Chapter 11
From a lie to a loveMalam itu mereka mengadakan sebuah majlis untuk menyambut kepulangan Seulgi serta kedatangan Yoona dan Seohyun. Seperti biasa tiada maid di villa tersebut. "Aku ada idea tapi aku pernah tengok dalam drama je," Kai mengangkat tangan. "Idea apa?" "Jom main truth or dare. Macam dalam drama Boys Over Flower tu," jawab Kai. "Jom!" mereka menjerit.
Botol kosong yang diambil di belakang rumah dipusingkan oleh Chen menghalakan muncungnya ke arah Chanyeol. "Yeol! Truth or dare?" tanya Chen. "Dare," "Wow berani. Okey tunggu sekejap eh," Chen masuk ke biliknya dan kembali dengan sebuah kotak bersaiz sederhana di tangan. "Nah! Aku dare kau jangan buka outfit ni sampai game ni habis," "No problem. Kacang je," Chanyeol menyambut kotak itu dan berlalu ke biliknya. "Mesti ada problem punya," Chen mengekek membuatkan yang lain tidak sabar menunggu.
"CHEN!!!" jerit Chanyeol. Dia turun dengan memakai crop top pink dan shorts. Di luarnya tersarung jaket varsity hitam. Di kakinya tersarung sepasang sneakers putih yang mempunyai inner heel. Dia juga memakai cekak dengan bentuk telinga kucing berwarna merah. Muka mereka yang memandang mula kemerahan dan berkerut-kerut menahan tawa. "Kenapa? Ketawa lah," marah Chanyeol. "Puhahahahaha!!!" mereka ketawa terbahak-bahak sebaik sahaja Chanyeol menghabiskan ayatnya.
Giliran Chanyeol memusingkan botol. "Yoona! Truth or dare?" tanya Chanyeol. "Truth," "Siapa crush kau?" "Okey aku jawab. Luhan,"
Comments