7 Months

Baby Don't Cry
7 Months
Don't do that again,ever
—— Baekhyun

Keadaan Hanna semakin teruk. Setiap kali dia mengambil prototaip, mesti dia akan muntah berdarah. Tambahan lagi, rambutnya juga semakin gugur. Wajahnya yang sedia kala cerah menjadi semakin pucat. Matanya kuyu, suaranya juga semakin perlahan. Penderitaan yang dialami Hanna disaksikan oleh ramai orang. Begitu sayu hati mereka tatkala melihat gadis kesayangan mereka ini menderita.

Namun Hanna tidak lekang dengan senyuman. Dia sentiasa menyambut mereka yang mengunjunginya dengan wajah yang ceria. Meskipun jiwanya mengadu kesakitan, Hanna sama sekali tidak pernah mendedahkannya kepada orang lain, apatah lagi Baekhyun.

Byun Baekhyun. Sinaran yang menerangi dunianya yang gelap. Jejaka yang mewarnai harinya yang sudah lama luntur. Cahaya harapan yang tiba di saat dirinya hilang di dalam kesedihan. Keriangan seyuman Baekhyun tidak pernah gagal untuk menceriakan Hanna. Sesungguhnya dialah yang memberi semangat kepada gadis tersebut. Byun Baekhyunlah yang menjadi sinar harapan baginya.

Entah bila, Hanna sudah lama menyesuaikan dirinya bersama Baekhyun. Tiada langsung kejanggalan di antara mereka berdua. Mereka berdua seolah-olah isi dengan kuku, pinang dibelah dua, sentiasa bersama dan sukar untuk dipisahkan. Hanna……Tidak mahu meninggalkan dan ditinggalkan Baekhyun. Sesungguhnya perasaan rindu akan mencengkam hatinya yang lemah meskipun jejaka itu hanya meninggalaknnya buat seketika.

Di awal penderitaannya, insan-insan yang perit buat Hanna tinggalkan hanya empat orang. Ibu bapanya dan kedua-dua adiknya, Chaena dan Minho. Hanna sememangnya sudah lama menerima takdirnya namun dirinya sentiasa sedih apabila mengenangkan keempat-empat insan yang akan dia tinggalkan satu hari nanti. Sesungguhnya Hanna sangat menyayangi keluarganya.

Tetapi sekarang……Mengapa dia selalu teringat akan Baekhyun? Mengapakah hatinya merasakan perit yang tidak terhingga apabila dia sedar bahawa dirinya juga akan meninggalkan Baekhyun?

Hari-harinya bersama Baekhyun sangat Hanna hargai. Segala rindu dan kesedihan yang menimpanya terubat di saat dia mendengar suara jejaka itu. Dalam diam Hanna mengaku, dia sangat menyayangi Byun Baekhyun. Mungkin dia juga mencintainya.

Sebegitu indah perasaan manusia. Jiwa raga yang lemah masih lagi mampu untuk menyayangi dan mencintai. Rindu yang disertakan dengan kasih sayang sentiasa memenuhi hatinya. Namun adakah dirinya yang lemah dan jauh dari kesempurnaan layak untuk dicintai? Sudah tentu tidak. Cinta Hanna terhadap Baekhyun teramat dalam, tetapi dia tahu perasaannya itu tidak akan dapat mendatangkan apa-apa kebahagiaan.

Kisah yang dimulakan tanpa disangka-sangka, cinta yang tidak mungkin mendatangkan titik noktah kebahagiaan. Yang ada hanyalah tangisan kerinduan daripada seorang insan yang kurang sempurna.

 

 

Exchanging only our separate fates that lead to one another
As inevitable as it seemed that we’d miss, I know we loved just as much
When you smile, sun shines A brilliance you can’t fit into a framework of language
The waves crash my heart and crumble down oh


 


 

18 April 2014

 

Baekhyun melangkah masuk ke dalam bilik pesakit VIP di tingkat 10 itu seperti biasa. Kelihatan gadis cantik yang disayanginya itu sedang asyik menulis sesuatu di dalam buku notanya. Adakah itu diari?

“Buat apa tu?”

Hanna mengekalkan riak wajahnya yang selamba. Namun hatinya sebenarnya sedang berbunga, “Masak.”

Baekhyun tersenyum senget apabila mendapat jawapan sinis daripada Hanna. Sudah jelas bahawa gadis tersebut sedang menulis, namun dia masih lagi mahu menanya soalan yang kurang cerdik itu.

Baekhyun sengaja mahu mengenakan Hanna.

Dia mengambil tempat duduknya yang biasa di tepi katil Hanna, “Aik? Masak? Api mana?”

“Masak sushi. Makan mentah habis cerita,” balas gadis itu selamba. Tangannya masih lagi giat menulis diari.

“Alololo, Hanna ni tengah merajuk ke apa?” Soal Baekhyun nakal.

“Merajuk? Mana ada. Hanna tengah masak ni kan.”

“Are you sure?” Tanya Baekhyun lagi, matanya menyinarkan cahaya kenakalan, “Rasanya oppa tak boleh makan tu.”

“Siapa cakap Hanna nak bagi oppa makan? Ini untuk Hanna jelah.”

Aik, macam tu pulak? Merajuk tahap kronik nih.

“Hey,” Baekhyun merapatkan dirinya dengan Hanna lantas menutup diari gadis itu. Terkejut Hanna dibuatnya. Tambahan lagi, jarak di antara muka mereka sekarang hanya tinggal beberapa sentimeter. Hanna sendiri dapat merasakan betapa merah pipinya sekarang!

“Hanna merajuk pasal apa ni? What did I do wrong?” Rapatnya! Boleh mati aku macam ni!

Gadis itu menolak dada Baekhyun dengan perlahan, kehangatan di pipinya jelas terasa, “Oppa…Tak buat salah pun.”

Muka Baekhyun berkerut, bibirnya dimuncungkan seperti kanak-kanak yang berada di dalam kesedihan, “Habis tu? Kenapa Hanna macam tak nak layan oppa je ni?”

Alahai oppa aku yang satu nih, kenapa comel sangat?

Kerenah Baekhyun itu menyebabkan Hanna ketawa kecil. Di mata Hanna, Baekhyun ialah seorang yang sangat melucukan.

“Lah, gelak pulak. Tadi marah sangat,” Kata Baekhyun, “Tak nak kawan lah macam ni.”

“Oppa, soulma. Takkan Oppa merajuk dengan Hanna?”

“Dah tu? Hanna tak nak layan oppa pun.”

“Oppa,” Gadis itu mencapai tangan Baekhyun lalu memegangnya dengan lembut, “Hanna tak marahlah. Hanna cuma……”

“Cuma?” Tanya Baekhyun, perasaan ingin tahu menguasai dirinya buat seketika. Tangannya pula dibiarkan begitu sahaja. Sebenarnya, dia berasa sangat gembira dengan kelakuan Hanna. Rasa bahagia pun ada. Cewah!

Namun begitu, Baekhyun dikecewakan sebaik sahaja gadis itu menggelengkan kepalanya, “It’s nothing,” Balasnya pendek, “Oppa marah Hanna buat perangai ya? Mianheyo.”

“Oh no, you’re going to tell me what’s on your mind young lady,” Bebel Baekhyun, “Cuma apa?”

“Oppa, it’s noth-”

“-cuma apa?”

Hanna mengeluarkan satu keluhan, cengkamannya di lengan Baekhyun direnggangkan, “Hanna cuma……”

“Cuma?”

“Pelik,” Jawab gadis itu akhirnya, “Oppa……Dah lama tak jenguk Hanna macam dulu. Hanna ada buat salah ke? Oppa marah Hanna tak makan prototaip?” Tanya Hanna dengan suara yang makin perlahan, tidak ubah seperti kanak-kanak yang telah melakukan kesalahan.

Tersentak Baekhyun mendengar jawapan Hanna meskipun perkara itu semua benar. Jejakan itu sedar bahawa keadaan Hanna semakin teruk dan gadis itu juga sentiasa muntah berdarah. Semuanya angkara prototaip yang diberinya itu. Meskipun ada sedikit perubahan yang positif pada kedalaman Hanna, fizikalnya masih lagi lemah. Antibodinya tidak kuat untuk menahan kesan-kesan sampingan yang dibawa oleh prototaip tersebut. Baekhyun hanya mampu menyalahkan dirinnya sendiri. Padanya, hanya lelaki bodoh sahaja yang sanggup membawa insan yang disayanginya kepada kesakitan.

Ya, dialah lelaki yang bodoh itu. Lelaki bodoh yang mahukan kesembuhan buat Hanna.

Oleh sebab dirinya diselubungi perasaan bersalah, Baekhyun mencuba sedaya upaya untuk mengelakkan dirinya bertemu dengan Hanna sejak kebelakangan ini. Dia tidak lagi membuat medical check-up untuk Hanna pada awal pagi, menemaninya pada waktu lunch dan membawa Hanna keluar bersiar-bersiar pada waktu senja. Baekhyun hanya berani mengunjungi gadis tersebut pada lewat malam, apabila gadis itu sudah lena dibuai mimpi.

Pada Baekhyun, penderitaan Hanna tidak dapat dikesan sewaktu dirinya tidur. Gadis itu kelihatan sungguh aman dan tenang ketika sedang tidur. Jejaka itu pula hanya dapat menemani gadis yang disayanginya itu secara bersembunyi. Dia akan merenung muka Hanna yang tenang itu sepanjang malam kerana hanya dengan cara itu sahajalah rindunya buat Hanna dapat diubati.

Tetapi tidak lagi. Baekhyun sedar bahawa kelakuanya itu melukakan hati kedua-dua belah pihak. Tambahan lagi, Hanna seperti kekurangan selera dan sentiasa murung. Ubat-ubatnya hanya dibiarkan di tepi. Hanya satu sahaja yang Hanna makan, iaitu prototaip yang diberi oleh Baekhyun. Orang kata lelaki sejati tidak akan mengalirkan air matanya (penipu belaka), namun di saat itu, mahu sahaja Baekhyun menangis.

Hanna hanya taat kepada suruhannya, Hanna hanya mengikuti kata-katanya.

Hanna merinduinya.

Gadis itu berasa gelisah apabila Baekhyun tidak memberikan apa-apa jawapan, “Betul lah Oppa marah Hanna tak makan prototaip hari tu? Hanna janji Hanna tak buat dah macam tu. Hanna dah tak akan degil dah. Hari ni pun Hanna dah makan prototai-”

“Hanna,”

“Hurm?”

“I’m not angry,” Baekhyun tersenyum.

“You’re not?” Tanya Hanna. Baekhyun membalas pertanyaannya tu dengan satu gelengan.

“Habis tu…Kenapa oppa tak datang tengok Hanna macam dulu?”

Kini tiba pula giliran Baekhyun untuk mengeluh, “Oppa rasa bersalah dengan Hanna,” Katanya dengan jujur.

“Why?” Tanya Hanna dengan hairan.

“Sebab……” Baekhyun mengalihkan pandangannya ke arah tingkap. Sesungguhnya dia tidak lagi dapat bertentangan mata dengan Hanna. Rasa bersalahnya semakin menggunung, ingin sahaja dia menghempaskan kepalanya ke dinding.

“Because,” Sambung Baekhyun, “I should not have force you to eat that stupid prototype. I was so selfish and I did not even know that you were puking out blood. Oppa siap marah Hanna lagi sebab tak nak makan prototaip tak guna tu. Oppa tak sepatutnya bentak Hanna hari tu,”

“Oppa-”

“Oh my God Hanna, I’m so sorry,”

“Opp-”

“I didn’t know,” Berakhir sudah pengakuan daripadanya. Baekhyun memandang semula gadis itu untuk melihat reaksinya. Baekhyun menyangka bahawa Hanna akan ‘meletup’ atau pun yang lebih teruk, menangis. Tetapi tidak sama sekali. Sebaliknya, gadis itu merenungnya dengan senyuman yang sangat indah.

“Baekhyun-oppa, I’m not mad at all. Hanna tak berkecil pun dengan Oppa. Apa yang Oppa tegur tu betul, I should have taken the prototype. It will heal me, right?”

“Tetapi kalau dah sampai muntah berdarah……” Kata-kata Baekhyun itu dibiarkan tergantung kerana jejaka itu sendiri tidak mahu membayangkan side effect yang menjadi kesakitan dan penderitaan buat Hanna.

“I can take it, don’t worry oppa,”

“But-”

“No buts,” Hanna meniru kata-kata Baekhyun sebelum ini kepadanya, “This is not the end, I believe that. Oppa pernah cakap macam tu dekat Hanna kan?”

Baekhyun terdiam. Dia hanya merenung gadis itu dengan wajah penuh kerisauan, “I believe that now Oppa, and I’m hoping to be cured. You’ll help me, won’t you oppa?”

“I……”

“Oppa nak Hanna sembuhkan?”

Baekhyun mengangguk.

“Jadi tolonglah Hanna,” Terangilah hari-hari terakhir Hanna ini. Jangan tinggalkan Hanna lagi, Baekhyun-oppa.

 

Say no more (baby) no more (don’t cry)
Please don’t hesitate at the moment you’ll become foam
Say no more (baby) no more (don’t cry)
So you can remain as a shining person, burn me with that dagger instead

 


 

6 Mei 2014

 

Baekhyun yang telah bertukar kepada pakaian yang lebih kasual masuk ke dalam bilik Hanna. Seperti biasa, dia terus mengambil tempat duduknya di sebelah katil gadis itu. Hanna menyambutnya dengan senyuman yang sangat manis.

“Oppa,” Panggil Hanna, senyumannya yang indah tidak lekang dari bibirnya, “Happy birthday,”

Baekhyun tersenyum sehingga menampakkan giginya yang putih bersih, “Hehehe, tak sangak Hanna first yang wish. Rasa tualah pulak,”

“A’ah,” Hanna bersetuju, suara nakalnya semakin kejelasan, “Memang Oppa dah tua pun,”

“Ey budak ni. Nakalnya,”

“Biarlah Hanna nakal hari ni. Selalunya Oppa yang nakalkan?” Balas Hanna.

Baekhyun menegecilkan matanya, “So you tend to be playful all day?”

“Yup!”

“Oh really?” Baekhyun tersenyum senget, gaya sinis terpancar dari riaksi wajahnya, “No picnic for you then,”

“Picnic Oppa?”

“Yup! Picnic. Oppa dah minta kebenaran dari uri-hyungie nak bawak Hanna keluar picnic. Bukan main susah Oppa merayu baru dapat. Tapi Hanna pulak buat perangai macam ni, tak jadilah nak bawa. Hilang feel,”

“Ooo……Patutlah Oppa pakai baju casual ni. Nak bawa Hanna keluar rupanya,”

Baekhyun mengeluh, “Ya, wahai Hanna-shii. Tapi Hanna nakal sangat, tak jadilah,”

“Oppa,” Panggil Hanna dengan nada yang bosan, “That’s not going to work on me anymore,” Kata gadis tersebut. Jika ditelusuri dengan lebih mendalam, perbualan mereka sekarang hampir sama seperti Disember tahun lalu. Cuma bezanya sekarang, Baekhyun menawarkan picnic dan bukannya bersiar-siar di taman hospital tersebut.

“Whaaat? I’m serious,”

Hanna tidak mengendahkan kata-kata Baekhyun. Sebaliknya, dia bertanya, “Kalau pergi picnic, kena bawa wheelchair juga ke?”

“Hypothetically speaking, yes,” Jawab Baekhyun.

Pebualan mereka tergantung buat seketika. Hanna hanya merenung kosong ke luar tingkap manakala Baekhyun pula seperti biasa, merenung Hanna dengan senyap-senyap.

“Oppa,” Hanna memecahkan kesepian, “Keluarlah,” Kata gadis itu sambil bangun dari katilnya.

“Heh? Kenapa pulak? Hanna nak buat apa ni?” Aduh! Soalan-soalan yang ditanya ibarat machine gun.

“Hanna nak tukar bajulah. Oppa nak bawak Hanna keluarkan?”

“Eh? Tapi tadi-”

“No buts. Now get out, I want to change,”

Woah, garanya.

Bukan garanglah, tetapi determined.

 

*

 

“She likes you,” Satu suara asing berkata dari belakang. Baekhyun berpusing dan bertemu mata dengan seorang gadis yang sangat serupa dengan Hanna. Namun begitu, masih lagi terdapat beberapa perbezaan yang ketara. Kulit gadis itu lebih tanned berbanding kulit Hanna yang pucat, rambutnya juga kelihatan lebih panjang dan terurus. Kemungkinan juga sukar bagi sesetengah orang untuk mempercayai bahawa gadis tersebut iaitu Jung Chaena merupakan kembar seiras Jung Hanna. Chaena tinggi lampai dan menawan manakala saudaranya pula lemah dan sentiasa lesu.

Tetapi Hanna masih lagi sangat sempurna di mata Baekhyun.

“Uh…” Baekhyun memandang ke kiri dan ke kanan, mahu memastikan sama ada Chaena sedang bercakap dengannya atau pun tidak, “Saya ke?” Tanya Baekhyun lalu menunjukkan kepada dirinya.

Chaena menjeling tanda bosan, tetapi dia masih lagi berjalan ke arah doktor tersebut, “Of course I am. There’s no else here, duh,”

Cantik perangai. Oh please, kalau macam nilah perangai kau confirm sampai ke tua pun tak ada orang nak, tahu tak?

“Oh, okay then. You were saying?”

Chaena melepaskan satu keluhan, dia sememangnya tidak faham kenapa orang-orang di sini bengap-bengap belaka. Pelupa pulak tu, “My sister, she likes you,”

“Excuse me?!”

“Hanna . Likes . You,” Satu per satu perkataan disebutnya, seolah-olah satu ejekan.

Mulut Baekhyun tertutup rapat. Tiada sebarang kata-kata mampu keluar daripada mulutnya itu. Adakah apa yang dikatakan oleh Chaena itu benar? Betulkah Hanna menyukainya?

“You know what? I think ‘like’ is an understatement. Rasanya kakak saya tu dah jatuh cinta agaknya. Happy semacam je hari ni, siap minta saya prepare gift lagi untuk awak. Kemaruk sangat dah tu,”

Lah, boleh bercakap dalam Korea rupanya. Bukan main fasih lagi. Ingat ke Minah Salleh lupa diri tadi.

“Uh, hello? Are you deaf or something?” Soal Chaena dengan kegusaran.

“Uh……I……What?”

Chaena mengeluarkan lagi satu keluhan bosan. Dia mula berjalan meninggalkan jejaka tersebut. Namun begitu, langkahnya terhenti buat seketika, “Hanna loves you. So please, cherish her. Make her last days the happiest,” Itulah permintaan daripada seorang adik yang tulus menyayangi kakaknya. Meskipun dirinya sentiasa berada di sebalik bayang-bayang Hanna, Chaena masih lagi sangat menyayangi kembarnya itu. Tambahan lagi dia sedar bahawa Hanna mungkin akan meninggalkannya tidak lama lagi. Perkara itu sangatlah memeritkan buat diri Chaena

“Last days? Awak tidak ada harapan langsung ke?” Baekhyun akhirnya membuka mulutnya, membalas Chaena dengan soalan yang menusuk hati, “Don’t you have any hope for your sister? Don’t you think she’ll live?”

Terkejut Chaena mendengar pertanyaan itu. Hanya buat seketika gadis itu merenung Baekhyun dengan kekeliruan namun perasaan it uterus bertukar kepada kekaguman, “No wonder she fancies you. Awak sangat bersemangat, Doktor Byun,”

Baekhyun mengetapkan bibirnya, “That’s not the point, Chaena-shii. Betul ke yang awak langsung tidak ada harapan untuk Hanna? Betul ke yang awak percaya dia akan meninggal tidak lama lagi?”

Suatu senyuman kecil terukir di bibir Chaena. Gagis itu tidak menjawab pertanyaan tersebut, sebaliknya dia berkata, “I can see why she loves you,”

“Jung Chaena-shii-”

“Love her, Baekhyun-shii. Do what is best for her, make her happy. That’s all I’m asking,” Dengan itu, Chaena pun pergi meninggalkan Baekhyun dan menuju masuk ke dalam kamar Hanna. Jejaka itu terkebil-kebil memikirkan kata-kata Chaena tadi. Matanya memandang pintu bilik VIP Hanna dengan penuh hairan.

Betul ke Hanna sukakan aku?

Dia cintakan aku ke?

Tanpa disedari, Baekhyun tersenyum.

Tiba-tiba, pintu bilik VIP itu dikuak dengan sangat kuat. Muka Chaena muncul dari daun pintu tersebut. Baekhyun dapat merasakan sesuatu yang tidak kena, mengapakah gadis tersebut kelihatan sungguh……

“Doktor Byun!” Panggil Chaena, suaranya bergetar dengan ketakutan.

“Hanna! She’s unconscious!”

 

Baby don’t cry tonight a night plagued by violent storms (Ooh As if the sky will fall)
Baby don’t cry tonight It’s slightly befitting
To let you go at a moment that shines more brilliantly than tears like this
So Baby don’t cry cry My love will be remembered

 

 

Berbaur rasa di hati Baekhyun. Jiwanya seolah-olah berkecai buat seketika; dunianya terhenti dengan seketika. Sudah hampir 10 jam Hanna terlantar di atas katilnya, keadaannya separuh koma. Rupa-rupanya, Hanna mengalami spleen attack dan perlu menjalani pembedahan dalam masa terdekat. Abang Baekhyun telah mengetuai pembedahan kecemasan part 1 Hanna pagi tadi. Baekhyun yang sepatutnya berada di sisi Hanna tidak menyertai pembedahan tersebut. Why?

Sebab fikirannya bercelaru, emosinya tidak terkawal.

Baekhyun ibarat orang yang hilang kewarasannya. Jejaka itu hanya mampu bermundar-mandir di hadapan bilik pembedahan bersama-sama Chaena. Air matanya dibiarkan mengalir begitu sahaja. Di fikirannya hanya ada Hanna.

Begitu ironik kejadian hari ini. Tidak pernah terlintas di dalam fikirannya bahawa Hanna akan mengalami attack yang sebegitu fatal pada hari jadi Baekhyun sendiri. Langsung tidak pernah.Baekbeom mengatakan bahawa hanya separuh daripada jangkitan spleen dapat dibuang. Namun begitu, kata-kata abangnya seolah-seolah angin yang berlalu. Mata Baekhyun hanya merenung tubuh Hanna yang kujur itu.

Renungan itu berterusan sehingga sekarang.

“O……Ppa?”

Baekhyun yang asalnya tersengguk terus tersedar. Matanya mencari Hanna yang sebenarnya hanya ada di depannya. Fikiran dan hatinya sekali lagi bercelaru. Rasa gembira, risau dan takut menyelubungi diri jejaka itu secara tiba-tiba.

Baekhyun terus bangun dari tempat duduknya, “Hanna? Hanna okay? Ada rasa sakit ke? Nak panggilkan Baekbeom hyu-”

“Oppa,” Hanna tersenyum lemah, “Hanna okay, calm down,”

Baekhyun masih lagi gugup, jantunya berkencang dengan kedebaran yang tidak terhingga, “Oh my God,” dia terduduk, “Don’t do that to me ever again,”

Hanna mencari-cari tangan Baekhyun lalu menggenggamnya dengan lembut, “Oppa, I’m here,”

Baekhyun menghela nafas keletihan. Kali ini dia pula yang mengenggam tangan Hanna. Meskipun dengan kelembutan, Hanna dapat merasakan suatu keeratan di dalam genggaman tersebut. Seolah-olah Baekhyun tiada langsung perancangan untuk melepaskannya.

“Don’t leave me,” Pinta Baekhyun, anak matanya menyinarkan cahaya kesedihan.

Keeratan genggaman bertambah, “I won’t,” Jawab Hanna pendek.

“Ever,” Tambah Baekhyun.

Hanna mengangguk meskipun dia sedar janjinya itu tidak mungkin dapat dia tunaikan.

Sebagai usaha menukar suasana hening, Hanna mengalihkan pandangan matanya ke arah jam yang yang ada di hadapannya, " 11:47, it's still your birthday oppa,"

Buat kali pertama sepanjang 12 jam, Baekhyun tersenyum, "Yeah,"

"Hanna,uh," Gadis itu cuba untuk bangun namun dihalang Baekhyun.

"Jangan bangun, Hanna kena berehat lagi,"

"Oppa, Hanna rasa dah lama dah Hanna tidurkan? I just want to sit, that's all. Tolong Hanna please?"

Baekhyun akur dengan permintaan gadis tersebut. Jika diimbas semula, jejaka itu sebenarnya tidak pernah menolak permintaan Hanna. As if she has him wrap around her fingers.

"Oppa boleh tolong ambil kotak dalam laci tu?" Pinta Hanna sambil menunjukkan jarinya ke arah meja berlaci yang ada di sebelah katilnya. Baekhyun langsung tidak berfikir panjang, dia terus berpusing dan membuka laci tersebut.

"Is this......" Dia membawa keluar 'barang' tersebut iaitu kotak kecil yang cantik dihiasi ribbon merah.

"Sekarang sempat lagikan? Happy birthday oppa,"

“Jashik, dalam keadaan macam ni pun Hanna ingat lagi? I’m touched,”

“You better be,” kata Hanna lalu ketawa kecil.

“I wonder what is in here,” Baekhyun cuba untuk membuka kotak hadiah tesebut tetapi dihalang Hanna.

“Eh, make a wish first,”

“Wish? Ey, I’m not a kid anymore you know,”

“Please?” Pinta Hanna dengan ikhlas, matanya bersinar-sinar.

Ini sememangnya kelemahan Baekhyun, mustahil bagi jejaka itu untuk menolak permintaan tersebut, “Okay……Tapi Hanna tak boleh dengar,”

Hanna mula bersandar, menjarakkan dirinya sedikit daripada Baekhyun, “Okay,” katanya seperti seorang kanak-kanak yang mendegar kata.

Baekhyun menutup matanya buat seketika, hatinya sedia untuk membuat hajat yang tulus. Suatu hajat yang sebenarnya tidak pernah berubah sejak beberapa bulan yang lalu.

I wish for her to get cured.

Matanya dibuka kembali, merenung wajah Hanna yang setia menunggunya. Hati Baekhyun ibarat berbunga sekarang ini, senyuman Hanna yang manis itu tidak pernah gagal untuk membuat dia tersenyum.

And that was what he was doing.

“Why are you looking at me like that? Make a wish Oppa,”

“Dah siap dah,”

“Dah?”

“Hmm,”

“Oppa minta apa?”

“Adalah……”

“Ey, bagilah tahu……” Pinta Hanna lagi. Bayang-bayang aegyo mula keluar daripada diri gadis itu.

“Nu’uh. I can’t tell you,”

“Mesti Oppa wish benda childish ni kan? Tengok muka dah tahu dah,”

Wishing for you to get cured is childish? The nerve of this girl.

“Oh? Are you sure it’s childish?”

“Very,” Rumus Hanna, “Such a waste. Kalau Hanna buat wish mesti gempak, tapi birthday Hanna lambat lagi……Hmph,”

“Hanna tak perlu tunggu pun. You can do it now,” Kata Baekhyun.

“Ya ke?”

“Yeah, what do you want to wish for?”

Hanna tersenyum, “Samalah, mana boleh bagitahu,” Katanya dengan nakal.

Baekhyun cuba membuat riaksi marah, tetapi gagal. Akhirnya, kedua-duanya ketawa dengan begitu riang sekali.

I wish to see the sunlight of my next birthday.

 


 

7 Julai 2014

 

“Rumah warna putih? Alahai boringnya,”

“Lah, biarlah. Hanna nak rumah banglo dua tingkat warna putih yang ada backyard, short fences and maybe……Even a swimming pool?” Satu senyuman terukir di bibir Hanna sambil dia hilang ke dalam impiannya. Rumah banglo tersergam indah di perumahan Gangnam. Taman kecil yang dihiasi oleh pelbagai jenis bunga yang cantik dan unik. Permandangan bandar Seoul yang breathtaking. Ya, itu semua diimpikan Hanna sekarang.

“Hmm, yelah, yelah. Tutup balik mata, tak habis lagi,” Arah Baekhyun.

Hanna menutup matanya dengan rapat sambil menunggu kata-kata Baekhyun yang seterusnya.

“Okay, so white house with fences, swimming pool and bla, bla, bl-”

“-oppa,”

“Uh, sorry. You enter the main door and walk through the halls, what’s the first thing you see?”

“Bingkai gambar. Lots of them,”

“Oooo……Gambar siapa?”

“The usual. Papa, Mama, Minho, Chaena,” pipi Hanna tiba-tiba menjadi kemerah-merahan, “Ada gambar……Budak-budak sekali,”

“Oh? Anak Hanna lah tu. Berapa ramai?” Tanya Baekhyun dengan nakal.

“Hmm…Uh, 3 rasanya. Ada satu gambar tu ada 3 orang budak-budak,”

“Lelaki ke perempuan?”

“Seorang perempuan, nampak macam yang sulung,” Gadis itu membuat kesimpulan lalu menyambung, “Yang lagi dua are definitely boys,”

“Fuyoo…Handsome?”

Tergelak Hanna dibuatnya, “Budak-budak lagilah oppa. Manalah Hanna tahu. Gambar-gambar ni pun kabur semacam,”

“Memanglah kabur. Wujud dalam fikiran Hanna je,”

“Eh?” Hanna membuka matanya, “Oppa jugak yang suruh Hanna bayangkan kan? Hmph!” sungut gadis itu.

“Yelah yelah. Oppa tak kacau dah. Janganlah merajuk wahai Hanna intan, permata, zamrud, emas, perak, tembaga, payung, kereta buru-oops! Tersalah lah pulak,”

“Mula dah, mula dah,” Kata Hanna sambil mengecilkan matanya.

“Mula apa?” Tanya Baekhyun.

“Mencarut,” Terkekek Hanna selepas mengatakan sebegitu. Baekhyun turut ketawa bersamanya, tetapi jelas bahawa gelakan Baekhyun itu hanya dibuat-buat.

“Harharhar, very funny,” Kata Baekhyun bosan, “Tutup balik mata tu. Soalan tak habis lagi,”

“Ttok? Jjjinja,” Sempat lagi Hanna merungut tetapi suruhan jejakan itu tetap dia ikuti.

“Hanna nampak gambar family Hanna as well as your children, yes?”

“Yup,”

“Gambar suami tak ada ke?”

Baekhyun berfikiran bahawa Hanna akan memarahinya ataupun menepis soalan itu. Namun sebaliknya, gadis itu hanya menjawab dengan selamba, “Ada. Handsome lagi. Hanna rasa dah jatuh cintalah,”

Baekhyun dapat merasakan hatinya berkecai sedikit, “Eh? Dengan lamunan boleh jatuh cinta? Hanna nampak ke? Kan kabur gambar tu,”

“Nampak elok je. Lagi pun, Hanna tahu lelaki ni bulan sekadar buatan, dia memang wujud dan hidup dalam dunia ni,” Balas Hanna, matanya masih lagi tertutup rapat.

“Oh? Siapakah jejaka tersebut?” Tanya Baekhyun sambil meniru suara announcer Yoo Jaesuk.

“Mehrong~ Mana boleh bagi tahu,”

“Eh, budak ni. Hari ni pun nakal jugak?”

“Mehrong~”

“Jung Hanna,”

Gadis itu membuka matanya, senyuman riang masih lagi terukir di bibirnya, “Arassseo oppa. Hanna main-main jelah,”

“Tahu pun. Ni apa fikir jauh-jauh sangat ni? Oppa tanya fasal rumah je kot,”

Aik? Tadi dia yang suruh describe. Hurm, apa-apa jelah.

“Neh oppa?”

“Hurm?”

“Hanna nak tanya boleh?”

“What is it?”

“Kenapa Ara……Tak keluar lagi dari hospital? Bukan ke hari tu dia dah buat surgery? Oppa cakap Leukemia dia tak teruk lagi kan?”

Baekhyun merenung Hanna sambil mengetapkan bibirnya, fikirannya berpusing.

Nak bagi tahu ke?

“Uhh……” Baekhyun gugup, dia masih lagi belum membuat keputusan.

“Oppa? Tell me, please?” Hurm, memang tidak boleh ditolak permintaan intan paying yang satu ini.

Baekhyun menghela nafas dengan dalam sebelum menjawab, “Baekbeom-hyung ada jumpa satu solution. A shortcut of some sort. Kalau pembedahan tu berjaya, Ara boleh dikatakan free from leukemia dan tak payah buat chemotherapy dah,”

“Tapi……?” Teka Hanna.

“Ara’s body can’t hold it through the surgery. Jantung dia lemah sekarang ni. Kalau nak buat chemotherapy pun tak semestinya akan selamat. So as a solution, uri-hyungie letak nama Ara dalam waiting-list for heart donation recipient,”

Berkerut muka Hanna mendengarnya, “Panjang ke……List tuh?”

Baekhyun mengangguk, “Boleh tahanlah panjangnya. Tapi Ara special case, so hyung tengah usahakan untuk cari short list for Ara. Tapi sampai sekarang tak ada perubahan lagi,”

“Kalau ikut giliran, bila baru dia boleh dapat dermaan?”

“Minimum? 3 years. But we’re afraid leukemia won’t wait for her,”

“Habis tu macam mana oppa?” Kerisauan sangat jelas terpancar di mata Hanna.

“Sekarang Ara tengah demam, jadi tak selamat kalau buat chemo. Kita tunggu demam dia reda baru nak buat re-test,”

Kesiannya Ara……

Anak Mama mesti sedang menderita sekarang.

“Oppa, Hanna nak visit dia boleh?”

Baekhyun menggeleng, “No can do,”

“But she’s suffering oppa. I want to see her,”

“Hanna, kalau nak ikutkan……” Baekhyun berhenti buat seketika, “Keadaan Hanna lagi teruk daripada Ara,”

the writer's words

Final chapter dah siap! I'll post it soon. In the mean time, upvote and comment please. I worked really hard on this. c:

Please?

Oh, kalau final chapter tue byk yg percakapan dalam English tak apa kan?

< a tori creation >

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hanbinhaera #1
Chapter 5: Im crying author. Congratulations. Im your fans XDD
Kkyungwifeuu12_
#2
Chapter 5: Chapter.4-Aq sekarang tngh nangis hnye disebabkan imagine yng menyentuh hati nieyy T^T....Too sad for Baek...Baek,,Dont cry jebal T^T...
Naturalpeach
#3
Chapter 5: Ok, ok..
Sedih.

Baek, jangan nangis ya sebab saya dah nangis dulu T----T !

Apapun, author-nim!! Jjang jjang! Daebak 1000% ! ^^ Speciality saya menulis sad FF tak dapat menandingi skill awak lagi :3 ! **Speciality lah sangat puihh!

Apapun, FF ni akan saya jadikan guide untuk saya menulis FF memandangkan saya buat FF heroin tu sakit juga >< !
Ok bye nanti muak pula baca komen ni penuh dengan ayat perasan terlebih :3
Yanseob_YS
#4
Chapter 5: Crita author mmg terbaik!! Smpai menangis sy bca. Sy sukakan jln crita ni. Daebak!!
tenmachan
#5
Chapter 5: Cntik,,watak dye pon hidup,, spe kate tatabhasa bm awak kurang baik,, ok, sye dpt rase mlalui penulisan awak, sayangnye cite ni tk menang,,
MiLLaJungK00kie #6
Ash,citer ni mmg sedih giler2. Sian doktor Baekhuyn.... Semua citer Ash best! good job n teruskan menulis lg. Akak sokong Ash ye. Sori akak lmbt komen... hehe..
4DwindflowerJS
#7
Chapter 5: *sobs* yah yah... TTTT^TTTT sedih gyla......... touching gyla cik Ash uat.... takleh kluar bilik nie.. mata pun bengkak sebab cita Ash nie... nak sekeh muleh sebab uat akak nangis? aighuu..sorry ash baru baca sekarang... akak kena cari feel utk baca angst.. =_=;
secret_admire #8
Chapter 5: seriously.. citer ni memang sedih giler..
entah da berapa kali sya menangis tak bertermpat.. XD

tapi, citer ni memang daebak!!
you're the best author-nim!!

fighting!!

i wii always support you!! :)
angelily95
#9
Chapter 5: you know what? you are a great author.

Ash terima pendapat orang, and i like that attitude. thanks for the effort.

i never expected you to translate that letter.

Unnie terharu.. bkn sbb ff ni, sbb Ash.


tabik spring skala 1000/100 utk Ash!

Fighting!
Shimmieh
#10
Chapter 5: there's still a lot of room for improvement sayang. Apa yang penting, always try your best no matter what people say. Tanya diri sendiri? Kenapa aku menulis? You know the answer. Pedulikan apa yang orang cakap. Your writing reflect your mind. Tahap matangnya seseorang bergantung pada cara dia menyampaikan sesuatu penceritaan. You know I see you have a high level of maturity for a 15 yrs? Tak adalah matang sampai tahap dewasa but i can see kematangan here. Ohoh, kalau ada yang terasa dengan komen ni, maaflah. Ni khas untuk Ash, sebab akak rasa Ash memang matured. So, keep calm and do what you want. Thats the key to success. Love yourself, appreciate yourself, then people will appreciate you. Got it, sweetheart?

With love,
fixi_baby