09
Don't Fall For That Psycho
Sumin menolak Jin dengan kasar.Dia mencerlung matanya dengan riak wajah yang terkejut.Jin baru sahaja mengucupnya?Sumin meneguk air liur.Wajahnya pucat lesi kerana terlalu terkejut.
“Ma….
“Apa??apa??”
Jin mengeluh kasar dan mengalihkan pandangan kearah lain. “Maafkan aku…aku…
Belum sempat Jin memberikan penjelasan kepada Sumin,dia terus berlari pergi meninggalkan Jin disitu.Jin mengeluh kasar dan berasa hampa.Sampai bila dia nak simpan perasaan ini yang telah berputik sejak zaman kanak-kanaknya?Dia cuba membuang perasaan ini,Cuma ia semakin menjadi kuat dan semakin kuat.
“Aku…Cuma nak cakap aku suka kau…”Jin meraup wajahnya. “Dan aku tak minta kau balas balik…aku Cuma nak kau tahu”
Taehyung yang melintasi Jin mendengar apa yang Jin katakan dengan suara yang perlahan.Dengan nada yang kesal,Taehyung tersenyum senget dan berjalan pergi.
“Senior..maafkan saya lewat sikit tadi…sampai suruh Jin panggil..malu pula”
Suga mengerutkan dahi dan berhenti memusing-musingkan pen pada jarinya. “Huh?”
“Apa??”Soal Sumin sambil menyedut Americano.
“Apa Sumin cakap tadi??”Suga menaikkan keningnya.
“Senior..maafkan saya lewat tadi..sampai suruh Jin panggil..malu pula”Ulang Sumin sekali lagi dengan mengerlip-ngerlipkan matanya.
“Hah??”
“Apa Senior ni…tak cukup jelas keapa?nak Sumin ul…
“Tak..eh..mana ada saya suruh Jin panggillah…”
Sumin pula yang menaikkan kening kehairanan.Habis,mana Jin tahu dia kena jumpa Senior Suga dan ada ditempat tadi? “Err…ek?”
“Yalah..”Suga menggeleng-geleng kepala.
“Perlu ke aku beritahu yang Jin suka gila dekat dia??”Suga berbisik didalam hati.Dia menggeleng kepala.Tak perlulah,dah ini permintaan sahabatnya sejak sekolah rendah,takkan nak pecahkan.Rahsia besar si Jin sejak dari dahulu.
“Hmm..tunjuklah dekat saya lukisan yang awak dah lukis..lecturer dah beri amanah pada saya…kalau lukisan awak ada kekurangan…saya kena tolongkan…inilah gunanya dapat senior yang handsome dan jujur macam saya”Suga tersengih,niat untuk bergurau,tidak sedar pula ada mata yang memandang.
“Nah…hebat tak??kalau kasi bintang..dapat berapa,ek?”Sumin menghulurkan lukisan tersebut kepada Suga yang sudah teruja.Dia memang peminat tegar horror.Semua cerita horror dia sapu.Tapi ada satu cerita yang dia baca tak sampai habis sirinya.Iaitu In The Dark Side.
Suga melihat lukisan tersebut.Matanya perlahan-lahan terbuka luas.Nadinya berdegup laju.Peluh sejuk mula menitis didahinya.
“S…Sumin…awak ke yang lukis ni???”
Sumin mengangguk dan tersenyum bangga. “Yalah,hebatkan??macam hidup aja lukisan ni..bukan nak puji diri sendiri..tapi memang suatu kenyataan”
Suga meneguk air liur. “M..memang nampak hidup dan real..tapi..terlampau..” Suga meneguk air melihat gambar tersebut yang tiba-tiba tersenyum sinis dan anak matanya bergerak merenungnya.Dapat dirasa bulu romanya berdiri tegak.
“Perempuan ni…bukan yang jadi cover novel seram In The Dark Side ke??”Suga berbisik didalam hati.
Comments