장미1/3.

ROSE 장미

21 Feb 2012-Daegu High School

Nama aku, Kim Jongin. Tak ada apa yang menarik tentang diri aku selain daripada budak lelaki yang selalu dianggap pelik oleh kawan-kawan. Aku mempunyai adik yang bernama Kim Jindae yang berusia 16 tahun, dia bersekolah di tempat yang sama denganku.

Kehidupan seharianku sangat membosankan, berbeza sekali dengan Jindae yang selalu keluar bersama kawan-kawan. Di sekolah apatah lagi, hanya memerhati orang disekeliling, berkawan, bergelak ketawa, makan beramai-ramai di kantin. Bukan aku tak cuba mencari kawan, tapi aku terlalu membosankan. Heh, itu lah yang Jindae cakap.

Tapi..salahkah orang seperti aku menyukai seorang perempuan yang agak popular di sekolah ni?

Mataku tak lepas dari memandang 'dia'. Langkahnya yang lemah lembut, matanya yang bundar, ah! aku boleh senaraikan semua benda yang aku suka pada dia. Namanya Park Haru, hobinya mengambil gambar, dia alah kepada makanan laut, anak tunggal, menyukai warna biru kerana biru mengingatkan nya kepada kebebasan dan laut, dia suka laut. Again, aku boleh senaraikan bermacam hal tentang nya. Memang kedengaran agak gila tapi, aku sudah suka dia sejak dua tahun dulu lagi. 

Cuma tak berani nak cakap.

Dari sini aku boleh mendengar dia ketawa, bersama kawan-kawannya yang terdiri daripada lelaki. Seperti Kris, Sehun, Chanyeol, Baekhyun dan Kyungsoo. Mereka berlima dikategorikan sebagai golongan atasan di sekolah, kerana mereka kaya, popular, dengan rupa paras yang sempurna? 

Aku merenung kosong ke arah mereka, Haru sedang memeluk Kris dengan erat. Entah kenapa, tiada lagi perasaan sakit hati yang bertapa. Ini semua, kerana aku sudah biasa. Kali ini dia melepaskan Kris lalu dia bercium mulut dengan Sehun. 

Iya..orang yang aku suka adalah seorang player.

10 Mac 2012 -Daegu High School

"Hyung, sampai bila nak diam aje?" 

Tiada reaksi daripadaku.

"Baik cakap, walaupun si Haru noona tu macam tak betul, tapi hyung kena cuba!" ujar Jindae, memberi semangat. "Ala..belum cuba belum tau, hyung!" sambungnya lagi sebelum beredar bersama kawan baiknya, meninggalkan aku terkulat-kulat sendiri. Patut ke aku pergi berjumpa Haru?

Aku berjalan menuju ke belakang bangunan sekolah, tempat yang selalu aku pergi untuk makan pada waktu rehat. Di situ terdapat sebuah taman yang terbiar. Aku mengambil tempat di sebuah bangku yang usang, memang agak menakutkan susasan di sini, tapi ianya membuatkan aku tenang. 

*klik, klik, klik*

Suapan ku terhenti, mencari-cari di mana bunyi itu berada. Aku menggaru kepala, siapa lagi yang tahu tempat ini selain aku? kalau diorang tahu pun, diorang tak akan pergi sini. 

*klik klik klik*

Aku meninjau-ninjau kawasan sekeliling. Mataku tertancap pada kelibat manusia di sebelah pokok, dia sedang leka membuat sesuatu. Aku berjalan menghampirinya, seorang perempuan..dia menoleh ke belakang setelah menyedari yang aku berada di belakangnya. Dia kelihatan bingung melihatku. Di tangan nya terdapat sebuah kamera..Haru?

"Hm?" 

"Er..sorry sebab ganggu." kataku dengan kekok.

Belum sempat aku melangkah pergi, dia menggengam kemas lenganku. "Jongki?" tanyanya sambil tersenyum. Jongki? siapa Jongki?

"Jongin, Kim Jongin." jawabku dengan tenang.

Dia melepaskan genggaman, dan menyilangkan tangan. "Ahh~Jongin! Mian." dia mengenyitkan mata. "Selalu ke pergi sini? tempat ni sesuai untuk ambil gambar! You know..pemandangan dia!" ujar Haru dengan mata yang bersinar-sinar.

Cantiknya..

"Jongin! Jongin?" panggil Haru. "Mimpi di siang hari ke?" dia ketawa kecil, sebelum berjalan ke depan. Aku cuba untuk tidak kelihatan bodoh di matanya. "Em, awak memang suka ambik gambar?"

Haru mengangguk laju.

"Kenapa?"

Dia menghampiriku, senyuman tak pudar dari wajahnya. "Taking pictures is savoring life intensely, every hundredth of a second." balasnya. "Uh! Saya kena pergi, nice to meet you Jongki!" kata Haru sebelum berlari-lari anak.

"See you tomorrow!" jeritnya tanpa menoleh ke belakang. "It's Jongin!" balasku.

Pelik. Untuk satu hari ni, aku tak pernah nampak dia sebagai seorang player yang suka mempermainkan lelaki. Dia nampak..lain. 

11 May 2012-Daegu High School

"Tak bosan ke duduk sorang-sorang macam ni tiap hari?" tanya Haru yang berbaring di atas ribaku. Dia bermain-main dengan rambutnya, "Dah biasa?" jawabku.

Kini telah genap beberapa bulan kami berkawan, setiap kali waktu rehat dia akan datang ke belakang bangunan sekolah ni. Pada mulanya aku agak janggal apabila berhadapan dengan nya, kerana dia terlalu straigh-forward dan selamba. Aku cuba untuk menyesuaikan diri dengan perangai Haru, kadang-kadang kami akan keluar bersama-sama, dia akan mengajak Sehun. Setiap kali kami keluar, dia akan membawa seorang lelaki yang berlainan.  Pokoknya, Haru dan aku tak pernah keluar berdua kecuali pada waktu yang macam sekarang.

Aku agak cemburu juga apabila dia melayan lelaki lain dengan mesra, ah! aku sepatutnya bersyukur yang dia mahu berkawan dengan orang yang seperti aku! Dia juga tak menganggap aku sebagai orang yang membosankan. 

Tapi itu tak cukup!

"Jongin~ awak termenung lagi!" teriak Haru ,sekaligus membuatkan aku tersedar ke dunia realiti. "Uh maaf." kataku dengan bersalah. Dia bangun dari perbaringan, "Jom saya bawak awak jumpa Kris dan yang lain!" ajak Haru sebelum menarik tanganku. Kami berlari meredah belukar dan anak-anak pokok yang meliar.

Dia membawa aku ke sebuah kelas yang sudah lama tak digunakan. Di dalam nya terdapat Kris, Sehun, Kyungsoo dan Baekhyun, kalau tak silap aku. "Hai sayang!" sapa Haru sambil memeluk Kris. "Kris je kau peluk?!" ujar Sehun dengan marah. 

Haru tersengih lalu memeluk Sehun pula, selepas itu Baekhyun dan seterusnya Kyungsoo. Aku rasa  macam nak keluar dari tempat ni. "Kenapa dia kat sini?" tanya Kris, dahi berkerut. 

"Tak boleh ke?" Haru menampar bahu Kris dengan lembut. Kris memandang Haru dengan renungan tajam, "Aku ingat benda ni dah habis tapi—"

"Stop. Kalau kau tak nak aku lepak sini, aku boleh balik!" potong Haru, dia menarik tanganku untuk pergi bersamanya. 

"Haru-ah! Where are we going?" soalku, dia terus membawa aku ke tempat yang tak pernah ku jejakkan kaki sebelum ini. Di situ terdapat botol-botol kaca yang telah pecah, aku tak pernah tahu yang Daegu ada tempat macam ni. "Masuk sini!" dia menyuruh aku masuk ke dalam lubang pintu yang kecil. "Ladies first." kataku.

Dia memusingkan bebola matanya sebelum masuk ke dalam lubang kecil itu, diikuti oleh aku. Aku terkejut melihat keadaan di dalamnya, berbau busuk dan bersepah. "Awak nak bawak kita pergi mana?" tanya ku dengan cemas, mana taknya lagi 5 minit waktu rehat akan berakhir. "Shhh.." 

Haru menarik kerusi yang terdapat di penjuru bilik, di situ ada sebuah tingkap yang berukuran sederhana. Dia sudah pun berdiri di atas kerusi dan cuba memanjat. "Haru, awak nak ponteng ke?"

"Yeb! Jom la!" 

"Macam mana dengan beg saya? macam mana dengan class? macam mana dengan—"

Stop overthinking about everything! Can't you just enjoy the moment?" potongnya, "Saya tunggu awak dekat luar." dengan itu, dia sudah pun berjaya keluar dari tingkap tersebut. 

Aku turut mengikut apa yang telah dibuatnya sebentar tadi.

---

"Eii, thak faham la!" gumam Haru sambil tersedu-sedu. Kami akhirnya berada di sebuah kedai makan, Haru sedang mabuk. Dia mula bercakap tentang hal yang aku sendiri pun tak faham, kadang-kadang dia menangis, lepas tu ketawa.

"Jongki,"

"Jongin." ulangku yang entah untuk ke-berapa kali, dia ketawa dengan kuat sambil menghentak-hentak kaki. "Jong IN. Jong.." dia bermain-main dengan jarinya, "..OUT!" 

Aku tergelak melihat Haru, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dia mengeluarkan telefon dan menjawab panggilan, "Yeobo..seyeo." ujarnya sambil menutup  mata. Aku tak tahu apa yang si pemanggil cakap sampai Haru mengeluarkan air mata, dia mematikan panggilan. "Ingat aku kisah...ke." gumam Haru, air mata masih mengalir tapi wajahnya kosong. 

Tetapi mata tak boleh menipu.

"Haru-ah.." 

"Hm, nobody loves me.." gumamnya sebelum melentokkan kepalanya di bahu aku. "You're wrong, I..I love you." balasku, perlahan. 

Dia mendongak memandang ku, "Jjinja?" aku mengangguk, aku rasa..ini adalah masa yang sesuai. "Haru?"

"Hm?"

"I want you to be my girlfriend."

 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hyemipark
#1
Chapter 3: Huwaaa sedih gileee duhh ~T_T~ btw Terbaikk giloss ff ni Good job Author - nim
parkyura98
#2
Chapter 3: wah! citer ni berjaya membuatkan saya mengalirkan air mata kesedihan, cerita mmg terlalu-lalu sedih, sye tak tau nk comment ape, cuma...sye boleh ckp..DAEBAK! :')
KoJhinhun #3
Chapter 3: Satu upvote untuk author-nim
azure_bliss
#4
Chapter 3: Crite nih best and touching, sedih. /sobs/
/claps/
Deserves an upvote! c:
--miszlav
#5
Chapter 3: sedeeeeeeeyhhhh... TTTTT.TTTTT
knp? why! why? they supposed to be together...
anyway, citer ni memey terbaaaeekkk!
ashmahlee
#6
Chapter 3: 소뎋 !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
DiamondSakura
#7
Chapter 3: sedihnya..dahlah aku dengar lagu sedih masa baca chapter last ni~~ T^T T^T T^T kesian haru..
inspiritsinfinite
#8
Chapter 3: sedihnyaa! btw daebak!