak nak lah pergi kantin, nanti kena gelak lagi macam tadi. Ini semua pasal hukuman yang Lee Sunsaengnim bagi itu lah! Murid-murid yang lalu-lalang dihadapanku semuanya mengelakkan ku, termasuk si ketot-- oppss.. maksud aku, si Suho tu. Apa yang lawak sangat sebenarnya, hah??

 

"Disini rupanya kau! Puas aku cari merata tempat." Aku toleh ke tepi, dan lihat Suho sedang duduk disebelahku. 

 

Aku mengeluh perlahan sebelum berkata, "kau nak apa cari aku? Nak gelakkan aku lagi?" Soalku menyindir.

 

"Takde.. bukan sebab tu.. lagipun, kau tahu tak kenapa diorang-- HAHAHAH!" Suho kemudiannya ketawa terbahak-bahak sampai tak ingat dunia bila dia nampak sesuatu.

 

"Hah! Tak sudah-sudah lagi kau nak gelakkan aku,?" Kataku menyindir.

 

"Bukan.. tapi.. HAHAHAH! Lawak, lah! HAHAHAH!" Suho masih tak sudah-sudah gelak macam tadi. Kali ni siap pegang perut lagi. Apa yang lawaknya?

 

"Wei,, tak lawak lah! Kau ni kenapa,?! Apa yang lawak sangatnya..?" Aku memukul peha Suho berkali-kali.

 

"Tu.. HAHAHAH!" Suho menunjukkan pipi kananku. Aku dengan cepat mengelap pipi kananku dengan tapak tangan, lalu melihatnya. Mataku membulat.

 

"Ahak! Ada air... liur... basi..!! HAHAHAH!" Suho tertawa lagi tanpa memperdulikan aku yang sedang menahan malu.

 

"Kau jahat!" Aku memukul pehanya kuat sebelum mengelap pipi kananku supaya bersih.

 

"Ei, kalau aku ni jahat.. aku tak bagitahu kau yang ada air liur basi dekat pipi kau tau! Biar sampai balik orang semua gelakkan kau.." ujar Suho.

 

"Hmm.." aku menundukkan mukaku kebawah, mahu menyembunyikan mukaku yang sedang memerah akibat malu. "Maknanya.. semua orang gelakkan aku sebab ni, lah?" Soalku.

 

"Ye.." 

 

"Hmm.. Kenapa kau tak beritahu awal-awal!? 바보!" Krystal memukul pula bahu Suho berkali-kali tanpa henti.

 

"Ouch! Yah Sakitlah!" Suho menggosok bahunya yang masih terasa sakit.

 

"Padan muka! Itu balasan kau!" Aku sempat menjelir lidah kearahnya sebelum terus pergi.

 

"Ei.. Yah! Krystal! Sampai hati kau tinggalkan aku dua kali hari ni! Yah!" semakin aku jauh pergi, semakin samar-samar kedengaran bunyi suara Suho yang sedang membebel marah. Biar ajelah dia tu..

 

END OF KRYSTAL'S POV 

 

SUHO'S POV

 

Aku menyalin semua yang ada didepan (papan hitam) di buku tulis ku. Aku melihat jam tangan gold milikku. Jam sudah menunjukkan jam 3.00 KST. Haih,, bila loceng sekolah ni nak bunyi..? Aku dah tak sabar mahu pulang ini.. 야! 바보 betullah loceng sekolah ni--

 

KRING!!

 

Hah, panjang umur kau, loceng.Aku ingat kau dah nazak tadi..

 

"baik

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Emmy_Kpopers
Thank you to all of you that subscribes this fanfic. I’m sorry, cuz I don’t have enough time to thanks to each of you at your wall..

Comments

You must be logged in to comment
Soofany_Lover #1
Chapter 5: Mesti tahon nie author-shi ambil UPSR atau PT3 kan?
Anyway, cerite nie best~
Hwaiting untuk masok SBP
ksscka #2
Chapter 5: wah...akhirnye..author-nim update jugak..it's okay..if you want to focus to your study just do it..I'ill wait for next chapter..author-nim fighting! ^^
KairaLavender
#3
Chapter 4: Daebak!! Waiting for the next update XD
hopeyaralove #4
Chapter 1: uwa..daebakyo!!
rp_pcy
#5
Chapter 3: best siott xD! tsk updte update xD
nurulizzahramanlee
#6
Chapter 2: Faster update!!!!