02

Don't Fall For That Psycho

Jungkook mengambil cincin tersebut lalu diperhatikannya dengan penuh perhatian sambil tersenyum.Dia melihat pula cincin pada jari manisnya kemudian dilucutkan dari jari.Sesiapa yang jatuh hati padanya dan bercinta dengannya,cincin ini akan disarungkan pada jari.Kemudian dia akan dibunuh.Jungkook menyimpan cincin tersebut didalam poket jaketnya dan membuka pintu kereta.

 

Tiba-tiba hujan menitik diatas tapak tangan Jungkook.Hujan pula malam ini.Jungkook memandang langit yang gelap.Entah kenapa setiap kali dia membunuh gadis yang bercinta dengannya,hujan akan mulai turun.Jungkook terus bergegas masuk kedalam kedai runcit yang agak suram tersebut dengan lampu yang malap.Yalah,disini ialah kawasan kampung yang tidak pesat maju seperti Bandar.

 

“Cari apa,dik?”Soal lelaki berusia dalam lingkungan 50-an yang berambut putih dengan senyuman yang tidak lekang pada bibir.Jungkook juga membalas senyuman lelaki tersebut.

 

Jungkook seolah-olah tidak mempedulikan soalan lelaki tersebut.Dia hanya menuju kearah rak air mineral dan mengambil satu botol lalu dia berjalan lemah kearah kaunter.Dia meraba-raba poket belakang seluarnya dan mengambil dompet kulit yang bewarna hitam.

 

“RM2.00”Ujar lelaki tersebut sambil memasukkan botol air mineral tersebut kedalam plastik bewarna putih.

 

“Tak payah letak dalam plastik uncle…untuk keselamatan bumi”Ujar Jungkook sambil tersenyum.Seorang gadis yang sedang menilik roti dirak sebelah berpaling memandang kearah Jungkook yang sedang membuat pembayaran dikaunter apabila mendengar apa yang Jungkook katakan.Gadis tersebut tersenyum sendiri,mengkagumi sifat mulia Jungkook tersebut.

 

Lelaki pemilik kedai runcit tersebut tersengih dan mengangguk-angguk kepalanya.Matanya terpandang kearah pinggang Jungkook.Matanya sedikit membulat.Terkejut melihat beberapa tompokkan darah pada baju T nya itu.

 

“Ke..kenapa ada tompokkan darah pada baju kamu?”

 

Jungkook menaikkan kening.Berlagak tenang dan memandang baju T nya dan tersenyum menggeleng kepala. “Darah ikan,uncle..saya baru balik dari memancing….”Jungkook terus mengambil botol mineral tersebut dan beredar pergi.

 

Gadis tadi seolah-olah terpukau memandang Jungkook.Matanya ralit memandang Jungkook yang beredar pergi dari kedai runcit tersebut.Lelaki disebelahnya mencuit bahu gadis tersebut.

 

“Apa kau tengok tu?mamat tadi ke?”Soal Jin dengan mengerutkan kening sehingga bertaut.

 

“A’ah..kenapa..salah ke?”Sumin mencebik bibir.Pantas dia memasukkan roti kedalam bakul dan menuju kearah snek.

 

“Salahlah..lelaki macam tu pun kau suka…tak ada taste ke?”Jin menjulingkan matanya keatas.Meluat.Mungkin perasaan cemburu mulai menakluki hati kecilnya itu.

 

“Dia nampak comellah…dahlah…spesis menjaga bumi..bukan senang tau nak cari orang macam tu”Sumin seolah-olah bangga dengan sifat lelaki yang baru dilihatnya tadi.Jin mengeluh kasar.

 

“Kalau betul sangat menjaga bumi..kenapa tak minum air sungai aja?”

 

“Apa kaitannya dengan air sungai?”Sumin menjongketkan kening.

 

“Lebih mesra?”

 

“Mengarutlah kau ni…hahaha”Sumin tergeleng-geleng kepala sementara Jin menahan dari tersenyum apabila melihat tawa gadis tersebut.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ashikin29 #1
Chapter 12: Alamak ! Kenapa lah saya baca komen rinKyung ?! Saya jadi takut lah pulak ! Ahhhhh pleaz save me from my nightmare !! Tapi boleh tk kalau authornim update lagi ? Authornim cakap yang authornim akan dapat nightmare kalau tidur sorang , jadi kenapa authornim tak update then try sleep with ur mom n see if the nightmare came or not IF thr nightmare datang lagi saya suggestkan authornim padam or hiatus this story ?

Ugh ! What did i say ?! Nevermind , Now authornim fikirkan ye ^_^
I really luv this story , Too ing much !
imraen_
#2
Chapter 12: awak nak stop update cita nie ke ? kalau awak rasa berhenti update cite nie buat awak tak di ganggu lagi. teruskan lahh, sebb org ckp . kalau kita asyik citaa or imagine bendaa-2 tu , kemungkinan dia memg akan ada. sebbb umpama kita seru dia dtg. sokayy , :)
imraen_
#3
Chapter 2: Best cite author . ayat mcm novel . dramatik . tak sabar nak bace seterusnyaa xD
Jaejeen
#4
Chapter 12: Tak apa. Mainan mimpi sahaja.
Adalah yang hendak bergurau dgn awak tu. As long as awak tak fikir sgt pasal tu, then it's okay and jgnlah berseorang diri kt mana-mana ye? Because saya pernah megalami situasi sama mcm awak, dan sumpah memang sangat-sangat scary bila duduk sorang-sorang tak kira lah kat mana sekali pun. Dalam 2-3 bulan macamtu dah tak jadi lagi. So hati-hati! Make sure yg awak selamat dari apa2 bencana. Fikir benda positif, tau :)
Kalau dah okay, update lah ye? Saya dah terpikat dgn cerita ni! Fighting awak~!
twiklelittlestar
#5
Chapter 12: huh?Jinjja?Macam mana boleh macam tu? huhu..saya suka tau baca cerita ni..menarik and DAEBAK!tapi why must berhenti update ?hermm..mimpi tu datang mungkin sebab author banyak sangat fikir untuk cerita ni..and satu doalan untuk author..author dapat idea ni dari mana?so curious..mana tau ada kaitan..
93Hanafayana #6
Chapter 12: Mow?jinjja?aaalllllaaaaa.....ok la
Izzati_2jin_wifey
#7
Chapter 12: mwo? jinjja? :(
hmm takpelah :D
hope awak ok balik nnti
balqis_sehun
#8
Chapter 11: Mwo? Waaa!! Kesian kat tae tae ngan joongkook T.T
Aisyatul
#9
Chapter 11: Ahhh... So the real psycho is jimin ! Taetae n kookie cuma jd mangsa jgk !! Aishhh... Jiminie ni jahat betul !