Chapter 1
From a lie to a love
"Seulgi-ah! Ada surat untuk kamu dekat atas meja belajar kamu. Eomma rasa tu surat dari Karen High sebab ada logo Karen High kat surat tu," Jerit ibu Seulgi. "Hah? Karen High? Okey eomma," balas Seulgi.
Selepas lima minit...
"Eomma!!! Cuba teka. Seulgi diterima masuk ke Karen High! Akhirnya," Seulgi menjerit sambil berlari turun. Dia mendapatkan ibunya dan terus memeluknya. "Wah, maknanya impian terbesar Seulgi dah tercapai sayang! Taniah," ibunya tersenyum bangga sambil membalas pelukannya.
Seulgi meminta ayahnya pulang awal pada hari itu setelah memberitahu tentang berita gembira tersebut. Encik Choi hanya menurut. Walaupun ayahnya seorang CEO Choi Fashion tetapi selepas menerima berita daripadanya ayahnya terus meminta setiausahanya, Cik Seo membatalkan semua aktivitinya pada hari itu. Ayahnya akan membawanya sekeluarga untuk makan malam bersama bagi meraikan kejayaannya itu.
"Bila kamu akan mula belajar di Karen High?" ayahnya bertanya. "Dalam sebulan. Pihak dorang bagi masa untuk buat persediaan. Eomma esok temankan Seulgi beli uniform eh? Uniform sekolah tu kena tempah sebab uniform sekolah tu dijahit tangan," Seulgi meminta. "Boleh. Anything for my daughter," jawab ibunya. Seulgi tersenyum.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kini tinggal empat hari sahaja lagi. Ibu bapanya tiada di rumah kerana pergi ke luar negara la
Comments