Luka Berdarah Kembali

Masih Mencintaimu (Malay)

Himchan mencari-cari sekeping surat yang diterimanya pagi tadi. Bila dia cuba mengingatnya kembali, dia telah meletakkan surat itu di atas meja sebelum dia pergi ke dapur untuk bersarapan.

“Siapa yang ambil surat itu? Takkan aku simpan dalam laci?” dia menggerutu lalu menyelongkar laci-lacinya.

Himchan ternampak sebuah kotak hitam yang kecil di celah-celah beberapa fail. Dia dapat mengagak bahawa kotak itu milik rakan sebiliknya, Yongguk, kerana dia tidak pernah melihatnya sebelum ini.

“Patut tak aku melihat apa yang berada dalam kotak ini? Tapi, jikalau Yongguk tahu, pasti dia marah,” bisik hati kecilnya.

Dengan penuh hati-hati, dia membuka kotak kecil itu kerana dihimpit rasa ingin tahu. Ada sebentuk cincin lengkap dengan sehelai nota kecil! Tanpa membuang masa, Himchan pun membaca nota itu.

15 January 2007

A special gift for our first anniversary! Saya harap hubungan kita akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Impian saya ialah untuk melakukan persembahan di atas pentas yang sama dengan awak! Jangan pernah tanggalkan cincin ini.

- Jieunnie

“Siapa Jieun? Bekas teman wanita Yongguk? Tapi kenapa dia masih menyimpan cincin ini walaupun tujuh tahun sudah berlalu?” Himchan termangu seketika.

“Apa yang kau buat ni, Himchan?” Yongguk menerpa ke dalam bilik mereka dengan penuh amarah apabila dia ternampak Himchan memegang kotak itu.

Himchan yang terperanjat dengan kehadiran Yongguk itu, melepaskan cincin itu di lantai secara tidak sengaja. Yongguk menyambut cincin itu dan menggengamnya dengan erat.

“Keluar! Keluar sekarang!” Yongguk cuba mengawal nada suaranya, nafasnya turun naik melawan api kemarahan.

Himchan segera meninggalkan bilik mereka dengan seribu persoalan. Dia tidak pernah melihat wajah Yongguk setegang itu. Bukan niatnya untuk mencampuri urusan Yongguk, tetapi dia dapat merasakan bahawa temannya itu menanggung sengsara dan lara kerana seseorang wanita. Mungkinkah Jieun merupakan penyebab Yongguk menjadi seperti itu?

 

Yongguk meletakkan cincin itu kembali ke tempat asalnya. Insiden tadi membuatkan lukanya berdarah kembali. Sejujurnya, luka itu tidak pernah sembuh semenjak dia meninggalkan tanah airnya tujuh tahun lalu. Jikalau hidupnya tidak ditemani dengan muzik, dia tidak tahu bagaimana dia mampu mengharungi hidupnya tanpa Jieun. Dia tahu bahawa keputusannya untuk berpisah itu betul tetapi Jieun telah menjadi sebahagian dari dirinya. Dia seolah-olah merasakan bahawa dirinya tidak bermaya kerana Jieun tiada di sisinya. Namun, dia terpaksa melakukan pengorbanan yang besar kerana dia enggan masa depan Jieun malap kerana dirinya…

 

Author's note: Adakah Yongguk akan mencari Jieun selepas ini? Nantikan... Komen-komen anda dapat membantu! Terima kasih semua!

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ShaBats35 #1
Chapter 3: Fanfiction melayu yang pertama yg saya baca! Teruskan menulis karya yang baik! :)