1 Month

Baby Don't Cry
1 Month
Have hope
—— Byun Baekhyun

19 Oktober 2013

 

Sinar cahaya pagi menerangi bilik pesakit VIP itu. Tidak jauh dari tingkap terletak sebuah katil putih yang sederhana saiznya. Gadis yang sedang lena tidur di atas katil itu tiba-tiba membuka matanya, menandakan sudah bangun dari alam mimpi. Dengan perlahan dia bangun lalu menyesuaikan dirinya dalam posisi duduk. Kemudian, gadis itu mula menggosok matanya yang masih kuyu.

Selesai menggosok, gadis itu pun mendongak ke atas untuk melihat jam yang tergantung elok di dinding.

8: 17 pagi.

Ah, mesti diorang akan sampai tak lama lagi.

Tiba-tiba, dia terdengar bunyi pintu biliknya dibuka. Gadis itu menoleh ke arah kanan, melihat seorang lelaki yang segak berkot putih melangkah masuk ke dalam biliknya.

“Awalnya bangun Hanna,” kata lelaki itu sambil tersenyum, “I’m impressed.”

Hanna membalas senyuman lelaki itu. “Selamat pagi Doktor Byun.”

“Eh, lupa pulak nak ucap morning. Good morning Hanna,” sambung doktor itu.

Hanna hanya mengangguk, bukan kerana dia berasa sombong, tetapi sejak kebelakangan ini, dia berasa sangat penat. Tambahan lagi, doktor itu sendiri sangat mengenali Hanna. Iyelah, Doktor Byun atau pun nama penuhnya Byun Baekbeom sudah merawat gadis yang berumur 22 tahun itu sejak 10 tahun yang lalu.

Jung Hanna merupakan seorang gadis yang menghidap penyakit leukemia. Dia telah disahkan menghidap penyakit itu sejak dia berumur 5 tahun. Ketika itu, dia dan keluarganya masih lagi tinggal di London, England. Hanna telah menerima rawatan yang terbaik di sana. Namun begitu, keluarganya terpaksa berpindah ke tanah air ayahnya di Korea Selatan di saat umur gadis itu mencecah 12 tahun. Alasannya adalah kerana ayahnya perlu kembali kerana dia mempunyai kerja yang penting di Korea.

Walaupun berasa sedikit gementar, Hanna bersedia pulang ke Korea dan dia mendapati bahawa dirinya sangat menyukai negara Asia ini. Namun sayang, keadaan Hanna telah menjadi semakin teruk dan dia terpaksa tinggal di Seoul Hospital of South Korea dan menerima rawatan. Ibu bapa Hanna telah membelanjakan puluhan ribu untuk kos rawatan anak mereka tetapi sampai sekarang, Hanna masih lagi terlantar di hospital.

Wang bukanlah satu masalah untuk keluarga Jung ini kerana mereka merupakan saah satu keluarga yang tersenarai di dalam ’10 Richest Family’ di Korea Selatan. Hal ini kerana keluarga Jung mempunyai kedai barang kemas mereka yang tersendiri iaitu ‘Pandora.Co’. Pandora.Co bukan sahaja terkenal di Korea malah di serata dunia. Itulah salah satu sebab mengapa Hanna lahir di London, England. Sudah jelas bahawa keluarga Jung ini sangat kaya tetapi sayang, harta bukanlah segala-galanya.

Wang tidak boleh membeli kesihatan orang yang tercinta.

 Money cannot buy the health of those we love.

“Hanna rasa macam mana hari ni? Okay tak? Ada rasa pening-pening?” Itulah soalan wajib slash standard yang akan ditanya oleh Doktor Byun seminggu sekali kepada Hanna. Memanglah korang dengar macam soalan yang biasa tapi, cuba try dengar soalan tu selama 10 tahun berturut-turut, berdesing tak telinga korang?

Hah, tahu pun.

“I’m fine Doctor. Healthy as a horse,” Jawab Hanna tenang. Dia menyaksikan lelaki yang berumur di dalam linkungan 30-an itu membelek report-report tentang dirinya.

Hanna teringat ke kata-kata Doktor Byun kepada ibu bapanya seminggu yang lalu. Begitu sebak tangisan ibu Hanna di saat lelaki itu berkata bahawa Hanna hanya mempunyai 2 tahun untuk hidup. Sejujurnya, Hanna sudah lama tahu akan kondisinya dan gadis itu sudah pun sedia menerima takdirnya. Namun ibu bapa Hanna tidak pernah mengalah, mereka masih lagi menipu diri mereka sendiri dengan mengatakan bahawa puteri sulung mereka itu akan sembuh.

“Eh, hari ni 19 Oktoberlah,” Kata Doktor Byun, “Macam ada yang special je hari ni,” Dia menjongketkan keningnya sedikit sambil memandang ke arah pesakitnya itu.

Hanna tersenyum lemah, matanya kelihatan sedikit kuyu, “19 Oktober? Apa yang special ya Doktor?”

“I’ve known you since you’re small Hanna. Do you think I’d forget your birthday?”

“You always remember Doctor Byun,” Hanna mula menjawab di dalam Bahasa Inggeris, selaras dengan apa yang dikatakan oleh doktornya, “Thank you for remembering.”

Doktor itu menggelengkan kepalanya. “No, no. Selagi saya tak bagi hadiah, selagi tu you can’t say thank you to me.”

“Doktor nak bagi saya teddy bear lagi ke? Saya suka semua teddy bear yang doktor bagi, especially yang warna putih tu. Reminds me of marshmallows.” Hanna ketawa kecil.

“Teddy bears again? Umur dah 22 kan tahun ni. Mana boleh main dengan teddy bear lagi.”

“Mana ada saya main. Saya bagi adik lelaki saya mainlah.” kali ini memang terkekek gelak Hanna, sampai terbatuk jadinya.

Doktor Byun mula khuatir. Dia segera menuangkan air lalu terus menyerahkan cawan itu kepada Hanna, “Be careful Hanna,”

Gadis itu meneguk airnya sambil mengangguk.

“Saya kena check patients yang lain. I’ll come back at 12 something. Kalau ada apa-apa, tekan pun-”

“-Punat hijau tu, nanti nurse akan datang tolong,” Hanna memotong kata-kata doktornya. “I’ve been here for 10 years. Rasanya saya dah masak dah dengan peraturan hospital ni doktor, don’t worry about me.”

Lelaki itu berkeluh. Memang betul apa yang telah dikatakan oleh gadis itu. Dengan satu anggukan, dia pun meninggalkan Hanna.


“Hanna-noona!” Satu teriakan riang mengejutkan Hanna dari lamunannya. Seorang budak lelaki berlari masuk ke dalam biliknya lalu terus ke arah Hanna. Gadis itu sebenarnya sudah menjangka bahawa adik lelakinya akan sampai pada waktu tengah hari, iaitu sekarang.

“Minho,” panggil si kakak. “Mana Mama dengan Kak Chaena?”

“I’m here sweetie,” bunyi suara ibu kesayangan Hanna. Perempuan yang berumur 47 tahun itu muncul di daun pintu, tangannya penuh dengan kotak dan bekas makanan. Di belakangnya pula berdirinya seorang gadis yang seiras dengan Hanna, iaitu adik kembarnya, Chaena. Sama seperti ibunya, Chaena juga sibuk memegang bekas-bekas makanan dan kiuh-muih.

“Can’t you be quicker Mama?” Tanya Chaena dengan sedikit kasar. “These are too heavy! I can’t take it anymore.”

Hanna tersentap mendengar kata-kata yang telah dikeluarkan oleh adik kembarnya itu. Padanya, seorang anak tidak seharusnya berkasar dengan ibunya sebegitu. Hanna cuba bangun dari katil untuk menolong ibunya namun dihalang oleh Minho.

“Hanna-noona kan sakit, tak payah bangunlah.” Minho yang kecil itu menolak kakaknya supaya kembali dudk di atas katil.

“Minho boleh tolong Mama dengan Kak Chaena tak? Minho kan budak baik.” Pinta Hanna lembut. Minho memang tidak pernah melanggar kata-kata kakaknya yang sulung itu. Permintaan dari Hanna sering kali dia ikut, tidak pernah membantah atau pun membuat perangai di depan kakaknya. Sesungguhnya, Minho amat menyayangi kakaknya itu.

Ibu Hanna atau pun nama sebenarnya Anna Lilian Sumner melangkah masuk ke dalam bilik VIP itu dengan penuh berhati-hati. Anak keduanya pula mengikut dari belakang. Begini ceritanya, Anna merupakan seorang wanita berbangsa Inggeris. Dia telah berkahwin dengan seorang lelaki berbangsa Korea iaitu bapa kepada Hanna, Chaena dan Minho. Pendek kata, ketiga-tiga beradik ini mempunyai darah Inggeris yang dicampurkan dengan darah orang Korea.

“Mama! Mama! Let me help you.” Minho cuba memberikan bantuan kepada ibunya. Oh ya, Anna ini walaupun dah lama duduk dekat Korea, dia masih lagi tidak fasih dengan bahasa di situ. Anak-anaknya pula semua dididik untuk fasih berbahasa Inggeris maka mereka tiga beradik berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris apabila bersama ibu mereka.

“Dah tak payah nak sibuklah,” kata-kata yang menyakitkan sekali lagi keluar dari mulut Chaena. “Tadi tak nak tolong. Pegilah dekat kakak kesayangan kau tu, buat menyusahkan orang je.”

"Jung Chaena! Do not talk to your brother like that.” Anna sudah mula mengeluarkan amarannya. Wanita ini mungkin tidak fasih berbahasa Inggeris namun dia masih lagi faham serba-serbi bahasa negara yang dia duduki itu. Anna sangat pantang apabila anak-anaknya mengeluarkan kata-kata bisa, apatah lagi kepada Minho yang masih lagi kecil.

Chaena menjeling bosan. Dia sudah selalu kena tegur dengan ibunya, dah tak rase pape dah pon. Dia meletakkan bekas-bekas yang dibawanya di atas coffee table yang sedia ada di dalam bilik kakaknya. Chaena menghempaskan dirinya ke atas sofa yang tersedia dan mula mengeluarkan telefon touch screennya.

Anna hanya menggeleng melihat perangai anak perempuannya yang satu itu. Walaupun Hanna dan Chaena kembar, sifat mereka sangat berlainan. Adakah penyakit juga menjadi suatu faktor kepada personaliti seseorang?

Keadaan di dalam bilik itu tiba-tiba menjadi sedikit janggal.

“Do you need help Mama? I can help,” bisik Minho lagi, takut sekiranya Chaena mendengar.

Anna hanya memberikan senyuman manis kepada anak bongsunya itu, “Take this box and give it to your sister,” Anna menghalakan sebuah kotak yang sudah dibalut kemas kepada Minho. Dengan happynya budak lelaki itu menurut permintaan ibunya dan menyerahkan bungkusan hadiah itu kepada Hanna.

Hanna terkejut melihat hadiah yang telah disediakan oleh ibunya. Selama 10 tahun dia tinggal di hospital, ibunya hanya akan menyediakan juadah-juadah yang sihat dan juga manisan seperti kek dan kuih-muih. Bab-bab hadiah ini biasanya diserahkan kepada bapa Hanna.

Mata Hanna meneliti kotak yang kini berda di tangannya itu. Wrapping paper yang berwarna-warni telah melitupi kotak itu dengan cantik. Minho yang berada di sebelah Hanna tersenyum riang, pipinya yang montel akan membuatkan sesiapa sahaja berasa geram. Kalau bukan sebab terkejut akan pemberian hadiah itu, sudah lama pipi adiknya itu menjadi mangsa.

“Happy birthday dear,” Anna yang kini sudah kosong tangannya duduk di tepi katil anak sulungnya. Bibirnya mengukirkan senyuman yang sangat indah di mata Hanna. “Open it,”

“This…Is for me?”

“Of course my dear. Open it, I’m sure that you’ll like it very much.”

“Open it!” Minho pula yang terlebih excited.

Hanna hanya mengangguk lalu membuka bungkusan di tangannya dengan penuh berhati-hati. Sedikit demi sedikit wrapping paper itu dikoyakkan oleh Hanna. Tidak lama kemudian, tulisan-tulisan yang ada pada kotak itu dapat dibaca.

Mata Hanna terbeliak.

Am I dreaming?

“Polaroid Camera? Is this…Real?”

Senyuman Anna dan Minho menjadi lebih lebar apabila melihat reaksi Hanna. “Yup, that’s a Polaroid Camera alright. And it’s all yours.”

“Thank you so much Mama!"

“You’re welcome dear. Now,” Anna memandangkan anak lelakinya dengan penuh mischievous and fun. “Who wants some cake?”

“Me!" Jawab Minho. Budak lelaki itu berjalan ke arah coffee table dan mula membuka kotak yang berisi kek special Birthday Hanna dan Chaena.

"Chaena-noona, tolong Minho please?" Minho meminta dengan suara yang perlahan dan teragak-agak. Takut kakak dia yang nombor 2 ni bertukar jadi singa. Dia jugak yang susah nanti.

Chaena menjelingkan matanya tanda menyampah, tetapi dia masih lagi menolong adik lelakinya membuka kotak kek dan juga memotongnya kepada beberapa potongan. Kek Strawberry Cheesecake tempahan special ibu adik beradik Jung sememangnya favourite sekeluarga. Tak kiralah birthday siapa-siapa pun, kek itulah yang akan menjadi pilihan.

"Nah," Chaena menghulurkan piring kecil berisi sepotong kek kepada adiknya. "Duduk diam-diam, jangan buat comot."

Minho menurut perintah. Hai, budak-budak. Kalau ada kek atau pun manisan, semua benda dia dengar cakap. Chaena membawa dua lagi potongan kepada ibunya dan Hanna yang terdiam sejak tadi. Mereka sekeluarga sangat memahami perangai Chaena. Nampak memang 'cold' dan pemarah tetapi sebenarnya, hati dia sangat baik.

Hanna tersenyum apabila kembarnya memberikannya piring berisi kek. Dia sangat suka apabila Chaena berbuat baik dengannya."Chaena tak makan?"

"Nanti-nanti jelah, belambak lagi kat rumah," sekali lagi Chaena berkasar, tetapi kali ini kepada kakaknya pula.

"Oh really? Okay then..."

Dan suasana sekali lagi menjadi janggal.


"Are you sure you're going to be fine?" tanya Anna kepada puteri sulungnya buat kali yang ke 10. Jam sudah pun menunjukkan pukul 7 malam. Mereka berada di hospital itu hampir separuh hari. Banyak yang telah dibincangkan oleh Hanna dan ibunya, manakala Chaena tetap dengan wajah bosannya dan tidak lekang dari telefon bimbitnya itu. Pelik juga, macam mana bateri phone dia tak habis?

Minho lagilah tak payah cerita, asyik terlompat sana-sini dan makan kek. Tu jelah kerja dia di bilik hospital itu.

Tetapi sekarang dah tertidur, penat sangat agaknya.

"Yes Mama, I'll be fine. It's almost night now, you guys should go home,"

"How about if I stay then? Chaena and Minho can go home. Or do you want us to come back later?" mula dah 'motherly sense' perempuan yang bernama Anna Lilian Sumner ni, selalu sangat risaukan anak-anak dia.

Tapi...

Hanna memang wajar dirisaukan.

"Are you coming home or not Mama? I'm dying here," kedengaran suara Chaena dari pintu. Minho yang sudah lena itu didukungnya namun dia masih lagi memegang beberapa bekas tupperware. Sekali pandang memang seksa nampaknya.

"I'll be fine. Go home and have a rest, okay Mama?" Pujuk Hanna lagi. Dia sudah mula kasihan dengan kembarnya yang terpaksa melayan kerenah Minho dan ibunya. Hanna tahu yang Chaena sudah lama bosan dengan 'routine' ini setiap kali hari jadinya. Sudah tentu Chaena seperti gadis-gadis yang lain, ingin menikmati birthdaynya dengan gembira dan bukannya terperap di dalam bilik hospital.

"Mama, make up your mind," kata Chaena lagi. Aduh, memang seksa sebenarnya. Minho tu pun bukannya kurus sangat budaknya.

"Fine!" jawab Anna, sedikit kehilangan sabarnya. Dia menghembuskan nafas untuk kembali tenang. "I'll be going then. Take care okay my dear?"

"I will Mama. Now go," Hanna mengukirkan senyuman dengan harapan ibunya dapat pulang dengan perasaan tenang. "And oh, send my regards to Papa too."

"I will." Anna menyinggahkan satu ciuman pada dahi Hanna dan mula melangkah keluar dari bilik itu. Hanna mengeluh, selepas hampir separuh hari menyaksikan keriuhan adik lelakinya, bilik tersebut sekali lagi menjadi sunyi sepi.

Hanna merenung ke arah tingkap. Cahaya senja mula menghilang dan diganti dengan langit baldu. Seoul Hospital of South Korea itu sebenarnya terletak di tengah-tengah bandar Seoul jadi Hanna sentiasa ditemani lampu-lampu jalan dan juga kelip-kelipan lampu yang berwarna-warni.

Walaupun sedikit susah, Hanna berjaya juga bangun dan dia mula berjalan ke arah tingkap. Tujuannya adalah untuk melihat lampu-lampu dan juga bangunan-bangunan dengan lebih dekat.

"What are you doing?" kedengaran suara seseorang dari belakangnya. Hanna menoleh ke belakang, dan matanya bertemu dengan mata kembarnya yang clearly looks annoyed.

"Chaena? Kenapa datang balik?"

"Tertinggal tupperware tu," Chaena melirikkan matanya ke atas coffee table di mana terletaknya 2 tupperware yang dimaksudkan.

Dengan penuh malas, Chaena mengambil tupperware yang kosong. "What are you doing Hanna? Bukan ke kau tak boleh bangun?"

"Tak digalakkan bangun, it doesn't mean that I can't actually walk," jawab Hanna tenang, "Biasanya kalau nak jalan kena ada orang tolong ataupun pakai tongk-"

"Oh wow, berjalan pun kena ada orang jaga?" dengan kasarnya Chaena memotong kata-kata kakaknya."Lemah sangat ke kau ni hah?"

Hanna terdiam.

"Menyampahlah, kenapalah kau ni menyusahkan sangat?" kali ini memang berbisa kata-kata Chaena. Dia sendiri tidak bermaksud untuk melukakan hati kakaknya tetapi dia tidak lagi dapat menahan persaannya itu. Selama belasan tahun dia hidup di dalam bayang-bayang Hanna. Ibu bapa mereka telah mencurahkan kasih sayang yang tidak terhingga kepada Hanna sampai Chaena rasa tersisih. Hati kecil Chaena sentiasa terluka apabila ibu bapa mereka menyebut nama Hanna kerana pada dirinya, di hati mereka hanyalah Hanna, Hanna dan Hanna.

Chaena terlalu sedih, terlalu dahagakan perhatian dari ibu bapanya.

"I don't get it, it's either you survive or die. Apa yang complicated sangat pasal penyakit kau ni? For once Hanna, just once. I wish that you would stop being such a nuisance!"

Chaena sendiri sedar bahawa dia telah melangkaui batasan. Dia tahu bahawa hati Hanna sekarang sangat terguris dengan kata-katanya.

Air mata yang gugur dari pipi kakaknya itu adalah bukti kesedihan Hanna.

Si adik bukanlah seorang yang rasional dan tenang. Chaena cepat gelabah dan tidak tahu bagaimanakah caranya untuk menangani situasi seperti ini. Lari dari masalah bukanlah tindakkan yang baik tetapi sekarang, Chaena buntu. Dia tidak tahu apa yang seharusnya dia lakukan untuk menenangkan kakaknya.

Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk melarikan diri. Dia tidak lagi menghiraukan kakaknya yang sedang menangis di tingkap. Chaena bergegas keluar dari bilik kakaknya namun di saat dia hendak menutup pintu, Hanna bersuara:

"Happy Birthday Chaena."


Begitu susah untuk Hanna melelapkan matanya. Dia terlalu sedih dengan kata-kata Chaena. Dia tertidur pun dengan menangis. Hanna dikejutkan dari tidurnya oleh satu suara yang tidak pernah didengarinya sebelum ini. Untuk makan ubat? Mustahil kerana Hanna hanya dibenarkan makan ubatnya selepas 8 jam, iaitu pukul 10 pagi keesokkan harinya.

Jadi kenapa dia dikejutkan?

Dan siapa yang kejutkan dia?

Hanna mencelikkan matanya dengan perlahan. Imej didepannya yang kabur mula menjadi nyata selepas digosok beberapa kali.

"Tak elok gosok mata tau, nanti rosak mata tu nanti," orang di depan Hanna itu berkata lagi. Dari mendengar suara, Hanna sangat positif yang orang tersebut adalah seorang jejaka. Hanna berhenti menggosok, matanya sekarang tepat bertentangan dengan mata lelaki itu, Walaupun biliknya hanya dipasang night lamp, Hanna sangat pasti bahawa mata yang sedang merenungnya itu berwarna kecoklatan.

"Hi!" lelaki itu tersenyum. Keriangannya mengingatkan Hanna kepada Minho.

Pelik.

"Uh..." Hanna menyahut dengan perasaan sedikit blur dan confused. "Who are you?"

"Mak aih, speaking babe. Betulah awak ni Minah Inggeris tu ye?"

"Erk...Minah Inggeris? You mean from London?"

"Hurm, betul la tu," lelaki itu mula menjauhkan mukanya dari Hanna sekaligus memberikan ruang untuk Hanna bangun. "Nama saya Byun Baekhyun. Macam pernah dengarkan? Memanglah! Saya ni adik Byun Baekbeom. Doktor awak yang tak sedar diri dah tua tu!" Begitu happy lelaki itu,erk, Baekhyun memperkenalkan dirinya.

"Uh...Okay," langsung tiada perubahan, Hanna masih lagi mamai dan blur. "Awak cari abang awak ke?"

"Pergh, buat apa nak cari mamat kerepot tak sedar diri tu? Saya datang nak jumpa awaklah!"

"Saya? Kenapa?"

"Because you are my new patient!" tadi panggil Hanna Minah Inggeris, ni dia pulak yang tiba-tiba jadi Mat Salleh.

"Excuse me, what did you say?"

"I'm your new doctor Miss Jung Hanna. Well, trainee-doctor je sebenarnya, tapi memandangkan Leukemia ni keparan saya, awak akan jadi patient saya!"

"Trainee-doctor?"

"Yup!"

"O...Kay. Jadi...Awak nak bagi saya ubat ke apa ni?"

"Hah?" terbeliak biji mata Baekhyun. "Gila apa nak bagi ubat malam-malam buta ni?"

Yang dia tu visit orang sakit malam-malam buta tak gila?

"Mana ada, saya saja je nak visit awak."

"Oh." Balas Hanna ringkas.

Baekhyun menjongketkan kening, sama seperti abangnya. " 'Oh' je? Awak tak takut saya ni serial killer yang mungkin akan bunuh awak ke?"

"Tak...?"

"Mah aih, blurnye. Awak mamai lagi ek? Nak tidur lagi ke?"

Hanna mengangguk.

"La, ngantuk lagi rupanya. Tak apalah. Tidur-tidur, ke nak saya dodoikan?"

"Uh..."

"Tidur jelah. Blur tahap kronik dah tu."

Memang benar kata Baekhyun, Hanna sememangnya sangat blur kerana dia belum mendapat tidur yang cukup. Inilah yang pelik sedikit tentang Hanna. Dia kalau tak cukup tidur memang akan blur, hanya Doktor Byun yang memahami habit Hanna yang satu ini.

Doktor Byun Baekbeom ya, bukan Doktor-Trainee Byun Baekhyun.

"Kejap," Baekhyun bersuara lagi, "itu kek ke?" dia menunjukkan ke arah coffee table.

"Strawberry cheesecake," sempat lagi Hanna memberitahu perisanya.

"Awak...Nak sikit boleh?"

"Knock yourself out." Ya, itulah jawapan blur dan tidak berfikiran panjang dari Jung Hanna.


20 November 2013

“Hai Hanna!” tersedak Hanna mendengarkan suara yang sudah tidak asing lagi baginya itu. Gadis itu terbatuk buat seketika lalu meletakkan cawan yang berisi air masak di atas meja di sebelah katilnya.

“Byun Baekhyun-shii…” Hanya panggilan pendek itu sahaja yang mampu Hanna keluarkan kerana dia masih lagi tidak selesa. Ada juga lagi sisa-sisa batuk yang keluar dari mulutnya.

Baekhyun mengerutkan keningnya, dengan perlahan dia pergi ke arah katil Hanna dan duduk di sebelah pesakitnya itu. Hari ini genap sebulan dia menjadi doktor Hanna, meskipun hanya trainee-doctor sahaja.

Di bawah bimbingan abangnya iaitu doktor Hanna yang asal, Byun Baekbeom, Baekhyun berjaya mengharungi bulan pertama menjadi seorang doktor dengan jayanya. Kerana statusnya sebagai trainee-doctor, hanya sebilangan kecil sahaja pesakit yang diserahkan dibawah jagaannya. Sebenarnya, majoriti patients Baekhyun hanya demam biasa sahaja. Mereka tidak memerlukan check-up yang banyak. Makan ubat dan tidur sahaja pun dah boleh sembuh.

Yang specialnya pada Byun Baekhyun ini ialah dia seorang yang berkelulusan di dalam bidang Biology. Bab yang dia paling terrer adalah penyakit kanser sel darah yang lebih dikenali sebagai leukemia, persis seperti penyakit yang dialami oleh Jung Hanna.

Abang Baekhyun pernah memberitahu bahawa harapan untuk Hanna sembuh sangat tipis, apatah lagi Baekbeom sudah menjangka yang Hanna hanya tinggal 2 tahun untuk hidup. Baekhyun mempercayai segala fakta-fakta yang telah disampaikan oleh abangnya tentang Hanna tetapi bagi Baekhyun, tipis tidak bermaksud langsung tiada. Pemuda yang berumur 24 tahun ini percaya yang Hanna akan sembuh. Malah, tidak ada sekelumit pun keraguan di hati Baekhyun.

“Awak ni Hanna, kan dah cakap tak payah panggil Byun Baekhyun-shii. Dengar formal sangatlah.”

“You’re my doctor, saya tetap kena hormat awakkan? Baekhyun-shii.”

“Tu tu, tengok tu! Dah tak payah panggil saya Baekhyun-shii lah.”

“Habis tu nak panggil apa?”

“Baekhyun je pun dah cukup. Tapi, kalau betulah awak nak hormat saya, boleh je panggil saya……” Baekhyun memberhentikan kata-katanya, matanya menyinarkan kenakalan.

“Panggil apa?” Tanya Hanna walaupun dia sudah menjangka yang doktornya itu sudah mula ‘playful’.

“Panggil Oppa pun boleh!”

Gadis itu menjelingkan matanya setelah mendengar kata-kata Baekhyun. Sejujurnya, dia merasakan yang doktor dia ini sangat childish orangnya, kebudak-budakan.

“Ala bolehlah, bolehlah.” Ha sudah, aegyo Byun Baekhyun sudah keluar!

Hanna cuba menepis adukan daripada Baekhyun. “Baekhyun-shii, awak tak nak buat medical check-up ke?”

“Pagi tadi awak dah buat dah kan? Tak payah dahlah, serabut.”

“Habis tu?”

“Ala…Saja nak visit my favorite patient,” Bersinar-sinar mata coklat kepunyaan Baekhyun. Aegyo dia tak habis-habis lagi, “Takkan tak boleh? Saya bosanlah duduk kat office tu,”

“Duduk dalam bilik putih ni tak bosan?”

“Tak! Sebab ada awak……” Aegyo melampau!

Hanna tergelak kecil. Meskipun doktor dia ini kebudak-budakan, Hanna masih lagi menyukai kehadirannya kerana personalitinya yang ceria. Even though he is childish, dia sangat lawak orangnya, sebab itulah Hanna tak kisah bila Baekhyun datang mengunjunginya walaupun pada masa lapang.

“Gelak pun dia!” kali ini Baekhyun menepuk tangan pula, hanya kerana Hanna tergelak kecil. Dia mengeluarkan sesuatu dari poket kot putihnya dan memberikannya kepada Hanna.

“A treat for you giggling.”

Hanna mengambil plastik kecil itu daripada jejaka itu. Di tangannya sekerang adalah seketul marshmallow kecil yang dibalut di dalam plastik mini.

“Marshmallow?” Hanna tergelak kecil lagi. “Awak simpan marshmallow dalam poket kot awak?”

“La…Salah ke? Awak jugak yang suka kan?”

“Huh?” mula dah blur Jung Hanna ni.

“Uri-hyungie bagitahu yang awak suka makan marshmallows, tu yang saya bagi tu. Tak nak ke?”

“Oh.” Blur tahap kronik dah tiba.

“Makan, makan, saya beli murah je tu."

Hanna hanya memandang kosong marshmallow tersebut. Sebenarnya otak dia blur lagi. Iyelah, kan dia tersedak dek terkejut dengan panggilan Baekhyun sebentar tadi. Lelaki itu mengeluh lalu mengambil semula plastik berisi marshmallow lalu membukanya.

“Say aaaa……” Arah Baekhyun. “Bukalah mulut tu, nak makan tak ni?”

“Erk…Aaaa…” Hanna membuka juga mulutnya. Kemanisan marshmallow yang sememangnya favouritenya itu membuatkan Hanna tidak perasan yang sebenarnya, Baekhyun telah menyuapkan dirinya.

Baekhyun tersenyum gembira. “Sedapkan? Bagus,bagus, nanti makan lagi.”

“Awak nak bagi saya lagi ke?”

“Aik, yang itu pun tak habis makan awak dah nak yang lain ke? Ish ish ish.”

Merah jadinya pipi Hanna. Gadis itu memang tidak boleh diusik. “Ma…Mana ada…Bukan ke tadi awak yang offerkan?”

Kata-kata Hanna itu membuat Baekhyun tersengih. “Saya rasa awak ni bukan penyakit yang kronik, tapi kebluran awak tu yang kronik. Saya main-main jelah Hanna, janganlah gullible sangat.”

Hanna hanya terdiam mendengar kata-kata Baekhyun. Suasana yang asalnya ceria tiba-tiba berubah menjadi janggal buat seketika. Baekhyun memang seorang yang tidak boleh duduk diam. Tambahan lagi, dia sangat peka dengan perasaan dan isi hati orang lain. Dia dapat merasakan sekiranya seseorang itu berasa kurang selesa atau pun sedih.

“Hey, are you okay? Saya tersalah cakap ke apa ni?

Hanna terus membisu buat seketika. Matanya yang keletihan memandang Baekhyun dengan penuh sayu.

“My gullibility is in fact chronical. Tapi penyakit leukemia saya tu kronik jugak. Kronik sampai tiada harapan dah.”

Baekhyun tersentak mendengar kata-kata Hanna. Entah kenapa, hatinya berasa pedih apabila Hanna berkata yang sedemikian. “Who said so Hanna?”

“Tak ada orang cakap pun saya dah tahu Baekhyun,” suaranya sekarang semakin sayu.

“Well then, I say no. There is still hope Hanna, awak kena teruskan perjuangan awak ni,”

“But I-”

“No buts,” Baekhyun terus memotong ayat Hanna, terdiam gadis itu dibuatnya, “This is not the end, you have to believe that. Saya akan cuba sedaya-upaya untuk tolong awak Hanna but before I can do all of those, awak kena ada semangat untuk hidup.I believe in you, I know that you will survive this so please Hanna, have hope.

Hanna hanya mampu memandang Baekhyun dengan rasa hiba. Sejujurnya, hati kecil gadis itu sangat takut untuk mati namun dia tahu yang dia hanya menghitung hari menunggu ajalnya tiba. Sangat perit bagi Hanna mendengar apa yang telah dikatakan oleh Baekhyun kerana dia mempunyai harapan yang tinggi untuk Hanna sedangkan gadis itu sendiri sudah lama berputus asa.

I want to believe you, I really do.

But there's no more hope left.

Dah memang tiada lagi harapan untuk saya Baekhyun.

 

the writer's words

Yay! First chapter is up! Makaih, apasal panjang sangat chapter ni hahaha xD Banyak sangat ke English dalam cerita ni? Harap tak kena disqualified, lol. Please upvote, comment and subscribe, thank you!

P.S: Kalau suka tolonglah leave a comment sebab chapter ni emg seksa nak taip (lol, just joking)

P.P.S: Ada spelling error tak? Ash dah proof-read tapi tak tahulah kalau ada lagi perkataan yang tersalah ejaan.

< a tori creation >

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hanbinhaera #1
Chapter 5: Im crying author. Congratulations. Im your fans XDD
Kkyungwifeuu12_
#2
Chapter 5: Chapter.4-Aq sekarang tngh nangis hnye disebabkan imagine yng menyentuh hati nieyy T^T....Too sad for Baek...Baek,,Dont cry jebal T^T...
Naturalpeach
#3
Chapter 5: Ok, ok..
Sedih.

Baek, jangan nangis ya sebab saya dah nangis dulu T----T !

Apapun, author-nim!! Jjang jjang! Daebak 1000% ! ^^ Speciality saya menulis sad FF tak dapat menandingi skill awak lagi :3 ! **Speciality lah sangat puihh!

Apapun, FF ni akan saya jadikan guide untuk saya menulis FF memandangkan saya buat FF heroin tu sakit juga >< !
Ok bye nanti muak pula baca komen ni penuh dengan ayat perasan terlebih :3
Yanseob_YS
#4
Chapter 5: Crita author mmg terbaik!! Smpai menangis sy bca. Sy sukakan jln crita ni. Daebak!!
tenmachan
#5
Chapter 5: Cntik,,watak dye pon hidup,, spe kate tatabhasa bm awak kurang baik,, ok, sye dpt rase mlalui penulisan awak, sayangnye cite ni tk menang,,
MiLLaJungK00kie #6
Ash,citer ni mmg sedih giler2. Sian doktor Baekhuyn.... Semua citer Ash best! good job n teruskan menulis lg. Akak sokong Ash ye. Sori akak lmbt komen... hehe..
4DwindflowerJS
#7
Chapter 5: *sobs* yah yah... TTTT^TTTT sedih gyla......... touching gyla cik Ash uat.... takleh kluar bilik nie.. mata pun bengkak sebab cita Ash nie... nak sekeh muleh sebab uat akak nangis? aighuu..sorry ash baru baca sekarang... akak kena cari feel utk baca angst.. =_=;
secret_admire #8
Chapter 5: seriously.. citer ni memang sedih giler..
entah da berapa kali sya menangis tak bertermpat.. XD

tapi, citer ni memang daebak!!
you're the best author-nim!!

fighting!!

i wii always support you!! :)
angelily95
#9
Chapter 5: you know what? you are a great author.

Ash terima pendapat orang, and i like that attitude. thanks for the effort.

i never expected you to translate that letter.

Unnie terharu.. bkn sbb ff ni, sbb Ash.


tabik spring skala 1000/100 utk Ash!

Fighting!
Shimmieh
#10
Chapter 5: there's still a lot of room for improvement sayang. Apa yang penting, always try your best no matter what people say. Tanya diri sendiri? Kenapa aku menulis? You know the answer. Pedulikan apa yang orang cakap. Your writing reflect your mind. Tahap matangnya seseorang bergantung pada cara dia menyampaikan sesuatu penceritaan. You know I see you have a high level of maturity for a 15 yrs? Tak adalah matang sampai tahap dewasa but i can see kematangan here. Ohoh, kalau ada yang terasa dengan komen ni, maaflah. Ni khas untuk Ash, sebab akak rasa Ash memang matured. So, keep calm and do what you want. Thats the key to success. Love yourself, appreciate yourself, then people will appreciate you. Got it, sweetheart?

With love,
fixi_baby