Special Letter

Baby Don't Cry

Assalamualaikum semua.

Terkejut tak dengan new chapter ni? Sebenarnya bukan new chapter pun, lebih kepada special chapter.

Tapi sebelum Ash teruskan, Ash nak buat satu pengakuan/penjelasan.

Ash datang dari dunia penulisan Inggeris, jadi memang tak pelik kalau cerita Ash mempunyai bayak dialog BI. Sebabnya? Vocab Ash dalam BM sangat, sangat terbatas. Ash memang mengaku awal-awal yang seandainya Ash gunakan BM 100%, feeling tu tak akan sampai. Tetapi...BI dalam cerita ini overdose juga, jadi yang tu memang salah Ash xD

Ash nak minta maaf sebab bertanggapan yang unsur yang Ash sampaikan di dalam cerita ini mudah difahami. Ash ini jenis yang suka buat orang berfikir dan memberikan open ending tak bertempat. Mesti ramai yang tertanya-tanya apa yang terjadi dekat Baekhyun? Kenapa cerita ini tergantung macam tu je. Well...Ash pun tidak boleh bagi jawapan yang tepat. Kenapa? Sebab Ash sendiri ragu-ragu dengan cerita ini sendiri.

Cerita ini banyak cacat-celanya. Genre Angst juga tidak mendapat sambutan ramai. And of course, Ash gagal untuk menyampaikan mesej yang tersirat dengan baik. Ramai yang confused, but, well, I'm not the best. Sorry. Akhirnya, Ash tanya semula diri Ash. Nak tulis sesuatu yang Ash tak minat demi menarik perhatian readers ataupun nak menulis genre yang Ash suka dan selesa demi kepuasan diri?

Guess what, Ash pilih yang kedua.

 

Result dan Reviews untuk Baby Don't Cry ialah:

- A Story Behind The Song Writing Contest: 39/60

- KSJ Review Shop/hotlover5 : 88/100

- DEATH N♔TE Review Sh♔p/LavenderAlisa19: 88/10o

- Special Review by fixi_baby from Cherry Blossom Clinic

- Requested by jiara_ahn at | Fearless B! | Malay Fics Library owned by angelily95 : 3 Stars

Melalui cerita ini, baru Ash faham yang 'taste' readers ramai yang berbeza. Ash tak boleh salahkan siapa-siapa, tetapi Ash juga tak boleh nak tukar diri Ash menjadi seorang author yang tak sebati dengan diri Ash demi subbies dan comments. Tatabahasa, vocabulary dan penggunaan Bahasa Inggeris, itu semua Ash boleh baiki, tetapi writing style jauh sekali. Ash harap anda semua faham dengan diri Ash.

Harapan terakhir Ash adalah seandainya Ash pilih untuk meneruskan Malay writing, anda semua yang memahami Ash akan memberikan Ash peluang yang sama dengan author-author lain. Bagilah Ash peluang untuk shine juga, okay? Peace. c:

As of Wednesday, 11th June 2014 - 4:15 p.m, Baby Don't Cry mempunyai:

14 upvotes

28 subscribers

18 comments

 

Akhir kata, terima kasih kerana telah sudi memberikan Ash peluang untuk menulis dalam BM.

Terima kasih kerana sentiasa menyokong Ash.

A special letter below, for all of you.

 

Surat Terakhir
Always and forever yours
—— Hanna

Dear Baekhyun-oppa,

            Seandainya surat ini jatuh ke tangan oppa, maka maksudnya ialah……Hanna telah pergi buat selama-lamanya. Bila difikirkan semula, perkataan selama-lamanya sekarang tidak membawakan maksud apa-apa pada Hanna sebab apa yang Hanna nak hargai sekarang ialah masa yang tinggal. Memori-memori yang pernah Hanna lalui bersama orang yang Hanna sayangi tidak mungkin Hanna lepaskan. Kalau boleh, Hanna nak ingat semua kenangan yang Hanna ada sampai ke hujung hayat.

Hanna mengaku oppa, masih ada lagi sinar harapan dalam hati Hanna yang menginginkan suatu keajaiban. Hanna sangat mengharapkan diri Hanna bebas daripada penyakit ini.

Tetapi, memandangkan oppa sedang membaca surat ini, maksudnya......Perkara itu tidak berlakulah kan?

 Namun begitu, suatu keajaiban memang sudah berlaku. Hanna mula-mula mengetahui perkataan leukemia masa umur Hanna 5 tahun. Hanna memang tak boleh lupakan wajah ibu Hanna yang sedang teresak-esak menangis semasa dia memberitahu perkataan ‘L’ itu kepada Hanns. Hanna langsung tak faham maksud perkataan itu oppa, jadi Hanna tanya maksud perkataan itu. Lagi teruk ibu Hanna menangis, Hanna rasa bersalah sangat masa itu. Hanna juga ingat lagi masa ibu Hanna peluk Hanna. Dia cakap Hanna tak perlu takut dan semuanya akan okay. Hanna tak faham apa-apa masa tu, oppa. Yang Hanna tahu, Hanna sakit dan ibu bapa Hanna janji yang Hanna akan sembuh semula.

Masa umur Hanna 9 tahun, baru Hanna faham maksud perkataan leukemia. Dengan menjalani rawatan, makan ubat, buat chemo, baru Hanna sedar yang leukemia ini bukan sesuatu yang boleh dipandang rendah. Diri Hanna yang masih muda terpaksa matang dengan cepat, sebab kalau tak, ibu bapa Hanna akan lebih terluka. Kemurnian dan kebebasan diri Hanna sudah lama diragut, Hanna sedar akan perkara itu semua tetapi siapa Hanna untuk mencabar dan menyalahkan takdir? Hanna sudah lama menerima ketentuan Tuhan. Hanna tidak pernah menyalahkan sesiapa pun. Sebagai seorang penghidap leukemia, peluang dan umur yang panjang telah diberikan kepada Hanna tidak ada nilainya, jadi Hanna lebih bersyukur daripada bersedih. Hanna sudah lama bersedia untuk bertemu dengan ajal Hanna.

Tetapi yang lawaknya, ajal lambat sangat sampai. Oppa yang sampai dulu.

Oppa buat Hanna jadi gila, tahu tak? Hanna tak boleh tidur dengan nyenyak sebab Hanna selalu teringatkan oppa. Senyuman dan kata-kata oppa memberikan kesan yang sangat mendalam pada diri Hanna. Oppa tak pernah lupa untuk menjenguk Hanna, oppa sentiasa tersenyum untuk Hanna. Lama-kelamaan, Hanna rasa macam……Hanna tak boleh hidup tanpa oppa. Segala kesakitan dan keperitan Hanna tolak ke tepi, apa yang penting bagi Hanna ialah Hanna dapat berjumpa dengan oppa.

I love you.

Hanna juga sedar bahawa Hanna yang sakit dan jauh dari kesempurnaan ini tidak layak untuk mencintai oppa. Seandainya benar oppa juga mencintai Hanna, hubungan ini tidak akan dapat pergi jauh. Hanna sakit oppa, sakit. Hati Hanna juga sudah lama mati. Apakah seorang jejaka yang mempunyai masa depan yang cerah seperti oppa sanggup untuk menyayangi Hanna? Apakah Hanna layak oppa? Langsung tidak. Kita tidak mampu menulis penghujung hidup kita oppa, apatah lagi penghujung yang akhirnya happy ending.

Hanna pernah mengimpikan hidup yang lain daripada ini. Hidup di mana Hanna tak sakit dan tak menyebabkan orang tua Hanna sendiri sedih. Suatu kehidupan di mana Hanna seorang yang berguna dan seorang anak yang menjadi kebanggaan untuk ibu bapa Hanna. Dan mungkin dalam hidup itu juga kita akan bertemu. Jika perkara ini berlaku, Hanna percaya yang Hanna tetap akan jatuh cinta dengan oppa, meskipun hidup kita berbeza dengan takdir kita dalam hidup ini.

Tetapi itu semua sekadar angan-angan oppa. Hanna sedar perkara itu semua tidak mungkin akan berlaku. Realiti ada di hadapan Hanna, dan walaupun takdir Hanna sebegitu, langsung tiada sebarang penyesalan dalam diri Hanna, oppa. Kenapa? Sebab diri Hanna yang ditakdirkan menjadi seorang penghidap leukemia inilah yang menyebabkan kita dapat bertemu. Sepanjang hidup Hanna, Hanna hanya dapat menyayangi keluarga Hanna dan juga Ara.

But when you came along, I can’t help but to love you too.

Meskipun umur Hanna pendek, Hanna telah dianugerahkan sebuah keluarga yang sanggup membuat apa sahaja untuk Hanna dan sangat menyayangi Hanna. Hanna juga telah bertemu dengan seorang jejaka yang tidak pernah gagal untuk memberikan Hanna kebahagiaan. Nampak tak oppa? Sebeanranya tidak ada apa yang perlu Hanna sesali.

Sebenarnya, bila difikirkan semula, Hanna sepatutnya bersyukur kerana telah diberi kesempatan untuk bertemu dan disayangi keluarga Hanna, Ara dan juga oppa.

So yeah, no regrets.

Oppa, masa oppa baca surat ini, mesti birthday Hanna dah lepaskan? Kalau Hanna minta oppa makbulkan wish Hanna yang satu ni, oppa sanggup tak?

I wish for you to move on oppa.

Hanna tak minta oppa untuk lupakan Hanna, jauh sekali daripada itu. Apa yang Hanna mahukan ialah oppa berikan diri oppa peluang untuk mencari kebahagiaan. Lupakanlah memori perit yang pernah oppa lalui bersama Hanna, Hanna nak oppa ingat yang manis dan menggembirakan oppa sahaja. Banyakkan? Jadi tak perlulah oppa bersedih dengan kepergian Hanna.

Moving on tidak membawa maksud untuk melupakan dan melelpaskan segala-galanya. Sebaliknya, Hanna minta sangat-sangat oppa untuk tersenyum kembali dan meneruskan hidup oppa. Terimalah segala peluang yang ada oppa, jangan tolak peluang yang akan mendatangkan kebahagiaan semata-mata kerana kisah lama. Oppa kena selalu ingat untuk mempunyai harapan, tidak kira betapa kecil pun ia. Hanna nak oppa bahagia, itu wish Hanna yang terakhir.

Sekiranya ada hari yang oppa rasa sedih dan kecewa, oppa ingatlah semula Hanna. Ingat semula gadis yang lemah dan tidak mempunyai apa-apa selain daripada cinta buat diri oppa. Hanna tidak sempurna, tetapi kasih sayang dan cinta Hanna terhadap oppa ikhlas dan tulus. Yang itu Hanna janji.

Terima kasih kerana sudi menjaga Hanna, terima kasih kerana sentiasa memberikan Hanna senyuman, terima kasih kerana telah memberikan Hanna harapan dan kebahagiaan dan terima kasih kerana telah sudi mencintai Hanna.

 

I love you, 사랑해.

 

 

Always and forever yours,

Hanna

 

P.S: The 'husband' in my imagination was you.

 


Ash dah buat yang terbaik. >.<

Tapi tulah, vocab BM kurang. Aish.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hanbinhaera #1
Chapter 5: Im crying author. Congratulations. Im your fans XDD
Kkyungwifeuu12_
#2
Chapter 5: Chapter.4-Aq sekarang tngh nangis hnye disebabkan imagine yng menyentuh hati nieyy T^T....Too sad for Baek...Baek,,Dont cry jebal T^T...
Naturalpeach
#3
Chapter 5: Ok, ok..
Sedih.

Baek, jangan nangis ya sebab saya dah nangis dulu T----T !

Apapun, author-nim!! Jjang jjang! Daebak 1000% ! ^^ Speciality saya menulis sad FF tak dapat menandingi skill awak lagi :3 ! **Speciality lah sangat puihh!

Apapun, FF ni akan saya jadikan guide untuk saya menulis FF memandangkan saya buat FF heroin tu sakit juga >< !
Ok bye nanti muak pula baca komen ni penuh dengan ayat perasan terlebih :3
Yanseob_YS
#4
Chapter 5: Crita author mmg terbaik!! Smpai menangis sy bca. Sy sukakan jln crita ni. Daebak!!
tenmachan
#5
Chapter 5: Cntik,,watak dye pon hidup,, spe kate tatabhasa bm awak kurang baik,, ok, sye dpt rase mlalui penulisan awak, sayangnye cite ni tk menang,,
MiLLaJungK00kie #6
Ash,citer ni mmg sedih giler2. Sian doktor Baekhuyn.... Semua citer Ash best! good job n teruskan menulis lg. Akak sokong Ash ye. Sori akak lmbt komen... hehe..
4DwindflowerJS
#7
Chapter 5: *sobs* yah yah... TTTT^TTTT sedih gyla......... touching gyla cik Ash uat.... takleh kluar bilik nie.. mata pun bengkak sebab cita Ash nie... nak sekeh muleh sebab uat akak nangis? aighuu..sorry ash baru baca sekarang... akak kena cari feel utk baca angst.. =_=;
secret_admire #8
Chapter 5: seriously.. citer ni memang sedih giler..
entah da berapa kali sya menangis tak bertermpat.. XD

tapi, citer ni memang daebak!!
you're the best author-nim!!

fighting!!

i wii always support you!! :)
angelily95
#9
Chapter 5: you know what? you are a great author.

Ash terima pendapat orang, and i like that attitude. thanks for the effort.

i never expected you to translate that letter.

Unnie terharu.. bkn sbb ff ni, sbb Ash.


tabik spring skala 1000/100 utk Ash!

Fighting!
Shimmieh
#10
Chapter 5: there's still a lot of room for improvement sayang. Apa yang penting, always try your best no matter what people say. Tanya diri sendiri? Kenapa aku menulis? You know the answer. Pedulikan apa yang orang cakap. Your writing reflect your mind. Tahap matangnya seseorang bergantung pada cara dia menyampaikan sesuatu penceritaan. You know I see you have a high level of maturity for a 15 yrs? Tak adalah matang sampai tahap dewasa but i can see kematangan here. Ohoh, kalau ada yang terasa dengan komen ni, maaflah. Ni khas untuk Ash, sebab akak rasa Ash memang matured. So, keep calm and do what you want. Thats the key to success. Love yourself, appreciate yourself, then people will appreciate you. Got it, sweetheart?

With love,
fixi_baby