장미 FINAL.

ROSE 장미

My broken heart like a wave
My shaken heart like a wind
My heart vanished like smoke
It can't be removed like a tattoo

2 years later

Musim luruh telah pun tiba. Dedaun kering berguguran daripada pohon nya, angin meniup sepoi-sepoi bahasa. Cuaca sangat tenang pada hari ini, tapi hati aku pula sebaliknya. Aku mengetuk-ngetuk meja yang telah disediakan sekadar menghilangkan rasa bosan, aku begitu curiga dengan mesej yang aku dapat semalam. Menurut mesej itu, aku harus datang ke cafe Seomchang-dong ini, pada pukul 5 petang. Aku mengerling jam di tangan, ianya menunjukkan pukul 5:10 petang. Mungkin orang ini hanya ingin mempermainkan aku je kot?

"Haru! Omma dah kata jangan main dengan makanan! kenapa degil sangat ni! Yahh!" 

Haru?

Aku menoleh ke tempat suara itu berada, hati aku berdegup kencang apabila mendengar nama itu. Masih..aku masih begini sejak dia pergi. Betapa besarnya impak kehadiran Haru di dalam hidup aku. 

Aku memandang 3 orang yang berada di belakang meja, mereka terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki. Oh..anak lelakinya bernama Haru. Aku tersenyum, Haru junior itu sedang membaling-baling sayur ke arah ibu nya. Mungkin dia tak suka makan sayur. 

Fikiran ku kembali melayang kepada Haru, apa khabar dia sekarang? Adakah dia masih cantik seperti dulu? Kenapa begitu susah untuk aku melupakan dia? Aku tak pernah melihat dia sejak pertemuan akhir kami di belakang bangunan Daegu, dia juga tak hadir waktu hari graduasi. Mungkin aku patut menghubungi Haru kembali dan bertanya khabar? 

Yeah. Aku mesti.

Kalau lah Sehun tak datang dan beritahu segalanya, pasti aku dah Haru tak akan berpisah. Biarlah aku tak tahu semuanya, walaupun Haru berpura-pura, aku tak kisah. 

"Jongin." panggil satu suara.

Aku terkejut apabila mendapati ianya adalah Kris. "Sorry aku lambat, ada hal tadi." kata Kris sebelum mengambil tempat duduk. Dia kelihatan pucat, dan lesu. "Kau orang yang hantar mesej tu semalam?" 

"Yes. Mainly because I have something important to talk about." balasnya dengan muka serius. Aku mengangguk, sebelum memesan secawan kopi untuk Kris. "Hidup kau macam mana sekarang?" tanya Kris, masih dengan muka ketat.

Aku akui, walaupun dia lah  punca aku memutuskan hubungan dengan Haru, aku tetap tak dapat membenci nya. Entah kenapa, tapi perasaan itu mula hilang, sama dengan perasaan marah dan benci aku terhadap Haru.

"Tak ada apa yang menarik," balasku. "..kau ada jumpa Haru? Macam mana dengan dia sekarang?" 

Raut wajahnya berubah, "Sehari lepas kita graduate, dia dapat peluang jadi photographer dekat syarikat yang agak terkenal." balasnya.

"Oh ya? Cita-cita dia tercapai jugak." aku menghirup secawan kopi dengan perlahan. Manakala Kris tak senang duduk, "Erh, let's stop the useless chit chat. Aku nak mintak maaf." katanya.

Aku bingung, kenapa dia perlu meminta maaf?

"..Sebab aku yang cabar Haru untuk jadikan kau boyfriend dia."

"Cerita dah lama, aku tak nak ungkit." balasku. 

"Tak, aku yang bersalah. Semuanya salah aku!"

"Kau tak payah mintak maaf, aku dah maafkan semua." 

"Kau tak faham!!" marah Kris, dia kelihatan tertekan. Aku terdiam, memberi Kris masa untuk menenangkan dirinya. Kenapa dengan dia? Kenapa dia tiba-tiba datang dan mahu minta maaf? Sejak di bangku sekolah lagi Kris terkenal dengan sikap perengus dan angkuhnya. Apa yang membuat dia mengetepikan egonya yang menggunung tu?

"..aku yang suruh Sehun bagitahu semua dekat kau. Pp padahal aku tau di—dia—" Kris menutup mukanya, air mata mula mengalir. Apa yang Kris cuba sampaikan sebenarnya?!

"Tell me."

"Haru memang suka kan kau dari dulu lagi! Sebab tu kami selalu kacau dan cabar dia, aku tak tahu dia serious dan terima cabaran tu. Aku..a..aku tak tahu."

"..aku tak sepatutnya buat.....buat macam tu,aku tau aku salah. Aku sukakan Haru tapi dia..tak pernah anggap aku sebagai—"

Kris mengelap air matanya, "Dia kawan aku sejak kecik, sebab tu aku bebas keluar masuk rumah dia,tapi kami tak pernah buat apa-apa.."

"Haru tertekan lepas dia...Jon..Jongki," Kris kini tersedu, dia tak dapat mengawal perasaan nya.

Jongki? Haru pernah menyebut tentang dia sebelum ni. Siapa Jongki? Aku masih ingat lagi, dia akan memanggil aku dengan nama Jongki jika dia sedang mabuk.

"Siapa Jongki?" soalku.

"Adik Haru yang mati sebab dilemaskan...bapak dia..lemas..lemas..kan, rupanya sama dengan kau....aku..mi..mintak maaf."

Aku tersentak. Kenapa aku tak pernah tahu tentang hal ini? Kenapa aku terlalu bodoh untuk tidak bertanya tentang latar belakang keluarga Haru? Aku dibutai oleh sikap Haru yang sentiasa ceria dan selamba. Sungguh, aku bodoh.

Aku tiada masa untuk bertikam lidah mahupun bertumbuk dengan Kris, bagi aku, semua ini adalah salah aku sendiri, kenapa aku tak mendengar penjelasan Haru. Aku membuat keputusan dengan melulu dan begitu mempercayai kata-kata orang lain. Aku mesti cari Haru dan bersemuka dengan nya.

Aku mesti meminta maaf.

Aku mesti kata yang aku tak pernah lupa dan terlalu sayang kan dia.

"Haru, sekarang Haru dekat mana?"

----

My precious Jongin,

Maafkan saya kalau saya ada buat salah. Saya tak berniat nak mempermainkan perasaan awak, saya ikhlas apabila saya kata saya sayangkan awak. Saya tak pernah tipu, saya tak pernah berpura-pura bila dengan awak.

Jam yang saya bagi awak..tu jam Jongki. Satu-satunya peninggalan dari dia. Harap awak dapat jaga dengan baik.

Awak salah faham bila awak nampak leher saya penuh dengan kesan lebam. Awak tahu tak? Sakit bila tiub-tiub dipasang di leher saya. Sakit sangat. Saya tak nak bagitahu awak sebab saya belum bersedia.

Maafkan saya untuk segala-galanya,
Haru

Aku terduduk, air mata mula mengalir deras. Kotak yang dipenuhi oleh barang-barang kepunyaan Haru ku tenung, di situ terdapat satu album gambarku, dari aku berumur 16 tahun, sehingga 18 semuanya memenuhi album itu. Yang membuatkan aku betambah sebak apabila melihat dia menulis 'My first love' di tepi gambarku.

Aku tak menyangka yang dia mempunyai kanser paru-paru tahap 2 pada waktu kami bersama dulu.

Aku tak sangka dia juga mempunyai perasaan padaku.

Aku tak sangka dia mempunyai keluarga yang tidak mengambil berat tentangnya.

Aku tak sangka dia berlindung di sebalik muka yang ceria untuk menutup segala kesedihan yang ada.

Aku tak sangka dia pergi, tinggalkan aku, lagi sekali.

Aku tak sangka..yang dia sudah pergi selamanya.


Park Haru—

My love is like a red rose
It may be beautiful now
But my sharp thorns will hurt you


—Kim Jongin

Because I have no regrets from loving you, take only the good memories
I can bear it in some way
I can stand in some way

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hyemipark
#1
Chapter 3: Huwaaa sedih gileee duhh ~T_T~ btw Terbaikk giloss ff ni Good job Author - nim
parkyura98
#2
Chapter 3: wah! citer ni berjaya membuatkan saya mengalirkan air mata kesedihan, cerita mmg terlalu-lalu sedih, sye tak tau nk comment ape, cuma...sye boleh ckp..DAEBAK! :')
KoJhinhun #3
Chapter 3: Satu upvote untuk author-nim
azure_bliss
#4
Chapter 3: Crite nih best and touching, sedih. /sobs/
/claps/
Deserves an upvote! c:
--miszlav
#5
Chapter 3: sedeeeeeeeyhhhh... TTTTT.TTTTT
knp? why! why? they supposed to be together...
anyway, citer ni memey terbaaaeekkk!
ashmahlee
#6
Chapter 3: 소뎋 !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
DiamondSakura
#7
Chapter 3: sedihnya..dahlah aku dengar lagu sedih masa baca chapter last ni~~ T^T T^T T^T kesian haru..
inspiritsinfinite
#8
Chapter 3: sedihnyaa! btw daebak!