007

Hopeless Bliss

 

Luhan perlahan-lahan membuka pintu yang tidak berkunci.Luhan kenal bilik ini,Sewaktu umur Luhan dalam belasan,Luhan memang menjadi penghuni yang setia didalam bilik ini.Bilik ini tidak akan dijaga atau dikunci kerana On tahu,kalau penghuni ini mahu pergi,dia tidak boleh,dia mahu pergi kemana?terjun laut?

 

Luhan melihat kearah Jiri yang berada disebelah tingkap sambil menunduk.Luhan tersenyum sendiri.Pintu ditutup perlahan-lahan.Terus Jiri berpaling kearah belakang dan senyuman terpancar pada wajah pucatnya.Terus Jiri berlari memeluk Luhan erat.Luhan yang dipeluk terus terbeliak mata namun akhirnya dia tersenyum sendiri dan mengusap kepala Jiri lembut.

 

“Saya takut sangat!saya ingat saya dah takkan jumpa awak lagi!”Jiri menghembam mukanya pada dada Luhan.Luhan tersenyum sendiri.Entah kenapa kata-kata itu membuatnya terasa hangat dan bahagia.

 

“Dah..dah..jangan nangis”

 

Jiri mengangguk.Kemudian Jiri mengerutkan wajah dan memandang Luhan dengan risau.Luhan pula keliru kenapa Jiri buat muka sebegitu.

 

“Kenapa?”Soal Luhan sambil memegang kedua-dua belah bahu Jiri.Jiri memegang bahu Luhan yang berlumuran darah.

 

“Awak…bahu awak berdarah”

 

“Berdarah?”Luhan melihat pada bahunya.Darah.Banyak kesan darah pada baju T kelabunya.Luhan menggeleng sendiri.Dia sudah lupa pada kesakitan pada fizikalnya.Apa ajalah yang difikirkannya sehingga alpa tentang kesakitan itu.

 

“Meh..saya sapu ubat”Jiri menarik lengan Luhan kearah kerusi kayu dan mengambil kotak kecemasan.Luhan hanya akur dan biarkan aja apa yang Jiri lakukan.

 

“Er…awak….awak ..boleh tak tanggalkan T?”Soal Jiri dengan wajah yang merah.Luhan tersengih dan mengangguk sekilas.Terus baju Tnya ditanggal.Buat kali pertama dia malu tidak berbaju dihadapan seorang gadis.Luhan memandang kearah lain,menyembunyikan wajahnya.

 

“Err…kesan..tembakkan?”

 

Luhan tidak menjawab.Bagaimana dia nak menjawab kalau dia tak dengar?bibir Jiri juga dia tidak baca untuk tahu apa yang dikatakan.

 

“Hmm..tahan sikit tau…”Jiri menyapu ubat bewarna kuning pada kesan cedera.Luhan mengerang kesakitan dan menarik lengannya.

 

“Arh…sakitlah…aduhhh”Luhan meniup-niup bahunya.Jiri ketawa kecil dan menekup bibirnya.

 

“Haha..kelakarlah awak ni…kan saya dah cakap…tahan sikit”Jiri menggeleng kepala.Luhan tidak tahu apa yang Jiri bebelkan seorang diri kerana dia hanya menumpu kepada wajah Jiri.

 

“Okay,sekarang saya nak balut”Jiri membalut bahu Luhan dengan penuh cermat.Seusai membalut Jiri mengambil kapas bekas darah dan membuangnya kedalam tong sampah.

 

“Awak rehat dulu,ek?awak nampak pucat sangat”Jiri memimpin tangan Luhan menuju kearah katil Single.Luhan hanya memerhatikan Jiri disebelah yang prihatin terhadapnya.Luhan tersenyum lagi.

 

“Awak tidur,ek?”

 

“Aku tak nak tidur dan jangan pergi”Luhan menarik tangan Jiri yang mahu pergi.Jiri kaku dan terkelu.Jiri memandang Luhan dengan denyutan jantung yang laju.

 

“Er…kenapa pula?”Soal Jiri.Jari-jemari Luhan yang memegang tangan Jiri diloloskan oleh Jiri satu persatu.

 

“Aku tak nak…ianya berulang sekali lagi..apabila aku celik mata..kau dah tiada sebelah”

 

 

 


 

 

 

“Auntie..sabarlah…mungkin ini semua sudah ditentukan oleh takdir”Pujuk Naeun sambil menggosok-gosok lengan Puan Kang yang menangis sepuas-puasnya.

 

“Naeun-ah…dah hampir 3 minggu!3minggu!mana anak auntie…kalau dia dah tiada pun..temukanlah mayat dia!”Puan Kang menangis tersedu-sedu.

 

“Puan Kang..sabarlah…”Ujar Taeyeon.Apa yang menyebabkan Puan Kang makin sedih sekarang adalah dia baru aja kehilangan suaminya selepas dapat mengetahui anaknya yang dikatakan lemas.Lagi perit hatinya untuk menerima semua itu.Selama ini,jika hatinya dilanda kepiluan,Jirilah yang menjadi tempat dia mengadu dan meluahkan segala yang perit dihati.Sekarang tiada.

 

“Sabar?!kamu!kamu sebagai yang paling tua!macam mana kamu jaga adik-adik kamu!?bagaimana kamu jaga anak auntie!”Jerkah Puan Kang.Satu tamparan hingga pada pipi Taeyeon.Taeyeon tidak mampu berkata-kata.Hanya mendiamkan diri walaupun seribu keperitan terbit pada hati kecilnya.Air mata yang menitis dibiarkan.Padahal,Taeyeonlah yang paling risau bagai naik gila.Naeun yang memerhati hanya tersenyum sinis dalam diam.

 

“Auntie..you need to rest..auntie balik dulu ya?biar Naeun temankan”Pujuk Naeun.Puan Kang mengangguk kepala sambil dipimpin Naeun pergi.

 

Taeyeon jatuh terduduk dan menyeka air matanya. “Jiri-ah..mana kau…akak rindu kau…betul ke kau dah pergi?kau tahu kan?kau antara junior yang aku sayang”Taeyeon menunduk dan memejamkan mata.

 

“Taeyeon…kau okay?”Soal Suho dengan kening terangkat.

 

“Suho?”Taeyeon mengangkat wajahnya.Taeyeon ditolong oleh Suho untuk bangun.Ya,Suho adalah ketua pelajar dan Suho juga adalah lelaki yang meminati Jiri.Berat baginya untuk menerima semua kenyataan tersebut.

 

“Aku okay”Taeyeon mengangguk dan menyeka air mata sambil mengukirkan senyuman pahit.

 

“Kau tahu kau tak diberi kebenaran ke sini..kenapa kau datang?”Soal Suho sambil berjalan beriringan dengan Taeyeon keluar.

 

“Apa boleh aku buat,Suho?aku rasa bersalah..aku tak jaga Jiri elok-elok…aku buat satu keluarga Kang sengsara..sampai Encik Kang meninggal sebab sakit jantung..terkejut dengar berita anak tunggalnya lemas”Taeyeon mengeluh kasar.Suho membuat mimik muka pahit.

 

“Itu semua..bukan salah kau Taeyeon”

 

“Kau pun..pasti salahkan aku,kan?sebab..kau kan..suka gila dekat Jiri..alih-alih..tahu dia lemas dan..dia sekarang pun tidak tahu dimana sekarang”Ujar Taeyeon sambil menyeka air mata.

 

“Tak…Taeyeon..walaupun aku suka dia..aku takkan salahkan orang lain tentang apa yang terjadi padanya..ini bukan salah kau Taeyeon..so,berhenti salahkan diri macam ni”Suho memeluk Taeyeon dan mengusap kepala Taeyeon lembut.Air mata yang hangat menitis laju.

 

“Hmm…”Naeun tersenyum dan menangkap gambar Suho dan Taeyeon.Kamera disimpan didalam poketnya.

 

“Senior yang rapat dengan Jiri iaitu Taeyeon,mengambil kesempatan keatas kematian Jiri..apa agaknya reaksi sekolah pada senior?heh”Naeun menjeling sekilas dan berjalan pergi.

 

 

 


 

 

 

 

Jiri mula teringat pada kedua orang tuanya.Bagaimanalah agaknya keadaan orang tuanya.Jiri memejamkan mata.Teringat pada orang tuanya dan sahabat-sahabatnya.Wajah Naeun yang menyakitkan hati muncul pada benak fikirannya.Sakitnya hati dia dipermainkan sebegitu.Jiri menyeka air mata.Luhan yang baru tersedar dari lena mengerutkan dahi melihat Jiri yang menitiskan air mata.Terus Luhan menekup pipi kiri Jiri.Terus Jiri terbeliak.

 

“Kenapa nangis ni?”Soal Luhan dan bangkit dari lenanya.Jiri juga turut bangun dan duduk bersipuh diatas katil.Jiri menggeleng kepala dan menyeka air mata.

 

“Saya..teringat pada orang tua..sahabat-sahabat saya..”Jiri menundukkan wajah.

 

“Jangan risau”Luhan mendakap Jiri dan memejamkan mata.

 

“Kita dalam perjalanan ke Korea…nanti..kau boleh jumpa orang tua dan sahabat kau”Ujar Luhan dengan tenang.Terus wajah Jiri bersinar-sinar.

 

“Betul?!wah!tak sabarnya!”Jiri menepuk-nepuk tangan gembira dan memeluk Luhan erat dengan gembira.

 

Luhan mengukirkan wajah yang sayu.Kalau Jiri pulang semula pada keluarga dan tempat asalnya,ini bermakna,Luhan tidak akan berjumpa dengan Jiri lagi.Luhan akan merindui gadis yang baru dikenalinya ini namun cukup memberi seribu makna pada dirinya.Ah,kenapa Luhan harus pentingkan diri?ini semua untuk kebahagian Jiri.

 

“Luhan..awak pun..mesti gembira,kan?”

 

“Hah?”

 

“Yelah..nanti,awak pun boleh jumpa family awak,kan?”

 

Luhan tersenyum pahit dan menggeleng kepala. “Aku berasal dari Beijing….macam yang lain..aku ni pelacur”

 

“Pelacur?lelaki pun ada pelacur ek?”Jiri terkebil-kebil.

 

Luhan mengangguk. “Yup..dan pelanggan kebiasaanya..wanita berumur 30-an yang kaya raya dan kesunyian…aku start kerja sebagai pelacur masa umur 19,sebelum tu…aku jadi pelayan dekat bar dan tarik ramai pelanggan perempuan”

 

“Uh?awak ada dekat sini masa bila?macam lama aja”

 

“Sejak kecil lagi..aku  sendiri tak ingat macam mana aku boleh ada dekat sini…dan On yang jaga aku…nampak tak tatu ros biru ni?”Soal Luhan sambil menunjukkan tatu pada bahagian pergelangan tangannya.

 

“Nampak,cantik,untuk apa?”

 

“Aku dapat tatu ni masa start jadi pelacur”

 

“Oh….saya pun ada satu…semalam saya dapat”Ujar Jiri sambil menunjukkan bahagian bawah tulang selangkanya sedikit.

 

“Hah?maknanya…kau dah official sebagai pelacur dekat sini…kalau masyarat nampak…mesti diorang pandang serong”

 

“Eh..orang lain tahu ke?”

 

“Kebanyakkan orang tahu”Ujar Luhan sambil tersenyum sinis.Jiri mengangguk kecil.Nampaknya,bila dia balik nanti,dia harus buang tatu ini.

 

Luhan merenung wajah Jiri dengan dalam.Jiri cepat-cepat mengalihkan pandangannya kearah lain.Tidak selesa dengan pandangan Luhan yang membuatkan dirinya berasa pelik.Mungkin dia sudah jatuh hati pada Luhan?walaupun dia tahu diri Luhan yang sebenar dan Luhan bukanlah seorang yang suci,dia tidak dapat menghalang suatu perasaan yang menyelubungi hati kecilnya.Umpama bilik kosong yang berkunci didalam biliknya berjaya dibuka.Jiri melihat tangan Luhan yang menggenggam tangan Jiri dengan lembut.

 

“Jiri..pandang aku”

 

Jiri memandang kearah Luhan dengan perlahan-lahan.Pipi Jiri terasa panas semacam.Luhan tersenyum apabila mata mereka bertentangan.

 

“Jiri..kau kisah tak..kalau aku..kucup kau?”Soal Luhan.

 

Jiri meneguk air liur.Malu dia dibuatnya apabila disoal Luhan sebegitu.Dia tidak tahu apa perasaaanya pada Luhan buat masa ini,namun jantungnya berdegup laju untuk Luhan,ada yang kata,jika jantung laju berdegup tanpa sebab,mungkin ini tandanya kita sudah jatuh kepada genggaman seseorang tersebut.Jiri terkaku seketika.

 

Dengan perlahan-lahan Luhan merapatkan badannya pada Jiri dan mengucup bibir Jiri yang lembap tersebut dengan mata yang terpejam.Tenggelem dalam kucupan tersebut yang memamaikannya.

 

 


 

 

 

Jiri menolak badan Luhan.Luhan tercengang seketika.Jiri mengesat bibirnya yang dibasahi oleh Luhan.Wajahnya merona merah.

 

“Er..maafkan saya…saya..tak boleh..saya rasa macam..”Jiri menundukkan kepala.Kalau dia kata Luhan buat semua itu demi memuaskan nafsu,ia mesti kedengaran seperti Jiri rela namun apabila memikirkan Luhan melakukan semua itu bukan kerana cinta,umpama mengaku dengan sendiri bahawa dia menyukai Luhan.

 

Luhan tersenyum dan mengangguk. “Okay…aku faham”Luhan membaringkan badannya diatas katil dengan berbantalkan lengannya.Jiri disebelah hanya memerhati.

 

“Bagi awak..mungkin benda ni macam tak ada apa-apa..tapi bagi saya..”Jiri mencuri-curi melihat kearah Luhan yang merenungnya dengan tajam.

 

“Jangan cakap macam tu Jiri..sebab kau seorang aja buat aku rasa lain bila aku kucup seseorang..perasaan seperti..ada arus eletrik dalam setiap sentuhan dan umpama darah aku seperti dididih panas”Bisik Luhan sendiri.Dia faham apa yang Jiri cuba sampaikan

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
Sorry Kalau ada typo,sebab tak sanggup nak re-read.

Comments

You must be logged in to comment
Ayangnyacobra #1
saya datang dari masa depan
izaniey #2
Chapter 14: Ksian jiri & luhan..citer nie best la..update soon :)
misz_dina #3
Chapter 14: Jahatlah kai tu.sampai hati dia ckp mcm tu.luhan memang baik...i like him.citer ni memang terbaik!update soon ye ^^
SehunZziYeol12
#4
Chapter 14: saya dahagakan cerita ini.. muahhaha mohon dpt update lagi ~~ hoho
atyra45
#5
Chapter 14: Thanks akak sbb update .. rindu ff nirh
UUUUUUUU #6
Chapter 14: Dah lama saya tunggu ff ni update. Cerita dia best
SeHuNYeHeT94
#7
Chapter 14: Finaly update jugak...kai kenapa kau jadi samseng...kesian jiri
Qee_Ha
#8
Chapter 14: Rindunya kat fanfic ni. Hehe
lieya_waa #9
Chapter 13: Bestnyaa , I'm new reader here . Update cepat tau , tak sabar nak baca .