Benci Atau Cinta?

Masih Mencintaimu (Malay)

Jieun tertawa untuk menyembunyikan debaran yang memukul-mukul dadanya.

“Bertenang, Jieun… Jangan tunjukkan bahawa kau terkesan dengan soalan wartawan itu. Bertenanglah,” bisik hati kecilnya.

“Jieun-sshi, tolong jawab soalan saya tadi berkaitan hubungan anda dengan bekas teman lelaki anda kini,” kata wartawan yang berbadan tegap itu.

Jieun menarik nafas sebelum menjawab, “Walaupun soalan ini agak peribadi, tapi saya akan cuba menjelaskan duduk perkara yang sebenar. Memang saya pernah bercinta suatu ketika dulu. Namun, hubungan kami terputus dan saya tak menghubungi dia lagi. Para peminat tak perlu risau kerana dia merupakan sejarah lama saya dan saya telah melupakan dia.” 

 

“Wah... Tak sangka yang kamu boleh menjawab dengan sebegitu tenang! Beri tips sikit, boleh?” usik Sunhwa sebaik sahaja mereka selesai ditemu ramah.

Jieun hanya tersenyum tawar. Dia tidaklah sekuat mana yang mereka sangka. Dia juga seorang insan biasa yang sering tenggelam dalam lautan emosi. Peristiwa tadi cukup mengguriskan hatinya walaupun dia tahu bahawa itu sebahagian dari asam garam kehidupan seseorang artis. Malah, dia berlatih cara berhadapan dengan pihak media yang kadang-kala menanyakan soalan-soalan kontroversial untuk melariskan majalah dan akhbar mereka. Kalau diikutkan hati, ingin sahaja dia meninggalkan sesi temu ramah itu tetapi demi menjaga imej yang dibinanya, dia terpaksa menelan semua kepahitan. Dia lelah dengan segalanya…

Hyosung yang sedari tadi merenung Jieun, tiba-tiba berkata,“Jieun-ah, betul ke kamu telah melupakan bekas teman lelaki itu? Erm… siapa namanya? Yong–“

“Saya rasa tak sedap badan. Saya nak pulang ke dorm,” kata Jieun lalu meninggalkan mereka terpinga-pinga.

 

Sebaik sahaja dia mengunci dirinya di dalam bilik, air mata mengalir dengan deras, membasahi wajahnya yang comel itu. Rupanya dia tersilap menilai dirinya. Sebelum ini, dia percaya bahawa dia mampu berdiri tanpa Yongguk tetapi itu helah semata-mata. Kata-kata kosong untuk memujuk dirinya melalui kehidupan yang tidak diisi dengan hari-hari bahagia bersama jejaka itu.

“Yongguk, kamu di mana? Sihatkah kamu? Sudah berjayakah kamu dalam menggapai impianmu? Benarkah aku telah melupakanmu? Ah, aku benci Yongguk!” hati Jieun menjerit. 

 

Author's note: Komen anda untuk bab ini? Haha nantikan bab yang seterusnya...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ShaBats35 #1
Chapter 3: Fanfiction melayu yang pertama yg saya baca! Teruskan menulis karya yang baik! :)