011

Hopeless Bliss

 

Jiri melihat sekeliling rumah yang disewa.Kelihatan agak usang dan lama,namun buat masa ini,ianya sudah memadai dan mencukupi.Asalkan selamat sudahlah.Jiri sudah penat dengan semua ini.

 

“Sorrylah..ini aja aku mampu”Ujar Luhan dengan wajah yang agak kecewa.Dia melabuhkan punggung diatas lantai dihadapan pintu rumah sambil memandang pemandangan persekitaran.Beruntung juga tinggal disini,pagi-pagi sudah dapat lihat air laut yang biru.Burung-burung berterbangan keawan berkicauan dan dari jauh kelihatan berpuluh-puluh jenis dan saiz kapal.Ulsan.Inilah dimana Jiri dan Luhan berada sekarang.

 

“Kau rasa…selamat tak kita..tinggal dekat sini?”Soal Luhan sambil merenung tepat dua anak mata milik Jiri yang bercahaya.Cahaya yang penuh harapan kepada Luhan.

 

“Mestilah selamat!kita kena yakin tau!”Ujar Jiri dengan bersemangat.Luhan memonyokkan wajah dan menundukkan pemandangannya.

 

“Saya yakin,awak,saya takkan bekerja dengan On lagi,kita akan bebas,biarlah hidup macam ni,saya okay dan selesa daripada hidup dekat sana”

 

Luhan mengangguk kecil dengan apa yang Jiri ungkapkan.Tanpa Jiri sedari,hari makin hari dia makin berubah.Berubah kepada insan yang lebih tabah,bukan seperti Jiri yang dahulu.Kamus hidup bagi Jiri yang dahulu sudah lama tertutup dan sudah pun berhabuk.Ini Jiri baru,Jiri baru harus kuat dan tabah.Jiri bukan lagi hidup dalam kesenangan dan kemewahan.Dalam setiap perkara ada hikmahnya.Mungkin Jiri terlampau senang selama ini,mungkin sudah tiba masanya Jiri merasa kesukaran dan kepahitan hidup yang harus ditelan.

 

“Jiri,kau duduk berehat dulu,ek?”Luhan bangkit dari duduknya.

 

“Hmm?awak nak pergi mana ni?”Soal Jiri yang turun bangkit bersama Luhan dengan wajah penuh tanda soal.

 

“Kerja”Jawab Luhan ringkas.Lengan baju dikibas-kibas.Boleh tahan ‘wangi’ juga dia sekarang ini.

 

“Eh..saya pun nak pergi cari kerja juga,takkan goyang kaki aja”

 

Luhan tersenyum senget dan tergeleng kecil.

 

“Apa masalahnya?kau duduk rumah,berehat,biar aku cari kerja”

 

Jiri menggeleng kepala.Tidak mahu mengalah.Dia masih berdiri tegak bertentangan dengan Luhan.Wajahnya diseriuskan.Namun Luhan terburai ketawa.

 

“Kenapa awak ketawa?”

 

“Kelakarlah muka kau!”

 

 

 

 

-2014-

 

 

Jiri tersenyum sendiri sambil merenung cincin yang dijadikan kalung pada rantainya.Wajahnya berkerut-kerut menahan hiba.Sungguh dia merindui insan bernama Luhan tersebut.Air mata suam menitis pantas tumpah.Tumpah keatas paha Jiri.

 

“Luhan..maafkan saya….saya masih belum dapat menolong awak..”Ujar Jiri separuh berbisik.Usahanya selama ini masih belum membuahkan hasil.Namun dia tidak akan berputus asa.Takkan!dia tidak sanggup membayangkan Luhan yang terseksa.Belum terlepas dari genggaman kekejaman.Jiri menyeka pantas cecair suam tersebut dengan hujung lengan baju.

 

Jiri memakai kot bewarna putih kelabu dan mafela merah.Angin April,boleh tahan juga sejuknya.Jiri berjalan lemah keluar dari rumah dengan wajah yang pucat lesi seperti kebiasaanya.Jiri mengunci pintu dan berpaling melihat sekeliling luar rumah.

 

“Bunga…”Jiri bersuara perlahan.Senyumannya terukir nipis.Masih dia teringat dahulu.Luhan suka sangat pada bulan April kerana ianya adalah bulan kelahirannya dan juga,dia amat menggemari bunga yang berkembang mekar.Cantik.Indah.

 

Jiri berjalan menuju ke balai polis Busan.Itulah tempat yang dia pergi setiap minggu.Melaporkan tentang Luhan dan On.Namun,jawapannya masih sama. ‘Sila keluar!’Kenapa begitu?adakah polis juga berkomplot dengan On?Kenapa?kerana duit?Bukan Luhan sahaja,malah ramai lagi insan yang sama nasib seperti Jiri dan Luhan.Tidak terfikirkah mereka?anak-anak mereka dibuat sebegitu,andainya,tidak pernah terfikirkah mereka?Dimanakah sifat kemanusiannya?bukankah sebagai polis,tugasnya membantu dan melindungi masyarakat?Kerana duit mata mereka dikaburkan?ianya amat menyedihkan.

 

Mengelamun dan menyoal diri sendiri didalam perjalanan,akhirnya tiba jua.Jiri menghela nafas yang kasar sambil berdoa didalam hati agar usahanya tidak sia-sia.Dia penat.Tolonglah.Dia penat bayangkan apa yang terjadi pada Luhan.Penat.Bila bahagia dia akan kecapi bersama?Adakah penantian ini terlalu singkat?

 

“Saya nak buat laporan…”

 

“Keluar cik!kami tak nak layan”

 

“Tapi,encik kena faham..tolonglah encik…ini melibatkan masyarakat!ramai yang terseksa!”

 

“Kami tak nak dengar cik mengarut dan cari publisiti murahan disini!”Satu jerkahan yang kuat dapat didengar.

 

Jiri berpaling kebelakang,seorang lelaki berumur 40-an dengan wajah yang bengis merenung Jiri.Langsung Jiri tidak gentar.Adakah apa yang dibuatnya ini suatu kesalahan?

 

Tiba-tiba ada bunyi kecoh diluar sana.Semua pegawai polis yang berada didalam balai tersebut bergegas keluar seperti mahu menyambut seseorang diluar.Jiri hanya memerhati.

 

“Inspektor Choi,apa pendapat Inspektor mengenai kematian anak ahli korporat yang menggemparkan baru-baru ini?adakah ianya kes pembunuhan atau bunuh diri?”Soal seorang wartawan yang berkaca mata.

 

“Er..maafkan saya,saya tidak dapat mendedahkan maklumatnya lagi buat masa ini kerana ianya masih dibawah penyiasatan,saya bimbang pula kalau ada yang buat spekulasi sendiri,harap maaf”Ujar lelaki yang dimaksudkan Inspektor Choi yang berjalan masuk kedalam balai polis dengan beruniform kemas dan lengkap.

 

“Tuan,Tuan!”Beberapa lagi wartawan memanggil namun ianya tidak dihiraukan.Jiri hanya memerhati lelaki tersebut yang melintas dihadapannya.

 

“Tuan!tolong saya!”Ujar Jiri sambil memaut lengan lelaki tersebut.

 

“Hah?”Inspektor tersebut agak terkejut dengan kening yang terangkat tentang kehadiran Jiri yang secara tiba-tiba memaut lengannya.

 

“Tolong saya Tuan!sa-

 

“Tuan Inspektor,maafkan saya,budak ini cuba buat laporan palsu,budak-budak sekarang memang teruk”

 

Lelaki tersebut menanggalkan kacing pada lengan bajunya dan turut topi yang dipakai diatas kepalanya.

 

“Bawa dia keluar,buang masa sahaja”

 

Jiri terbeliak mata.

 

“Tuan!tolong saya!!!!Tuan kena tangkap On Tuan!!Tuan!”Jiri diheret dengan paksa oleh dua pegawai polis keluar dari balai.

 

“Tch..apalah budak tu..On..siapa On tu?dia main reka keapa namanya..tch…mesti nak masuk TV tu kes wartawan macam nak berkampung depan sana”Bebel seorang pegawai polis yang diawal 20-an dengan wajah sinis.

 

“Apa kamu cakap…On?”

 

“Ya Tuan,budak tu cakap On…heh..”

 

Inspektor tersebut mengerutkan kening.

 

“On….mana budak tu!”

 

“Hah?kenapa ni Tuan??”

 

“On!dia adalah mafia yang dicari sejak dulu lagi,pengedar dadah,perdagangan manusia!sejak bila budak tu nak laporkan pasal semua tu??”Soal Inspektor tersebut sambil berdiri dari kerusi.

 

“D..dua tahun lebih Tuan”

 

Inspektor tersebut menekup mulut.Terus dia berlari keluar dari balai polis sambil dikejar oleh wartawan-wartawan.

 

“Alamak!mampus aku!”Pegawai polis tersebut menghempuk dahinya.

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
Sorry Kalau ada typo,sebab tak sanggup nak re-read.

Comments

You must be logged in to comment
Ayangnyacobra #1
saya datang dari masa depan
izaniey #2
Chapter 14: Ksian jiri & luhan..citer nie best la..update soon :)
misz_dina #3
Chapter 14: Jahatlah kai tu.sampai hati dia ckp mcm tu.luhan memang baik...i like him.citer ni memang terbaik!update soon ye ^^
SehunZziYeol12
#4
Chapter 14: saya dahagakan cerita ini.. muahhaha mohon dpt update lagi ~~ hoho
atyra45
#5
Chapter 14: Thanks akak sbb update .. rindu ff nirh
UUUUUUUU #6
Chapter 14: Dah lama saya tunggu ff ni update. Cerita dia best
SeHuNYeHeT94
#7
Chapter 14: Finaly update jugak...kai kenapa kau jadi samseng...kesian jiri
Qee_Ha
#8
Chapter 14: Rindunya kat fanfic ni. Hehe
lieya_waa #9
Chapter 13: Bestnyaa , I'm new reader here . Update cepat tau , tak sabar nak baca .