Kesalkah Aku?

Masih Mencintaimu (Malay)

7 tahun kemudian…

 

Yongguk menghenyakkan tubuhnya di sofa untuk melepaskan lelah. Sejak dia pulang dari Amerika beberapa hari yang lalu, dia tidak dapat berehat dengan sepenuhnya kerana ada banyak urusan penting untuk diselesaikan.

“Tolong tepi sikit. Aku nak tonton Inkigayo!” Himchan menolak tubuh Yongguk sebelum menukar siaran televisyen.

Yongguk hanya menggeleng kepalanya melihat gelagat Himchan. Dia mengalihkan tumpuannya kepada senaskah majalah untuk menghilangkan rasa bosan.

“Yes, it’s Secret!” pekik Himchan sambil melompat-lompat.

“Kenapa dengan kau? Sampai terlompat-lompat macam kera,” Yongguk menjeling ke arah Himchan lalu memandang skrin televisyen. Jantungnya seakan-akan terhenti dan dia terpana seketika. Jieun!

“Itulah kau! Lama sangat di Amerika sehingga kau tak kenal dengan girl group yang tengah hangat di Korea! Secret ada empat anggota— Hyosung, Hana, Sunhwa dan Jieun. Aku rasa Jieun sebaya dengan kaulah,” terang Himchan.

Yongguk bingkas dari tempat duduknya dan masuk ke dalam biliknya, membiarkan Himchan terpinga-pinga. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya tetapi dia dapat merasakan keperitan di dadanya. Dia akui bahawa dia kesal meninggalkan Jieun begitu sahaja tetapi dia hanya berusia 18 tahun ketika itu. Dia tidak tahu menghargai cinta kerana dia lebih mementingkan cita-cita. Mengapa dia sukar melupakan gadis itu sehingga kini? Adakah dia masih mengharap untuk kembali kepada Jieun? Yongguk meramas rambutnya lalu mengeluh kecil.

“Hyung, kenapa murung sahaja ni?” tegur Junhong.

Yongguk tersentak daripada lamunannya. Dia tidak sedar Junhong telah memasuki biliknya kerana dia begitu asyik melayan perasaan sendiri. Entah berapa lama Junhong telah memerhatikannya.

“Masalah… masalah cinta ke?” tanya Junhong dengan ragu-ragu.

“Apa sajalah kamu ni. Apa yang kamu tahu pasal cinta?” balas Yongguk.

“Hyung, kalau kita ditinggalkan oleh seseorang yang kita sayang, mesti sakitkan?” 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ShaBats35 #1
Chapter 3: Fanfiction melayu yang pertama yg saya baca! Teruskan menulis karya yang baik! :)