06

Don't Fall For That Psycho

Jungkook menghirup kopi panas yang berasap sambil matanya ralit membaca surat akhbar.Pandangan matanya jatuh kearah hadapan.Dia tersenyum sinis dan ketawa kecil.Ketawa melihat Jinyu yang mengetuk-ngetuk cermin kaca beberapa kali.

 

Pok!pok!pok!

 

Jungkook hanya memerhati Jinyu yang berada didalam bekas kaca yang terisi air yang penuh.Tiada peluang untuk menghirup oksigen.Jinyu mengetuk cermin kaca tersebut beberapa kali dan menjerit-jerit nama Jungkook didalam hati.Sungguh dia tidak sangka Jungkook sanggup lakukan semua ini pada dia.Kini matanya melihat seorang wanita yang berdiri disebelah Jungkook tersenyum.Jungkook berpaling kebelakang dan menggenggam tangan wanita tersebut.Wanita tersebut berpaling melihat Jungkook sekilas dan kemudian merenung Jinyu dengan tajam.Tiba-tiba wajah wanita tersebut berubah menjadi menakutkan dengan darah berlumuran.

 

“Arghhhhhhhhhhhhhhhh!!”

 

Jinyu berteriak didalam air.Akhirnya dia tidak boleh bertahan lagi.Matanya perlahan-lahan terpejam dengan mulut terbuka luas dengan buih yang keluar.Jungkook berdiri dari kerusi dan menanggalkan jaket hitamnya.

 

 

 

 


 

 

 

Sumin bergegas menuju kearah kumpulan pelajar-pelajar perempuan yang menangis-nangis.Lebih tepat,kawan-kawan Jinyu.Apa yang terjadi?Sumin terus menuju kearah salah seorang dari mereka yang berambut paras bahu memakai dress mini bewarna merah.

 

“Eh..Sojin..kenapa ni?”Soal Sumin dengan mengerutkan dahi.Sojin mengangkat wajahnya dan memeluk Sumin dengan erat.

 

“Sumin-ah…”Sojin masih menangis teresak-esak.Sumin menepuk-nepuk belakang Sojin.Cuba menenangkan gadis tersebut.

 

“Jinyu…dia dah tiada”

 

Sumin kaku.Sumin memandang kearah Sojin dalam.Dia salah dengarkah?baru semalam dia nampak Jinyu bahagia keluar dengan teman lelakinya.

 

“Dah ti..tiada?sebab apa?”Soal Sumin dengan mengerutkan wajah.

 

“Dia..dia lemas”

 

“Wait…semalam bukan dia keluar dengan teman lelaki dia ke?”

 

“Ye….diorang nak berkelah dekat tasik 3 hari sebab Jinyu cuti minggu ni…tak sangka pula…macam ni…”Sojin masih teresak-esak.

 

“Teman lelaki dia macam mana?dia nampak Jinyu lemas??”

 

“Ye…asalnya…dia cakap Jinyu buat-buat lemas..tak sangka pula lepas tu lemas betul-betul…”

 

Sumin kaku.Dia memeluk erat Sojin yang masih menangis.Tidak sangka,perkara ini berlaku.Walaupun Sumin tidak berapa suka dengan Jinyu,dia masih bersimpati dengan nasib Jinyu.Tiba-tiba Sumin merasakan dia diperhatikan.Terus dia berpaling kebelakang.Dia lihat seorang wanita berwajah pucat sedang memandangnya disebalik pokok ceri yang besar.Wanita tersebut memakai pakaian serba hitam.Sumin menenyeh matanya sekali lagi.Wanita tersebut lesap dari pandangan Sumin.Mana dia pergi?

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ashikin29 #1
Chapter 12: Alamak ! Kenapa lah saya baca komen rinKyung ?! Saya jadi takut lah pulak ! Ahhhhh pleaz save me from my nightmare !! Tapi boleh tk kalau authornim update lagi ? Authornim cakap yang authornim akan dapat nightmare kalau tidur sorang , jadi kenapa authornim tak update then try sleep with ur mom n see if the nightmare came or not IF thr nightmare datang lagi saya suggestkan authornim padam or hiatus this story ?

Ugh ! What did i say ?! Nevermind , Now authornim fikirkan ye ^_^
I really luv this story , Too ing much !
imraen_
#2
Chapter 12: awak nak stop update cita nie ke ? kalau awak rasa berhenti update cite nie buat awak tak di ganggu lagi. teruskan lahh, sebb org ckp . kalau kita asyik citaa or imagine bendaa-2 tu , kemungkinan dia memg akan ada. sebbb umpama kita seru dia dtg. sokayy , :)
imraen_
#3
Chapter 2: Best cite author . ayat mcm novel . dramatik . tak sabar nak bace seterusnyaa xD
Jaejeen
#4
Chapter 12: Tak apa. Mainan mimpi sahaja.
Adalah yang hendak bergurau dgn awak tu. As long as awak tak fikir sgt pasal tu, then it's okay and jgnlah berseorang diri kt mana-mana ye? Because saya pernah megalami situasi sama mcm awak, dan sumpah memang sangat-sangat scary bila duduk sorang-sorang tak kira lah kat mana sekali pun. Dalam 2-3 bulan macamtu dah tak jadi lagi. So hati-hati! Make sure yg awak selamat dari apa2 bencana. Fikir benda positif, tau :)
Kalau dah okay, update lah ye? Saya dah terpikat dgn cerita ni! Fighting awak~!
twiklelittlestar
#5
Chapter 12: huh?Jinjja?Macam mana boleh macam tu? huhu..saya suka tau baca cerita ni..menarik and DAEBAK!tapi why must berhenti update ?hermm..mimpi tu datang mungkin sebab author banyak sangat fikir untuk cerita ni..and satu doalan untuk author..author dapat idea ni dari mana?so curious..mana tau ada kaitan..
93Hanafayana #6
Chapter 12: Mow?jinjja?aaalllllaaaaa.....ok la
Izzati_2jin_wifey
#7
Chapter 12: mwo? jinjja? :(
hmm takpelah :D
hope awak ok balik nnti
balqis_sehun
#8
Chapter 11: Mwo? Waaa!! Kesian kat tae tae ngan joongkook T.T
Aisyatul
#9
Chapter 11: Ahhh... So the real psycho is jimin ! Taetae n kookie cuma jd mangsa jgk !! Aishhh... Jiminie ni jahat betul !