05

Don't Fall For That Psycho

“Sayang…mana You nak bawa I pergi ni?”Soal Jinyu sambil menyandar kepalanya pada bahu Jungkook didalam kereta.Hari pun sudah makin lewat dan matahari mula menghilang dari pandangan mata.Jinyu puas,dari tadi,belum sampai-sampai kedestinasi yang Jungkook mahu bawanya pergi.

 

“Sabarlah…You mesti teruja”Jungkook tersenyum senget dan merenung Jinyu disebelah tajam.

 

“Sabarlah…aku akan buat kau takkan menjadi sabar lagi didalam dunia ini..sebab kau akan lenyap..dah tiada erti sabar bagi kau”Jungkook berbisik sendiri.

 

Jinyu menguap dan menenyeh matanya.Dia meraba beg tangannya dan mengeluarkan beg mekapnya yang bewarna pink.Cermin bersaiz sebesar tapak tangan dikeluarkan.Dia meneliti wajahnya yang bersih dan cantik itu.Dia mencalit lipstick bewarna oren pada bibir munggilnya.

 

Krekk!

 

Jungkook membrekkan kereta dengan secara tiba-tiba membuatkan lipstick ditangan Jinyu jatuh kebawah. “Sayang!kenapa you brek mengejut macam tu?habis comot bibir I tau”Jinyu mencebik bibir.

 

“Sorry sayang..ada anjing melintas tadi..alah..You comot pun still comel”Ujar Jungkook lalu mengesat kesan lipstick yang terkena pada hujung bibir Jinyu.

 

“Really??”Jinyu tersenyum bangga dan melihat wajahnya pada cermin.Tiba-tiba matanya terbeliak melihat wajah seorang wanita yang pucat berada ditempat belakang kereta melalui pantulan cermin yang dipegangnya.Terus cermin tersebut dilepaskan dan jeritan yang kuat dari Jinyu dapat didengar oleh Jungkook.Dengan serta merta Jungkook memeluk erat Jinyu.

 

“You okay?kenapa ni?”Soal Jungkook sambil memeluk Jinyu dan menggosok belakang kepala gadis tersebut.Jinyu tergetar-getar.Dia perlahan-lahan mengangkat wajahnya dan merenung wajah Jungkook yang kelihatan risau mengenai keadaannya.

 

Jinyu menoleh kearah tempat duduk belakang lagi.Wanita tersebut masih ada.Terus Jinyu menjerit sekuat hati dan memeluk Jungkook dengan lebih erat seakan-akan tidak mahu melepaskan dakapannya.

 

“Kenapa ni?cuba beritahu I”Jungkook mengerutkan dahi dan dia tersenyum sinis.

 

“You..cu..cuba You tengok tempat duduk belakang…a..ada!ada hantu!”

 

Jungkook menoleh ketempat duduk belakang.Dia melihat wanita yang berwajah pucat tersenyum nipis kepadanya,lantas Jungkook membalas senyuman kepada wanita tersebut.

 

“Mana ada apa-apalah..apa you ni..you demam ke?”Jungkook menyentuh dahi Jinyu yang sudah berpeluh sejuk.Jinyu mengangkat wajahnya dan melihat sekali lagi tempat duduk belakang.Dah tiada?

 

 

 


 

 

 

 

Jin berjalan menuju kearah balkoni sambil memegang dua biji mug yang berisi air coklat panas satu dan kopi panas satu.Dia tersenyum melihat air coklat panas tersebut.Memang dia tahu,itu kegemaran Sumin sejak kecil.

 

“Sumin”

 

Sumin pantas menoleh kearah suara Jin yang memanggilnya.Sumin mengukirkan senyuman yang nipis dan melambai-lambai tangan. “Hei,wah!kau buatkan aku coklat panas?”Terus naik kening Sumin.Jin mengangguk kecil dan berdehem kecil,mug berisi coklat panas tersebut dihulur kepada Sumin.

 

“Kau kenapa hari ni?stress sangat ke?Lecturer hentam kau ke?ada budak kelas aku cakap kau nangis-nangis masuk toilet..apa cerita?”Jin menghirup kopi panas berhati-hati sambil matanya melirik kearah Sumin yang meneguk coklat panas dengan rakus.Seolah-olah air tersebut tidak panas.

 

“Budak kelas aku cakap ke..kau pasang spy?”Sumin berpaling melihat Jin dan menongkat dagu.Menilik wajah milik Jin yang bersih dan kacak tersebut.

 

“Ehem!jangan renung aku macam tulah!jawab soalan aku dulu sebelum tanya soalan pada aku!”Jin menunjal dahi Sumin dan menggeleng kepala.

 

“Bukan stress sangat..Cuma kecewa..itu aja…kenapa kau sibuk?”Sumin menggeleng kepala.Dalam rumah ini tiada sesiapa pernah bertanya hal dirinya,kecuali mamat disebelah dia ini.Jin,sejak kecil sehingga sekarang.

 

“Aku sibuk..sebab aku ni..macam adik beradik kandung kau sendiri..aku dah kenal kau lama tau!..hah..kecewa?pasal apa?jangan cakap pasal lelakilah!”Jin mendengus kasar dan melihat kearah bulan yang bersinar terang.Matanya sekali lagi mencuri-curi memandang gadis bernama Sumin itu.

 

“Kalau..lelaki…kenapa?”Sumin memeluk tubuhnya dan menghadapkan badannya pada Jin.

 

Jin mencebik bibir dan pandangan matanya jatuh pada Sumin. “Aku tak suka…lelaki bukan semuanya baik tau…lelaki yang kau boleh percaya..ni..hanya aku..okey?”

 

“Tch..kenapa bukan papa?”

 

“Papa tak boleh dipercaya juga..aku seorang aja..ingat!kalau kau tak letak benda apa yang aku cakapkan ini dalam kepala…kau akan menyesal tau..menyesal..dan kau akan menangis bila kau sedar apa yang aku cakapkan ini betul”Jin menghembus nafas kasar dan berlalu pergi.Dia mengetap gigi geram.

 

“Eii mamat ni…”Sumin menggigit bibir geram.Dia hanya meneguk air coklat dan merenung kearah langit yang gelap.

 

Jin melihat kearah jam.Dah agak lewat.Baik dia suruh Sumin masuk sekarang.Tak elok sangat duduk dekat balkoni malam-malam.Saat dia berpaling kebelakang,dia kaku.Matanya tidak berkelip melihat seorang wanita berambut panjang tersenyum disebelah Sumin,membuatkan Jin seriau.Wanita tersebut perlahan-lahan merenung Jin dengan mata hitamnya yang bewarna kelabu.

 

“Sumin!”

 

“Apa?”Sumin berpaling kebelakang dan bercekak pinggang.Wanita tadi terus lesap dari pandangan Jin.

 

“Masuk!”

 

“Why??nak ambil udara sejuk ni!”Sumin mengetap gigi.Nak duduk dekat balkoni pun kena jerkah?.

 

“Aku cakap masuk!”Jin menarik tangan Sumin kasar sementara wanita berambut panjang tadi yang berada diatas siling dibalkoni merenung mereka berdua dengan tersenyum.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ashikin29 #1
Chapter 12: Alamak ! Kenapa lah saya baca komen rinKyung ?! Saya jadi takut lah pulak ! Ahhhhh pleaz save me from my nightmare !! Tapi boleh tk kalau authornim update lagi ? Authornim cakap yang authornim akan dapat nightmare kalau tidur sorang , jadi kenapa authornim tak update then try sleep with ur mom n see if the nightmare came or not IF thr nightmare datang lagi saya suggestkan authornim padam or hiatus this story ?

Ugh ! What did i say ?! Nevermind , Now authornim fikirkan ye ^_^
I really luv this story , Too ing much !
imraen_
#2
Chapter 12: awak nak stop update cita nie ke ? kalau awak rasa berhenti update cite nie buat awak tak di ganggu lagi. teruskan lahh, sebb org ckp . kalau kita asyik citaa or imagine bendaa-2 tu , kemungkinan dia memg akan ada. sebbb umpama kita seru dia dtg. sokayy , :)
imraen_
#3
Chapter 2: Best cite author . ayat mcm novel . dramatik . tak sabar nak bace seterusnyaa xD
Jaejeen
#4
Chapter 12: Tak apa. Mainan mimpi sahaja.
Adalah yang hendak bergurau dgn awak tu. As long as awak tak fikir sgt pasal tu, then it's okay and jgnlah berseorang diri kt mana-mana ye? Because saya pernah megalami situasi sama mcm awak, dan sumpah memang sangat-sangat scary bila duduk sorang-sorang tak kira lah kat mana sekali pun. Dalam 2-3 bulan macamtu dah tak jadi lagi. So hati-hati! Make sure yg awak selamat dari apa2 bencana. Fikir benda positif, tau :)
Kalau dah okay, update lah ye? Saya dah terpikat dgn cerita ni! Fighting awak~!
twiklelittlestar
#5
Chapter 12: huh?Jinjja?Macam mana boleh macam tu? huhu..saya suka tau baca cerita ni..menarik and DAEBAK!tapi why must berhenti update ?hermm..mimpi tu datang mungkin sebab author banyak sangat fikir untuk cerita ni..and satu doalan untuk author..author dapat idea ni dari mana?so curious..mana tau ada kaitan..
93Hanafayana #6
Chapter 12: Mow?jinjja?aaalllllaaaaa.....ok la
Izzati_2jin_wifey
#7
Chapter 12: mwo? jinjja? :(
hmm takpelah :D
hope awak ok balik nnti
balqis_sehun
#8
Chapter 11: Mwo? Waaa!! Kesian kat tae tae ngan joongkook T.T
Aisyatul
#9
Chapter 11: Ahhh... So the real psycho is jimin ! Taetae n kookie cuma jd mangsa jgk !! Aishhh... Jiminie ni jahat betul !