Chapter 20

From a lie to a love
Please Subscribe to read the full chapter

Keesokan paginya, mereka semua mengemas barang-barang yang dibawa dan bergerak keluar daripada hotel. Mereka menaiki kereta sewa untuk bergerak ke rumah peranginan yang telah siap ditempah oleh Chanyeol. Setibanya di sana mereka meletakkan bagasi mereka dan terus keluar bermain tanpa meninjau keadaan rumah tersebut. -

Mereka ketawa riang sambil bermain air di pantai. Seulgi telah pulih sepenuhnya daripada traumanya setelah dipujuk Luhan. "Jom main bola tampar!" jerit Kai. "Jom!" mereka membahagikan diri kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai tujuh ahli. Disebabkan mereka mempunyai lebihan satu ahli, maka dengan benci relanya Xiumin melangkah masuk ke gelanggang permainan sebagai pengadil. "Setiap kumpulan akan hantar empat orang wakil. Tiga orang lagi akan jadi pemain simpanan. Faham?" Xiumin menerangkan tentang EXO's style rule untuk permainan tersebut. Permainan dimulakan.-

Pelbagai aksi yang melucukan terjadi ketika game berlangsung. Xiumin merupakan salah satu mangsa apabila mukanya terkena bola beberapa kali apabila mereka membuat servis. Setelah penat bermain, masing-masing membuat hal sendiri.

Seulgi dan Luhan duduk di tepi pantai sambil menunggu matahari terbenam. "Han apa awak buat?" tanya Seulgi apabila melihat Luhan menconteng beberapa ayat menggunakan ranting di atas pasir dan kemudiannya dia tersenyum apabila melihat tulisan itu hilang terkena ombak.

"Muhasabah diri untuk jadi lebih baik," jawab Luhan. Jawapannya membuatkan Seulgi ingin melihat apa yang dicontengnya. 'Luhan Handsome,' Seulgi membulatkan matanya.

"Uwekk... Ini bukan muhasabah diri ini bangga diri," "Eh betullah. Tengok ni," tangan Luhan menconteng ayat 'Luhan hot' menggunakan ranting. "Bila ombak datang ayat ni hilang. Tak kekal. Macam tu jugak saya. Tak selamanya saya handsome. Bila-bila masa Tuhan boleh tarik,"

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
OneIsOneEXOIsOne
sila beri comment...saya perlukan tu untuk baiki cerita saya...XD...neomu neomu gumawo to my readers...=)

Comments

You must be logged in to comment
hjkyung #1
Chapter 33: "Kenapa Nami tak nak pakai seluar?" "Saja," balas Nami.
"Mak bapak dengan anak sama je. Kepala tak betul," bebel Lay. "Heol," balas Luhan. Mereka ketawa. Hahahaha yg nie lawak XD

Not bad(?) ... Sy rasa awak perlu elaborate lagi jalan cite supaya lebih menarikk

Btw sy enjoy♥♥♥

Rasanya awk form 5 tahun niee. So goodluck in SPM

Keep writingg= ̄ω ̄=
ChanBaekLu #2
Chapter 23: Cute BaekYeol!!! I ship them 4ever!
LyanaLya #3
Chapter 34: Kepala Luhan Kena Ketuk Dengan fail.. yg seulgi membebel je.. sama mcm lay. Haha xD daebak lah cerita ni . Saya suka ending dia. best sngt. *thumbs up* Buat lah sequel ~
wolves_hunter #4
wish...unnie bwtla sequel...utk nami ke...just asking..
allya_safia #5
Chapter 33: Dae to the Bak!Daebak!hahahahah nami,nami nangis tgk mata d.o yg sebesar ni O_O xD lol ahahhhahah authornim ade pekse pt3 eh tahun ni?gudluck yaaa^^
HapzOt4
#6
Sarang... Hahahahahahahahhahahahahhaahahhahahaha
tanypark2004 #7
Chapter 33: yay!!!lu nami...jjang!!!
Prince_Channy
#8
Chapter 34: nami mmg x betul...sweet..
Snooww
#9
Chapter 34: Huhu nnt rindu nk bce cite ni ....
Hahah exo dikalahkan dngr seorAng bdx?? Hamm mmg ank Luhan la kan nami?? Hehe ank n bpk same je 'kepala x btol' ayt lay ..
Ok congrat unnie..^~<