Chapter 12
From a lie to a loveSelepas mereka menghabiskan game, Seulgi terus masuk tidur. EXO, Yoona dan Seohyun terus memulakan meeting. "Wei Yoona! Apa yang kau buat tadi?" marah Baekhyun. "Wo... Sabar, relax. Saya tipu jek. Sebab soalan Chanyeol macam tu saya ambil peluang. Saya dah pasti Seulgi sukakan Luhan sebab lepas saya cakap crush saya Luhan, Seulgi terus tunduk, sedih," Yoona tersengih. "Oh... Cakaplah awal-awal. Menakutkan ayat kau suka Luhan tu," Chanyeol mengetuk kepala Yoona. "Ah guys... Saya nak pergi tandas sekejap eh," Seohyun meminta izin. EXO hanya mengangguk.
Seohyun pergi ke tandas. Semasa dia menuju semula ke meeting room, dia melalui ke bilik Seulgi. Dia terdengar suara orang menangis. 'Seulgi sakit ke?' fikir Seohyun. Dia memulas tombol pintu dan melihat Seulgi duduk di atas katil sambil menangis. "Eh Seohyun, ada apa?" Seulgi cepat-cepat mengesat air matanya.
"Uh... Awak okey ke?" Seohyun bertanya. "Saya okey. Seohyun, boleh tak saya nak confess kat awak?" Seohyun mengangguk. Dia menyeluk poketnya dan membuka voice recorder di handphonenya tanpa Seulgi sedar. "Cakaplah," Seohyun memujuk.
"Saya sedih bila Yoona cakap dia suka Luhan. Saya tak tahu kenapa. Saya rindukan Luhan. Masa saya terperangkap dalam gudang, saya rasa tenang sebab Luhan ada dengan saya. Saya berdebar setiap kali Luhan senyum. Saya nampak kebaikan dia je. Seohyun, saya rasa saya cintakan Luhan," Seulgi meluahkan perasaannya. Air matanya turun lagi
Comments