002

Hopeless Bliss

 

 

Pintu bonet dibuka.Jiri hanya terkebil-kebil.Dimana dia sekarang?dimana dia akan pergi?adakah dia akan selamat?Jiri tidak mampu mengeluarkan soalan itu dari mindanya.

 

“Mana boss?”Soal lelaki yang sedang mengangkat Jiri keluar dari bonet kereta.Penuh titik peluh didahi Jiri.

 

“Tu..”Ujar lelaki yang berbadan gempal dan berkaca mata hitam.Jiri memandang sekeliling.Ada sebuah kapal yang besar dan beberapa lelaki bersut dan menakutkan disekeliling tempat.Dimanakah ini?

 

“Boss..ni dia..perempuan yang Naeun janjikan”Badan Jiri ditolak kasar keatas tanah dan menyebabkan Jiri terjatuh.Jiri tidak sanggup mengangkat wajahnya.

 

Lelaki yang berumur lebih kurang 40-an tersenyum dan mengurut dagunya.Matanya seperti menilai diri Jiri dengan kening sebelah kanan yang berparut dan senyuman yang mempunyai maksudnya yang tersendiri.

 

Dagu Jiri diangkat oleh lelaki tersebut.Wajah Jiri diperhati dengan penuh teliti.Jiri mengalih pandangan kearah lain.Tidak mahu bertentang mata.Dia takut.

 

“Pandang aku”

 

Jiri langsung tidak menghiraukannya.

 

“Aku cakap pandang aku!”

 

Jiwa Jiri bergetar.Takut dan akhirnya dia memandang lelaki tersebut dengan perasaan yang menggeletar ketakutan.Apa semua ini?apa yang akan berlaku padanya?Soalan yang tidak dapat dijawab oleh sesiapa buat masa ini,kecuali dirinya sendiri.

 

“Hmm…dia masih ..berapa umur kamu?”Soal lelaki tersebut sambil memegang bahu Jiri dan membantu Jiri untuk bangun.

 

Bibir Jiri menggeletar untuk menjawabnya.Patutkah dia menjawab soalan itu?

 

“Umur dia 17,Boss”

 

Lelaki dihadapan Jiri tersebut merenung dalam dan tajam kearah lelaki yang menjawab sebentar tadi.Giginya diketap.

 

“Ada aku tanya kau?”

 

Lelaki yang menjawab tadi menggeleng kepala dan tertunduk kesal.

 

“Aku tanya sekali lagi..berapa umur kamu??”

 

“Tu…tujuh belas…”Jawab Jiri dengan tergagap-gagap.Kepalanya digosok lembut dan tawa terburai oleh lelaki dihadapannya.

 

“Hahaha..mudanya kamu…suara kamu pun bagus dan clear”

 

Jiri menundukkan pandangannya dan mengerutkan dahi.Kenapa?

 

“Alex…pergi”Lelaki tersebut memberi sign sesuatu kepada seorang lelaki yang memegang beg bimbit.Lelaki tersebut terus menuju kearah tiga lelaki diawal tadi dan menghulurkan beg bimbit tersebut.

 

“Te..terima kasih boss!”Beg bimbit tersebut dipeluk erat dan senyuman gembira terukir pada wajah keji mereka.Jiri terkedu.Adakah dia dijual?

 

2 das tembakkan dilepaskan dan mengerjutkan Jiri.3 lelaki tadi tersentak dan berlari pergi menuju kearah kereta.

 

“Hahahaaha!”Lelaki dihadapan Jiri ketawa terbahak-bahak.

 

 

 


 

 

 

“Duduk sini!”Arah seorang lelaki bersut hitam dengan wajah yang bengis.Jiri jatuh terduduk diatas lantai.Dia sekarang berada didalam kapal yang dilihatnya tadi.Jiri melihat sekeliling.Kebanyakkannya ialah gadis-gadis yang hampir sebaya dengannya.Bunyi tangisan bayi yang menyayat hati Jiri.Bau arak dan asap rokok.Jiri memeluk lututnya erat.Dia ketakutan.

 

“Oi”Jiri berpaling kearah sebelah dimana seorang gadis berambut hitam dengan celak yang tebal menegurnya.Wajahnya kurus dan tidak bermaya.Asap rokok keluar dari mulutnya membuat Jiri terbatuk-batuk.

 

“Kau..budak baru..kan??”Dia ketawa dan mengesat-ngesat hidungnya.Dirinya kelihatan seperti penagih dadah.Jiri menjauhkan sedikit dirinya dari gadis tersebut.Jiri melihat keatas.Beberapa lelaki memegang senapang memerhatikan mereka.Jiri takut.Dia rindu mama dan papanya.Jiri mengesat air mata yang dari tadi ditahan pada tubir mata.

 

Bahu kanan Jiri dicuit beberapa kali.Jiri berpaling kearahnya dan kelihatan seorang perempuan berumur dalam 20-an merenung Jiri.Wajahnya kelihatan elegan dan matang.Dia mengukirkan senyuman senget kepada Jiri.Mungkin dia tahu Jiri dalam ketakutan,begitu juga dengan dirinya sewaktu mula-mula tiba dikapal ini.

 

“Hi..aku..Gain..nama kau?”Soalnya sambil menghulurkan tangan untuk berjabat tangan.Jiri was-was untuk menyahut perjabatan tersebut.

 

“J..Jiri”

 

Gain tersenyum dan menongkat dagu.

 

“Makanlah…selepas ni..dah tak boleh makan..nanti lapar..tiada sesiapa akan layan kau..percayalah”Jelas Gain sambil menghulurkan roti kosong kepada Jiri.Air mata mengalir pantas.Kenapa Jiri berasa lemah?Air mata tidak mampu ditahannya.Dia berasa dirinya dilayan begitu berbeza.

 

“Tak..saya..tak ada selera..”Jiri menundukkan pandangannya.Roti yang dihulur Gain,langsung tidak dipandang.Dia mahu pulang.Kalau dia pulang,dia takkan sebut pun pasal Naeun,dia takkan beritahu yang Naeun buat semua ini pada dia asalkan dia boleh pulang semula.

 

“Hmmm..ikut sukalah..kalau lapar nanti..buat senyap ajalah,ya?”

 

Jiri mengangguk kepalanya.

 

“Tapi..dimana kita semua nak dibawa pergi ni??”Soal Jiri sambil merenung dalam mata Gain.

 

“Thailand”Ujarnya ringkas.Dia menghembus nafas kasar.

 

“Apa kita nak buat dekat sana?”Kening Jiri terangkat.Passpord tak ada,bagaimana mahu ke Thailand?

 

“Buat apa lagi..kita akan dijual disana..itu pun kalau yalah..kau sedar tak ini apa??”Soal Gain dengan kening bertaut.

 

Jiri menggeleng kepala.Bibir dibahagian bawahnya digigit.

 

“Perdagangan manusia…kau pernah dengarkan?bodohlah kalau tak pernah dengar..sekali kau terlibat dalam hal ni..peluang untuk keluar tipis…kau..macam mana boleh masuk sini?hutang?ditipu?”Soal Gain bertubi-tubi.

 

“Hmm….kawan…”

 

“Tikam belakang?well..itu perkara biasa disini..bagi aku..bapak tiri aku…dia perkosa aku dan hantar aku kesini…hidup tak indah,babe”Gain tersenyum senget.Entah kenapa dia tersenyum walhal hatinya hancur seribu.Mungkin dia sudah muak dengan semua ini.

 

“Aku rasa..kau mesti laku…kau nampak cantik..muda…kulit kau pun cantik..kau ni..orang kaya ke?”

 

Jiri hanya diam mendengar soalan dari Gain.Dia merasa terlalu lemah.Jiri hanya memeluk lututnya dan memandang disekeliling.Adakah seluruh hidupnya akan dihabiskan disini?

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
Sorry Kalau ada typo,sebab tak sanggup nak re-read.

Comments

You must be logged in to comment
Ayangnyacobra #1
saya datang dari masa depan
izaniey #2
Chapter 14: Ksian jiri & luhan..citer nie best la..update soon :)
misz_dina #3
Chapter 14: Jahatlah kai tu.sampai hati dia ckp mcm tu.luhan memang baik...i like him.citer ni memang terbaik!update soon ye ^^
SehunZziYeol12
#4
Chapter 14: saya dahagakan cerita ini.. muahhaha mohon dpt update lagi ~~ hoho
atyra45
#5
Chapter 14: Thanks akak sbb update .. rindu ff nirh
UUUUUUUU #6
Chapter 14: Dah lama saya tunggu ff ni update. Cerita dia best
SeHuNYeHeT94
#7
Chapter 14: Finaly update jugak...kai kenapa kau jadi samseng...kesian jiri
Qee_Ha
#8
Chapter 14: Rindunya kat fanfic ni. Hehe
lieya_waa #9
Chapter 13: Bestnyaa , I'm new reader here . Update cepat tau , tak sabar nak baca .